13th October, 2014

Papa… (akhirnya kau tewas jua!)

naskhah papa

 

Nama :  Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13233)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Papa… (akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang :

Deana Yusof

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 –

 Edisi Murid

Watak

Intan Julia

Konflik/plot

Novel “Papa” berkisar tentang kisah keluarga Intan Julia bersama papa dan mama yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun papa memiliki kisah silam yang pahit dengan dua orang bakal doktor, mama telah muncul sebagai penyelamat kekecewaan papa. Kemesraan papa dan mama kadang-kadang membuatkan Julia berasa bosan. Kehadiran Aisyah, pelajar papa membibitkan rasa curiga akan kesetiaan papa di hati Ju, tetapi Papa menafikan. Mama mengalami komplikasi apabila mengandung kali kedua. Anak kembar Siam kandungan mama meninggal dan terus koma. Papa setia menjaga mama, tetapi akhirnya kesepian menyebabkan papa menyunting Aisyah yang pada awalnya mendapat bantahan Ju hingga dia pernah kena tempeleng papa. Mama yang sempat terjaga daripada koma sebelum menghembuskan nafas terakhir kelihatan marah dengan papa dan papa buat pertama kali menangis.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga

Posted at 11:56 pm | Comments (7)

11th October, 2014

KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN

download

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
Pengarang :

Maznan Noordin

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2010

Edisi Murid

Watak

-Kanang Anak Langkau

PLOT

Novel ini mengisahkan kehidupan iaitu Kanang Anak Langkau. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai rekrut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terendak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.

Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlantar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).

Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.

PENDAPAT

Saya amat gemar akan cerita ini. Melalui buku ini saya berasa bangga terhadap tindakan dan sumbangan  Kanang dalam menjaga kedaulatan negara daripada ancaman penjajah.

Posted at 2:01 pm | Comments (5)

11th October, 2014

6:20

388777_261347417252587_100001319915031_679758_1220691428_n

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : 6:20
Pengarang :  Siti Jasmina Ibrahim
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 Edisi Murid

Watak

Sukma

Konflik/plot

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. Keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. Tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tetamu itu, namun apabila ibu Sukma melihat, ibunya akan  marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. Mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. Sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. Nenek tua itu pernah memberitahu kepada Sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya Sukma yang boleh menyejukkannya. Kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama. Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan menyesatkan anak muda seperti mereka. Oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil suang sepi. Hal ini kerana Sukma ingin membantu rakannya Jerry keluar daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. Akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali ke rumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. Sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada  budak lelaki itu, Aim. kemudian Sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. Perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. Akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. Kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. Namun ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. Akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang. Kita juga seharusnya tidak mempercayai perkara-perkara karut.

Posted at 1:52 pm | Comments (7)

11th October, 2014

Istana Menanti

ABDUL BESAR

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Istana Menanti
Pengarang :  Abdul Latip Talib
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010
 Edisi Murid

Watak

Fadhil, Ah Seng, Ramasamy

Konflik/plot

Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, Kewujudan Istana menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke tanah melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pada hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga bersahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan seni bina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng juga menjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polis berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Daripada cerita ini, saya dapat mengetahui sejarah Istana Menanti dan keistimewaan istana tersebut.

Posted at 1:46 pm | Comments (8)

11th October, 2014

Pinokio Kisah Sebuah Boneka

 

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Pinokio Kisah Sebuah Boneka
Pengarang : Carlo Collodi
Tahun Penerbitan/ Edisi:

Watak

Pinokio

Konflik/Plot

Di suatu kota, ada sebuah toko milik kakek Gepeto pembuat boneka. “Alangkah senangnya kalau boneka manis ini menjadi seorang anak.” Setelah kakek berbisik demikian, terjadi satu keajaiban. Boneka itu berbicara dan mulai berjalan. Dengan amat gembira, boneka itu diberi nama Pinokio.
Ketika Pinokio pergi untuk membeli buku. Tetapi di tengah jalan, Rubah dan Kucing melihat keadaan itu. Mereka menyapa Pinokio dengan ramah. Mereka memberitahu Pinokio cara untuk menambah wang emas supaya papanya hidup dengan lebih senang. Pinokio dihantar oleh Rubah dan Kucing, menanam uang emasnya di bawah pohon ajaib. Ketika Pinokio mulai tidur siang. Rubah dan Kucing menggali wang emas itu dan menggantung Pinokio di pohon, setelah itu mereka pergi. Pinokio meminta bantuan selepas mengetahui dirinya tergantung di sebuah pohon. Seorang Dewi yang melihat keadaan Pinokio, mengutus burung helang untuk menolongnya. Dewa itu memberitahu Pinokio kalau dia berbohong, hidungnya akan memanjang sampai ke langit. Pinokio meminta maaf dan berjanji tidak akan berjanji lagi. Walau bagaimanapun, Pinokio telah melanggar janjinya kepada Dewi, maka Pinokio mendapat hukuman. Pinokio insaf dan berjanji akan menjadi anak yang baik. Dewi muncul  dan berubah Pinokio si boneka menjadi seorang anak manusia.

Pendapat

Saya telah memperlajari bahawa kita harus patuh pada orang tua. Selain itu, kita juga haruslah patuh kepada janji dan janganlah mengamalkan sikap suka berbohong.

Posted at 1:35 pm | Comment (1)

11th October, 2014

HIKAYAT INDERAPUTERA

download (1)

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Hikayat Inderaputera
Pengarang :

MARIYANI SALIM

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

Watak

Inderaputera

Plot/Konflik:

Hikayat Indera Putera mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat yang bergelimpangan tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.

Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti.

Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.

Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

PENDAPAT

Buku sastera ini amat menarik tumpuan saya. Buku ini  mengisahkan perkara yang ajaib yang tidak akan berlaku di dunia kita. Saya telah banyak memahami tentang cerita ini, dan buku ini telah banyak membantu saya dalam pembelajaran KOMSAS.

 

 

 

Posted at 12:56 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Cikgu Farid

Novel Kanak-kanak: Cikgu Farid

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Cikgu Farid
Pengarang :  Nazel Hashim Mohamad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 –

Watak

Cikgu Farid

Konflik/Plot

Kisah tentang enam orang kanak-kanak yang tercicir dari persekolahan. Kehidupan mereka yang tidak berhaluan dan terumbang-ambing itu mendapat perhatian seorang guru. Atas daya usaha dan nasihat guru itu, kanak-kanak berenam itu berpakat untuk bekerjasama mengubah kehidupan mereka. Mereka dengan gigihnya mengusahakan tanah terbiar kepunyaan guru itu, sehingga membuahkan hasil. Mereka juga mulai sedar akan kepentingan pelajaran, dan mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar.

Pendapat

Buku ini sangat berfaedah kepada remaja-remaja kini. Saya sangat suka akan buku cerita ini kerana mengajar saya tentang kepentingan pendidikan kepada pelajar.

Posted at 12:51 pm | Comment (1)

11th October, 2014

Janji Athirah

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Janji Athirah
Pengarang :  Zara Aluwi
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 –

Watak

Athirah

Konflik/Plot

Athirah, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh emak dan ayah ketika usia 3 bulan. Kedua ibu bapanya berpisah akibat penceraian. Emak Athirah kemudiannya berkahwin semula dan menjalani kehidupan bersama suami barunya. Manakala ayah Athirah tidak diketahui ke mana arahnya.
Athirah ditinggalkan di bawah peliharaan nenek Singgul. Kepada nenek Singgul dia diserahkan untuk mengadu nasib. Athirah amat gemar mendengar neneknya bersyair, bergurindam dan bercerita. Dalam menjalani kehidupan hari-hari, Athirah dan nenek Singgul sama-sama melalui kehidupan serba sederhana, namun mereka bahagia. Nenek Singgul lebih mementingkan kejayaan masa depan cucunya.
Dalam pada itu, Athirah dimusuhi, dibenci dan dicemburui oleh Mak Andak, emak saudaranya. Bertambah memilukan apabila emaknya, Puan Maznah tidak mampu bertahan mengawal ledakan kebencian. Athirah menjadi tempat untuknya melepaskan geram terhadap bekas suami pertamanya. Yang pasti, Athirah akan menjadi mangsa cubitan, pialan di telinga malah sebatan rotan ke seluruh badan. Apa sahaja yang dilakukan oleh Athirah ada sahaja tidak kenanya. Begitulah kalau orang sudah membenci. Bertambah malang nasib Athirah apabila nenek Singgul meninggal dunia.

Pendapat

Buku ini amat berfaedah. Sikap Athirah yang tidak berputus asa walaupan nasib tidak  menyebelahinya haruslah kita pelajari daripada kisah ini.

Posted at 12:36 pm | Comments (2)

11th October, 2014

IBU YANG KUSAYANG

images

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Ibu Yang Kusayang
Pengarang :

Sharifah Hasnah Abdullah

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2004

Edisi Murid

Watak

Azlan

SINOPSIS

Azlan, pelajar tingkatan satu berasa tertekan apabila mendapat tahu bahawa emaknya akan berkahwin lagi. Untuk menunjukkan rasa protesnya itu dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal dan bersikap kurang ajar dengan emak dan mak longnya. Tindakannya itu menyebabkan emaknya berada dalam keadaan serba salah.Kemudiannya telah berlaku berbagai perkara di atas Azlan dan emaknya.

PENDAPAT

Melalui buku ini saya telah belajar tentang nilai murni kasih sayang. Buku ini mengajar kita untuk menyayangi ibu dan mengenang jasa ibu yang telah menjaga kita dari kecil.

Posted at 12:34 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Misteri Jiran Baru

Novel Kanak-Kanak: Misteri Jiran Baru

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Misteri Jiran Baru
Pengarang : Ghazali Ngah Azia
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012
 –

Watak

Manam

Konflik/Plot

Jiran umpama saudara kita sendiri. Pada merekalah sepatutnya kita mengadu jika ditimpa masalah. Tetapi jiran Manan itu sukar didekati, malahan tidak pernah melemparkan senyuman. Manan meragui gerak-geri jirannya yang sentiasa berkaca mata hitam, berpura-pura sebagai seorang yang buta. Keraguan Manan bertambah apabila temannya, Swee Lan seolah-olah mempunyai hubungan dengan pemuda itu dan sentiasa dalam ketakutan.

Pendapat

Saya sangat suka buku ini kerana kisahnya amat menarik. Tambahan pula, penutup buku ini tidak dapat diduga dan sangat unik.

Posted at 12:32 pm | Comment (0)

11th October, 2014

CERITERA AWANG MISKIN

image

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Ceritera Awang Miskin
Pengarang :

Aripin Said

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

WATAK:

Awang

Sinopsis:

Novel ini memaparkan kisah seorang anak muda yatim piatu, Awang Miskain gelarannya. Sikapnya yang berbudi mulia, rajin bekerja dan jujur memikat hati penduduk kampung. Namun begitu kebaikannya telah menimbulkan rasa benci segolongan pihak. Berbagai-bagai angkara cuba ditimbulkan oleh mereka. Kisah hidup Awang Miskin bertambah menarik dengan terjumpanya seekor burung murai gila yang bijak berkata-kata. Sejak itu, Awang Miskin sering melakukan berbagai pertaruhan sehingga melibatkan raja.

PENDAPAT

Selepas membaca buku ini, saya telah mempelajari banyak nilai murni yang berharga. Buku ini mengajar kita supaya menjadi insan yang berbudi mulia, rajin bekerja , jujur memikat hati orang lain dan yang penting nya gigih berusaha untuk mengubah kehidupan kita.

Posted at 12:30 pm | Comment (0)

11th October, 2014

DISAMBAR BUAYA PUTIH

 

image

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Disambar Buaya Putih
Pengarang :

Othman Puteh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

Watak

Hang Tuah

PLOT

Semasa Hang Tuah di dalam buangan,Hang Jebat bermaharajalela di istana. Sultan terpaksa menumpang di rumah Bendahara. Jebat “beraja di mata, bersultan di hati” kerana dendamnya pada sultan dan kasihnya pada Tuah. Sangkanya Tuah telah benar-benar dihukum mati. Justeru itu,dia ingin menuntut bela dengan caranya. Tetapi alangkah terkejutnya Hang Jebat apabila pada suatu hari didengarnya suara seperti milik Tuah menyerunya di kaki tangga istana.

PENDAPAT

Buku ini memang berfaedah untuk remaja pada masa ini. Hal ini kerana selapas membaca buku ini kita akan lebih memahami tentang sejarah negara kita.

Posted at 12:27 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Restu

TRB Restu 2

 

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF BAC
Judul Buku  : Restu
Pengarang :  Jamaah Shamsuri
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 –

Watak

Biah , Mimi

Konflik/Plot

Biah dan Mimi menjalani kehidupan bersama ayah mereka, Nazri selepas kematian ibu mereka sebidang tanah kebun dengan tanaman sayur-sayuran. Perubahan sikap Nazri yang tidak mempedulikan urusan kebun lagi menjadi tanda tanya anak-anaknya dan Pak Man. Biah berasa curiga dan ingin tahu tentang panggilan telefon daripada seorang wanita yang bertanyakan ayahnya. Biah dan Mimi mendapati wanita itu ialah cikgu mereka, Cikgu Faekah. Cikgu Faekah memberitahu mereka adik-beradik bahawa bapa mereka memerlukan seorang isteri manakala mereka pula perlu seorang ibu. Akhirnya, Biah mengerti sendiri mengenai hubungan bapanya dan Cikgu Faekah dan menerima Cikgu Faekah.

Pendapat

Saya amat suka akan buku ini kerena plotnya yang sangat menarik. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sesetengah perkara yang berlaku tidak dapat dielakkan.

Posted at 12:23 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Pindah

TRB Pindah

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF BAC
Judul Buku  : Pindah
Pengarang :  Jamaah Shamsuri
Tahun Penerbitan/ Edisi:  
 

Watak

Tuk Tua, Meh, Tuk Mah, Pak Milau

Konflik/Plot

Tempat perlindungan kera di hutan kilir terancam kesan daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan. Selaku ketua kera di hutan hilir, Tuk Tua bertanggungjawab memperjuangkan nasib anak-anak buahnya. Tuk Tua mendapat bantuan daripada Meh dan Tuk Mah bagi mencari tempat perlindungan baru. Dalam usahanya itu, Tuk Tua terpaksa mengharungi pelbagai halangan.Perpecahan dalam kalangan anak-anak buahnya berlaku.

Pendapat

Buku ini amat bermanfaat. Saya mempelajari bahawa semua halangan dapat diharungi jika semua orang bekerjasama.

Posted at 12:16 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Sukar Membawa Tuah

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Sukar Membawa Tuah
Pengarang :  M.Z Erlysha
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 Edisi Murid

Watak

Adit

Konflik/Plot

Novel “Sukar Membawa Tuah” membawa tema kegigihan seorang kanak-kanak orang Asli mengejar impian  untuk berjaya dalam pelajaran. Adit berjaya meyakinkan Pak Katan tentang kepentingan pelajaran walaupun pada awalnya Pak Katan dan Mak Tawi bersikap konservatif dan hanya mahu mengekalkan tradisi kehidupan sedia ada. Adit sanggup menumpang jip dan lori pekerja balak untuk ke sekolah akibat tidak mendapat tempat di asrama. Walaupun terbabit dengan kemalangan dan terlantar di hospital selama dua bulan, Adit tidak patah semangat. Malah, Adit muncul sebagai murid cemerlang yang menjadi ikon dan teladan kepada kanak-kanak kampungnya untuk menjejak kaki ke alam persekolahan.

Pendapat

Buku ini menunjukkan bahawa walaupun hidup kita susah , tetapi jika kita rajin berusaha , akhirnya pasti akan berjaya juga.

 

Posted at 1:27 am | Comments (6)

11th October, 2014

Hafalan Salat Delisa

untitled1

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Hafalan Salat Delisa
Pengarang : Tere Liye
Tahun Penerbitan : 2007

 

Novel manis yang satu ini mengangkat kisah seorang bocah perempuan bermata hijau telaga yang baru berusia 6 tahun. Gadis cilik tersebut bernama Delisa. Ia merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Adapun kakak-kakan Delisa adalah Cut Fatimah, Cut Zahra dan juga Cut Aisyah. Keluarga Delisa berdomisili di Lhok Nga. Delisa dan saudara-saudaranya hanya tinggal bersama Ummi, sebab Sang Abi bekerja sebagai mekanik kapal yang berbulan-bulan ikut di kapal yang berlayar. Meski merindu, tetapi Delisa tetap menjalani hari-hari mereka tanpa Sang Abi. Suatu hari Delisa mendapat tugas dari sekolahnya. Tugas tersebut adalah menghafal bacaan solat. Delisa giat sekali menghafal bacaan-bacaan tersebut. Terlebih Ummi menjanjikan ia hadiah jika Delisa berhasil menghafal bacan tersebut. Hadiah yang membuat Delisa semangat adalah kalung emas yang dijual di toko Ko Acan. Ko Acan merupakan sahabat Abi Delisa. Tanggal 26 Desember tahun 2004, Delisa dan semua teman seisi kelasnya diwajibkan menghafal solat yang telah mereka hafalkan beberapa waktu. Saat tiba giliran Delisa, dia mengucapkan bacaan solat, tiba-tiba bumi bergetar hebat. Semua tampak gonjang ganjing. Dan seketika, air laut mulai naik ke daratan dengan ganasnya. Ia bagai tangan raksasa yang merengkuh segala yang ia jumpai. Bencana tersebut adalah gempa hebat yang disusul tsunami. Lebih Kurang 15.000 orang yang meninggal akibat bencana ini. Termasuk di dalamnya Ummi dan kakak-kakan Delisa. Delisa sendiri selamat. Ia tersangkut di semak belukar. Siku kanan bocah tersebut patah dan kakinya bahagian kanannya tersepit di batu. Setelah 6 hari terjebak di tempat terebur, Delisa kemudian ditemukan oleh seorang perajurit relawan bernama Smith. Delisa yang dilihatnya sangat bercahaya kemudian membawa perajurit tersebut untuk masuk Islam. Kerana suasana yang kacau bilau, Abi yang telah mengetahui bencana tersebut tak bisa menemukan Delisa. Dia menghabiskan beberapa waktu sebelum akhirnya bertemu dengan gadis mungilnya. Apabila bertemu dengan Abi, Delisa bercerita layaknya kepada anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Bencana tak menghapus keceriannya. Dia bersama Abi menjalankan hidupnya.

Pendapat:

Kisah novel ini sangat menyentuh.Walaupan Ummi dan kakak Delisa telah meninggalkan dunia dalam tsunami, Delisa tetep memegang terhadap agama dan hidup dengan keceriaan. Delisa Merupakan Seseorang yang tabah yang dapat menjadi contoh kepada kita.

 

Posted at 12:55 am | Comments (3)

11th October, 2014

Surat Dahlan

untitled

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Surat Dahlan
Pengarang : Khrisna Pabichara
Tahun Penerbitan :

 

Kalimat indah di atas merupakan penggalan perasaan Dahlan muda yang merindu keluarga di tengah perantauannya di Samarinda, Kalimantan. Dahlan memang melanjutkan kuliahnya di kota tersebut. Dia ingin membahagiakan Ayahnya juga menganggupi keinginan Aisa agar mereka kelak bertemu setelah berhasil meraih gelar sarjana. Dahlan melanjutkan kuliah di PTAI Samarinda. Sebuah tempat yang dia anggap akan mengisi pengetahuannya. Tapi harapan Dahlan jauh meleset. Dia merasa apa yang diajarkan di kampusnya hanya sekadar teori. Oleh sebab merasa bosan, dia sering meninggalkan kelas dan pergi ke ruangan Pelajar Islam Indonesia (PII). Dia sangat aktif dalam organisasi tersebut.

Selain di PPI, Dahlan juga aktif di media kampus. Dia sering menulis sejumlah kritik pedas. Seiring berjalannya waktu, masa pemerintahan Orde Baru semakin membuat mahasiwa gerah. Dahlan dan sejumlah temannya yang tergabung dalam PPI kemudian mengadakan demo besar-besaran. Sayangnya, alih-alih didengar pemerintah, mereka malah dijadikan buruan dan dikejar-kejarkan oleh tentera.

 

Dahlan bersusah payah menghindar daripada kejaran tentara. Dia terperosok ke dalam jurang. Tetapi dia selamat dan ditampung oleh perempuan tua yang panggil Nenek Saripa. Selama masa persembunyiannya, Dahlan mengambil keputusan untuk tinggal bersama dengan perempuan yang baik hati tersebut. Pada masa inilah takdir mempertemukan ia dengan Sayid yang kemudian menawarkan Dahlan untuk bekerja sebagai wartawan di Mimbar Masyarakat.

 

Seiring keadaan politik yang semakin baik, status Dahlan sebagai buronan pun dihapuskan. Tapi masalah kembali. Namun kali ini dia harus menyelesaikan masalah hatinya. Antara mengejar cinta pertamanya si Aisa, atau menerima pinangan temannya bernama Maryati atau memilih cinta baru seorang gadis yang baru dikenalnya, Nafisa. Pergulatan waktu akhirnya membawa Dahlan pada jodoh sejatinya, yakni Nafisa. Mereka akhirnya menikah dan memiliki beberapa orang anak. Akhirnya, dia berjaya menjadi seorang yang sukses.

Pendapat:

Novel Surat Dahlan ini sangat sesuai untuk dibaca oleh seseorang yang sedang gigih memperjuangkan cita-cita mereka meski banyak halangan yang dihadapi. Kisah Pak Dahlan ini layak dijadikan contoh bagi generasi muda. Meski penulisan novel ini dibaringi isu politik yang kurang baik, namun dari segi cerita, buku ini layak untuk dibaca.

Posted at 12:41 am | Comments (2)

11th October, 2014

Kasih Antara Kita

kasih antara kita

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kasih Antara Kita
Pengarang : Aleya Aneesa
Tahun Penerbitan :

 

 

Novel ini berkisah tentang liku-likuan kehidupan cinta seorang wanita bernama Emelda. Dia menikah dengan seorang yang bernama Aril Fatah. Pernikahan ini tidak berdasarkan cinta melainkan keterpaksaan. Emelda terpaksa mengakui anak kembar kakaknya bernama Emira. Emira ini dihamili oleh Aril Fatah. Aril Fatal kemudian meninggalkan Emira menyebabkan Emira menanggung malu sendiri. Atas kejadian tersebut, Emira terguncang jiwanya, sakit dan sekarat. Atas paksaan beberapa orang, akhirnya Emelda mananggung malu Emira dengan mengakui anak kembar kakaknya sebagai anaknya. Kedua anak kembar tersebut bernama Atiea dan Dania. 8 Tahun sesudahnya, Aril Fatah kembali dan berpikir bahawa Emelda ialah perempuan yang dia berkahwin bertahun-tahun silam. Dia kemudian memaksa Emelda untuk menikah dengannya.

 

Emelda menolak kerana dia tak cinta akan Aril Fatah dan dia juga bukan wanita yang melahirkan Atiea dan Dania, anak Aril Fatah. Namun Emelda juga tidak sanggup memberitahu pada Aril Fatah kerana dia telah berjanji pada Emira untuk menjaga rahsia tersebut. Kehabisan akal memaksa Emelda, akhirnya Aril Fatah mendekati ibu bapa Emelda. Merasa sepaham dengan Aril, ibu bapa Emelda pun menasihati agar Emelda menikah dengan Aril. Pada akhirnya, Emelda bersedia bernikah dengan Aril Fatah. Aril Fatah akhirnya mengetahui kebenaran bahwa Emelda bukanlah wanita yang dia berkahwin dahulu. Aril berasa murka dan menuduh Emelda memiliki tujuan memperdayanya.

 

Setelah mengetahui rahsia tersebut, perlakuan Aril Fahmi pada Emelda pun berubah menjadi kasar. Bukan lagi perangai dua orang suami dan isteri yang saling mencintai. Kerana tertekan dengan sikap Aril Fatah, Emelda pun enggan kembali ke keluarganya. Setibanya di rumah, dia mendapati teman lamanya bernama Nazri. Nazri mengira Emelda adalah Emira, sebab wajah mereka memang sama. Namun akhirnya Nazri mengerti bahwa Emira, perempuan yang dia cintai telah lama meninggal. Selama berada di rumah ibu bapanya, Emelda menjadi akrab dengan Maliki. Hal ini membuat Aril Fatah kesal, sepertinya dia cemburu. Tetapi rasa marahnya menghalang dia menjemput Emelda.

 

Waktu berlalu dan muncullah Zalida, kekasih lama Aril Fatah. Dia mendekati Aril, hal tersebut membuat Emelda diam-diam meradang. Pada akhirnya Aril Fatah meminta Emelda kembali, namun wanita itu menolak. Dia tidak lagi sanggup. Dia beranggapan apa yang selama ini Aril Fatah lakukan padanya sangat menyakitkan. Dia memilih untuk hidup masing-masing.

Pendapat:

Konflik cinta berliku-liku ini benar-benar mengganggu emosi pembaca. Meski dua orang ini saling mencintai, tapi lipatan takdir tidak mempertemukan mereka berdua di garis yang sama.Akhirnya mereka berpisah akibat rintangan yang dihadapi.

Posted at 12:25 am | Comments (5)

11th October, 2014

Kabus Di Perbukitan

kabus di perbukitan

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kabus Di Perbukitan
Pengarang : Mohamad Kholid Hamzah
Tahun Penerbitan :

 

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Salmah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu ,Azrul sudah tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Pendapat:

Penulis menulis cerita ini dengan menarik.Kamarudin berjaya menyelamat anaknya Faridah yang vannya terjunam ke dalam gaung. Walaupun Rahayu meninggalkan dunia akibat kanser tetapi kawannya Azrul berjaya menunaikan hasratnya. Cerita ini mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa .

Posted at 12:19 am | Comments (5)

11th October, 2014

Kini Bersama Seiringan

untitled

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku : Kini Bersama Seiringan
Pengarang :

Nur Azida Ramat

Tahun Penerbitan :

 

Konflik/Plot: Cerita berkisar mengenai pelajar tingkatan enam di mana watak utamanya Safuan, Ayu dan Bibi Yanti. Safuan dan Ayu merupakan jiran yang sangat baik sejak kecil dan mereka belajar di sekolah yang sama. Safuan dan Ayu mempunyai hubungan persahabatan yang erat dan mereka sentiasa bersama-sama untuk pergi ke sesuatu tempat . Suatu hari, kelas mereka datang seorang murid lelaki yang kacak bernama Bibi Yanti yang bertukar ke sekaolah mereka.Safuan dan Ayu menjadi kawan Bibi Yanti.Mereka bertiga-tiga sering membincang sesuau bersama-sama. Lama-kelamaan, Safuan dan Ayu jatuh hati terhadap Bibi Yanti yang begitu tampan. Mereka berdua sering menyebabkan Bibi Yanti bergaduh. Keadaan ini telah menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Tetapi setelah merentasi beberapa rintangan dan halangan, akhirnya, Safuan , Ayu dan Bibi Yanti menjadi kawan karib.

Pendapat: Kita haruslah menghargai hubungan dengan rakan kita.

Posted at 12:14 am | Comments (5)

11th October, 2014

Rindu Untuk Dia

rindu untuk dia

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Rindu Untuk Dia
Pengarang : Dhiya Zafira
Tahun Penerbitan :

 

Amie Najla nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Akhirnya , Amie dan Jad bernikah dan hidup bersama-sama.

Pendapat :

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Hal ini demikian, kita akan mendapat kebahagian pada akhirnya.

Posted at 12:11 am | Comments (5)

10th October, 2014

Kau Laksana Bulan

kau laksamana bulan

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kau Laksana Bulan
Pengarang : Aina Emir
Tahun Penerbitan :

 

Novel ini mengisahkan Adrianna; seorang penulis novel romantic-thriller. Dalam kesibukan mencari idea untuk novel terbarunya. Dia bertemu dengan Firas yang mempunyai karakter yang amat serupa dengan watak utama novelnya itu. Jadi Adrianna menggunakan Firas sebagai tempat rujukan. Membayangkan Firas sebagai hero novel seterusnya mengadap tasikan setiap pertemuan mereka ke dalam novel.

Apabila Firas mengetahui kisah sebenar, dia amat-amat kecewa. Mana taknya watak tulisan Adrianna memang bagaikan cermin dirinya siap dengan nama dan kerjaya lagi. Firas terasa dipermainkan dan ditipu hidup-hidup. Kecewa dengan sikap Adrianna, dia bertindak menjauhkan diri. Dia tak lagi menggunakan perkhidmatan komuter.

Adrianna berasa amat bersalah. Tapi dia pun tak cuba untuk memperbaiknya. Segan barangkali. Apatah lagi dia selalu mengatakan hubungan mereka sekadar kawan namun bila kehilangan Firas barulah dia tahu yang dia sudah ada rasa pada Firas. Sebelum ini, Adrianna pernah bercinta dengan Syafik, namun hubungan mereka putus apabila masing-masing sambung belajar. Dia jatuh hati pula pada Razif yang pandai berpuisi tetapi Razif pula meninggal dunia. Adrianna kemudiannya berkenalan dengan Eizlan; salah seorang peminat novelnya. Menggunakan Eizlan sebagi tempat dia meluahkan rasa rindu pada Firas.

Nasib baik Adrianna dan Firas berbaik-baik semula. Dengan erti kata lain, masing-masing dah mengaku rasa hati. Adrianna pun dah menceritakan segala kisah silamnya pada Firas. Dengan senang hati mereka menempuh alam baru iaitu perkahwinan.

Pendapat:

Pada pendapat saya, kita tidak boleh memainkan rakan kita sehingga mencederakan dia dan akhirnya dia menjauhi kita. Kita haruslah mempunyai niat yang baik apabila berkawan dengan seseorang.

Posted at 11:36 pm | Comments (3)