10th October, 2014

Kau Laksana Bulan

kau laksamana bulan

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kau Laksana Bulan
Pengarang : Aina Emir
Tahun Penerbitan :

 

Novel ini mengisahkan Adrianna; seorang penulis novel romantic-thriller. Dalam kesibukan mencari idea untuk novel terbarunya. Dia bertemu dengan Firas yang mempunyai karakter yang amat serupa dengan watak utama novelnya itu. Jadi Adrianna menggunakan Firas sebagai tempat rujukan. Membayangkan Firas sebagai hero novel seterusnya mengadap tasikan setiap pertemuan mereka ke dalam novel.

Apabila Firas mengetahui kisah sebenar, dia amat-amat kecewa. Mana taknya watak tulisan Adrianna memang bagaikan cermin dirinya siap dengan nama dan kerjaya lagi. Firas terasa dipermainkan dan ditipu hidup-hidup. Kecewa dengan sikap Adrianna, dia bertindak menjauhkan diri. Dia tak lagi menggunakan perkhidmatan komuter.

Adrianna berasa amat bersalah. Tapi dia pun tak cuba untuk memperbaiknya. Segan barangkali. Apatah lagi dia selalu mengatakan hubungan mereka sekadar kawan namun bila kehilangan Firas barulah dia tahu yang dia sudah ada rasa pada Firas. Sebelum ini, Adrianna pernah bercinta dengan Syafik, namun hubungan mereka putus apabila masing-masing sambung belajar. Dia jatuh hati pula pada Razif yang pandai berpuisi tetapi Razif pula meninggal dunia. Adrianna kemudiannya berkenalan dengan Eizlan; salah seorang peminat novelnya. Menggunakan Eizlan sebagi tempat dia meluahkan rasa rindu pada Firas.

Nasib baik Adrianna dan Firas berbaik-baik semula. Dengan erti kata lain, masing-masing dah mengaku rasa hati. Adrianna pun dah menceritakan segala kisah silamnya pada Firas. Dengan senang hati mereka menempuh alam baru iaitu perkahwinan.

Pendapat:

Pada pendapat saya, kita tidak boleh memainkan rakan kita sehingga mencederakan dia dan akhirnya dia menjauhi kita. Kita haruslah mempunyai niat yang baik apabila berkawan dengan seseorang.

Posted at 11:36 pm | Comments (3)

10th October, 2014

Awak Pengantin Saya!

 

Nama : Chan Min Mi
Kelas  & No. Sekolah : K2C (13002)
Guru Pembimbing: Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Awak Pengantin Saya!
Pengarang :

Ainul Hazrah

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2014

 

Kulit buku:

Watak/ Perwatakan:Nurul, Fadzley, Fandi

Plot/ Sinopsis:Manja, sengal, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri, itulah Nurul. Jangankan hendak buat kerja, makan pun kadang-kadang masih bersuap! Bagi mengelak dikecewakan oleh Fadzley, Nurul telah telah dipaksa bernikah dengan yang digelarnya ‘Keropok masuk angin’. Penampilan Fandi memang selebet, tetapi ada sesuatu yang menarik cuba disembunyikan. Bila Nurul cuba membuat kerja, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek. Nurul yang malas bangun pagi begitu menguji kesabaran Fandi. Namun, dia terpaksa hadapi kerana berpegang pada amanah.

Pengajaran: Selepas membaca novel saya mendapat bahawa kita haruslah bersikap rajin, tidak seperti Nurul yang malas itu, tidak membuat kerja rumah seperti gosok baju, memasak dan menjerang air. Akibatnya, tidak tahu membuat kerja rumah dan suka menyuruh orang mendenda diri sendiri. Selain itu, kita haruslah bersikap hati-hati apabila membuat sesuatu, tidak seperti Nurul gosok baju, baju boleh terbakar. Bila memasak, terpercik minyak. Bahkan menjerang air pun sampai penuh satu cerek.

Pendapat: Pada pendapat saya,saya amat suka akan novel ini. Saya suka novel ini kerana ceritanya menarik dan saya dapat mempelajari beberapa pengajaran dalam novel ini.

 

 

Posted at 11:26 pm | Comments (5)

10th October, 2014

Tolong Cari Suamiku

Nama : Chan Min Mi
Kelas  & No. Sekolah: K2C (13002)
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Tolong Cari Suamiku
Pengarang :

Asmah Hashim

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2014

 

Kulit buku:

Watak: Mastura, Halijah, Katrina

Plot/ Sinopsis:

Mastura – Suamiku menghilang tiba-tiba entah ke mana. Khabar diterima menghancurkan hatiku. Bohong aku tidak rindu. Sudahlah ditinggalkan aku dengan ibu mertua yang brutal! Dibuatnya aku seperti orang gaji! Tak boleh jadi. Aku mesti buat sesuatu!

Halijah – Bertuah punya anak! Lain yang aku harapkan, lain pula jadinya. Harta itu hak aku. Mastura itu siapa? Jangan harap dia boleh senang-lenang dengan harta anak aku! Aku tidak peduli. Dia harus aku hapuskan dari dunia ini. Akan kurampas kembali hakku. Sampai mati pun dia bukan menantuku!

Katrina – Malang sungguh nasibku. Kufikirkan aku mampu memiliki semuanya. Kuturutkan kata hati demi harta itu. Memang tak guna! Pengorbananku sia-sia. Kau akan terima balasannya, Mastura! Kau tunggulah!

Pengajaran: Selepas membaca novel ini, kita haruslah bersikap tabah, seperti Mastura tidak huru-hara apabila suaminya hilang. Selain itu, kita haruslah bersikap bertolak ansur tidak seperti Mastura, Halijah dan Katrina bergaduh hanya demi harta anak sahaja.

Pendapat: Pada pendapat saya, saya amat suka cerita ini kerana terdapat plot dan jalan cerita yang amat menarik. Selain itu, dalam cerita ini, saya dapat mempelajari beberapa pengajaran dari novel ini.

Posted at 11:20 pm | Comments (5)

10th October, 2014

Teduhan Kasih

 

473073_10150805718918052_301088645_o

Nama : Chan Qin Xuan
Kelas  & No. Sekolah : S4D (11039)
Guru Pembimbing: Pn. Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku : _
Judul Buku  : Teduhan Kasih
Pengarang :  Marissa
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2013
 –

 

Watak

Iffah

 

Konflik/plot

Kisah seorang wanita Iffah yang sangat tabah dalam menghadapi ujian dalam rumahtangga, saat dia mengandung, dia diceraikan tanpa sebarang alasan. Perkahwinannya dengan suaminya Ryzal musnah akibat rakan baiknya sendiri. Ayu yang dihasut oleh kakak tiri Iffah untuk menggoda Ryzal akhirnya berjaya menarik Ryzal dari Iffah. Ryzal berkahwin pada hari Iffah bertarung nyawa melahirkan zuriatnya dengan Ryzal.

 

Pada saat kesusahan, tampil seorang lelaki menyelamatkannya dan tiba-tiba tertarik hati dengan bayinya yang comel, lalu menggelarkan dirinya papa kepada bayi comel itu. Iffah terharu. Ehsan datang saat dia hampir kehilangan segala-galanya.. Sungguhpun Iffah merasakan dirinya telah terselamat, tetapi Ayu dan ibu tiri Iffah masih mencari Iffah, hasad dengki dan busuk hati menguasai segalanya. Ayu dan keluarga tiri Iffah masih berdendam, dan tidak senang selagi tidak dapat berjumpa Iffah.

 

Pendapat

Saya sangat suka novel ini kerana  jalan cerita ini sangat menarik. Novel ini telah mengajar saya bahawa kita tidak boleh merampas barang yang dimiliki oleh orang lain. Sebagai seorang lelaki, kita juga mestilah sentiasa bertanggungjawab terhadap isteri.

 

 

Posted at 5:55 am | Comments (5)

10th October, 2014

Saat Hilang Cintamu

 

 

Untitled

Nama : Chan Qin Xuan
Kelas  & No. Sekolah : S4D (11039)
Guru Pembimbing: Pn. Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku : _
Judul Buku  : Saat Hilang Cintamu
Pengarang :  Acik Lana
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2014
 –

 

Watak

Izzara Helina, Dayyan Idraqi

 

Konflik/plot

Izzara Helina – Tujuh tahun hidup di negara orang, kini dia kembali dengan semangat baru. Biarpun hati masih terluka, masih tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan oleh pertemuan dengan seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini bukan jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

“Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur!”~ Izzara.

Dayyan Idraqi – Sudah terbiasa hidup dalam kemahsyuran dan populariti yang tinggi menggunung, ego di dada tiba-tiba saja tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah sah mencipta nama di beberapa negara. Mana mungkin ada perempuan di sini tidak mengenali dia! Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan daripada pengetahuan Izzara. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu peringkat hati mula saling jatuh cinta. Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka, Dayyan Idraqi sengsara, tidak ada sesiapa yang mengecap bahagia.

 

Pendapat

Cerita jalan ini sangat menarik. Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi telah memilih untuk berkorban. Dia menganggap jalan yang dipilih ini tegak dan lurus tetapi dia tidak tahu bahawa hati Izzara Helina telah terluka. Jiwa Dayyan Idraqi sendiri pula masih sakit dan menderita.

 

Saya telah mempelajari bahawa kita mestilah berfikir dengan waras semasa mengambil sesuatu keputusan. Dengan ini, barulah kita tidak akan berasa kesal akan keputusan yang telah kita buat.

 

 

Posted at 5:37 am | Comments (6)

10th October, 2014

Dialah Cinta Hatiku

Untitledn

Nama : Chan Qin Xuan
Kelas  & No. Sekolah : S4D (11039)
Guru Pembimbing: Pn. Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Dialah Cinta Hatiku
Pengarang :  Aisya Sofea
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2014
 –

Watak

Julianna Isabelle, Rizan, Megat Iskandar Zulkarnain

 

Konflik/plot

Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka.

 

Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.

 

Pendapat

Saya berasa jalan cerita ini sangat menarik. Julianna mempunyai konflik dalam menentukan siapa cinta hati miliknya. Rasa sayang antara seorang kawan ternyata lain rasanya apabila didatangi Megat dan Julianna semakin keliru dengan perasaannya. Akhirnya, Julianna pula mempunyai rasa kuat yang mengikat hatinya pada si abang.

 

Megat pula mempunyai konflik dalaman. Di dera emosi sejak kecil, si abang membesar tanpa kasih saying ibu dan ayah. Walaupun dia dibesarkan dalam banglo indah milik bapanya, tetapi ibu tirinya terlalu memilih kasih hingga si abang terpaksa memendam perasaan dendam dan membawa diri ke Paris. Di situ dia bertemu dan berkahwin dengan perempuan Indonesia dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Nadia Isabella. Isabella-Isabella, adakah ini hanya adalah satu kebetulan. Ternyata selepas 6 tahun, Julianna masih lagi di hati Megat.

 

Novel ini telah mengajar saya bahawa kita mesti membuat keputusan dengan mengikut hati sendiri. Kita jangan dipengaruhi oleh orang lain semasa mengambil sesuatu keputusan tetapi kita juga perlu menerima nasihat daripada orang yang lebih tua.

 

 

Posted at 5:34 am | Comments (5)

10th October, 2014

Duri

SAM_1457

Nama : Chan Qin Xuan
Kelas  & No. Sekolah : S4D (11039)
Guru Pembimbing: Pn. Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Duri
Pengarang :  Fauziah Ashari
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2006
 –

 

Watak

Sufi

Konflik/plot

Kisah kehidupan seorang wanita Sufi yang terpaksa memendam rasa, menyerahkan segalanya dan dalam diam cuba membalas dendam terhadap perbuatan ibu mertuanya. Kisah silam dalam keluarga menyebabkan hidup Sufi bagai tertekan dengan umpat keji jiran-jiran dan taulan. Sufi dibesarkan oleh neneknya manakala adiknya dibesarkan oleh ayah bersama ibu tiri. Muzaffar(Zhaf) yang pada mulanya tunangan adik Sufi (Nuri) telah dikahwinkan dengan Sufi atas dasar menutup malu keluarga Sufi. Nuri melarikan diri di saat-saat akhir persediaan perkahwinan meninggalkan Muzaffar. Sufi dengan rela menyerahkan dirinya sebagai pengganti. Sebenar-benarnya Sufi punyai agenda lain di sebalik perkahwinan dengan Muzaffar. Adik Muzaffar (Hazim) pula sebenarnya adalah bekas kekasih Sufi dan mereka yang sepatutnya berkahwin tetapi dihalang oleh ibu Muzaffar. Hati dan jiwa Muzaffar sebenarnya masih lagi milik Nuri, walaupun mereka sudah sah bergelar suami-isteri, namun tanggungjawab dalam perkahwinan tidak dilaksanakan. Akhirnya Muzaffar berjaya mendapatkan alamat Nuri dan menjejaknya di Amerika Syarikat, walaupun dia tahu perkahwinan tak mungkin terjadi selagi dia tidak melepaskan Sufi. Masalah keluarga mula melanda keluarga Muzaffar(mereka merupakan keluarga kaya bidang perniagaan). Ayah Muzaffar meninggalkan keluarga, dan berkahwin lain, Sufi dihina dikatakan sebagai anak seorang pelacur. Walaupun begitu, ayah mertua Sufi (Hasif) begitu mengambil berat diri Sufi dan menjadikan menantunya seorang pemegang saham terbesar syarikatnya. Sufi menerajui syarikat dengan cemerlang walaupun Muzaffar tiada di sisi. (selama 3 thn) Sementara itu Hazim pula yang lari ke luar negara mengambil PHD setelah kecewa dengan tindakan Sufi, kembali dan Hasif meminta anaknya membantu Sufi di syarikatnya. Hazim cuba menggoda Sufi, namun Sufi masih waras dan menjaga maruah dirinya walaupun seringkali dihina dan dituduh anak pelacur oleh ibu mertuanya.

Pendapat

Saya suka novel ini kerana ceritanya bagus dan sangat menarik. Novel ini telah mengajar saya bahawa kita mestilah mengamalkan nilai rasional dan kesederhanaan semasa mengambil sesuatu tindakan. Sebagai seorang isteri, kita juga perlu taat setia kepada suami kita walaupun suami itu mungkin bukan orang yang kamu cintai.

 

Posted at 5:28 am | Comments (6)