3rd October, 2014

Singa Dengan Tikus Dan Cerita-Cerita Lain

 

IMG_2568

 

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Singa Dengan Tikus Dan Cerita-Cerita Lain
Pengarang : Edukid Distributors Sdn.Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003

 

Watak:

Singa, tikus

Konflik/Plot:

Buku cerita ini mengandungi beberapa buah cerita, salah satu cerita yang bertajuk  ‘Singa Dengan Tikus’  yang mengisahkan cerita tentang seekor singa dengan seekor tikus. Pada suatu hari, singa itu terperangkap di dalam jaring pemburu dan dia telah diselamatkan oleh seekor tikus yang telah dibantu olehnya.  Akhirnya, singa dan tikus menjadi kawan baik.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik dan mempunyai pengajaran yang baik. Buku tersebut telah mengajar saya bahawa kita tidak harus memandang rendah pada orang yang lemah, mungkin kita akan memerlukan pertolongan mereka pada masa kelak.

Posted at 1:06 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Cerita Dongeng Koleksi Pertama

 

IMG_2565

 

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Cerita Dongeng Koleksi Pertama
Pengarang : Harjit Kaur
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2008

 

Watak:

Pak Tani

Konflik/Plot:

Buku cerita ini mengandungi beberapa buah cerita dongeng, salah satu cerita bertajuk  ‘Lobak Gergasi’ mengisahkan seorang petani yang suka menanam pokok bunga dan juga sayur- sayuran. Pada suatu hari, pokok lobak yang ditanam olehnya telah tumbuh lebih besar daripada pokok- pokok yang lain. Akhirnya, Pak Tani bersama beberapa orang bekerjasama mencabut pokok lobak tersebut keluar.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik. Cerita tersebut juga memberi nasihat kepada saya. Cerita tersebut mengingatkan saya bahawa jika ingin membuat sesuatu kerja yang sukar, kita mestilah mempunyai sikap bekerjasama seperti Pak Tani dan beberapa orang dalam cerita tersebut.

 

 

 

 

 

Posted at 1:03 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Budak Penggembala Dengan Serigala Dan Cerita-Cerita Lain

 

 

IMG_2566

 

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Budak Penggembala Dengan Serigala Dan Cerita-Cerita Lain
Pengarang : Edukid Distributors Sdn.Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003

 

Watak:

Budak Penggembala

Konflik/Plot:

Buku cerita ini mengandungi beberapa buah cerita dongeng, salah satu cerita bertajuk  ‘Budak Penggembala Dengan Serigala’ mengisahkan seorang budak penggembala yang suka mempermainkan orang lain, Dia sering berbohong bahawa serigala datang untuk makan biri-birinya. Pada suatu hari, seekor serigala datang dan makan semua biri-birinya. Budak tersebut menjerit meminta tolong tetapi orang lain tidak menghiraukannya kerana tidak mahu dipermainkan lagi. Akhirnya, semua biri-biri mati.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik untuk dibaca. Selain  seronok untuk dibaca, cerita tersebut juga mengajar saya supaya tidak berbohong kerana orang yang sering berbohong sukar dipercayai walaupun ada ketika dia bercakap benar.

Posted at 1:02 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Kisah Ajaib Alam Fantasi

image

 

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Kisah Ajaib Alam Fantasi
Pengarang : ONE Nusantara Sdn Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak:

Tang Ao, Lim Zhiyang, Duo Jiugong

Konflik/ Plot:

Cerita ini mengisahkan pengalaman pengembaraan Tang Ao, Lim Zhiyang dan Duo Jiugong ke luar negara serta kisah anak mencari ayahnya, Tang Ao. Pemergian Tang Ao meninggalkan anak dan isterinya tanpa pesanan disebabkan kekecewaannya terhadap kegagalan mencapai kejayaan dalam peperiksaan awan. Dalam pengembaraan, mereka bertiga menemui pelbagai perkara dan manusia yang pelik-pelik.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana jalan ceritanya sungguh menarik. Saya tidak akan berasa bosan semasa membaca buku ini kerana pelbagai perkara yang ajaib berlaku sepanjang pengembaraan mereka. Saya juga dapat mempelajari nilai murni seperti kasih sayang dan sebagainya.

Posted at 1:00 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Jelita dan Si Jelik

IMG_2569

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Jelita dan Si Jelik
Pengarang : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003

Watak:

Jelita, Si Jelik

Konflik/Plot:

Buku cerita ini  mengisahkan seorang gadis yang cantik bernama Jelita. Dia terpaksa tinggal bersama Si Jelik yang kelihatan garang kerana ayahnya terpetik bunga yang tumbuh di istana Si Jelik. Jelita berasa takut dan dia cuba lari tetapi dihalang oleh Si Jelik. Jelita mulai suka akan Si Jelik. Pada suatu hari, Jelita pulang ke rumahnya dan mengetahui Si Jelik telah sakit, dia segera pergi menemui Si Jelik. Akhirnya Si Jelik berubah menjadi putera dan mereka hidup bahagia.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita tersebut menarik dan mudah untuk dibaca. Walaupun Si Jelik kelihatan garang tetapi dia seorang yang baik hati dan bersikap baik terhadap Jelita. Cerita tersebut telah mengajar saya bahawa kita tidak boleh menilai hati seseorang mengikut rupa parasnya.

Posted at 12:55 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Masih Ada Sinar

 

20141002_225738-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  MF HAK
Judul Buku  : Masih Ada Sinar
Pengarang : Hakimi Muhammad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005

Watak:

Syam, keluarga Syam, Pak Cik Borhan, Azhani (anak sulung Pak Cik Borhan), Nek Yam

Konflik/Plot:

Cerita ini mengisahkan Syam dan keluarganya menanti kedatangan tetamu dari jauh. Tetamu itu ialah kawan lama ayah Syam dan keluarganya, iaitu Pak Cik Borhan. Mereka menunggu kedatangan Pak Cik Borhan di tempat yang dijanjikan. Malangnya setelah beberapa jam menunggu, Pak Cik Borhan dan keluarganya tidak muncul-muncul juga. Setelah menunggu kedatangan Pak Cik Borhan sekeluarga selama enam jam, akhirnya mereka pulang ke rumah.  Pada malam itu, semasa mereka menonton televisyen iaitu slot berita, mereka tergamam apabila ternampak kereta Pak Cik Borhan muncul dalam berita tersebut. Rupa-rupanya, mereka sekeluarga telah ditimpa kemalangan jalan raya dan Pak Cik Borhan, isterinya serta dua orang anak kecil telah meninggal dunia. Hanya terselamat ialah anak sulung Pak Cik Borhan, Azhani. Azhani telah dijaga oleh Syam sekeluarga sehingga sembuh. Setelah sembuh, Azhani pulang ke Kuala Perlis untuk tinggal bersama neneknya, Nek Yam.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana jalan cerita sungguh menarik. Selepas membaca buku tersebut, saya telah mempelajari bahawa kita haruslah mengahargai setiap orang yang berada di sisi kita. Hal ini disebabkan kerana banyak perkara akan berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sangka. Selain itu, kita seharusnya tabah menempuh cabaran hidup walaupun anggota keluarga sudah tiada di sisi kita.

Posted at 12:35 pm | Comments (6)

3rd October, 2014

Gagak Yang Dahaga Dan Cerita-Cerita Lain

 

 

IMG_2570

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Gagak Yang Dahaga Dan Cerita-Cerita Lain
Pengarang : Edukid Distributors Sdn.Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003

 

Watak:

Gagak

Konflik/Plot:

Buku ini mengandungi beberapa cerita yang menarik. Salah satu cerita bertajuk  ‘Gagak Yang Dahaga’  mengisahkan seekor gagak yang dahaga ingin minum air dalam sebuah jag tetapi telah gagal. Gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam jag itu dan akhirnya gagak berjaya minum air itu.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik untuk dibaca.Saya telah mempelajari moral yang sangat penting iaitu jika kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Posted at 12:14 pm | Comments (5)

3rd October, 2014

Sang Kancil Dengan Buaya

 

sang

Nama : Teh Wen Ching
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13098)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Sang Kancil Dengan Buaya
Pengarang : Ali Majod
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2007

 

Watak:

Sang Kancil

Konflik/Plot:

Cerita tersebut mengisahkan seekor Sang Kancil yang cerdik ingin menyeberangi sungai tetapi terdapat buaya dalam sungai itu. Oleh itu, Sang Kancil  mempunyai idea yang baik dan juga pandai dengan menipu buaya untuk memberinya makanan untuk menyeberangi sungai itu. Akhirnya, Sang Kancil berjaya.

Pendapat:

Saya berasa buku tersebut sangat baik untuk dibaca oleh kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka. Buku tersebut telah mengajar kita supaya cerdik apabila menghadapi kesusahan seperti Sang Kancil dalam cerita tersebut agar tidak ditipu orang lain.

Posted at 12:08 pm | Comments (5)