7th October, 2014

Kembara Amira

kembara amira

 

Nama :  Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13233)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Kembara Amira
Pengarang :

Amer Hamzah Bin L. Kadir

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2011

 Edisi Murid

Watak

Amira

Konflik/plot

Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Amira semasa cuti persekolahan. Amira telah mengajak kawannya Jacinta untuk menemaninya ke Bukit Mat Raya di kawasan ibunya. Prof. Zaidah sedang menjalankan kerja lapangan bersama pelajar tahun akhir. Di hutan tersebut Amira telah berkenalan dengan Itai iaitu penduduk orang Asli yang telah menyelamatkannya semasa dia hanyut di sungai. Amira juga telah berkenalan dengan Malique.Pengembaraan Amira bermula apabila Itai sudi berkongsi tentang rahsia lubuk emas di hutan tersebut. Tindakan Itai telah mengundang kemarahan penduduk orang Asli di kawasan tersebut kerana jika orang bandar mengetahui tentang lubuk emas itu, kawasan mereka akan diterokai.Salah seorang pekerja baru O’Hara hilang, Malique, Roslan dan yang lain cuba mencari pekerja tersebut tetapi pacuan empat roda yang mereka naiki terbenam dalam lumpur dan akhirnya kenderaan tersebut tergelincir ke dalam gaung.Dalam masa yang sama, Tau telah mengubah fikiran untuk menolong Prof. Zaidah mencari bukti bahawa kawasan Bukit Mat Raya adalah kawasan petempatan awal manusia. Seterusnya Tau bersetuju untuk menunjukkan Gunung Gua Gajah kepada kumpulan Prof. Zaidah. Hasilnya mereka menemui kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik dan tulisan purba di dinding gua. Di dalam gua tersebut juga, Amira telah menjumpai mobile disk milik Malique. Amira mengagak bahawa mungkin Malique berada berhampiran kawasan tersebut.Amira nekad mencari Malique di kawasan Gunung Gua Gajah dan terbongkarlah segala rahsia. Rupa-rupanya Malique telah disorokkan oleh Tau yang menyamar sebagai lembaga berbulu. Jennifer akhirnya berterus-terang bahawa Tau adalah adalah bapa kandung kepada Malique (Sabi). Kemudian, Ludin menggemparkan lagi suasana apabila turut menjelaskan bahawa Itai adalah adik Malique. Akhirnya Amira telah melanjutkan pelajaran dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen di Paris. Itai melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Malique menetap di Bukit Mat Raya untuk membangunkan projek ITnya.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum dan berlainan budaya dan adat resam.

Posted at 10:37 pm | Comments (13)

7th October, 2014

Di Sebalik Wajah

disebalik wajah_0001

 

Nama :  Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13233)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Di Sebalik Wajah
Pengarang :

Abang Saifuddin Abang Bohari

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2011

Edisi Murid

Watak

Doktor Fikri

Konflik/plot

Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan. Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia.  Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri. 

Pendapat

Saya suka buku tersebut kerana jalan cerita ini sungguh menarik. Saya telah mempelajari banyak iktibar daripada buku ini antaranya kita haruslah tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

 

Posted at 10:20 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Kasut Kelopak Jantung

 


20141007_211018-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No.Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Kasut Kelopak Jantung
Pengarang : Noreidah binti Othman
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak

Cikgu Harun, Ahmad, ibu Ahmad

Konflik/plot

Cerita ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewaktu beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi persekolahan bermula. Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mencari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun mengambil kesempatan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara sebenarnya. Rupa-rupanya, Ahmad tidak mampu membeli kasut sekolah kerana ibunya sudah tua dan uzur. Oleh itu, Ahmad mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun berasa keesal lalu membelikan Ahmad sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Kini, Ahmad berusaha gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun setiap kali sambutan Hari Guru untuk membalas jasa gurunya.

 

Pendapat

Saya sangat suka akan jalan cerita ini yang menarik. Selepas membaca buku tersebut, saya telah terharu dengan sikap kegigihan dan kesyukuran yang ada pada Ahmad yang perlu kita pelajari. Kita seharusnya membalas jasa guru yang telah banyak berkorban dalam memberikan didikan kepada kita.

 

 

Posted at 10:18 pm | Comments (7)

7th October, 2014

Sukar Membawa Tuah

novel t1

 

Nama :  Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13233)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Sukar Membawa Tuah
Pengarang :

M.Z.Erylsha

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2010

 Edisi Murid

Watak

Adit

Konflik/plot

Adit, 10 tahun, anak lelaki Pak Katan, kanak-kanak orang Asli. Adit anak yang patuh kepada ibu bapa dengan membantu mereka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang hidup miskin. Adit sudah menyiapkan tali sejak malam sebelumnya dan sanggup meredah hutan sendirian untuk melihat belut di sungai. Dalam usia semuda itu, Adit sangat cekap dan tangkas mengayuh sampan ke hilir. Adit juga mahir mencari damar di celah-celah daun kering. Adit juga sangat berpegang kepada janji kepada Tuk Batin Ahboi dengan tidak menjual ikan kepada orang lain. Pak Katan juga bijak merancang pekerjaan dengan mengasah parang hingga tajam sebelum turun ke hutan. Walaupun sudah berusia, Pak Katan masih bertenaga untuk kerja hutan. Pak Katan berjalan pantas hingga Adit tercungap-cungap mengekorinya. Mak Tawi pula ibu yang penyayang dan prihatin. Dia menegur perbuatan Adit yang tergesa-gesa minum kopi panas. Mak Tawi cekap menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.Adit berbeza pendapat dengan pak Katan dari segi impian kehidupan. Adit menyatakan keinginannya untuk bersekolah seperti Akeh, rakan karibnya. Pak Katan pula seperti penduduk kampung orang Asli yang lain tidak menaruh impian besar, melainkan berterung hidup dalam persekitaran leluhur (turun-temurun) mereka di hutan yang terasing daripada dunia luar. Dalam diam, Pak Katan akur akan hasrat Adit, lalu ke pekan untuk menguruskan pendaftaran persekolahan Adit. Mak Tawi pula masih bersikap konservatif dan pesimis. Tijah, 13 tahun, anak Tuk Batin memberi sokongan penuh kepada Adit untuk menggapai cita-citanya. Dia sanggup mendengar luahan perasaan Adit dan menunggu sehingga Adit selesai mandi di sungai.Masalah timbul apabila Adit tidak mendapat tempat tinggal di asrama. Adit juga harus mula belajar dalam darjah satu, berbanding dengan Akeh yang sudah masuk darjah enam. Impian Adit seperti sudah berkecai.Mujur Ah Tong, penyelia pembalakan sanggup menumpangkan Adit ke sekolah, sambil Pak Atan, pemandu lori balak sudi mengambil Adit pulang. Pada suatu hari, Adit tidak pulang-pulang ke rumah sedangkan, hari sudah merangkak malam. Gerak hati (sixth sense) Mak Tawi nyata tepat bahawa Adit terbabit dengan kemalangan hingga mengalami kecederaan parah. Gerakan mencari yang diselaraskan oleh Tuk Batin akhir menemui Adit mengerang kesakitan di sebelah mayat Ah Tong di dalam gaung. Adit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dan berada di hospital selama dua bulan sebelum disahkan pulih. Kaki Adit berubah tempang.Adit murid yang pintar. Dalam tempoh yang singkat, Adit boleh membaca, menulis dan mengira dengan cekap. Dia mendapat tempat pertama dan dibenarkan melompat kelas. Akhirnya, Adit memperoleh 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit memilih untuk kekal di sekolah harian. Adit menjadi ikutan dan dorongan kepada kanak-kanak orang Asli di kampungnya untuk turut bersekolah.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah gigih dalam menempuh cabaran dan dugaan.

Posted at 10:11 pm | Comments (7)

7th October, 2014

Banjir Datang Lagi

IMG_20141003_212423

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF MOH
Judul Buku  : Banjir Datang Lagi
Pengarang : MOHD.KHAIRUL RIZA
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak

Anuar ,Omar ,Liew

Konflik/plot

Cerita ini menyatakan bahawa Anuar yang tinggal di bandar telah balik ke kampung untuk melawat datuk , neneknya dan kawannya semasa cuti sekolah. Malang tidak berbau ,banjir telah berlaku di kampung itu dan Anuar terpaksa pindah ke sebuah sekolah menengah. Apabila Anuar dan kawannya ke kedai yang dimiliki bapa kawannya untuk mengambil komik, mereka ternampak pencuri sedang memindahkan keluar barang dari kedai itu. Akhirnya, mereka berjaya menangkap pencuri itu dan mereka pindah balik ke rumah selepas banjir surut . Sebelum pulang ,mereka juga memancing di sungai berdekatan.

Pendapat

Saya amat suka buku ini yang mengajar saya supaya berani menghadapi sebarang cabaran yang diberikan .Contohnya, Anuar tabah menghadapi kejadian banjir yang berlaku ketika dia berada di kampung.

Posted at 9:55 pm | Comments (6)

7th October, 2014

Belum Terlambat

IMG_20141003_212413

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF MOH
Judul Buku  : Belum Terlambat
Pengarang : MOHD.KHAIRUL RIZA
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak

Amrin ,Nabil

Konfilk/plot

Cerita ini mengisahkan dua orang murid yang kaya dan miskin. Amrin yang berasal daripada keluarga kaya suka membuli Nabil. Pada suatu hari, Nabil telah menyelamatkan Amrin yang nyaris dicederakan oleh penagih dadah. Sejak peristiwa itu, Amrin pun berbaik-baik dengan Nabil dan menghulurkan bantuan kepada Nabil.

Pendapat

Daripada cerita ini ,saya telah mempelajari kepentingan untuk berbaik-baik dengan kawan kerana apabila kita menemui cabaran atau kesusahan, kawan yang akan menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada kita.

Posted at 9:52 pm | Comments (7)

7th October, 2014

Berlari lebih jauh

IMG_20141003_212402

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF MOH
Judul Buku  : Berlari lebih jauh
Pengarang :  MOHD.KHAIRUL RIZA
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak

Adila ,Nasrul

Konflik/plot

Cerita ini mengisahkan seorang murid perempuan yang bernama Adila sangat suka menyertai olahraga dan telah mengabaikan pelajarannya.Namun, Adila berubah selepas dia berkenalan dengan seorang murid lelaki dari bandar .  Dia berusaha untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang tetapi disebabkan opahnya tidak berupaya untuk menambung pembelajarannya ,dia ingin untuk berhenti sekolah. Nasib baik , masalahnya telah diselesaikan apabila gurunya menolong dia berdaftar di sekolah sukan.

pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana ia telah mengajar saya tentang kepentingan belajar kerana dengan menuntut ilmu, kita akan menpunyai masa depan yang cerah dan baik.

 

Posted at 9:47 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Kalau Hendak Seribu Daya

 

20141002_225800-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF HAK
Judul Buku  : Kalau Hendak Seribu Daya
Pengarang :  Hakimi Muhammad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005

 

Watak

Haikal, ayah Haikal, Maria

Konflik/plot

Cerita ini mengisahkan seorang murid lelaki yang bernama Haikal mengalami masalah dalam pelajaran. Keputusan peperiksaannya kurang memuaskan kerana dia terlalu sibuk dengan permainan bola sepak. Dia dimarahi ayahnya dan dipaksa memgikuti kelas tuisyen. Akhirnya, dia tidak dapat mengikuti latihan bola sepak lagi. Dengan cadangan adiknya, Maria, Haikal membuat jadual waktu belajar untuk membahagikan masa belajarnnya. Dengan usaha kegigihan Haikal dan bimbingan daripada guru di kelas tuisyen, akhirnya Haikal mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

Pendapat 

Saya suka buku tersebut kerana jalan cerita sungguh menarik. Saya telah mengetahui maksud peribahasa ‘ kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ‘. Kalau seseorang banyak berdalih dan tidak mahu berusaha, tentu tidak dapat merasai nikmat kejayaan. Walaupun seseorang tersebut agak lemah dalam pelajaran, namun dengan usahanya sendiri, seseorang tersebut juga akan berjaya akhirnya.

 

Posted at 9:42 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Ibu, Ceritalah Lagi

 

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : –
Judul Buku : Ibu, Ceritalah Lagi
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2008

Watak

Yuyu, Pak Yoyo, Mak Yiyi, Atan

Konflik/ Plot

Terdapat beberapa cerita dalam buku cerita ini. Sebuah cerita yang bertajuk ‘anak ikan yang degil’ mengisahkan kehidupan tiga ekor ikan. Pada suatu hari, bapa Yuyu mengunjungi kawannya di hulu sungai. Ibu bapanya menasihatinya supaya berhati-hati. Yuyu yang keras kepala berenang jauh. Malangnya, Yuyu ditangkap oleh seorang budak, Antan. Yuyu berasa sedih dan menyesal semasa tinggal di aquarium yang kecil dan tidak makan makanan yang diberi. Antan berasa bimbang lalu melepaskannya balik ke sungai. Yuyu dapat bersatu dengan keluarganya semula.

Pendapat

Saya suka membaca buku ini kerana jalan ceritanya yang menarik. Gambar berwarna yang cantik juga memikat hati pembaca. Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan seharusnya mendengar nasihat ibu bapa.

Posted at 9:39 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Di Sini Kasih Tertumpah

 

20141004_163644-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF HAK
Judul Buku  : Di Sini Kasih Tertumpah
Pengarang :  Hakimi Muhammad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005

 

Watak

Hayati, nenek Hayati, Amiza

Konflik/plot

Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Hayati pulang ke kampung yang telah lama ditinggalkan. Dia teringat akan masa silamnya semasa dia dipelihara oleh neneknya. Di kampung, dia bertemu kembali dengan sepupunya, Amiza. Mereka pernah bergaduh dan tidak bertegur sapa. Mereka tetap berbaik semula. Hayati berharap agar dia boleh kembali ke Kampung Seri Kuning, tempat dia dibesarkan untuk menjadi seorang guru. Amiza mahu balik ke kampung sekali untuk mencurahkan bakti kerana situlah kasihnya tertumpah.

Pendapat

Saya suka buku tersebut kerana jalan cerita sungguh menarik. Saya telah mempelajari bahawa kita haruslah mengenang budi seperti Hayati berharap dia dapat menjadi seorang guru di tempat dia dibesarkan. Selain itu, kita tidak harus menfitnah orang lain bahawa orang tersebut telah mengambil barang kita sebelum kita tahu akan perkara sebenarnya.

Posted at 9:36 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Sherlock Holmes: Perunding Detektif Pertama Dunia

2014-10-06 12.46.10

 

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  MF DOY
Judul Buku  : Sherlock Holmes: Perunding Detektif Pertama Dunia
Pengarang : Arthur Conan Doyle
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2008

 

Watak

Sherlock Holmes, Watson

Konflik/Plot:

Buku cerita ini mengandungi beberapa buah cerita, salah satu cerita yang bertajuk “Pembunuhan di Westminster”, yang mengisahkan cara detektif hebat itu membongkar rahsia-rahsia kes tersebut dengan cara kejutan.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik dan mempunyai pengajaran yang baik. Buku tersebut telah mengajar saya untuk bersikap peka terhadap persekitaran.

 

Posted at 9:33 pm | Comments (6)

7th October, 2014

Erti Sebuah Pengorbanan

 

20141007_211030-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No.Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Erti Sebuah Pengorbanan
Pengarang : Zaihanim Binti Zainal Abidin
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010

 

Watak

Iman Zulaikha, ibu bapa Iman Zulaikha, datuk, nenek, Pei Wen, Adif Danial, Zulkarnain

Konflik/plot

Iman Zulaikha seorang murid tingkatan satu yang pintar dan berbakat besar. Menumpang kasih datuk dan neneknya di kampung akibat kehancuran rumah tangga ibu bapanya yang tersayang. Mempunyai azam yang kuat untuk menjadi murid yang cemerlang dan sebagai pemidato hebat ke peringkat negeri. Jauh di sudut hatinya, dia menaruh harapan untuk menyatukan semula ikatan  keluarga tercinta. Pelbagai rintangan dan pahit getir terpaksa diharunginya. Sokongan dan dorongan yang berterusan daripada datuk, nenek, guru-guru dan teman-teman akrab seperti Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain menjadikan Iman begitu tabah dan cekal. Akhirnya, Iman dapat menyatukan bapanya dengan ibunya semula.

Pendapat

Saya sangat suka akan jalan cerita ini yang menarik. Selepas membaca buku tersebut, saya telah belajar untuk menyayangi ahli keluarga saya kerana berasa amat bahagia kerana mempunyai keluarga yang sempurna.

Posted at 9:30 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Jutawan Jenin

2014-10-06 12.47.37

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF MOH
Judul Buku  : Jutawan Jenin
Pengarang : Mohd. Khairul Riza
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2008

 

Watak

Jenin, Samad, Dalah, Pak Jiman

Konflik/plot

Sikap Jenin berubah selepas kematian ayahnya. Dia mula memasang cita-cita untuk menjadi jutawan. Dia mengusahakan gerainya dengan gigih tetapi mendapat tentangan daripada rakan-rakannya, namun Jenin tidak patah semangat. Jenin sudah hampir hendak mencapai cita-citanya namun kejayaannya dicemburui oleh rakan-rakannya itu. Mereka menggunakan tipu muslihat untuk menghapuskan cita-cita Jenin, namun akhirnya Jenin yang bijak dapat memerangkap rakan-rakannya juga.

Pendapat

Saya suka buku tersebut kerana jalan cerita ini sungguh menarik. Saya telah mempelajari bahawa kita haruslah berusaha untuk mencapai cita-cita sendiri, dan tidak mudah berputus asa, walaupun terpaksa menghadapi cabaran.

Posted at 9:28 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Kanang: Cerita Seorang Pahlawan

BT2126

 

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
Pengarang : Maznan Noordin
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010

 

Watak

Kanang anak Langkau

Konflik/plot

Keberanian dan semangat kental Kanang dalam perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan semangat cinta akan negara di kalangan anggota tentera  jelas diperlihatkan melalui watak Kanang dan rakan-rakannya yang berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara. Kanang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, misalnya semasa Gerakan Pukat, Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis. Kanang telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Namun begitu, dia meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang pengganas komunis.

Pendapat

Daripada cerita ini ,saya telah mempelajari kepentingan untuk mempertahankan negara dengan semangat keberanian dan kegigihan.

Posted at 9:25 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Sang Kura-kura dan Sang Helang

8

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Sang Kura-kura dan Sang Helang
Pengarang :  Farah Syamini Binti Taufek
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak

Sang Kura-kura, Sang Helang

Konflik/plot

Cerita ini mengisahkan seekor kura-kura yang memandang rendah terhadap diri sendiri kerana dia tidak berupaya untuk terbang. Seekor helang yang licik memberitahu kura-kura bahawa dia ingin mengajar kura-kura itu untuk terbang. Helang memegang cangkerang kura-kura lalu membawanya terbang di udara. Helang yang lapar itu lalu membawa kura-kura ke suatu tempat dan melepaskan cengkaman kakinya pada cangkerang kura-kura. Kura-kura terhempas di atas batu dan badannya hancur berkecai. Sang Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana ia telah mengajar saya tentang kepentingan untuk mempercayai keupayaan diri sendiri dan tidak memandang rendah akan diri sendiri.

Posted at 9:23 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Kuda Emas

B2895

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Kuda Emas
Pengarang : Woo Tack Lok & Teo Huat
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

 

Watak

Ah Fang

Konflik/plot

Kuda Emas mengisahkan Ah Fang terjumpa seekor kuda emas yang cantik dan dia amat menyukainya serta ingin menyimpannya. Disebabkan kuda emas itu bukan miliknya, Ah Fang merasakan dia perlu memulangkan kuda emas itu kepada pemiliknya. Dengan perbuatannya yang jujur itu, dia telah dilayan dengan baik sekali.

Pendapat

Saya suka buku tersebut kerana jalan cerita sungguh menarik. Saya telah mempelajari untuk sentiasa bersikap jujur . Selain itu, saya belajar untuk tidak mencuri atau menyimpan barang orang lain, iaitu satu perbuatan yang tidak jujur.

Posted at 9:20 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Jasamu Dikenang

bukucerita

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Jasamu Dikenang
Pengarang : Aslan Mohamad Ali
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2011

 

Watak

Anak gajah

Konflik/plot

Buku cerita ini mengisahkan seekor anak gajah yang bersiar-siar di dalam hutan. Anak gajah ini sangat baik kerana suka menolong haiwan lain yang dalam kesusahan. Pada satu ketika dia pula dalam kesusahan dan dia mendapat pertolongan pula daripada rakan-rakan haiwan yang lain.

Pendapat

Saya amat suka akan jalan cerita ini kerana sangat menarik. Saya telah belajar untuk sentiasa bersikap baik hati dan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan.

Posted at 9:18 pm | Comments (6)

7th October, 2014

Fiksyen 302

fiksyen-302

Nama : Fong Hor Yeng
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13112)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  : Fiksyen 302
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

 

Watak

Zarina Mustapha

Konflik/plot

Fiksyen 302 mengisahkan sebuah plot balas dendam oleh tunang kepada Zarina Mustapha yang telah mati dibunuh dengan kejam. Mayat Zarina ditemui dengan keadaan muka yang teruk dan sukar untuk dikenali. Suspek utama pembunuhan, Datuk Mahali dan Sabri dilepaskan oleh mahkamah atas keputusan tidak bersalah sekaligus melepaskan mereka daripada hukuman mati mandatori di bawah kanun keseksaan 302. Namun, kes pembunuhan Fiksyen 302 ditutup tanpa mengetahui pembunuh yang sebenar. Ramlee mengajak pembaca melalui teknik back to the future dalam menyelesaikan tekai-teki ini.

Pendapat

Saya sangat suka akan jalan cerita ini yang menarik. Buku ini banyak memberikan kejutan yang tidak didugai. Buku ini telah mengajar saya untuk tidak memfitnah orang lain sebelum mengetahui perkara yang sebenarnya.

Posted at 9:16 pm | Comments (5)

7th October, 2014

Surat Dahlan

surat dahlan

Nama :  Choo Shu Ting
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11209
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Surat Dahlan
Pengarang :  Khrisna Pabichara
Tahun Penerbitan :  2013

Latar tempat: Samarinda, Kalimantan

Watak: Dahlan

Konflik/Plot:

Kalimat indah di atas merupakan penggalan perasaan Dahlan muda yang merindu keluarga di tengah perantauannya di Samarinda, Kalimantan. Dahlan memang melanjutkan kuliahnya di kota tersebut. Dia ingin membahagiakan Ayahnya juga menganggupi keinginan Aisa agar mereka kelak bertemu setelah berhasil meraih gelar sarjana.  Dia berasa apa yang diajarkan di kampusnya hanya sekadar teori. Kerana sering berasa bosan,dia kemudian lebih sering meninggalkan kelas dan memilih pergi ke ruangan Pelajar Islam Indonesia (PII). Dia memang sangat aktif dalam organisasi tersebut.

Selain di PPI, Dahlan juga aktif di media kampus. Dia sering menulis sejumlah kritikan pedas yang dia tujukan kepada punggawa kampus. Sampai suatu hari, sepak terjangnya dipangkas habis-habisan dengan adanya larangan terbit bagi majalah tempat dia sering menuliskan ideanya. Namun hal tersebut tidak menyurutkan tekad Dahlan untuk bersuara terhadap kejanggalan yang ada di sekelilingnya. Sayangnya, alih-alih didengar pemerintah, mereka malah dijadikan buruan dan dikejar-kejar tentera.

Dahlan bersusah payah menghindari kejaran tentera. Dia sampai harus terperosok ke dalam jurang. Namun dia selamat dan ditampung oleh perempuan tua yang panggil Nenek Saripa. Selama masa persembunyiannya, Dahlan memilih tinggal bersama perempuan renta baik hati tersebut. Pada masa inilah takdir mempertemukan dia dengan Sayid yang kemudian menawarkan Dahlan untuk bekerja sebagai wartawan di Mimbar Masyarakat.

Seiring keadaan politik yang membaik, status Dahlan sebagai buruan pun dihapuskan. Tapi masalah kembali menyapanya. Namun kali ini dia harus menyelesaikan masalah hatinya. Antara mengejar cinta pertamanya si Aisa, atau menerima pinangan temannya bernama Maryati atau memilih cinta baru seorang gadis yang baru dikenalnya, Nafisa. Pergulatan waktu akhirnya membawa Dahlan pada jodoh sejatinya, yakni Nafisa. Mereka akhirnya menikah dan memiliki beberapa orang anak.

Keseksaan Dahlan mulai datang sedikit demi sedikit. Perjalanan karirnya membawanya bertualang dari Mimbar Rakyat ke Tempo dan bermuara di Jawa Pos. Semua dia jalani dengan sungguh-sungguh. Dan akhirnya, dia berhasil membuktikan pada ayahnya bahwa ia bisa menjadi seseorang yang sukses.

Pendapat:

Kita haruslah gigih memperjuangkan cita-cita kita serta meneguhkan diri untuk tetap berbuat di jalan yang lurus meski banyak halangan yang menghalang. Kisah Pak Dahlan ini layak dijadikan contoh bagi generasi muda kita. Meski penulisan novel ini dibaringi isu politik yang kurang sedap, namun dari segi cerita, bagaimanapun buku ini layak untuk dibaca dan dipetik hikmatnya.

Posted at 8:06 am | Comments (5)

7th October, 2014

Cerita Kyra

CeritaKyra-COVER1-225x300

Nama :  Choo Shu Ting
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11209
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Cerita Kyra
Pengarang :
 Izzah Haneefa
Tahun Penerbitan :  2012

Latar tempat: Sekolah

Watak: Kyra, Airil Hafizi

Konflik/Plot:

Mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Kyra yang mempunyai tabiat buruk iaitu malas tetapi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor apabila dewasa kelak. Kyra yang sering malas membuat kerja sekolah telah berubah menjadi seorang yang lebih baik selepas dia dimasukkan ke Kem Motivasi oleh ibu bapanya.

Perkenalan yang tidak disengajakan di antara Kyra dan Airil Hafizi, lelaki yang hampir-hampir melanggar Kyra di sekolah rupa-rupanya mempunyai pertalian saudara dengannya. Abang Aril merupakan seorang doktor dan merupakan doktor yang bertanggungjawab merawat datuk Kyra sebelum datuk Kyra menghembuskan nafas terakhir. Semangat kental yang ada pada abang Aril sedikit sebanyak telah memberi dorongan kepada Kyra untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kyra menjadikan abang Aril sebagai “role model” untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Atas dorongan yang telah diberikan oleh ibubapa, guru-guru, rakan-rakan serta abang Aril sendiri. Kyra telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR.

Pendapat:

Novel awal remaja ini banyak memberi kesan yang positif kepada pembaca. Melalui penulisannya, penulis ingin memberi dorongan kepada pembaca untuk berusaha memajukan diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Melalui watak yang diberikan, novel ini dapat memberi semangat baru kepada pembaca bagi mencapai cita-cita yang mereka hajati.

Posted at 7:51 am | Comments (5)

7th October, 2014

Hafalan Shalat Delisa

j1376220

Nama :  Choo Shu Ting
Kelas  & No. Sekolah :  S4A,11209
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Hafalan Shalat Delisa
Pengarang :  Tere Liye
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2007

Latar Tempat : rumah Delisa, sekolah

Watak: Delisa

Konflik/Plot :

Novel manis yang satu ini mengisahkan seorang bocah perempuan bermata hijau telaga yang baru berusia 6 tahun. Gadis cilik tersebut bernama Delisa. Ia merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Adapun kakak-kakak Delisa adalah Cut Fatimah, Cut Zahra dan juga Cut Aisyah. Keluarga Delisa berdomisili di Lhok Nga. Delisa dan saudara-saudaranya hanya tinggal bersama Ummi, sebab sang Abi bekerja sebagai mekanik kapal yang berbulan-bulan ikut di kapal yang berlayar.

Meski merindu, tetapi Delisa tetap menjalani hari-hari mereka tanpa sang Abi. Suatu hari Delisa mendapat tugas dari sekolahnya. Tugas tersebut adalah menghafal bacaan solat. Delisa giat sekali menghafal bacaan-bacaan tersebut. Terlebih ummi menjanjikan ia hadiah jika Delisa berhasil menghafal bacaan tersebut. Hadiah yang membuat Delisa semangat adalah kalung emas yang dijual di toko Ko Acan. Ko Acan sendiri merupakan sahabat Abi Delisa.

Tanggal 26 Desember tahun 2004, Delisa dan semua teman seisi kelasnya dijadwalkan mempraktikkan hafalan solat yang telah mereka hafalkan beberapa waktu. Saat tiba giliran Delisa, sembari mengucapkan bacaan solat, tiba-tiba bumi bergetar hebat. Semua tampak gonjang ganjing. Dan seketika, air laut mulai naik ke daratan dengan ganasnya. Ia bagai tangan raksasa yang merengkuh segala yang ia jumpai.

Delisa sendiri selamat. Ia tersangkut di semak belukar. Setelah 6 hari terjebak di tempat terebur, Delisa kemudian ditemukan oleh seorang perajurit relawan bernama Smith. Delisa yang dilihatnya sangat bercahaya kemudian membawa perajurit tersebut untuk masuk Islam.

Kerana suasana yang kacau bilau, Abi yang telah mengetahui bencana tersebut tak bisa menemukan Delisa. Ia menghabiskan beberapa waktu sebelum akhirnya bertemu gadis mungilnya. Saat bertemu Abinya, Delisa bercerita layaknya anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Bencana tak menghapus keceriaannya. Termasuk saat kaki kanan Delisa harus diamputasi, semuanya tak berhasil membuat ia murung. Ia bersama Abi menjalani hidupnya. menata dari awal. Meski jasad Ummi dan ketiga kakaknya belum ditemukan, tapi Delisa dan Abi harus hidup normal, begitu pikirnya.

Suatu waktu Delisa melihat ada sebuah pantulan cahaya yang mengganggu penglihatannya. Karena penasaran, Delisa pun mendekat. Dan tak disangka, cahaya tersebut merupakan pantulan kalung dengan huruf D. Dan kalung tersebut berada dalam pegangan seseorang. Ummi Delisa sendiri.

 

Pendapat:

Kisah novel ini sangat menyentuh. Kita seharusnya berpegang  agama dengan kukuh dan selalu menghafalkan bacaan solatnya. Buku ini boleh menjadi motivasi bagi kita.

Posted at 6:59 am | Comments (6)