1st October, 2014

Alegori Klasik China (Jilid 2)

image

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Alegori Klasik China (Jilid 2)
Pengarang : One Nusantara Sdn Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak:

Kucing putih, Kucing hitam, Memerang

Konflik/Plot:

Buku cerita ini mengandungi beberapa buah cerita Alegori . Salah satu cerita yang bertajuk ‘Memerang yang Bijak’ mengisahkan dua ekor kucing, iaitu kucing putih dan kucing hitam berselisih untuk membahagi seekor ikan. Seekor memerang yang bijak datang lalu membantu mereka membahagikan ikan. Akhirnya, memerang itu dapat makan bahagian tengah ikan itu, meninggalkan ekor dan kepala kepada kucing tersebut.

Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana cerita-cerita tersebut sangat menarik. Namun, yang paling penting ialah pesanan dan nasihat yang disampaikan. Kita bukan sahaja terhibur , malah juga dapat menjadi  iktibar kepada kehidupan kita melalui cerita-cerita alegori yang membawa unsur nasihat.

 

Posted at 5:50 pm | Comments (7)

1st October, 2014

Penyiasat Muda

IMG_20140928_202645-1-1

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF AZL
Judul Buku  : Penyiasat Muda
Pengarang :  Azlin Ayub
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010

 

Watak:

Lily, Maria , Iskandar

Konflik/plot:

Buku ini mengisahkan seorang anak perempuan yang berazam untuk menjadi seorang penyiasat sejak kecil. Disebabkan kepelikan tindakan jiran barunya, Kak Maria dan Abang Iskandar, dia berhasrat untuk menyiasat mereka. Namun, tindakan Lily dapat dikesan oleh mereka dan dia telah diculik oleh mereka. Dengan kebijaksanaannya, dia berjaya melepaskan dirinya dan membongkarkan perbuatan jirannya yang merupakan dalang dalam kes-kes penculikan dan penyeludupan kanak-kanak.

Pendapat:

Saya amat suka buku ini kerana dia telah mengajar saya supaya  sentiasa bersikap peka terhadap perkara disekeliling kita seperti watak utama di dalam cerita ini berjaya menangani perbuatan jiran disebabkan kepekaannya.

 

Posted at 5:48 pm | Comments (6)

1st October, 2014

Melangkah Ke Jalan Yang Salah

20140928_232310-1

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF TID
Judul Buku  : Melangkah Ke Jalan Yang Salah
Pengarang :  Nazri Din
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2011

Watak:

Ajid, Harun, Johari

Konflik/plot:

Buku in mengisahkan seorang lelaki yang bernama Harun bersikap baik hati pada asalnya kerana membuka kelas tuisyen untuk membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran. Harun juga merupakan seorang pembantu tok imam di masjid Kota Bharu.  Sebenarnya,  Harun menggunakan tapak masjid dan kelas tuisyen itu untuk mengaburi aktivitinya. Harun memperalatkan Ajid untuk mengedar kapsul berisi serbuk daun ketum kepada pelajar-pelajar di sekitar Kota Bharu. Perbuatannya itu telah pun menyebabkan seorang mangsanya yang ber nama Johari telah terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat mengambil kapsul tersebut. Akhirnya, segala kejahatan Harun terbongkar juga. Harun ditangkap oleh polis dan inilah dikatakan Harun sengaja menggali kubur sendiri.

Pendapat:

Saya amat suka akan buku ini kerana jalan cerita buku ini sangat menarik. Buku ini mengajar saya supaya  berwaspada ketika memilih kawan agar tidak diperalatkan oleh kawan baik untuk melakukan perbuatan yang tidak baik  seperti Harun memperalatkan Ajid untuk mengedar kapsul berisi serbuk daun ketum kepada pelajar-pelajar. Selain itu, sebagai seorang pelajar, kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak sepatutnya melakukan kes jenayah dan mengecewakan ibu bapa kita. Hal ini kerana akan merosakkan masa hadapan kita yang cerah seperti Harun dalam cerita tersebut telah ditangkap oleh polis. Dalam buku tersebut, saya telah belajar agar sentiasa bersikap tabah dalam menempuh cabaran hidup. Bukan mudah untuk kita mencapai setiap apa-apa yang kita cita-citakan atau impikan. Pelbagai dugaan dan halangan terpaksa dilalui sebelum berjaya mencapai perkara yang diimpikan itu.

Posted at 5:45 pm | Comments (5)

1st October, 2014

Kau Tetap Di Hati

 

20140929_225306-2

Nama : Lau Soo Rong
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13089)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF HAK
Judul Buku  :  Kau Tetap Di Hati
Pengarang :  Hakimi Muhammad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005

Watak:

Ajis, Cikgu Firdaus, Amir

Konflik/Plot:

Buku ini mengisahkan seorang murid yang bernama Ajis mempunyai hubungan yang baik dengan guru baharu di sekolah, iaitu Cikgu Firdaus. Cikgu Firdaus tinggal menyewa di rumah keluarga Ajis. Sikapnya yang ramah dan baik hati menyebabkan Cikgu Firdaus disenangi ramai. Namun begitu, kawan sekelas Ajis, iaitu Amir berasa cemburu terhadap perhubungan baik mereka. Amir menuduh Ajis mendapat markah tinggi kerana Cikgu Firdaus bersikap pilih kasih. Pada suatu hari, ayah Cikgu Firdaus sakit tenat menyebabkan Cikdu Firdaus terpaksa balik ke kampung. Berita sedih  telah disampaikan oleh Cikgu Firdaus bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Peristiwa tersebut menyebabkan Cikgu Firdaus tidak sempat memberikan tunjuk ajar kepada pelajar sebelum peperiksaan bermula. Oleh itu, ini merupakan peluang terbaik untuk Ajis membuktikan bahawa tuduhan Amir tidak benar. Dengan kegigihannya, Ajis mendapat tempat pertama dalam kelas. Akhirnya, Amir insaf atas kesalahan diri.

 Pendapat:

Saya suka akan buku ini kerana jalan cerita buku ini sangat menarik. Dalam cerita tersebut, saya telah mempelajari bahawa keputusan seorang yang baik adalah kerana kegigihannya sendiri.  Selain itu, saya telah mempelajari bahawa kita tidak harus menuduh orang lain jika kita belum tahu perkara yang sebenar. Selain itu, insaf atas kesalahan yang dilakukan amat penting jika kita membuat sesuatu perkara yang salah.

 

Posted at 3:46 pm | Comments (6)

1st October, 2014

Mitos China Purbakala (Jilid 1)

 

cover CKlasik 1_l

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Mitos China Purbakala (Jilid 1)
Pengarang :  /(One Nusantara SDN BHD)
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak:

Hou Yi, Chang E, Wu Gang 

Konflik/Plot:

Buku ini mengisahkan beberapa mitos  China.  Salah satu cerita yang bertajuk  ‘Chang E Terbang ke Bulan’  mengisahkan cerita romatis Hou Yi dan Chang E. Hou Yi menerima  sebiji ubat panjang umur. Feng Meng hendak merampas ubat tersebut. Chang E menelan ubat  tersebut supaya tidak dimakan oleh Feng Meng yang jahat itu. Kemudian , dia pun menjadi ringan lalu terbang ke bulan selepas makan ubat itu.

 Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana jalan cerita buku in sangat menarik. Cerita ini juga membolehkan saya mengenali kebudayaan Cina dengan lebih dekat. Buku ini juga menyerlahkan ketabahan dan hubungan akrab antara manusia dengan alam.

Posted at 3:43 pm | Comments (10)

1st October, 2014

Siapa Diriku?

IMG_20140928_202635-1

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF HAK
Judul Buku  : Siapa Diriku
Pengarang :  Hakimi Muhammad
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2008
 

Watak: Erie ,wanita gila , ibu , bapa Konflik/plot: Cerita ini mengisahkan seorang anak bernama Erie. Suatu hari, dia menemui seorang wanita yang mengaku bahawa dia ialah ibu kandungnya. Akhirnya melalui  ujian DNA, dia berjaya mengesan bahawa Erie ialah anak kepada ibu bapanya. Pendapat: Saya amat suka akan cerita ini kerana dia telah mengajar kita tentang kepentingan mengetahui kisah sebenar kehidupan silam. Contohnya, Erie dapat mengetahui siapa yang melahirkannya  selepas mengetahui kisah sebenar tentang kehidupannya.

Posted at 3:11 pm | Comments (6)

1st October, 2014

Cetera Dewa-Dewi

image

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Cetera Dewa Dewi
Pengarang : One Nusantara Sdn Bhd
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak Jiang Ziya, Ne Zha, Wu Ji Konflik/ Plot Cerita ini mengisahkan keruntuhan Dinasti Shang di bawah pemerintahan Raja Zhou akibat kezaliman den kelekaannya. Daji yang berniat jahat ingin mengambil kesempatan untuk mengambil alih kuasa pentadbiran. Jiang Ziya dan pengikutnya ingin menghalang keadaan ini berlaku. Pendapat Saya suka membaca buku ini kerana jalan ceritanya sangat menarik. Cerita ini merupakan sebuah cerita kedewaan dan kesaktian. Cerita in telah menampilkan daya imaginasi yang luar biasa.  Contohnya, kebolehan untuk mengundang kehadiran angin dan hujan, mamacu roda berapi dan sebagainya.

Posted at 3:06 pm | Comments (6)

1st October, 2014

Mitos China Purbakala (Jilid 2)

IMG_20140930_222156

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Mitos China Purbakala  (Jilid 2)
Pengarang : Dr. Chong Fah Hing
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak

Zhuan Xu ,Dewa Gong Gong

Konflik/plot

Buku ini mempunyai banyak cerita dan salah satu cerita ialah Dewa Gong Gong merempuh gunung Bu Zhou. Dalam cerita ini, menyatakan bahawa ada seorang dewa yang zalim bernama Zhuan Xu telah mendatangkan banyak masalah kepada manusia . Oleh itu, Dewa Gong Gong  telah menentang Zhuan Xu dan memberikan satu pengajaran kepadanya.

Pendapat

Jalan cerita yang menarik ini sangat saya gemari.  Hal ini disebabkan, cerita ini telah mengajar saya untuk melakukan perkara yang betul dan tepat demi kebaikan diri dan orang lain. Selain itu, pengajaran yang saya pelajari daripada cerita ini juga telah mengajar saya supaya sentiasa berpegang pada sesuatu prinsip yang tepat.

 

Posted at 3:01 pm | Comments (5)

1st October, 2014

Alegori Klasik Cina (Jilid1)

IMG_20140930_222211

Nama : Lim Ai Lin
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13157)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Alegori Klasik China (Jilid 1)
Pengarang : Dr. Chong Fah Hing
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2012

Watak Zhuang Zhou ,Jian He Hou Konflik/plot Buku ini mempunyai banyak cerita dan salah satu cerita ialah Zhuang Zhou meminjam duit daripada Jian He Hou. Apabila Zhuang Zhou meminjam duit daripada Jian He Hou , Jian He Hou tidak menolaknya dengan jelas malah menggunakan banyak alasan untuk menolaknya. Tindakannya telah menaikkan kemarahan Zhuang Zhou. Pendapat  Saya amat suka buku ini yang menceritakan sejarah pada masa lampau. Cerita ini mengajar kita supaya jangan memberikan alasan untuk menolak permintaan orang malah mesti menyatakan pemikiran kita terhadap permintaannya kepada seseorang sebelum menolak atau menyetujui permintaaannya.

Posted at 2:58 pm | Comments (5)

1st October, 2014

Pengembaraan Ke Dunia Barat

book

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Pengembaraan ke Dunia Barat
Pengarang : ONE NUSANTARA SDN BHD
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

 

Watak

Xuan Zhuang, Shun Wukong, Bajie

Konflik/Plot

Buku in mengisahkan pengembaraan seorang sami Buddha yang bernama Xuan Zhuang. Beliau bersama beberapa orang pengikutnya mengambara ke benua Tian Zhu(India) untuk mendalami ilmu agama dan kemudian berjaya mengangkut balik kitab-kitab Buddha walaupun pelbagai rintangan dan halangan ditemui sepanjang perjalanan.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana jalan cerita buku ini sangat menarik. Cerita ini mengajar saya supaya tabah dalam menempuh cabaran hidup. Contohnya, walaupun pelbagai halangan dan rintangan ditemui sepanjang perjalanan ke dunia barat, semuanya dapat diatasi dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh.

 

Posted at 2:56 pm | Comments (6)

1st October, 2014

Himpunan Cerita Pelik-Pelik

image

 

Nama : Cheng Jia Xuan
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13042)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku : MF ONE
Judul Buku  : Himpunan Cerita Pelik-Pelik
Pengarang : ONE NUSANTARA SDN BHD
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2009

Watak

Wang, Er Lang, jembalang, isteri Wang

Konflik/ Plot

Terdapat beberapa ceritapelik dalam buku ini. Sebuah cerita yang bertajuk ‘Jelmaan Jembalang’ mengisahkan Wang membantu seorang gadis cantik yang tiada tempat tinggal. Dia mendapati gadis itu ialah jembalang yang memakai kulit manusia dan akhirnya dibunuh oleh gadis itu. Isterinya membantunya mencari gadis itu.

Pendapat:

Saya suka akan cerita ini kerana memaparkan kisah-kisah yang pelik yang tidak pernah berlaku dalam kehidupan kita. Membaca buku ini membuatkan saya teruja dan ingin cepat menghabiskan setiap baris perkataan.

Posted at 2:51 pm | Comments (9)

1st October, 2014

Senja Di Bukit Meleret

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFHAS
Judul Buku  :  Senja Di Bukit Meleret
Pengarang :

Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

 

Senja di bukit meleret

Latar Tempat:

Kampung Azmil, tempat Azmil tinggal dan bersahabat dengan Hamdan dan Ilmin.

 

Watak dan Perwatakkan:

Azmil, Hamdan, Ilmin, Tuk Penghulu dan Pak Cik Radly.

 

Konflik/Plot:

Seluruh penduduk kampung dalam kampung Azmil bercakap mengenai penemuan emas di bekas lombong itu. Tuk Penghulu dan Pak Cik Fadly menuju ke belukar hilir. Azmil dan rakan-rakannya mengikut mereka. Setibanya di belukar itu, mereka mendapati berkilo-kilo logam dan besi terdapat di dalam hutan berhampiran dengan bekas lombong itu.

 

Rumusan:

Bersama dengan anggota RELA, Tuk Penghulu dan Pak Cik Fadly terus ke Bukit Meleret.  Tepat jam 10 pagi pacuan empat roda itu tiba di kaki Bukit Meleret.  Kemudian, lelaki itu memusingkn pacuan empat rodanya.  Bahagian belakang kenderaan itu dibuka.  Akhirnya, dua orang penjenayah dihantar kepada pihak berkuasa kerana merosakkan keamanan kampung dan juga desa itu.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, novel yang bersiri misteri ini telah menggalakkan remaja mengamalkan nilai keberanian untuk mencari jawapan bagi misteri.  Kita harus gigih berusaha untuk menjawab soalan misteri kerana kes misteri ini mungkin merosakkan keamanan masyarakat kita.  Akhirnya, kita haruslah megamalkan ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’ supaya tidak didenda oleh pihak berkuasa.

Posted at 11:29 am | Comments (6)

1st October, 2014

Misteri Pulau Besar

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFHAS
Judul Buku  : Misteri Pulau Besar
Pengarang :

Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2007

 

Misteri Pulau Beasr

Latar tempat:

Pulau Besar, tempat penjenayah meletakkan kanak-kanak yang diculik oleh mereka.

 

Watak dan Perwatakkan:

Iqwan, Meedee, Yap, Cikgu Shahira, Mail Kapal dan Jali Ringgo.

 

Konflik/Plot:

Misteri yang berlaku di Kampung Iqwan, Meedee dan Yap telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk kampung.  Mereka berasa tidak puas hati kerana masih ada segelintir masyarakat pada zaman moden ini masih mempercayai perkara yang karut.

 

Rumusan:

Pasukan bola sepak mereka telah meraikan kemenangan setelah rajin berusaha menjalankan latihan. Sebelum pertandingan ini, mereka pernah cuba pergi ke pulau besar itu tetapi berlakunya kemalangan. Selepas pertandingan itu mereka membuat keputusan mencari jawapan untuk pulau besar yang misteri itu.  Mail Kapak dan Jali Ringgo yang berbuat jahat sentiasa takut rahsia mereka diketahui oleh orang lain.  Akhirnya, Abang Rosid dan Zulfadli menangkap penjenayah yang menculik kanak-kanak itu.  Kedua-dua lelaki itu cuba melawan tetapi gagal.  Mereka ditangkap dan misteri itu terjawab.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, semua penduduk kampung bertanggungjawab untuk menjamin keamanan kampung mereka.  Oleh itu, semua penduduk kampung harus bersatu teguh untuk menentang kekacauan kerana ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Posted at 10:23 am | Comments (5)

1st October, 2014

Misteri Pangkalan

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFHAS
Judul Buku  :  Misteri Pangkalan
Pengarang :

Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2007

 

misteri pangkalan

Latar tempat:

Rumah Rapizal, tempat Tuk Penghulu memberi upah kepada Rapizal kerana mengukir kerisnya dan berbual-bual dengan Rapizal tentang kegiatan negatif itu.

 

Watak dan Perwatakkan:

Rapizal, Maliki, Leman, Sayuti, Hafizul, Ibu dan Tuk Penghulu Sulaiman.

 

Konflik/Plot:

Rapizal mengayuh basikal menuju ke hujung Kuala Golok Raut.  Dia hendak mencari kayu hantu duri untuk diukir.  Tiba-tiba, dia nampak sepucuk keris ditinggalkan di atas perahu yang bersinggah di pangkalan itu.  Semasa Tuk Penghulu mengunjungi rumah Rapizal, dia memberitahu Tuk Penghulu tentang peristiwa tersebut dan menasihati Tuk Penghulu melaporkan kes tersebut kepada polis.

 

Rumusan:

Akhirnya Tuk Penghulu Sulaiman melaporkan kes tersebut kepada pihak polis. Rapizal, Maliki dan Leman berada jauh dari kawasan operasi. Pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Balasingan meneruskan operaasi mereka. Tepat jam 4 petang bunyi enjin perahu galah sudah kedengaran. Rupa-rupanya, kabel telefon di beberapa kawasan dicuri kerana ketua yang bernama Jebeng itu berbuat jahat.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, nilai murni yang diamalkan oleh Rapizal harus digalakkan dalam kalangan remaja.  Dia seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai tujuannya iaitu menjadi johan dalam pertandingan mengukir.  Selain itu, dia berusaha untuk mendapat wang saku diri dengan membantu Tuk Penghulu mengukir kerisnya.

Posted at 10:01 am | Comments (5)

1st October, 2014

Lagenda Elfarren

Nama :  Chan Min Mi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13002
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  :  Lagenda Elfarren
Pengarang :

 Mohd Zohor Yasin

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2010

 

 

Watak: Aidan dan Sibila(Ariana)

Konflik/Plot:  Aidan dan Sibila (Ariana), dua perwatakan yang berbeza dan juga mengamalkan gaya kehidupan yang tidak sama.  Aidan sebagai pemuda desa manakala Sibila pula sebagai anak puteri negara Golokos.  Cerita bermula apabila Aidan mencari hakikat sebenar dirinya menerusi mimpi yang aneh pada setiap malam yang menjelma.  Demi cinta yang agung, mereka mencari jalan untuk bersua muka di alam yang nyata.  Secara tidak langsung, kewujudan mereka di dunia ini hanyalah mencari maksud yang tersirat dalam kehidupan.  Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri bagi menentukan arah mana yang mereka tujui.  Bermulalah dua pengembaraan yang jauh berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang sama.  Setiap langkah menjadikan mereka lebih dewasa dan mula menerima takdir mereka sendiri.

Pendapat:  Saya amat suka akan cerita ini.  Jalan cerita agak menarik dengan pengembaraan yang penuh pancaroba dan berliku.  Di samping ada elemen magik, tak lupa juga kisah persahabatan antara watak-watak utama dengan watak sampingan.  Hubungan keakraban antara adik-beradik ada dalam novel ini.  Bahasa yang digunakan pun agak mudah dan senang difahami.

Posted at 9:55 am | Comments (5)

1st October, 2014

Hantu Panggung Opera

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFSER
Judul Buku  :  Hantu Panggung Opera
Pengarang :

Wan Su

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1994

 

Copy of Hantu Panggung Opera

Latar tempat:

Panggung Opera, tempat Christine bekerja sebagai seorang penyanyi opera dan diajar oleh Erik.

Watak dan Perwatakkan:

Christine Daae, Chagny de Raoul, Erik, lelaki Parsi.

Konflik/Plot:

Chagny de Raoul, seorang Baron iaitu keluarga diraja yang kaya dan tertarik dengan seorang gadis yang bernama Christine Daae.  Christine berasal dari Norway, hidup miskin dengan bapanya.  Setelah ayah Christine meninggal dunia, Christine berasa sunyi dan sedih.  Christine dan Raoul pernah bertemu semasa mereka mashih kecil di gereja. Christine mempunyai suara yang merdu dan dia bekerja sebagai seorang penyanyi saprano di opera.  Erik, hantu panggung opera juga cintai Christine.  Akhirnya, dia mengajar Christine menyanyi dan inginnya menggantikan Charlotte.  Setelah Charlotte tidak menerima permintaan Erik memberi peluang kepada Christine untuk menyembah, dia hilang suaranya yang merdu. Erik memberi Christine sebuah cincin dan akan berkahwin dengannya. Dia menunjukkan wajahnya kepada Christine.  Walaupun hodoh, tetapi Christine masih bersimpati dengan wajah Erik.

Rumusan:

Setelah mengetahui Christine cintai Raoul dan bukannya, Erik menangkap kedua-duanya.  Akhirnya, dia menyesal kerana dia hanya dapat tubuh badan Christine tetapi bukan cintanya. Dia memanggil rakan Parsinya dan juga rakan lainnya memberi pendapat.  Dia kemudian membuat keputusan untuk melepaskan Christine dan Raoul.  Akhir sekali, Christine dan Raoul berkahwin. Christine berjanji akan berkawan dengan Erik lagi.

Pendapat:

Pada pendapat saya, novel klasik ini memberitahu kita tiada penghalang jika wujudnya sebuah cinta yang sejati.

Posted at 9:04 am | Comments (5)

1st October, 2014

Lelaki Berjaket Hitam

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFHAS
Judul Buku  :  Lelaki Berjaket Hitam
Pengarang :

Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2007

 

lelaki berjaket hitam

Latar tempat:

Kampung Azrul, tempat yang berlakunya kes pencurian yang hebat. 

Watak dan Perwatakkan:

Azrul, Rizman, Rung, Inspektor Razlan dan Tuk Penghulu.

 

Plot:

Bagi menampung perbelanjaan persekolahannya, Azrul mengambil upah menjahit jala dan pukat. Gempar di kampung seberang Jambatan Pulau, lima buah motosikal hilang sekaligus! Azrul dan Rizman ternampak seorang lelaki berjaket hitam mencim motosikal EX.5. Penemuan rangka motosikal itu akhirnya memberikan gambaran bahawa sudah wujud kegiatan mencuri motosikal di desa aman mereka.  Azrul bertekad untuk menentang lelaki berjaket hitam itu demi keamanan kampung mereka.

Konflik:

Pada suatu hari, Tuk Penghulu bersama-sama anak buahnya berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang terlena di bawah pokok.  Mereka berjalan perlahan-lahan.  Tuk Penghulu menghala laras senapang ke udara.  Rupa-rupanya lelaki yang berjaket hitam itu ialah Inspektor Razlan.  Walaupun telah mendapat jawapan siapa lelaki berjaket itu, tetapi Azrul tidak rasa menyesal atau bersalah kerana mencurigai lelaki itu sebelum ini. Perasaan itu timbul kerana dia perlukan keamanan di kampung itu.

Pendapat:

Kita haruslah bersatu-padu untuk menyelesaikan masalah keamanan bersama-sama.  Sebagai contoh, Tuk Penghulu menyuruh anak-anak buahnya bekerjasama untuk menangkap lelaki yang berjaket hitam itu yang cuba merosakkan keamanan kampungnya.

Posted at 8:07 am | Comments (5)

1st October, 2014

Pengembaraan ke Pusat Bumi

Nama :  Tan Yun Qing
Kelas  & No. Sekolah :  K2C , 13130
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  /
Judul Buku  : Pengembaraan ke Pusat Bumi
Pengarang :

Jules Verne

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 1938

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

pusat bumi

 

Watak utama : Harry Lawson

Watak sampingan : Profesor Hardwigg , Hans Bjelke

 

Sinopsis :

Profesor Hardwigg, Harry, dan anak saudaranya  Hans, pemandu di Iceland memulakan pengembaraan mereka ke luruh gunung berapi dan seterusnya ke pusat bumi.

Berpandukan kertas kulit keno yang mengandungi kod Runu, mereka bertiga menempuh ribut petir yang ganas, binatang purba yang liar, lautan bawah tanah dan orang gua yang bengis.

Akhirnya, pengembaraan mereka ke pusat bumi menjadi sensasi di seluruh dunia dan kisah pengembara mereka diterbitkan dalam pelbagai bahasa.

 

Nilai Murni :

Dengan ketabahan dan kecekalan hati, impian akan menjadi kenyataan. Perabaan mereka untuk mengembara ke pusat bumi dahula, banyak yang percaya mereka tidak boleh berjumpa antara satu sama lain lagi.  Akan tetapi, pandangan orang ramai berubah apabila mereka bertiga telah selamat sampai ke pusat bumi.

 

Pengajaran :

Pengalaman ini memanfaatkan orang ramai dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.  Pengalaman ini dapat memberangsangkan orang ramai untuk mengejar impiannya agar terkabul menjadi kenyataan.

Posted at 7:50 am | Comments (5)