11th October, 2014

Kabus Di Perbukitan

kabus di perbukitan

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kabus Di Perbukitan
Pengarang : Mohamad Kholid Hamzah
Tahun Penerbitan :

 

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Salmah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu ,Azrul sudah tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Pendapat:

Penulis menulis cerita ini dengan menarik.Kamarudin berjaya menyelamat anaknya Faridah yang vannya terjunam ke dalam gaung. Walaupun Rahayu meninggalkan dunia akibat kanser tetapi kawannya Azrul berjaya menunaikan hasratnya. Cerita ini mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa .

Posted at 12:19 am | Comments (5)


5 Comments

  1. On March 21, 2015 at 7:27 pm s5b.ppc@smjk.edu.my said:

    March 21, 2015 at 7:27 pm

    Nama: Alyssa Lim Jia Wen
    Kelas: S5B
    No Sekolah: 11171
    Pada pandangan saya, kita harus tidak mudah berputus asa dalam membuat sesuatu perkara. Kita harus tabah dalam membuat pertimbangan dan berusaha menunaikannya.

  2. On March 22, 2015 at 5:15 pm s5b.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:15 pm

    Nama : Ooi Chia Rong
    Kelas : S5B
    No. Sekolah : 11127

    Pada pendapat saya, kita mesti berpegang teguh pada pandangan sendiri jika kita berasa pandangan tersebut adalah betul. Dengan ini, kita akan mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

  3. On March 22, 2015 at 5:38 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:38 pm

    Nama: Khoo Pei Jing
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 11045
    Ibu bapa patutlah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak kita walaupun mereka sering tidak berada di rumah.

  4. On March 22, 2015 at 5:59 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:59 pm

    Nama: Loy Sing Zhi
    Kelas: p5B
    No. Sekolah: 11123
    Kita harus tidak mudah berputus asa dalam membuat sesuatu perkara.Dengan ini, kita akan mencapai kejayaan tanpa sebarang halangan.

  5. On March 22, 2015 at 6:08 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 6:08 pm

    Nama: Choo Ming Hui
    Kelas: S5E
    No.Sekolah: 11208
    Pada pendapat saya, kita harus berusaha mecapai hasrat rakan kita walaupun dia telah meninggal dunia. Selain itu, kita harus tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.