9th October, 2014

Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik dan Cara-cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur

tidur

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan :Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik dan Cara-cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan : Dewan Kosmik
Pengarang : Danial Zainal Abidin

Isi tersurat : Antara kepentingan tidur dari segi saintifik adalah tidur dapat membaiki sel-sel yang rosak. Tambahan pula, kepentingan tidur ialah tidur dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Penyimpanan maklumat di dalam oak juga kepentingan tidur. Tidur dapat memulihkan pusingan biologi dalam badan. Tidur dapat menyegarkan tubuh badan dan meningkatkan produktiviti. Akhirnya, kepentingan tidur ialah mengurangkan sakit jantung.

Isi tersirat : Antara cara mengatasi masalah sukar tidur adalah menjauhi bahan perangsang ataupun tidak mengambil minuman berfaein seperti kopi, teh dan sebagainya. Mengatasi masalah sukar tidur adalah bersenam pada siang hari atau mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, mengelakkan diri memikirkan masalah hidup dan tekanan juga mengatasi masalah sukar tidur. Tambahan pula, tidur dan bangun mengikut jadual dan mengelakkan tidur terlalu lama pada siang hari. Mendengar muzik juga boleh mengatasi masalah sukar tidur. Akhirnya, untuk mengatasi masalah sukar tidur adalah memastikan suasana tempat tidur selesa dan kondusif.

Pendapat : Kita perlu mempunyai tidur yang secukupnya supaya kesihatan bdan kita dapat dipelihara.

Posted at 11:25 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini

IMG_0062

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan daripada Berita Harian

Isi Tersurat : Antara usaha membendung penularan produk kesihatan haram ialah iklan yang boleh mempengaruhi pengguna biasanya akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan. Seterusnya, media massa juga boleh terus menyiarkan ubat-ubatan yang membahayakan kesihatan untuk menyedarkan masyarakat. Selain itu, pengguna tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan pelbagai janji manis kononnya boleh menjadi cantik atau kursus serta-merta jikan menggunakan produk terbabit. Pengguna sepatutnya mengambil tahu bahan kandungan dalam produk sebelum membelinya. Orang ramai juga sewajarnya mendapat maklumat tepat berkaitan produk terbabit daripdad pihak berwajib. Kementerian Kesihatan ada menyenaraikan semua produk diharamkan itu dalam laman webnya. Selain itu, Kementerian Kesihatan wajar bertindak segera sebelum jualan produk diharamkan secara siber terus berleluasa. Begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM ) wajar menghalang perbuatan ini jika terbukti menyalahi akta dan peraturan sedia ada. Akhirnya, penjual produk terbabit wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.

Isi tersirat : Antara sikap negatif masyarakat dalam menangani masalah ini ialah masyaraat lebih yakin akan kata-kata jurujual berbanding nasihat pakar doktor dari Kememnterian Kesihatan. Selain itu, masyarakat menganggap kesihatan badan tanggungjawab sendiri yang tidak perlu diambul tahu oleh kerajaan. Masyarakat hanya menyalahkan jika mendapati produk kesihatan yang diambil mendatangkan kesan negatif. Akhirnya, masyarakat tidak melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui produk kesihatan yang dihasilkan mengandungi bahan terlarang.

Pendapat : Saya berasa masyarakat hendaklah bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung penularan produk kesihatan haram agar kesihatan terjamin.

 

Posted at 11:23 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita

pemilihan

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan :Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita
Jenis Penulisan : Penulisan Krisis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan : Dewan Ekonomi
Pengarang : Hanafi Timan

Isi tersurat : Antara faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah tahap kualiti perubatan yang tinggi. Selain itu, kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan faktornya. Tambahan pula, kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Negara kita juga mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di ratau Asia Tenggara. Seterusnya, caj rawatan di negara kita lebih murah. Malah, banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Pelancong mendapat layanan bertaraf dunia juga faktornya.

Isi tersirat : Antara faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah menjana pendapat negara ataupun meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, faedah industri pelancongan kesihatan dapat meningkatkan imej negara kita. Tambahan pula, juga dapat menambahkan peluang pekerjaan. Merancakkan bidang Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) negara juga faedahnya. Faedah yang seterusnya adalah membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan. Akhirnya, faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah meningkatkan pembangunan prasarana ataupun infrstruktur negara.

Pendapat : Semua pihak hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan supaya Malaysia terus mendapat perhatian para pelancong asing.

Posted at 11:21 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Kebaikan Makan Coklat dan Cara-cara Memajukan Industri Coklat

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Kebaikan Makan Coklat dan Cara-cara Memajukan Industri
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen
Sumber didapatkan daripada Dewan Kosmik Pengarang : Saharil Hasril Sanin
Isi tersurat : Antara manfaat makan coklat ialah makan coklat dapat melegakan otot. Selain itu, coklat didapati dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepda pemakannya. Seterusnya, makan coklat mampu merehatkan minda seseorang. Tambahan pula, pengambilan coklat dapat menimbulkan perasaan relaks. Malah, makan coklat mampu melanjutkan usia seseorang. Mengurangkan risiko serangan strok juga kebaikan makan coklat.
Isi tersirat : Antara cara memajukan industri coklat ialah pihak pengusaha industri coklat mempelbagaikan produk berasaskan coklat. Selain itu, pihak kerajaan haruslah membuka lebih banyak ladang koko. Seterusnya, pihak kerajaan mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) latihan menghasilkan coklat di luar negara. Pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat ataupun pinjaman modal. Tambahan pula, pihak pengusaha industri coklat memasarkan coklat ke luar negara. Pengusaha industri coklat menggunakan teknogi moden untuk meningkatkan kualiti coklat yang dihasilkan. Akhir sekali, pihak pengusaha coklat dapat mempromosikan atau mengiklankan kebaikan makan coklat melalui meida massa.

Pendapat : Makan coklat membawa banyak kebaikan tetapi juga perlu melimitkan number makan coklat. Ini kerana terlalu makan coklat akan dihidapi diabetes dan sakit. Kerajaan juga boleh mempromosikan industri coklat melalui media massa dan pelbagai saluran. Dengan ini, industri coklat dapat dikembangkan secara harum di negara kita.

Posted at 11:18 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya

FullSizeRender

Nama Murid :  Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen
Sumber didapatkan daripada : Utusan Malaysia

Isi tersurat : Antara peranan ibu bapa dalam menentukan corak pemakanan anak-anak ialah ibu bapa perlu tegas dalam mengawal tabiat pemakanan anak-anak. Selain itu, ibu bapa menetapkan garis panduan kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa menjadikan mereka sendiri sebagai contoh dnegan makan makanan berzat dan seimbang. Tambahan pula, ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara memilih makanan yang berkhasiat. Malah, ibu bapa mempelbagaikan jenis masakan. Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah juga sebabnya. Ibu bapa mesti menasihati anak-anak yang gemar makan makanan ringan tentang akibat buruk makan makanan ringan atau makanan kurang berkhasiat. Ibu bapa juga perlu memberikan pilihan sama ada membeli jus buah-buahan. Selain itu, ibu bapa perlu bertolak anasur dengan anak-anak dan jangan memaksa mereka makan makanan yang tidak disukai. Akhir sekali, ibu bapa memastikan makanan yang diberikan kepada anak-anak selamat untuk dimakan.

Isi tersirat : Antara kekangannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa menjaga pemakanan anak-anak. Seterusnya, ibu bapa yang tidak pandai memasak. Ada juga ibu bapa yang malas memasak atau menyediakan makanan anak-anak memanggil anak-anak membeli makanan segera. Selain itu, ibu bapa yang terlalu sayang akan anak mereka hanya mendengar anak-anak dan membeli makanan yang digemari anak-anak. Lama kemudian, anak-anak tidak dapat mengawal tabiat pemakanan mereka.

Pendapat : Saya berasa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menentukan corak pemakanan anak-anak. Tabiat pemakanan anak-anak amat penting. Ini kerana adalah berkaitan dengan kesihatan anak-anak.

Posted at 11:15 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar

trp final 2

 

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

Isi tersurat:

Antara cara menjadi pelajar pintar termasuklah merancang jadual belajar kita. Selain itu, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Kita juga harus mengelakkan diri daripada membuat kerja yang tidak berfaedah. Di samping itu, kita sepatutnya sentiasa berfikiran positif dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Kita perlu berbincang dan menceritakan masalah kepada guru atau ibu bapa kita. Kita boleh menghadiri kelas tuisyen dan memperbanyak aktiviti membaca bahan ilmiah. Sementelahan itu, kita boleh membentuk kumpulan belajar. Kita juga patut mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berusaha meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi.

 

Isi tersirat :

Seseorang pelajar pintar akan dapat membentuk generasi berilmu. Pelajar pintar juga mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. Selain itu, pelajar pintar mampu melahirkan idea-idea bernas dan relevan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi negara kita kini.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membentuk dan mendorong anak-anak mereka belajar dengan cara yang betul agar anak-anak akan berjaya dengan cemerlang.

Posted at 11:14 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Jangan Ganggu Lenaku

Nama :  Jocelyn Teh Shuang Ru
Kelas  & No. Sekolah :  K2C 13217
Guru Pembimbing:  Pn. Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :    Jangan Ganggu Lenaku
Pengarang :

Haiza Najwa

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2012

 

 

Jangan Ganggu Lenaku

Watak:  Atira dan Asfahul.

Konflik/Plot:

Jemu dan sepi menguasai diri Atira saban hari.  Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong.  Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga.  Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri.  Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya.  Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur.  Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab.  Ucapan sayang lelaki itu tidak putus-putus dibisikkan di telinganya.  

Rumusan

Setiap kali terjaga, dia diulit rindu.  Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya.  Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu?  Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan?  Tetapi, oleh siapa?

Pendapat

Buku ini menarik perhatian saya kerana ia mengisahkan alam kenyataan dengan impian watak utama.  Sebagai seseorang  yang hidup dalam dunia yang serba mencabar ini, kita haruslah menghadapi kenyataan, sebaliknya jangan terlampau mengingin sesuatu sehingga ia meragut kenyataan hidup individu.

Posted at 3:57 pm | Comments (4)

9th October, 2014

Izad Menjejak Buku Sakti

Nama : Chan Min Mi
Kelas  & No. Sekolah : K2C (13002)
Guru Pembimbing: Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  :  Izad Menjejak Buku Sakti
Pengarang :

Elee Mardiana

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2010

 

Kulit buku:
Watak Perwatakan:
Izad,  Samrin, Naina dan Ella Vi
Plot/Sinopsis:
Izad sering berangan-angan mahu menjadi seorang yang gagah dan memiliki kuasa sakti.  Izad Gagah, itulah gelaran yang diberikan kepada dirinya sendiri. Dia langsung tidak menyangka angan-angannya itu akan menjadi kenyataan selepas keluarganya berpindah.  Dia teruja apabila mendapati dia berjiran dengan orang-orang sakti dari sebuah negara bernama Kasyorga.  Tidak disangka juga rakan-rakan barunya, Samrin, Naina dan Ella Vi adalah tiga kanak-kanak sakti! Pada mulanya, Naina tidak senang dengan kehadiran Izad tetapi Izad terus berusaha mendekati Naina sehingga akhirnya mereka bersahabat baik. Kepercayaan mereka terhadap Izad semakin teguh apabila Izad sanggup mempertaruhkan nyawanya bertempur dengan musuh rakyat Kasyorga demi menyelamatkan Buku Sakti Kasyorga daripada jatuh ke tangan musuh.  Apakah kesudahan nasib Izad?  Ayuh! Sama-sama kita alami pengalaman ajaib ini bersama Izad!
Pengajaran: Dalam buku ini saya dapat mempelajari beberapa pengajaran. Contohnya, kita haruslah bersikap berani seperti Izad yang berani menghadapi kehidupan yang baru.  Selain itu, kita juga harus bersikap tidak berputus asa, seperti Izad yang berusaha mendekati Naina sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat baik.
Pendapat:
Pada pendapat saya, saya suka akan novel ini.  Selepas membaca novel ini, saya amat menghormati Izad kerana Izad telah mempertaruhkan nyawanya bertempur dengan musuh rakyat Kasyorga demi menyelamatkan Buku  Sakti Kasyorga daripada jatuh ke tangan musuh.

Posted at 3:46 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Saranghae Sayang

Saranghae-Sayang_Cover

Nama :  Choo Shu Ting
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11209
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Saranghae Sayang
Pengarang :  Geng Arnab Paranoid
Tahun Penerbitan :  –

Latar tempat: Sekolah

Watak: Rena

Konflik/Plot:

Rena merupakan seorang remaja yang terpengaruh dengan arus Korean Wave yang sedang melanda dunia.  Dia tidak pernah kisah akan orang di sekelilingnya kerana dia hidup dalam dunia imaginasi ala drama Koreanya.  Hanya kawan baiknya, Zahra yang memahami sikap gila-gilanya.

Segalanya berubah setelah dia jatuh hati pada Aidi, seniornya yang dirasakan seiras dengan  artis Korea kegemarannya. Lalu bermulalah kehidupannya sebagai seorang ‘secret admirer’ dan Rena sanggup melakukan apa sahaja untuk menambat hati Aidi.

Namun di hati Aidi cuma ada Liya yang hanya menganggap Aidi sebagai seorang kawan baik. Aidi pasrah.

Konflik mula melanda apabila hati mula berubah. Rena cuba berlaku jujur dengan Aidi namun keadaan tidak memihak kepadanya. Dia dipersalahkan atas segala yang berlaku. Dalam diam Zahra rupanya menyimpan rahsia yang tidak disangka. Dan kemudian, sekali lagi Zahra menjadi penyelamat keadaan.

Pendapat:

Unsur pengaruh KPOP yang merupakan salah satu masalah sosial remaja diterapkan supaya menjadi pengajaran kepada pelajar. Buku ini juga menerapkan nilai-nilai persahabatan dan keikhlasan serta ketelusan dalam berkawan.

Posted at 1:55 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Rela Kupujuk

Relaku_Pujuk2-187x300

Nama :  Choo Shu Ting
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11209
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Rela Kupujuk
Pengarang :  Puteri Dhamia
Tahun Penerbitan :  –

Latar tempat: Rumah Nadirah

Watak: Nadirah

Konflik/Plot:

Mengisahkan perihal nasib seorang gadis bernama Nadirah yang terpaksa melalui saat getir ketika kehilangan orang yang disayangi. Ibunya meninggal akibat kanser hati dan pada tahun yang sama bapanya yang berkerja sebagai seorang polis telah meningal dunia akibat ditembak oleh penjenayah. Perkenalan yang tidak disangka atas dasar gurauan dari sahabatnya telah menimbulkan satu perasaan luar biasa dalam dirinya. Saiful Izham, merupakan seorang pelajar idaman ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Saiful yang juga dalam masa sama menyimpan perasaan terhadap Nadirah cuba sedaya upaya bagi membantu Nadirah untuk bangkit semula dari kepompong kesedihan yang di alaminya.

Pendapat:

Jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis amat menarik. Ini sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri pembaca untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cerita ini mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa walau apa pun rintangan yang dihadapi. Dalam novel ini, apa yang dapat kita lihat kesungguhan seorang lelaki bagi memenangi hati gadis yang disukai walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi bagi memikat hati gadis tersebut.

Posted at 1:47 pm | Comments (6)