9th October, 2014

Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik dan Cara-cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur

tidur

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan :Kepentingan Tidur dari Segi Saintifik dan Cara-cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan : Dewan Kosmik
Pengarang : Danial Zainal Abidin

Isi tersurat : Antara kepentingan tidur dari segi saintifik adalah tidur dapat membaiki sel-sel yang rosak. Tambahan pula, kepentingan tidur ialah tidur dapat meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Penyimpanan maklumat di dalam oak juga kepentingan tidur. Tidur dapat memulihkan pusingan biologi dalam badan. Tidur dapat menyegarkan tubuh badan dan meningkatkan produktiviti. Akhirnya, kepentingan tidur ialah mengurangkan sakit jantung.

Isi tersirat : Antara cara mengatasi masalah sukar tidur adalah menjauhi bahan perangsang ataupun tidak mengambil minuman berfaein seperti kopi, teh dan sebagainya. Mengatasi masalah sukar tidur adalah bersenam pada siang hari atau mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, mengelakkan diri memikirkan masalah hidup dan tekanan juga mengatasi masalah sukar tidur. Tambahan pula, tidur dan bangun mengikut jadual dan mengelakkan tidur terlalu lama pada siang hari. Mendengar muzik juga boleh mengatasi masalah sukar tidur. Akhirnya, untuk mengatasi masalah sukar tidur adalah memastikan suasana tempat tidur selesa dan kondusif.

Pendapat : Kita perlu mempunyai tidur yang secukupnya supaya kesihatan bdan kita dapat dipelihara.

Posted at 11:25 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini

IMG_0062

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan daripada Berita Harian

Isi Tersurat : Antara usaha membendung penularan produk kesihatan haram ialah iklan yang boleh mempengaruhi pengguna biasanya akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan. Seterusnya, media massa juga boleh terus menyiarkan ubat-ubatan yang membahayakan kesihatan untuk menyedarkan masyarakat. Selain itu, pengguna tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan pelbagai janji manis kononnya boleh menjadi cantik atau kursus serta-merta jikan menggunakan produk terbabit. Pengguna sepatutnya mengambil tahu bahan kandungan dalam produk sebelum membelinya. Orang ramai juga sewajarnya mendapat maklumat tepat berkaitan produk terbabit daripdad pihak berwajib. Kementerian Kesihatan ada menyenaraikan semua produk diharamkan itu dalam laman webnya. Selain itu, Kementerian Kesihatan wajar bertindak segera sebelum jualan produk diharamkan secara siber terus berleluasa. Begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM ) wajar menghalang perbuatan ini jika terbukti menyalahi akta dan peraturan sedia ada. Akhirnya, penjual produk terbabit wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.

Isi tersirat : Antara sikap negatif masyarakat dalam menangani masalah ini ialah masyaraat lebih yakin akan kata-kata jurujual berbanding nasihat pakar doktor dari Kememnterian Kesihatan. Selain itu, masyarakat menganggap kesihatan badan tanggungjawab sendiri yang tidak perlu diambul tahu oleh kerajaan. Masyarakat hanya menyalahkan jika mendapati produk kesihatan yang diambil mendatangkan kesan negatif. Akhirnya, masyarakat tidak melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui produk kesihatan yang dihasilkan mengandungi bahan terlarang.

Pendapat : Saya berasa masyarakat hendaklah bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung penularan produk kesihatan haram agar kesihatan terjamin.

 

Posted at 11:23 pm | Comments (6)

9th October, 2014

Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita

pemilihan

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan :Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita
Jenis Penulisan : Penulisan Krisis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan : Dewan Ekonomi
Pengarang : Hanafi Timan

Isi tersurat : Antara faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah tahap kualiti perubatan yang tinggi. Selain itu, kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan faktornya. Tambahan pula, kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Negara kita juga mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di ratau Asia Tenggara. Seterusnya, caj rawatan di negara kita lebih murah. Malah, banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Pelancong mendapat layanan bertaraf dunia juga faktornya.

Isi tersirat : Antara faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah menjana pendapat negara ataupun meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, faedah industri pelancongan kesihatan dapat meningkatkan imej negara kita. Tambahan pula, juga dapat menambahkan peluang pekerjaan. Merancakkan bidang Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) negara juga faedahnya. Faedah yang seterusnya adalah membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan. Akhirnya, faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah meningkatkan pembangunan prasarana ataupun infrstruktur negara.

Pendapat : Semua pihak hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan supaya Malaysia terus mendapat perhatian para pelancong asing.

Posted at 11:21 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Kebaikan Makan Coklat dan Cara-cara Memajukan Industri Coklat

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Kebaikan Makan Coklat dan Cara-cara Memajukan Industri
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen
Sumber didapatkan daripada Dewan Kosmik Pengarang : Saharil Hasril Sanin
Isi tersurat : Antara manfaat makan coklat ialah makan coklat dapat melegakan otot. Selain itu, coklat didapati dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepda pemakannya. Seterusnya, makan coklat mampu merehatkan minda seseorang. Tambahan pula, pengambilan coklat dapat menimbulkan perasaan relaks. Malah, makan coklat mampu melanjutkan usia seseorang. Mengurangkan risiko serangan strok juga kebaikan makan coklat.
Isi tersirat : Antara cara memajukan industri coklat ialah pihak pengusaha industri coklat mempelbagaikan produk berasaskan coklat. Selain itu, pihak kerajaan haruslah membuka lebih banyak ladang koko. Seterusnya, pihak kerajaan mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) latihan menghasilkan coklat di luar negara. Pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat ataupun pinjaman modal. Tambahan pula, pihak pengusaha industri coklat memasarkan coklat ke luar negara. Pengusaha industri coklat menggunakan teknogi moden untuk meningkatkan kualiti coklat yang dihasilkan. Akhir sekali, pihak pengusaha coklat dapat mempromosikan atau mengiklankan kebaikan makan coklat melalui meida massa.

Pendapat : Makan coklat membawa banyak kebaikan tetapi juga perlu melimitkan number makan coklat. Ini kerana terlalu makan coklat akan dihidapi diabetes dan sakit. Kerajaan juga boleh mempromosikan industri coklat melalui media massa dan pelbagai saluran. Dengan ini, industri coklat dapat dikembangkan secara harum di negara kita.

Posted at 11:18 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya

FullSizeRender

Nama Murid :  Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen
Sumber didapatkan daripada : Utusan Malaysia

Isi tersurat : Antara peranan ibu bapa dalam menentukan corak pemakanan anak-anak ialah ibu bapa perlu tegas dalam mengawal tabiat pemakanan anak-anak. Selain itu, ibu bapa menetapkan garis panduan kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa menjadikan mereka sendiri sebagai contoh dnegan makan makanan berzat dan seimbang. Tambahan pula, ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara memilih makanan yang berkhasiat. Malah, ibu bapa mempelbagaikan jenis masakan. Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah juga sebabnya. Ibu bapa mesti menasihati anak-anak yang gemar makan makanan ringan tentang akibat buruk makan makanan ringan atau makanan kurang berkhasiat. Ibu bapa juga perlu memberikan pilihan sama ada membeli jus buah-buahan. Selain itu, ibu bapa perlu bertolak anasur dengan anak-anak dan jangan memaksa mereka makan makanan yang tidak disukai. Akhir sekali, ibu bapa memastikan makanan yang diberikan kepada anak-anak selamat untuk dimakan.

Isi tersirat : Antara kekangannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa menjaga pemakanan anak-anak. Seterusnya, ibu bapa yang tidak pandai memasak. Ada juga ibu bapa yang malas memasak atau menyediakan makanan anak-anak memanggil anak-anak membeli makanan segera. Selain itu, ibu bapa yang terlalu sayang akan anak mereka hanya mendengar anak-anak dan membeli makanan yang digemari anak-anak. Lama kemudian, anak-anak tidak dapat mengawal tabiat pemakanan mereka.

Pendapat : Saya berasa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menentukan corak pemakanan anak-anak. Tabiat pemakanan anak-anak amat penting. Ini kerana adalah berkaitan dengan kesihatan anak-anak.

Posted at 11:15 pm | Comments (5)

9th October, 2014

Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar

trp final 2

 

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

Isi tersurat:

Antara cara menjadi pelajar pintar termasuklah merancang jadual belajar kita. Selain itu, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Kita juga harus mengelakkan diri daripada membuat kerja yang tidak berfaedah. Di samping itu, kita sepatutnya sentiasa berfikiran positif dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Kita perlu berbincang dan menceritakan masalah kepada guru atau ibu bapa kita. Kita boleh menghadiri kelas tuisyen dan memperbanyak aktiviti membaca bahan ilmiah. Sementelahan itu, kita boleh membentuk kumpulan belajar. Kita juga patut mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berusaha meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi.

 

Isi tersirat :

Seseorang pelajar pintar akan dapat membentuk generasi berilmu. Pelajar pintar juga mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. Selain itu, pelajar pintar mampu melahirkan idea-idea bernas dan relevan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi negara kita kini.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membentuk dan mendorong anak-anak mereka belajar dengan cara yang betul agar anak-anak akan berjaya dengan cemerlang.

Posted at 11:14 pm | Comments (6)

5th October, 2014

Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

trp final 1

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan  pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

 

Isi tersurat :

Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik di Malaysia termasuklah merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru mampu mengimbangkan kewujudan integrasi kaum nasional bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu, kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keperibadian disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Dalam pada itu, pengurusan sekolah telah menjadi semakin kompleks sebagai akibat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Guru dalam kontek pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting dalam membentuk masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam pada itu, golongan pendidik terpaksa memikul tanggungjawab yang besar kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam akademik. Sementelahan itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Isi Tersirat :

Antara masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah termasuklah pelajar tidak menghormati guru, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan melanggar disiplin sekolah. Selain itu, guru-guru sering diperleceh oleh ibu bapa yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru juga disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata dan mengabaikan sahsiah yang baik. Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menerima hakikat bahawa anak-anak mereka telah melakukan kesalahan. Sebaliknya, mereka memarahi guru-guru yang menegur dan mendenda anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, guru harus mendepani segala cabaran yang datang dengan bijak demi kepentingan bangsa dan negara serta melestarikan pendidikan negara agar sentiasa berada dalam acuan yang cemerlang.

Posted at 5:00 am | Comments (6)

9th September, 2014

Dua Dunia

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  : Dua Dunia
Pengarang :

Majidah Mat Jusoh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

                  book dua dunia

Latar tempat

Belakang rumah Yazmin-Salah satu tempat Yazmin bermain.Di sinilah

Yazmin membuka “salun” dan menyebabkan jagung-jagung yang

ditanam oleh Puan Eshah layu.

Rumah Ustaz Hassan-Tempat Yazmin dan rakan-rakannya

mengaji al-Quran.

Ma’ahad Addini-Sekolah Yazmin dan rakan-rakannya.

Watak dan Perwatakan

Yazmin-Anak bongsu di rumahnya.Dia seorang gadis yang suka berangan.

Puan Eshah-Ibu Yazmin.Seorang ibu yang tabah, membesarkan

anak-anaknya dengan baik walaupun suaminya sering tiada di rumah

bagi satu tempoh yang lama.

Rokiah-Kakak Yazmin.Suka mengusik Yazmin.

Konflik/Plot

Yazmin seorang gadis yang suka berangan-angan.Dia selalu masuk

ke “dunia”keduanya. Dalam “dunia”keduanya,dia telah membuka salun,

menjadi doktor bedah,saintis dan ratu cantik dunia.Kadangkala dia

akan mendatangkan masalah ketika dia masuk ke “dunia”,

contohnya dia menyebabkan tumbuhan-tumbuhan Puan Eshah layu.

Puan Eshah sering bimbang akan keadaan Yazmin yang suka

berangan-angan itu.Yazmin berasa tidak

senang dengan lelaki yang ingin menguratnya kerana dipengaruhi

oleh ayahnya. Ayah Yazmin selalu bergaduh dengan ibunya setiap kali

ayahnya balik rumah.Oleh itu, Yazmin selalu belajar dengan

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang

cemerlang untuk mengurangkan beban ibunya.Akhirnya,Yazmin

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh.

Rumusan

Setelah belajar dengan bersungguh-sungguh,Yazmin akhirnya

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh

seperti yang diimpikannya.Ibunya sangat gembira dengan

kejayaan yang diperoleh Yazmin.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana cerita ini sangat menarik

dan telah memotivasi saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Posted at 9:53 pm | Comment (0)