14th April, 2015

Kembara Amira

Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan nombor sekolah : S4B (2014); 11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Kembara Amira
Pengarang : Amer Hamzah L. Kadir

image

Watak dan Perwatakan:
Amira – Seorang gadis yang berani dan setia kawan. Dia tidak berkawan secara bersyarat dan ini dibuktikan dengan persahabatannya dengan Jacinta, iaitu rakannya yang berlainan kaum dengannya. Dia telah mempelawa Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Bukit Mat Raya.

Jacinta-Seorang gadis yang merupakan anak kepada seorang jutawan. Dia tidak suka akan perbuatan ayahnya yang berkahwin lagi selepas ibunya meninggal dunia. Dia menghabiskan cuti sekolahnya dengan Amira bagi menjauhi ayah dan ibu tirinya yang bercuti di London.

Itai-Seorang yang berasal dari Kampung Orang Asli Semai. Dia seorang yang bijak dan suka membantu orang lain.

Rumusan:
Amira merupakan anak kepada seorang profesor arkeologi iaitu Profesor Zaidah. Dia telah menjemput rakannya Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Desa Karpus di Bukit Mat Raya. Seorang orang putih yang bernama John O’Hara, bersama-sama seorang pemuda yang bernama Malique, juga datang ke Bukit Mat Raya untuk mengesan emas. Malique ditugaskan mencatatkan segala pencarian dengan menggunakan komputer tibanya. Pada suatu hari, semasa menunggu kedatangan Malique, Amira terjatuh lalu dihanyut oleh arus sungai yang deras. Dia telah diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kejadian tersebut merupakan permulaan kepada berbagai-bagai kemalangan yang berlaku sepanjang percutian Amira di Bukit Mat Raya. Profesor Zaidah juga mengalami kemalangan yang menyebabkan tangan lengannya cedera manakala Malique pula menemui malapetaka semasa kereta yang dia naiki terjatuh ke dalam gaung.

Banyak rahsia terbongkar sepanjang perjalanan cerita tersebut. Tau merupakan makhluk berbulu yang telah menangkap Malique selepas dia terjatuh ke dalam gaung. Tambahan pula, rupa-rupanya Tau ialah bapa kandung Itai dan Ludin pula merupakan bapa saudaranya. Jennifer, ibu Malique, merupakan Ipah, ibu Itai dan isteri Tau yang sebelumnya menggunakan nama Samantha. Oleh sebab itu, Malique ialah Sabi, abang kepada Itai yang bakal memimpin kampung Orang Asli Semai.

Di peleraian novel, Amira menjadi mahasiswi dalam jurusan aeroangkasa;Jacinta membantu perniagaan fesyen ayahnya di Paris;Itai mempelajari perubatan tradisional di Kumbang Krian dan Malique menjadi ketua kampung orang Asli Semai.

Pendapat:
Walaupun jalan cerita novel ini sangat melodrama dan watak-watak dalam seperti stereotaip yang kita sentiasa menjumpainya dalam novel yang lain, saya berasa cerita dalam novel ini lebih menarik apabila dibandingkan dengan novel yang saya baca di tingkatan empat.

Posted at 1:23 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Opera Angkasa

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & Nombor Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF SAI

Judul Buku : Opera Angkasa

Pengarang : Nazri M Annuar

Tahun Penerbitan/Edisi : 2007

Buku_Opera_Angkasa

Latar tempat

Cerita Opera Angkasa belaku pada masa hadapan. Watak-watak dalam buku ini telah mengembara ke beberapa planet yang berlainan di angkasa yang begitu luas. Kebanyakan cerita belaku di kapal angkasa Rajawali yang diketuai oleh Arman sebagai watak protagonis dalam cerita tersebut.

Watak dan Perwatakan

Arman – Kapten kapal angkasa Rajawali. Arman merupakan seorang yang panas baran dan degil. Di sebalik perangainya yang sangat keras batu,Arman sebenarnya seorang yang baik dan sudi menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang berada dalam kesusahan. Pada permulaan cerita,Arman juga merupakan seorang yang tidak rasional dan mengambil tindakan tanpa berfikir tentang implikasi yang akan berlaku. Misalnya, dia hendak menjual Faridah Hanum kepada lanun angkasa atas sebab akan mendapati bayaran yang lebih lumayan daripada yang ditawarkan oleh Senator Hashim.

Razi – Pemandu pesawat Rajawali yang handal. Kebolehannya memandu kapal kargo tersebut tidak perlu dipertikaikan. Razi merupakan seorang yang sarkastik dan suka bergurau. Razi gemar mengejek kaptennya sehingga menyebabkan Arman marah. Tambahan pula,Razi dan Arman berkenalan sejak berada dalam Akademi Tentera.

Ted – Seorang lelaki yang bertubuh sasa yang merupakan anak kapal Arman. Walaupun kelihatan menakutkan, Ted merupakan seorang yang ramah. Ted juga memainkan peranan memasak makanan bagi krew Rajawali.

Konflik/Plot

Krew kapal angkasa Rajawali menjalankan perkhidmatan pengangkutan kargo antara planet. Suatu hari,mereka menerima satu tugasan untuk membawa seorang gadis yang bernama Faridah Hanum pulang kepada Senator Hashim dengan selamat. Namun begitu,ketika mereka menjalankan tugas itu,mereka diejar oleh pelbagai pihak,termasuk pemburu upahan,lanun angkasa dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya,Faridah Hanum bukan seorang gadis biasa. Dia telah menjadai buruan kerana dia mewarisi kalung Raja Bersiung,salah satu daripada “Empat Pusaka Kemusnahan”. Sesiapa yang memiliki kalung tersebut akan mampu menguasai alam semesta.

Rumusan

Akhirnya,krew kapal Rajawali pun dapat menyelamatkan Faridah Hanum daripada terjatuh dalam tangan kuasa jahat yang ingin mengeksploitasi kuasa kalungnya. Faridah Hanum juga menjalinkan talian persahabatan dengan ketiga-tiga orang krew kapal Rajawali dan Niki yang merupakanseorang mekanik sepanjang pengembaraan mereka.

Pendapat

Sebenarnya,saya jarang membaca buku bahasa Melayu. Namun begitu,saya gemar akan novel dan komik fiksyen sains seperti Transformers. Buku ini telah menarik minat saya untuk membaca novel bahasa Melayu. Buku ini juga menerapkan banyak nilai-nilai murni seperti rasional dan toleransi yang amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Pendek kata,walaupun jalan cerita tersebut sangat klise,saya sangat suka buku ini.

Posted at 1:15 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Sayap Adinila

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas &No. Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn. Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF SAI

Judul Buku : Sayap Adinila

Pengarang Buku : Firdaus Ariff

Tahun Penerbitan/Edisi : 2008

1-b002f62f81

Latar tempat

Cerita Sayap Adinila berlaku pada beberapa tempat seperti Empayar Nilam dan Empayar Azizah.

Watak dan Perwatakan

Putera Fauzi – Fauzi merupakan putera tunggal Raja Empayar Nilam. Baginda masih menelaah di Akademi Tentera Azizah bersama-sama sahabatnya,Shah. Baginda merupakan seorang yang ramah mesra namun kurang mengendahkan protokol istana. Sungguhpun baginda seorang yang berakal,baginda adakalanya melakukan aksi-aksi yang dianggap gila seperti memanjat menara istana. Selain itu,Fauzi merupakan seorang yang handal dengan senjata bilah cahaya dan mahir dalam taktik peperangan.

Shah – Shah merupakan seorang yang sangat mementingkan protokol,bertentangan dengan sikap Putera Fauzi. Dia juga merupakan seorang yang merupakan prinsip-prinsip yang tertentu. Oleh itu,dia tidak akan mengikuti arahan yang tidak bertepatan dengan prinsip tersebut. Dia berperanan sebagai pengawal peribadi Putera Fauzi dan merupakan seorang yang setia dan patuh.

Tengku Arafiah – Dia merupakan sepupu kepada Putera Fauzi. Di seorang yang bersikap lemah lembut tetapi sebenarnya berpendirian tegas dan tidak teragak-agak menyuarakan pendapatnya. Tambahan pula,dia sering berselisih fahan dengan sepupunya.

Konflik/Plot

Kerajaan Angkor menemui kapal udara yang bernama Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam.Engku Rahman,Gabenor wilayah Qadaha telah ditawan dan dijadikan tebusan.Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya Empayar Nilam gagal memenuhi permintaan mereka.Oleh itu,Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kapal udara ciptaan Adinila yang diperlukan,iaitu Rajawali Merah dan Rajawali Biru.Namun begitu,mereka juga ada muslihat yang berlainan untuk menyelamatkan Engku Rahman daripada Kerajaan Angkor.

Rumusan

Sayap Adinila berakhir dengan beberapa persoalan yang masih belum dijawab. Mungkin dalam sekuel persoalan tersebut akan dirungkai. Pengembara pasukan Putera Fauzi yang penuh dengan adegan aksi dan bergasak masih belum berakhir.

Pendapat

Saya sangat suka akan buku ini,terutamanya nilai ,pengajaran dan aspek politik,agama dan taktik peperangan yang diterapkan oleh penulis dalam kisah fiksyen sains dan fantasi ini. Pendek kata,saya hendak membaca sekuel buku ini dan buku lain daripada penulis Firdaus Ariff.

Posted at 1:12 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Ombak Sfera Lotus

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & No Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF HAD

Judul Buku : Ombak Sfera Lotus

Pengarang Buku : Siti Jasmina Ibrahim

Tahun Penerbitan/Edisi : 2004

bm novel

Latar Tempat

Kisah futuristik ini berlaku di abad ke-22,di dunia yang agak moden dan berkembang pesat.

Watak dan Perwatakan

Ombak – Seorang lelaki yang sentiasa berjaya menempatkan dirinya dalam sebarang situasi. Dia gigih berusaha dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran untuk mengembalikan remaja yang berada di Sfera Lotus ke akar jati diri.Dia mempunyai prinsip seperti ombak laut yang tidak jemu-jemu memukul pantai.

Ersiyes – Seorang pemuda yang diselarikan sebagai gunung berapi Cassadocia. Seperti Ombak,dia juga bersikap gigih dalam mengatasi cabaran yang dihadapinya. Dia tidak mudah mengalah dan mempunyai kesungguhan sepanjang masanya di Sfera Lotus.

Aqil,Cassia,Salina – Antara pemuda yang diwajibkan menjalani proses pemulihan di dalam sfera yang bernama Sfera Lotus.

Konflik/Plot

Kisah Ombak Sfera Lotus berlatarkan kehidupan di abad 22 yang telah hilang identiti, jatidiri serta keperluan untuk berkomunikasi.
Seramai 20 pemuda berusia 18 tahun diwajibkan untuk menjalani seakan proses pemulihan di dalam sebuah sfera yang dinamakan Sfera Lotus.
Novelis menumpukan perhatian kepada empat pemuda yang mendiami bilik 8A dan 8B yang mempunyai potensi paling tinggi untuk berjaya dipulihkan,iaitu Ersiyes,Aqil,Cassia dan Salina. Kisah tersebut merupakan kisah futuristik seputar isu psikologi belia zaman hadapan. Oleh sebab kemajuan yang sangat pesat, para belia zaman tersebut tidak langsung mempunyai kemahiran berinteraksi antara satu sama lain. Mereka kaku seolah-olah robot, tiada perasaan, tiada semangat kesetiakawanan. Pendek kata,kisah tersebut mengisahkan pengalaman pemuda tersebut sepanjang masa mereka menjalani proses pemulihan di Sfera Lotus.

Rumusan

Di pengakhiran cerita pula menjelaskan sebaliknya. Kuasa besar itu sebenarnya mempunyai nilaian kuasa kurang daripada pemerintah, namun disebabkan sumbangannya dalam pembiayaan sfera lotus, ia mampu mempengaruhi beberapa keputusan dalam pentadbiran tersebut.

Pendapat

Saya amat suka akan novel ini. Pada pendapat saya,berbanding dengan novel 6:20,novel Ombak Sfera Lotus mempunyai plot yang lebih menarik. Sementelahan,banyak nilai kemanusiaan telah dipaparkan dalam kisah tersebut iaitu tidak berputus asa,sabar,saling mengambil berat,tolong-menolong dan seumpamanya. Novel tersebut telah memupuk kesedaran dalam diri saya bahawa nilai kemanusiaan tersebut semakin hilang ditelan zaman. Sebaliknya,masyarakat pada zaman sekarang sangat inginkan perkara yang materialistik dan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Masyarakat mula alpa dibuai arus kemodenan.Buku ini memang merupakan sebuah buku yang amat menarik dan penuh dengan saspens.

 

Posted at 1:09 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Rumah Perabung Empat

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & No. Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn. Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF HAS

Judul Buku : Rumah Perabung Empat

Pengarang Buku : Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/Edisi : 2009

20141006_191953

Latar tempat :

Sebuah kampung yang terletak sebuah rumah perabung empat yang penuh misteri

Watak :

Asmady,Puji dan Kang Suan Tee – Tiga rakan yang mempunyai sifat berani dan tidak berputus asa dalam merungkai misteri rumah perabung empat.

Konflik/Plot :

Cuti sekolah baru sahaja bermula. Asmady dan kawan-kawannya mempunyai hasrat dan telah mengadakan rancangan untuk jelajah desa bagi mencari spesies bunga-bunga yang berbau harum. Antara bunga yang telah mereka cari termasuklah bunga cempaka dan bunga melor. Pada masa yang sama,Asmady juga ingin mencari kayu kemuning berpelak. Kayu tersebut sesuai dibuat   sarung kertas dan hasilnya boleh dijual dan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolahnya. Pada suatu hari,mereka menjumpai sebuah rumah besar yang terletak di tepi belukar. Asmady mendapati rumah besar tersebut kelihatan pelik dan dai juga melihat beberapa orang warga asing berkumpul di situ. Dengan tidak melengah-lengahkan masa, mereka pun memberitahu penduduk kampung tentang rumah perabung empat tersebut. Perasaan ingin tahu telah mendorong Asmady,Puji dan Kang Suan Tee telah menyiasat rumah tersebut untuk mendapatkan jawapan.Mereka juga mendapatkan bantuan daripada Abang Zuhdi,Abang Rahim dan Tuk Penghulu untuk menyiasat rumah tersebut. Asmady dan rakan-rakannya tidak sanggup membiarkan rumah  itu terbiar begitu sahaja. Sebaliknya, mereka ingin mengambil tindakan demi menjaga keamanan penduduk setempat.

Rumusan :

Akhirnya,dengan kerjasama pasukan risikan dan Pegawai Imigresen, lelaki dan warga asing di rumah perabung empat telah ditangkap dengan lancar. Lelaki tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Warga asing tersebut merupakan pedatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram. Peralatan seperti komputer riba,pencetak,kertas dan peralatan pejabat yang lain telah dirampas oleh pihak imigresen. Mereka telah dibawa ke depo imigresen untuk proses berikutnya. Sebenarnya,lelaki yang ditahan oleh polis tersebut telah membuat kad pengenalan palsu dan menyerahkan kad-kad tersebut kepada warga asing dengan bayaran yang mahal.

Tiga bulan selepas itu,Asmady bersama-sama rakan-rakannya telah diberikan satu anugerah kerana telah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dan telah berjaya  bukan sahaja menjamin keamanan penduduk setempat,malahan keamanan dan kedamaian negara.

Pendapat:

Saya gemar akan buku ini kerana terdapatlah banyak nilai-nilai kemanusiaan yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Antara nilai tersebut termasuklah rasional,amanah,keberanian dan tidak berputus asa. Tambahan pula, peristiwa Asmady dan rakan-rakannya melaksanakan siasatan penuh dengan saspens dan telah menjadikan novel ini semakin menarik minat pembaca untuk membaca sampai ke peleraian ceritanya.

 

Posted at 12:59 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Odisi Tanah Kencana

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & No. Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF HAD

Judul Buku : Odisi Tanah Kencana

Pengarang Buku : Sri Rahayu Mohd Yusop

Tahun Penerbitan/Edisi : 2007

OTK

Latar tempat : Tanah Kencana

Watak dan Perwatakan :

Raden Inu Kartapati – Seorang putera raja negeri Kuripan. Baginda ingin mencari Tuhan yang Maha Esa sehingga sanggup meninggalkan tunangannya puteri Daha,Raden Galuh Cendana Kirana.

Jerude,Kartala,Punta dan Persanta – Empat orang penakawan yang menemani Raden Inu hingga ke Pelabuhan Tua di Tanah Kencana.

Raden Galuh Cendana Kirana – Puteri Raden Inu. Ditemani oleh penakawannya Ken Sanggit yang berdendam dengan Kertala dan Ken Bayan untuk mencari Raden Inu,puteranya.

Konflik/Plot :

Kisah Odisi Tanah Kencana menceritakan peristiwa Raden Inu yang menyamar dan mengembara dengan menjadi Si Capik yang bertugas mengangkat barang untuk ayah saudara Saroja. Odisi tersebut seputar isu pencarian keagamaan iaitu menerima agama Islam sebagai anutan dan sebuah kepercayaan. Oleh sebab marah terhadap ketinggalan tunangnya,puteri Daha,Raden Galuh mengambil keputusan untuk menjejaki Raden Inu dengan ditemani penakawannya,Ken Sanggit dan Ken Bayan.

Semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Baru di Tanah Kencana, Raden Inu,Saroja dan Guruh telah diserang oleh makhluk ahli sihir Mervin angkara suruhan Ezekiel yang sedang mencari nama untuk ampuh dan berpengaruh di hadapan Raja Ferdinand. Pendek kata,pengembaraan Raden Inu dipenuhi dengan berbagai-bagai cabaran yang harus diatasi.

Pendapat :

Saya mendapati bahawa novel tersebut dipenuhi dengan nilai kemanusiaan yang diterapkan oleh penulis. Tamsilnya,nilai sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Raden Inu dalam pengembaraannya. Kisah yang menarik ini telah memupuk nilai tersebut dalam sanubari saya. Nilai tersebut akan saya jadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

 

Posted at 12:54 pm | Comment (0)

14th April, 2015

Azfa Hanani

Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan No. sekolah : S4B(2014);11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Azfa Hanani
Pengarang : Halis Azhan Mohd. Hanafiah

image

Watak dan Perwatakan:
Azfa Hanani – Seorang anak yatim yang kehilangan kedua-dua orang tuanya semasa dia  bayi lagi. Dia juga merupakan seorang gadis yang gigih menuntut ilmu, bertanggungjawab, penyayang dan sanggup berkorban untuk orang lain. Dalam cerita ini, dia ditugaskan untuk menyamar sebagai Tengku Murni, iaitu anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.

Ekran -Seorang pelajar yang bercita-cita tinggi dimana dia hendak menjadi seorang akauntan apabila dewasa kelak. Dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni yang meninggal dunia dalam kemalangan.

Rumusan:

Azfa Hanani diberi tugas menjadi seorang penyamar sebagai Tengku Murni pada permulaan novel. Pada masa yang sama anak Pak Longnya, Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluarga Pak Long  lalu bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni. Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani. Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ, dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni, seperti Tengku Ellina, Suzana, Adriani, Ekran dan lain-lain. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni. Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran. Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan. Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar. Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah. Akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka. Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau, kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar. Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka. Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka. Akhirnya, Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya. Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah dan bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

Pendapat :
Saya merasakan buku ini sebuah buku yang sederhana jalan ceritanya. Namun,  saya sangat menyukai jalan cerita buku ini berbanding dengan novel tingkatan satu dan dua. Saya merasai watak dalam novel ini adalah bersikap stereotaip dan protagonis.  Azfa Hanani merupakan seorang yang terlalu sempurna. Oleh itu, saya  mengesyorkan agar  novel ini dibaca oleh semua pelajar.

Posted at 12:48 pm | Comment (0)

24th March, 2015

Misteri Pengemis Tua

Nama :  Leong Soke Yee
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11250
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Misteri Pengemis Orang Tua
Pengarang :  Noraizah Abdul Hamid
Tahun Penerbitan :  –

Latar Tempat: Shah Alam

Watak dan perwatakan: Zekry Hakimi

Plot: Zekry Hakimi ialah anak kesayangan Datin Suhaila. Bapanya Dato’ Hakimi telah meninggal dunia ketika Zekry berumur dua tahun. Datin Suhaila mengambil keputusan mengahwini adik iparnya agar Zekry mendapat kasih sayang seorang ayah. Selama tiga belas tahun Zekry menganggap ayah tirinya sebagai ayah kandung, namun pertemuannya dengan seorang pengemis tua di atas gunung Nuang telah menjerumuskannya ke dalam satu misteri yang berpanjangan. Sebuah kotak bersawang milik orang gajinya menambah lagi kebuntuan. Seribu satu rahsia terselindung di dalam kotak kecil itu yang bakal membongkar suatu misteri.

Pendapat: Saya mendapati bahawa cerita ini mudah difahami dan sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

Posted at 1:28 pm | Comment (0)

13th October, 2014

Papa… (akhirnya kau tewas jua!)

naskhah papa

 

Nama :  Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13233)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Papa… (akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang :

Deana Yusof

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 –

 Edisi Murid

Watak

Intan Julia

Konflik/plot

Novel “Papa” berkisar tentang kisah keluarga Intan Julia bersama papa dan mama yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun papa memiliki kisah silam yang pahit dengan dua orang bakal doktor, mama telah muncul sebagai penyelamat kekecewaan papa. Kemesraan papa dan mama kadang-kadang membuatkan Julia berasa bosan. Kehadiran Aisyah, pelajar papa membibitkan rasa curiga akan kesetiaan papa di hati Ju, tetapi Papa menafikan. Mama mengalami komplikasi apabila mengandung kali kedua. Anak kembar Siam kandungan mama meninggal dan terus koma. Papa setia menjaga mama, tetapi akhirnya kesepian menyebabkan papa menyunting Aisyah yang pada awalnya mendapat bantahan Ju hingga dia pernah kena tempeleng papa. Mama yang sempat terjaga daripada koma sebelum menghembuskan nafas terakhir kelihatan marah dengan papa dan papa buat pertama kali menangis.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga

Posted at 11:56 pm | Comments (7)

11th October, 2014

KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN

download

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
Pengarang :

Maznan Noordin

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2010

Edisi Murid

Watak

-Kanang Anak Langkau

PLOT

Novel ini mengisahkan kehidupan iaitu Kanang Anak Langkau. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai rekrut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terendak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.

Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlantar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).

Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.

PENDAPAT

Saya amat gemar akan cerita ini. Melalui buku ini saya berasa bangga terhadap tindakan dan sumbangan  Kanang dalam menjaga kedaulatan negara daripada ancaman penjajah.

Posted at 2:01 pm | Comments (5)

11th October, 2014

6:20

388777_261347417252587_100001319915031_679758_1220691428_n

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : 6:20
Pengarang :  Siti Jasmina Ibrahim
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 Edisi Murid

Watak

Sukma

Konflik/plot

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. Keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. Tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tetamu itu, namun apabila ibu Sukma melihat, ibunya akan  marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. Mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. Sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. Nenek tua itu pernah memberitahu kepada Sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya Sukma yang boleh menyejukkannya. Kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama. Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan menyesatkan anak muda seperti mereka. Oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil suang sepi. Hal ini kerana Sukma ingin membantu rakannya Jerry keluar daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. Akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali ke rumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. Sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada  budak lelaki itu, Aim. kemudian Sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. Perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. Akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. Kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. Namun ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. Akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang. Kita juga seharusnya tidak mempercayai perkara-perkara karut.

Posted at 1:52 pm | Comments (7)

11th October, 2014

Istana Menanti

ABDUL BESAR

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Istana Menanti
Pengarang :  Abdul Latip Talib
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010
 Edisi Murid

Watak

Fadhil, Ah Seng, Ramasamy

Konflik/plot

Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, Kewujudan Istana menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke tanah melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pada hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga bersahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan seni bina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng juga menjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polis berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Daripada cerita ini, saya dapat mengetahui sejarah Istana Menanti dan keistimewaan istana tersebut.

Posted at 1:46 pm | Comments (8)

11th October, 2014

Pinokio Kisah Sebuah Boneka

 

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Pinokio Kisah Sebuah Boneka
Pengarang : Carlo Collodi
Tahun Penerbitan/ Edisi:

Watak

Pinokio

Konflik/Plot

Di suatu kota, ada sebuah toko milik kakek Gepeto pembuat boneka. “Alangkah senangnya kalau boneka manis ini menjadi seorang anak.” Setelah kakek berbisik demikian, terjadi satu keajaiban. Boneka itu berbicara dan mulai berjalan. Dengan amat gembira, boneka itu diberi nama Pinokio.
Ketika Pinokio pergi untuk membeli buku. Tetapi di tengah jalan, Rubah dan Kucing melihat keadaan itu. Mereka menyapa Pinokio dengan ramah. Mereka memberitahu Pinokio cara untuk menambah wang emas supaya papanya hidup dengan lebih senang. Pinokio dihantar oleh Rubah dan Kucing, menanam uang emasnya di bawah pohon ajaib. Ketika Pinokio mulai tidur siang. Rubah dan Kucing menggali wang emas itu dan menggantung Pinokio di pohon, setelah itu mereka pergi. Pinokio meminta bantuan selepas mengetahui dirinya tergantung di sebuah pohon. Seorang Dewi yang melihat keadaan Pinokio, mengutus burung helang untuk menolongnya. Dewa itu memberitahu Pinokio kalau dia berbohong, hidungnya akan memanjang sampai ke langit. Pinokio meminta maaf dan berjanji tidak akan berjanji lagi. Walau bagaimanapun, Pinokio telah melanggar janjinya kepada Dewi, maka Pinokio mendapat hukuman. Pinokio insaf dan berjanji akan menjadi anak yang baik. Dewi muncul  dan berubah Pinokio si boneka menjadi seorang anak manusia.

Pendapat

Saya telah memperlajari bahawa kita harus patuh pada orang tua. Selain itu, kita juga haruslah patuh kepada janji dan janganlah mengamalkan sikap suka berbohong.

Posted at 1:35 pm | Comment (1)

11th October, 2014

HIKAYAT INDERAPUTERA

download (1)

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Hikayat Inderaputera
Pengarang :

MARIYANI SALIM

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

Watak

Inderaputera

Plot/Konflik:

Hikayat Indera Putera mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat yang bergelimpangan tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.

Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti.

Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.

Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

PENDAPAT

Buku sastera ini amat menarik tumpuan saya. Buku ini  mengisahkan perkara yang ajaib yang tidak akan berlaku di dunia kita. Saya telah banyak memahami tentang cerita ini, dan buku ini telah banyak membantu saya dalam pembelajaran KOMSAS.

 

 

 

Posted at 12:56 pm | Comment (0)

11th October, 2014

CERITERA AWANG MISKIN

image

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Ceritera Awang Miskin
Pengarang :

Aripin Said

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

WATAK:

Awang

Sinopsis:

Novel ini memaparkan kisah seorang anak muda yatim piatu, Awang Miskain gelarannya. Sikapnya yang berbudi mulia, rajin bekerja dan jujur memikat hati penduduk kampung. Namun begitu kebaikannya telah menimbulkan rasa benci segolongan pihak. Berbagai-bagai angkara cuba ditimbulkan oleh mereka. Kisah hidup Awang Miskin bertambah menarik dengan terjumpanya seekor burung murai gila yang bijak berkata-kata. Sejak itu, Awang Miskin sering melakukan berbagai pertaruhan sehingga melibatkan raja.

PENDAPAT

Selepas membaca buku ini, saya telah mempelajari banyak nilai murni yang berharga. Buku ini mengajar kita supaya menjadi insan yang berbudi mulia, rajin bekerja , jujur memikat hati orang lain dan yang penting nya gigih berusaha untuk mengubah kehidupan kita.

Posted at 12:30 pm | Comment (0)

11th October, 2014

DISAMBAR BUAYA PUTIH

 

image

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Disambar Buaya Putih
Pengarang :

Othman Puteh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Edisi Murid

Watak

Hang Tuah

PLOT

Semasa Hang Tuah di dalam buangan,Hang Jebat bermaharajalela di istana. Sultan terpaksa menumpang di rumah Bendahara. Jebat “beraja di mata, bersultan di hati” kerana dendamnya pada sultan dan kasihnya pada Tuah. Sangkanya Tuah telah benar-benar dihukum mati. Justeru itu,dia ingin menuntut bela dengan caranya. Tetapi alangkah terkejutnya Hang Jebat apabila pada suatu hari didengarnya suara seperti milik Tuah menyerunya di kaki tangga istana.

PENDAPAT

Buku ini memang berfaedah untuk remaja pada masa ini. Hal ini kerana selapas membaca buku ini kita akan lebih memahami tentang sejarah negara kita.

Posted at 12:27 pm | Comment (0)

11th October, 2014

Hafalan Salat Delisa

untitled1

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Hafalan Salat Delisa
Pengarang : Tere Liye
Tahun Penerbitan : 2007

 

Novel manis yang satu ini mengangkat kisah seorang bocah perempuan bermata hijau telaga yang baru berusia 6 tahun. Gadis cilik tersebut bernama Delisa. Ia merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Adapun kakak-kakan Delisa adalah Cut Fatimah, Cut Zahra dan juga Cut Aisyah. Keluarga Delisa berdomisili di Lhok Nga. Delisa dan saudara-saudaranya hanya tinggal bersama Ummi, sebab Sang Abi bekerja sebagai mekanik kapal yang berbulan-bulan ikut di kapal yang berlayar. Meski merindu, tetapi Delisa tetap menjalani hari-hari mereka tanpa Sang Abi. Suatu hari Delisa mendapat tugas dari sekolahnya. Tugas tersebut adalah menghafal bacaan solat. Delisa giat sekali menghafal bacaan-bacaan tersebut. Terlebih Ummi menjanjikan ia hadiah jika Delisa berhasil menghafal bacan tersebut. Hadiah yang membuat Delisa semangat adalah kalung emas yang dijual di toko Ko Acan. Ko Acan merupakan sahabat Abi Delisa. Tanggal 26 Desember tahun 2004, Delisa dan semua teman seisi kelasnya diwajibkan menghafal solat yang telah mereka hafalkan beberapa waktu. Saat tiba giliran Delisa, dia mengucapkan bacaan solat, tiba-tiba bumi bergetar hebat. Semua tampak gonjang ganjing. Dan seketika, air laut mulai naik ke daratan dengan ganasnya. Ia bagai tangan raksasa yang merengkuh segala yang ia jumpai. Bencana tersebut adalah gempa hebat yang disusul tsunami. Lebih Kurang 15.000 orang yang meninggal akibat bencana ini. Termasuk di dalamnya Ummi dan kakak-kakan Delisa. Delisa sendiri selamat. Ia tersangkut di semak belukar. Siku kanan bocah tersebut patah dan kakinya bahagian kanannya tersepit di batu. Setelah 6 hari terjebak di tempat terebur, Delisa kemudian ditemukan oleh seorang perajurit relawan bernama Smith. Delisa yang dilihatnya sangat bercahaya kemudian membawa perajurit tersebut untuk masuk Islam. Kerana suasana yang kacau bilau, Abi yang telah mengetahui bencana tersebut tak bisa menemukan Delisa. Dia menghabiskan beberapa waktu sebelum akhirnya bertemu dengan gadis mungilnya. Apabila bertemu dengan Abi, Delisa bercerita layaknya kepada anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Bencana tak menghapus keceriannya. Dia bersama Abi menjalankan hidupnya.

Pendapat:

Kisah novel ini sangat menyentuh.Walaupan Ummi dan kakak Delisa telah meninggalkan dunia dalam tsunami, Delisa tetep memegang terhadap agama dan hidup dengan keceriaan. Delisa Merupakan Seseorang yang tabah yang dapat menjadi contoh kepada kita.

 

Posted at 12:55 am | Comments (3)

11th October, 2014

Surat Dahlan

untitled

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Surat Dahlan
Pengarang : Khrisna Pabichara
Tahun Penerbitan :

 

Kalimat indah di atas merupakan penggalan perasaan Dahlan muda yang merindu keluarga di tengah perantauannya di Samarinda, Kalimantan. Dahlan memang melanjutkan kuliahnya di kota tersebut. Dia ingin membahagiakan Ayahnya juga menganggupi keinginan Aisa agar mereka kelak bertemu setelah berhasil meraih gelar sarjana. Dahlan melanjutkan kuliah di PTAI Samarinda. Sebuah tempat yang dia anggap akan mengisi pengetahuannya. Tapi harapan Dahlan jauh meleset. Dia merasa apa yang diajarkan di kampusnya hanya sekadar teori. Oleh sebab merasa bosan, dia sering meninggalkan kelas dan pergi ke ruangan Pelajar Islam Indonesia (PII). Dia sangat aktif dalam organisasi tersebut.

Selain di PPI, Dahlan juga aktif di media kampus. Dia sering menulis sejumlah kritik pedas. Seiring berjalannya waktu, masa pemerintahan Orde Baru semakin membuat mahasiwa gerah. Dahlan dan sejumlah temannya yang tergabung dalam PPI kemudian mengadakan demo besar-besaran. Sayangnya, alih-alih didengar pemerintah, mereka malah dijadikan buruan dan dikejar-kejarkan oleh tentera.

 

Dahlan bersusah payah menghindar daripada kejaran tentara. Dia terperosok ke dalam jurang. Tetapi dia selamat dan ditampung oleh perempuan tua yang panggil Nenek Saripa. Selama masa persembunyiannya, Dahlan mengambil keputusan untuk tinggal bersama dengan perempuan yang baik hati tersebut. Pada masa inilah takdir mempertemukan ia dengan Sayid yang kemudian menawarkan Dahlan untuk bekerja sebagai wartawan di Mimbar Masyarakat.

 

Seiring keadaan politik yang semakin baik, status Dahlan sebagai buronan pun dihapuskan. Tapi masalah kembali. Namun kali ini dia harus menyelesaikan masalah hatinya. Antara mengejar cinta pertamanya si Aisa, atau menerima pinangan temannya bernama Maryati atau memilih cinta baru seorang gadis yang baru dikenalnya, Nafisa. Pergulatan waktu akhirnya membawa Dahlan pada jodoh sejatinya, yakni Nafisa. Mereka akhirnya menikah dan memiliki beberapa orang anak. Akhirnya, dia berjaya menjadi seorang yang sukses.

Pendapat:

Novel Surat Dahlan ini sangat sesuai untuk dibaca oleh seseorang yang sedang gigih memperjuangkan cita-cita mereka meski banyak halangan yang dihadapi. Kisah Pak Dahlan ini layak dijadikan contoh bagi generasi muda. Meski penulisan novel ini dibaringi isu politik yang kurang baik, namun dari segi cerita, buku ini layak untuk dibaca.

Posted at 12:41 am | Comments (2)

11th October, 2014

Kasih Antara Kita

kasih antara kita

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kasih Antara Kita
Pengarang : Aleya Aneesa
Tahun Penerbitan :

 

 

Novel ini berkisah tentang liku-likuan kehidupan cinta seorang wanita bernama Emelda. Dia menikah dengan seorang yang bernama Aril Fatah. Pernikahan ini tidak berdasarkan cinta melainkan keterpaksaan. Emelda terpaksa mengakui anak kembar kakaknya bernama Emira. Emira ini dihamili oleh Aril Fatah. Aril Fatal kemudian meninggalkan Emira menyebabkan Emira menanggung malu sendiri. Atas kejadian tersebut, Emira terguncang jiwanya, sakit dan sekarat. Atas paksaan beberapa orang, akhirnya Emelda mananggung malu Emira dengan mengakui anak kembar kakaknya sebagai anaknya. Kedua anak kembar tersebut bernama Atiea dan Dania. 8 Tahun sesudahnya, Aril Fatah kembali dan berpikir bahawa Emelda ialah perempuan yang dia berkahwin bertahun-tahun silam. Dia kemudian memaksa Emelda untuk menikah dengannya.

 

Emelda menolak kerana dia tak cinta akan Aril Fatah dan dia juga bukan wanita yang melahirkan Atiea dan Dania, anak Aril Fatah. Namun Emelda juga tidak sanggup memberitahu pada Aril Fatah kerana dia telah berjanji pada Emira untuk menjaga rahsia tersebut. Kehabisan akal memaksa Emelda, akhirnya Aril Fatah mendekati ibu bapa Emelda. Merasa sepaham dengan Aril, ibu bapa Emelda pun menasihati agar Emelda menikah dengan Aril. Pada akhirnya, Emelda bersedia bernikah dengan Aril Fatah. Aril Fatah akhirnya mengetahui kebenaran bahwa Emelda bukanlah wanita yang dia berkahwin dahulu. Aril berasa murka dan menuduh Emelda memiliki tujuan memperdayanya.

 

Setelah mengetahui rahsia tersebut, perlakuan Aril Fahmi pada Emelda pun berubah menjadi kasar. Bukan lagi perangai dua orang suami dan isteri yang saling mencintai. Kerana tertekan dengan sikap Aril Fatah, Emelda pun enggan kembali ke keluarganya. Setibanya di rumah, dia mendapati teman lamanya bernama Nazri. Nazri mengira Emelda adalah Emira, sebab wajah mereka memang sama. Namun akhirnya Nazri mengerti bahwa Emira, perempuan yang dia cintai telah lama meninggal. Selama berada di rumah ibu bapanya, Emelda menjadi akrab dengan Maliki. Hal ini membuat Aril Fatah kesal, sepertinya dia cemburu. Tetapi rasa marahnya menghalang dia menjemput Emelda.

 

Waktu berlalu dan muncullah Zalida, kekasih lama Aril Fatah. Dia mendekati Aril, hal tersebut membuat Emelda diam-diam meradang. Pada akhirnya Aril Fatah meminta Emelda kembali, namun wanita itu menolak. Dia tidak lagi sanggup. Dia beranggapan apa yang selama ini Aril Fatah lakukan padanya sangat menyakitkan. Dia memilih untuk hidup masing-masing.

Pendapat:

Konflik cinta berliku-liku ini benar-benar mengganggu emosi pembaca. Meski dua orang ini saling mencintai, tapi lipatan takdir tidak mempertemukan mereka berdua di garis yang sama.Akhirnya mereka berpisah akibat rintangan yang dihadapi.

Posted at 12:25 am | Comments (5)

11th October, 2014

Kabus Di Perbukitan

kabus di perbukitan

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kabus Di Perbukitan
Pengarang : Mohamad Kholid Hamzah
Tahun Penerbitan :

 

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Salmah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu ,Azrul sudah tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Pendapat:

Penulis menulis cerita ini dengan menarik.Kamarudin berjaya menyelamat anaknya Faridah yang vannya terjunam ke dalam gaung. Walaupun Rahayu meninggalkan dunia akibat kanser tetapi kawannya Azrul berjaya menunaikan hasratnya. Cerita ini mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa .

Posted at 12:19 am | Comments (5)

11th October, 2014

Kini Bersama Seiringan

untitled

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku : Kini Bersama Seiringan
Pengarang :

Nur Azida Ramat

Tahun Penerbitan :

 

Konflik/Plot: Cerita berkisar mengenai pelajar tingkatan enam di mana watak utamanya Safuan, Ayu dan Bibi Yanti. Safuan dan Ayu merupakan jiran yang sangat baik sejak kecil dan mereka belajar di sekolah yang sama. Safuan dan Ayu mempunyai hubungan persahabatan yang erat dan mereka sentiasa bersama-sama untuk pergi ke sesuatu tempat . Suatu hari, kelas mereka datang seorang murid lelaki yang kacak bernama Bibi Yanti yang bertukar ke sekaolah mereka.Safuan dan Ayu menjadi kawan Bibi Yanti.Mereka bertiga-tiga sering membincang sesuau bersama-sama. Lama-kelamaan, Safuan dan Ayu jatuh hati terhadap Bibi Yanti yang begitu tampan. Mereka berdua sering menyebabkan Bibi Yanti bergaduh. Keadaan ini telah menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Tetapi setelah merentasi beberapa rintangan dan halangan, akhirnya, Safuan , Ayu dan Bibi Yanti menjadi kawan karib.

Pendapat: Kita haruslah menghargai hubungan dengan rakan kita.

Posted at 12:14 am | Comments (5)

11th October, 2014

Rindu Untuk Dia

rindu untuk dia

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4b,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Rindu Untuk Dia
Pengarang : Dhiya Zafira
Tahun Penerbitan :

 

Amie Najla nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Akhirnya , Amie dan Jad bernikah dan hidup bersama-sama.

Pendapat :

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Hal ini demikian, kita akan mendapat kebahagian pada akhirnya.

Posted at 12:11 am | Comments (5)