11th October, 2014

Janji Athirah

Nama : Lee Wi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13222)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Janji Athirah
Pengarang :  Zara Aluwi
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 –

Watak

Athirah

Konflik/Plot

Athirah, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh emak dan ayah ketika usia 3 bulan. Kedua ibu bapanya berpisah akibat penceraian. Emak Athirah kemudiannya berkahwin semula dan menjalani kehidupan bersama suami barunya. Manakala ayah Athirah tidak diketahui ke mana arahnya.
Athirah ditinggalkan di bawah peliharaan nenek Singgul. Kepada nenek Singgul dia diserahkan untuk mengadu nasib. Athirah amat gemar mendengar neneknya bersyair, bergurindam dan bercerita. Dalam menjalani kehidupan hari-hari, Athirah dan nenek Singgul sama-sama melalui kehidupan serba sederhana, namun mereka bahagia. Nenek Singgul lebih mementingkan kejayaan masa depan cucunya.
Dalam pada itu, Athirah dimusuhi, dibenci dan dicemburui oleh Mak Andak, emak saudaranya. Bertambah memilukan apabila emaknya, Puan Maznah tidak mampu bertahan mengawal ledakan kebencian. Athirah menjadi tempat untuknya melepaskan geram terhadap bekas suami pertamanya. Yang pasti, Athirah akan menjadi mangsa cubitan, pialan di telinga malah sebatan rotan ke seluruh badan. Apa sahaja yang dilakukan oleh Athirah ada sahaja tidak kenanya. Begitulah kalau orang sudah membenci. Bertambah malang nasib Athirah apabila nenek Singgul meninggal dunia.

Pendapat

Buku ini amat berfaedah. Sikap Athirah yang tidak berputus asa walaupan nasib tidak  menyebelahinya haruslah kita pelajari daripada kisah ini.

Posted at 12:36 pm | Comments (2)


2 Comments

  1. On February 5, 2015 at 9:17 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 5, 2015 at 9:17 pm

    Nama :Lim Ai Lin
    Kelas :K2A
    No.Sekolah:13157
    Saya amat suka cerita ini kerana ia telah mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa. Melalui buku ini, saya dapat belajar tentang kehidupan dan bagaimana berhadapan dengan masalah terutama sekali apabila kehilangan orang yang tersayang.

  2. On February 5, 2015 at 9:19 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 5, 2015 at 9:19 pm

    Nama :Lim Ai Lin
    Kelas :K2A
    No.Sekolah:13157
    Saya amat suka cerita ini kerana ia telah mengajar kita supaya tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran. Buku ini mempunyai banyak kosa kata yang menarik. Melalui pembacaan buku ini, kita dapat menambahkan kosa kata dalam bahasa Melayu.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.