2nd October, 2014

Nilai Cintamu

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Nilai Cintamu
Pengarang :  Eka Fahara
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005
 – 

 Kulit Buku (selitkan gambar foto):

 nilai-cintamu
Latar Tempat: 

Rumah Nana – tempat berjumpa dengan Tasya

Watak Dan Perwatakan: 

Nana – seorang yang sabar

           – seorang yang setia kepada teman lelaki

Hisyam – seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap teman wanita

Tasya – adik tiri Nana 

            – seorang yang suka mengugat orang lain

Konflik/Plot:

Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya.  Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia.  Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita.  Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.

Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah.  Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan.  Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini.  Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya. 

Akhirnya, Nana pasrah.  Dia mula mengalah dan sedar diri.  Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah.  Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah.  Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur.  Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam.  Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.

Rumusan:

Biarlah… sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN.  Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman.  Jika tidak… siapa dia untuk mempertikaikannya?  Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.        

Pendapat: 

Saya suka buku ini kerana cerita ini telah mengajarku erti sebuah cinta.  Kita patut sabar dan reda dengan suratan, baru dapat hidup dengan tenang.  Nana yang banyak bersabar dan berkorban demi seseorng yang tiada hubungan darah, iaitu adik tiri menjadi contoh kepada para pembaca supaya jangan asyik menuduh dan menyalah orang lain dalam sebarang situasi.

 

Posted at 2:58 pm | Comments (5)

2nd October, 2014

Percy Jackson: Sea of Monsters

Name: Ong Ming Sheang
Class:K3F
School Number: 12380

percy-jackson-sea-of-monster-locandina

 

 

 

 

 

This book is written by Rick Riordan.
Plot:
The Camp Half-Blood is protected by Thalia, a daughter of Zeus who sacrificed her life to save the young Annabeth, Grover and Luke from an attack by Cyclops and was transformed by her father into a magical tree. Out of the blue, Percy Jackson is visited by his unknown half-brother Cyclops Tyson and they discover that Thalia has been poisoned and is dying. Then the camp is attacked by a Colchis Bull but it is vanquished by Percy. Soon he learns that Luke is the one that has poisoned the magical tree. Annabeth discovers the mystic Golden Fleece is capable to heal Thalia and save their camp. But Mr. D assigns the winner, demigod Clarisse, to the quest of retrieving the magic fleece. However Percy Jackson, Annabeth, Grover and Tyson decide to follow an ancient prophecy and they on the dangerous journey to the Sea of Monsters to recover the Golden Fleece from Luke who wants to revive the evil Kronos to destroy the Olympus.

Opinion: I think most of teenagers will enjoy reading this  novel and I hope that you read it too .

Posted at 1:50 pm | Comment (1)

2nd October, 2014

Theodore Boone : The Abduction

Name: Ong Ming Sheang
Class: K3F
School Number: 12380

Characters:
Theodore Boone – The main character
April Finnemore – Theo’s best friend
Marcella Boone – Theo’s mother
Woods Boone – Theo’s father
Jack Leeper- An escapee from a prison in California
May Finnemore – April’s mother

Plot:
Theodore Boone is perplexed when his 13 year-old best friend, April Finnemore, disappears from her bedroom in the middle of the night. No one, not even Theo Boone—who knows April better than anyone has any idea  what has happened. As fear ripples through his small hometown, the police continue to hit dead-ends. The police think April could have been kidnapped by a distant cousin of the Finnemore family, Jack Leeper, who escaped from prison a few days before April went missing. It is up to Theo to use his legal knowledge and investigative skills to chase down the truth and save April .

Posted at 1:44 pm | Comment (0)

2nd October, 2014

Rindu Tercipta

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Rindu Tercipta
Pengarang : Liyana Zahim 
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010 
– 

Kulit buku(selitkan gambar foto): 

rindu tercipta

Latar Tempat: 

Rumah Anis – tempat kematian ibunya, Azizah

Watak Dan Perwatakan: 

Anis – seorang yang sangat kesian 

Hykal – cinta pertama Anis

            -menghidap penyakit kronik

Qistina – setia kepada kawannya, Anis

Konflik/Plot: 

Saat Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah… hadir insan lain menghulurkan simpati. Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya.

Cerita hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal.  Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit.  Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal.

Namun, takdir TUHAN merubah pejalanan hari.  Hykal disahkan menghidapi penyakit kronik.  Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis.  Setiap derita ditanggung sendirian.  Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. 

Rumusan:

Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bernukim.  Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis… Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini. 

Pendapat: 

Saya berasa sangat sedih selepas membaca cerita ini.  Saya berharap agar tiada orang ditimpa keadaan  seperti Anis di dunia ini lagi.

Posted at 12:13 pm | Comments (5)

2nd October, 2014

Sayang Sepenuh Hati

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Sayang Sepenuh Hati
Pengarang : Eka Fahara 
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010 
– 

Kulit Buku(selitkan gambar foto):

Syang Sepenuh Hati

Latar Tempat:

New Zealand – tempat Fauzien ingin pergi

Watak Dan Perwatakan:

Aira – seorang yang rasional

Fauzien – tidak setia kepada teman wanita 

Izzi – teman baik Aira

        – kekasih Fauzien

Adin – menipu cinta Aira

Suri – isteri Adin

Konflik/Plot:

Kalaulah Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai apabila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri.  Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. 

Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya.  Namun bukan bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu.  Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat merpati makan di tangan.  Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang. 

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik.  Dia mula belajar bercinta lagi.  Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan.  Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati.

Rumusan: 

Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira rela membawa diri.  Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan.  Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan. 

Pendapat:

Saya berasa sangat dukacita kerana Aira yang begitu setia sering ditipu oleh teman lelakinya.  Ketabahan Aira yang cekal menghadapi cabaran hidup harus diteladani oleh remaja masa kini.

 

Posted at 12:06 pm | Comments (5)

2nd October, 2014

Spanar Rindu Skru

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Spanar Rindu Skru 
Pengarang : Emma Maizura 
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010 
– 

Kulit Buku(selitkan gambar foto):

spanar-rindu-skru

Latar Tempat:

Rumah Minah Spanar – tempat berkongsi rasa dengan Mat Skru

Watak Dan Perwatakan:

Minah Spanar – terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tujuh tahun yang lalu kerana perbezaan taraf

Mat Skru – pendengar dan penasihat Spanar

Amin – teman lelaki Spanar pada tujuh tahun yang lalu

Konflik/Plot: 

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat.  Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. 

Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa rasa curiga.  Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang.  Setiap kali dilanda rindu pada kenangan lalu, kepada Skru dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah menyayangi lelaki itu, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf.  Akhirnya, Amin pergi kerana rasa terhina.  Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang setia.

Rumusan:

Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan.  Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan.  Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita.  Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen.”

Pendapat:

Saya berharap agar saya juga mempunyai seorang kawan baik yang boleh berkongsi rasa seperti Mat Skru dengan Minah Spanar.  Dengan itu kehidupan saya tentu menjadi lebih ceria dan gembira.

Posted at 11:56 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Benci Dalam Rindu

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie 
No.Panggilan Buku :  – 
Judul Buku  :  Benci Dalam Rindu 
Pengarang : Anis Shahira Hashim 
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2006 
– 

Kulit Buku(selitkan gambar foto):

benci dan rindu

Latar Tempat:

Kayangan – tempat tinggal Khairunnissa

Watak Dan Perwatakan:

Shamsul – seorang yang tabah

Khairunnissa – si puteri kayangan 

Konflik/Plot:

Segalanya bermula dengan penuh kebencian.  Hatta kebencian itu sudah sebati dalam jiwa, maka kasih sayang dan rindu bukan lagi penawar.  Kadang-kadang teman kiri dan kanan jua tidak memahami. 

Lantaran sekeping nota cinta yang entah dari siapa, Shamsul menjadi mangsa keadaan.  Dia terus dihina dan dinista.  Kononnya menagih kasih Khairunnissa, si puteri kayangan, sedangkan diri sekadar melukut di tepi gantang. 

Daripada kebencian yang memenuhi segenap ruang perhubungan, Shamsul tabah mengharungi liku-liku kehidupan remajanya.  Tidak mengendahkan akan apa tohmahan Khairunnissa terhadapnya. 

Rumusan:

Tetapi akhirnya, kasih sayang mengatasi kebencian. Khairunnissa tersedar daripada lamunan mimpinya sendiri. Kebencian yang dahulunya menguasai diri kini bertukar menjadi cinta sejati… yang kuat menggamit rindu di hati. 

Pendapat:

Saya berpendapat cerita cinta ini sangat menarik kerana pengarang melibatkan perasaan benci dalam sesebuah cinta yang akhir bertukar menjadi cinta selepas wataknya sedar dari kesilapan yang dilakukan.

Posted at 11:47 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Elegi Duka

Nama: Chuah Wan Enn
Kelas & No. Sekolah: K2C & 13213
Guru Pembimbing: Lau Siik Ngie
No. Panggilan Buku:
Judul Buku: Elegi Duka
Pengarang: Wan Norsaedah
Tahun Penerbitan / Edisi: 2006

Kulit Buku(selitkan gambar foto):

elegi duka

Latar Tempat: 

London – tempat Najwa pergi membawa diri

Watak Dan Perwatakan: 

Najwa – kekasih Izani

Izani – setia menanti hati Najwa sedia kembali

Ezham – berkahwin dengan Najwa akibat desakan isterinya, Harlina

Harlina – tidak mampu menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya, Ezham

Konflik/Plot:

Najwa terhukum oleh dosa-dosa silam ibunya.  Lantaran itu kelopak cinta Najwa berguguran dari jambangan hati Izani. Terlerai dek rasa curiga akan status kelahiran Najwa.

Ketika Najwa membawa hati nan rawan dia terjebak pula dengan cinta Ezham.  Desakan isteri Ezham agar mempercepatkan perkahwinan suaminya dengan Najwa lebih membingungkan. Segalanya kerana Harlina sendiri tidak mampu menunaikan tanggungjawab terhadap suaminya yang telah sekian lama dahagakan belaian daripada seorang isteri yang sejati.

Najwa reda dengan takdir pertemuan. Ezham diterima dengan rela dan dia sanggup berkongsi kasih dengan Harlina. Malang sekali kisah duka itu tidak pernah terhenti.  Kebahagiaan yang diimpi hanya mengundang duka di hati. Najwa sekali lagi tewas dalam perhitungan hidupnya, dia rela bergelar janda dan membawa diri jauh ke kota London.

Rumusan:

Dan… Izani yang sentiasa setia menanti masih mengharap kekasih hatinya sedia kembali. Walau apapun pada Izani; Najwa adalah kekasih untuk selama-selamanya.

Pendapat:

Pada pendapat saya, Harlina tidak boleh mendesak Najwa berkahwin dengan Ezham kerana Izani merupakan kekasih sebenar Najwa.  Saya tertarik dengan Izani yang setia menantikan Najwa walaupun apa jua yang pernah berlaku.

Posted at 11:36 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Magis

Nama :  Chuah Wan Enn
Kelas  & No. Sekolah :  K2C & 13213
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie 
No.Panggilan :  –
Judul Buku  :  Magis
Pengarang :  Ramlee Awang Murshid 
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2013
 –

Kulit Buku(selitkan gambar foto): 

magis

Latar Tempat: 

Dunia magis – tempat Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos pergi

Watak Dan Perwatakan:

Saifudin – penjaga masjid

Carlos – tawanan perang di Buyuk Bulsinatur

Tur-Kus – rupawan

Konflik/Plot: 

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia dari berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis.  Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. 

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid.  Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. 

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. 

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. 

Mikhail pula bergaul hidup dengan gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. 

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur.  Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. 

Rumusan:

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka.  Namun dalam kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. 

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi.  Mereka bertempur sampai mati! 

Pendapat:

Saya dapati cerita ini sangat menarik kerana ia membawa pembaca  ke dunia yang lain.  Kemenangan sering berpihak kepada kebenaran dan kebaikan.  Amalan jahat, tidak benar boleh mengakibatkan kemusnahan.

 

Posted at 11:27 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Manikam Kalbu

Nama :   Jocelyn Teh Shuang Ru
Kelas  & No. Sekolah :  K2C 13217
Guru Pembimbing:  Pn. Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Manikam Kalbu
Pengarang :
Faisal Tehrani
Tahun Penerbitan/ Edisi:
2007

 

Latar Tempat

– Istana Melaka : Manikam Kalbu diangkat sebagai jurubusana istana.

– Sekolah : Ziryab telah menjadi mangsa fitnah di sekolah.

Watak

– Ziryab:  seorang yang tabah, dia bertekad untuk bangun semula dari difitnah. Dia mempunyai minat yang sama dengan Manikam Kalbu untuk menghasilkan busana yang mencerminkan keindahan tradisi Melayu dan memenuhi tuntutan syariah walaupun mereka berasal dari zaman yang berbeza.

– Manikam Kalbu:  seorang yang ringan tulang.  Walaupun menghadapi banyak rintangan, tetapi dia telah berjaya diangkat sebagai jurubusana istana.

– Dr. Basri:  Bukan sahaja jiran Ziryab, malah mengangkat Ziryab sebagai anak angkat, yang telah memberi Ziryab dan neneknya kehidupan yang baru.

Konflit/ Plot

Ziryab dan Manikam Kalbu merupakan dua orang pemuda dari zaman yang berbeza, namun mempunyai minat yang sama, iaitu menghasilkan busana yang mencerminkan keindahan tradisi Melayu dan memenuhi tuntutan syariah.

Hubungan baik yang terjalin antara Ziryab dengan Cikgu Natasya dan juga hubungan dingin antara Ziryab dengan rakannya Ahdaf, telah menjerat Ziryab sehingga dia telah menjadi mangsa fitnah di sekolah.  Meskipun semangat Ziryab direnggut oleh pemergian nenek untuk selama-lamanya, dia bertekad untuk bangun semula.

Walaupun menerima pelbagai rintangan terutamanya dari golongan bangsawan di istana, dia akhirnya berjaya diangkat menjadi jurubusana istana, bahkan dia dan ibunya turut dimerdekakan dan juga dihadiahkan seekor kucing Madura kepunyaan sultan.

Rumusan

Akhirnya, Ziryab berjaya di dalam pertandingan seni reka fesyen dan mendapat tajaan untuk belajar di luar negara manakala Manikam Kalbu berjaya menghasilkan tenunan pada sapu tangan dan sepasang sepatu bagi menjawab kemusykilan-kemusykilan yang diberikan oleh Maharaja China.

Pendapat

Cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh berputus asa.  Ini ialah sebuah buku yang wajar kita membaca kerana ia amat menarik.

Posted at 11:09 am | Comments (4)

2nd October, 2014

Anak Bentayan

Nama :   Jocelyn Teh Shuang Ru
Kelas  & No. Sekolah :   K2C 13217
Guru Pembimbing:   Pn. Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Anak Bentayan
Pengarang :

Hamdan Raja Abdullah

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 1987

 

Latar Tempat

Kuala Muar – serangan telah berlaku di sini.

Watak dan Perwatakan

Andak – Anak Bentayan, 14 tahun, amat berani dan gigih.

Laksamana Hang Nadim

Bendahara Tepok

Konflik/Plot

Ia mengisahkan kisah perjuangan untuk mendapatkan semula Melaka oleh sekumpulan rakyat yang masih menyokong Sultan Mahmud.  Fokus cerita ini adalah pada watak Andak sebagai Anak Bentayan di Kuala Muar, yang baru berusia 14 tahun tetapi sudah mampu untuk mengepalai sekumpulan hulubalang untuk membuat serangan demi serangan.  Turut dimasukkan di dalam cerita sejarah ini adalah watak Laksamana Hang Nadim, Bendahara Tepok, Tun Isap, Sang Setia dan beberapa watak sejarah yang seolah-olah ‘hidup’.

Rumusan

Akhirnya, Andak telah tertawan dalam serangan tersebut.

Pendapat

Kita haruslah gigih dan berani menghadapi segala masalah.

Posted at 9:16 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Zulaikha

Nama :  Jocelyn Teh Shuang Ru
Kelas  & No. Sekolah :  K2C 13217
Guru Pembimbing:  Pn. Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :   Zulaikha
Pengarang :

 Jessy Mojuru

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2008

 

Watak

Zulaikha – gadis kacukan Melayu Turki

Haritz – suami Zulaikha

Konflik/Plot

Pertunangan Nur dan Haritz adalah atas restu keluarga kedua belah pihak. Perkahwinan tanpa dirancang antara Zulaikha dengan Haritz yang berpunca dari satu tragedi yang memalukan pada mulanya mengundang sengketa di hati ibu Haritz. Namun, Haritz tetap akur dengan takdir Ilahi.

Rumusan

Perkahwinan tanpa cinta mulanya, bermekar bila Zulaikha sanggup sehidup semati dengan Haritz.

Pendapat

Kita haruslah menerima perkara yang baharu dan bukan asyik mengadu.

Posted at 9:13 am | Comments (5)

2nd October, 2014

Langit Biru

Nama :  Jocelyn Teh Shuang Ru
Kelas  & No. Sekolah :  K2C 13217
Guru Pembimbing:  Pn. Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Langit Biru
Pengarang :

Iqa Azati

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2006

 

Langit Biru

Watak dan Perwatakan

Farhana – seorang yang amat tabah.

Nurul Anis

Rozaila

Konflik/Plot

Mungkinkah kegagalan merupakan satu permulaan bagi suatu kejayan yang lebih besar…?  Haruskah patah semangat pada saat menghadapi kegagalan…? Haruskah putus harapan semasa ditimpa dugaan…?  Hidup ini tidak ubah seperti siang dan malam yang silih berganti … ada ketikanya cerah dan ada kalanya kelam …Fajar yang menyingsing membawa harapan, senja yang berlabuh menjemput malam… Demikian juga hidup Farhana yang penuh suka dan duka, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuh.  Pengajian mahupun kejayaan penuh dugaan.  Namun ketabahan mengatasi segalanya.  Bagi Farhana ketabahan dan semangat untuk meneruskan perjuangan ialah azimat kehidupan. 

Rumusan

Gagal sekali bukan bermakna akan gagal selama-lamanya.  Malah hidup yang telah musnah masih boleh dibina kembali.

Pendapat

Kita haruslah gigih dan tabah menghadapi segala cabaran.

Posted at 9:09 am | Comments (3)

2nd October, 2014

Segala Tercinta Adalah di Sini

Nama :  Tan Yun Qing
Kelas  & No. Sekolah :  K2C , 13130
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  /
Judul Buku  :  Segala Tercinta Adalah di Sini
Pengarang :

Nor Azah Abd Aziz

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 /

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

novel

Watak Utama : Aku (Penulis)

Watak Sampingan : Hajah Tom

Sinopsis :

Novel ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.  Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.  Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

 

Nilai Murni :

a) Nilai ketaatan

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

b) Nilai keprihatinan

Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

c) Nilai baik hati

Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

d) Nilai mengenang jasa

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

 

Pengajaran :

a) Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

b) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

c) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

Posted at 9:01 am | Comments (6)

2nd October, 2014

Harga Sebuah Lukisan

Nama :  Tan Yun Qing
Kelas  & No. Sekolah :  K2C , 13130
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  /
Judul Buku  :  Harga Sebuah Lukisan
Pengarang :

Baharudin A. Manam

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 /

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

Watak Utama :

Kamal Hijaz

i.     Pelajar  Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.     Berbakat dan berminat dalam lukisan dan  sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

iii.    Pelajar yang berusaha dengan gigih.  Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.

iv.    Berjiwa mulia  kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

v.   Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah.  Dia tetap bersabar dan  meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

Watak Sampingan :

Maryati

i.     Rakan  kepada Kamal Hijaz.

ii.     Seorang yang peramah dan mudah mesra.  Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii.     Berjiwa kecil.  Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan  Kamal Hijaz  dalam pertandingan melukis.

iv.     Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.  Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

 

Sinopsis :

Kamal Hijaz  akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya.  Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan.  Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis.  Pada pagi hari pertandingan,  Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela.  Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah.  Maryati mengkhianati  Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.  Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu.  Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz.  Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

 

Nilai Murni :

i.              Nilai persahabatan.

Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

ii.             Nilai ketabahan.

Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan  kertas lukisannya.  Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.

iii.            Nilai kesabaran.

Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis

 

Pengajaran :

i.   Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.

ii.   Kita hendaklah  berbudi bahasa.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak  Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

iii.  Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati,  Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

Posted at 8:25 am | Comments (6)

2nd October, 2014

Bukan Duniaku

Nama :  Tan Yun Qing
Kelas  & No. Sekolah :  K2C , 13130
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  /
Judul Buku  :  Bukan Duniaku 
Pengarang :

Aida Shahira

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 /

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 

Watak Utama:  Halim

Watak Sampingan:  Saleh, Abang Joe

Sinopsis :

Novel Bukan Duniaku memaparkan kisah seoang remaja yang terkilan dengan tindakan ibu bapanya, lalu melarikan diri, merajuk dan terjebak dalam  perangkap seorang pengedar dadah.  Remaja yang bernama Halim telah dipaksa bekerja sebagai budak pencuci kereta di bandar Kuala Lumpur.  Setiap hari Abang Joe akan memungut hasil kutipan mencuci kereta daripada Halim. Abang Joe merupakan ketua samseng yang memeras tenaga remaja-remaja yang tidak berumah ataupun yang sengaja lari dari rumah dan memaksa mereka melakukan kerja- kerja haram.

Halim teringat kembali bagaimana dia lari dari rumah kerana peristiwa ayah dan ibunya tidak mengingati hari lahirnya.  Walaupun dia bekerja untuk Abang Joe, hatinya memberontak tidak suka akan apa yang telah berlaku dan apa yang dilakukannya.  Dia benar- benar menyesal dan mahu memohon ampun dan maaf daripada ayah dan ibunya jika berpeluang berbuat demikian. Halim bertemu dengan Saleh iaitu seorang lagi remaja yang senasib dengannya yang menjadi mangsa kepada pujuk rayu Abang Joe.  Saleh berasal daripada keluarga yang susah dan dia datang ke kota untuk mencari kerja bagi memohon izin kedua – dua ibu bapanya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Namun dia tidak bernasib baik apabila bertemu dengan Abang Joe.  Halim seterusnya telah berkenalan dengan Faris, salah seorang pelanggan yang sering menghantar keretanya untuk dicuci oleh Halim.  Halim bimbang hubungan persahabatannya dengan Abang Faris diketahui  oleh Abang Joe.  Jika Abang Joe tahu sudah pasti Halim akan dibelasah dengan teruk.  Keakraban Halim dengan Faris menimbulkan perasaan tidak senang di hati Abang Joe kerana takut kegiatannya terbongkar.  Akibatnya, Halim telah dipukul dengan teruk oleh Abang Joe.

Saleh yang tidak bersalah dan cuba membantu Halim turut dibelasah di sebuah gudang menyimpan dadah.  Pada keesokan harinya, Halim bekerja seperti biasa, namun suatu kejadian aneh berlaku iaitu tidak ada sebuah kereta pun yang masuk mahu dicuci. Hanya kelihatan beberapa buah motosikal memasuki kawasannya bekerja.  Tiba-tiba kekecohan berlaku apabila beberapa orang konco Abang Joe kelam kabut dikejar oleh beberapa orang lelaki.  Ketika itu muncul Abang Fariz menyelesaikan kekusutan fikiran Halim.  Abang Fariz memberitahu bahawa dia sebenarnya ialah anggota polis bahagian narkotik dan jenayah yang menyamar dan sudah lama mengintip kegiatan Abang Joe dan rakan –rakannya.

Fariz meminta agar Halim menjadi saksi bagi membongkar segala kegiatan Abang Joe.  Halim membawa Abang Fariz ke sebuah pondok di mana dadah milik Abang Joe disimpan.  Joe dan konco-konconya ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.  Halim, Saleh dan beberapa remaja lain selamat dan dapat bertemu dengan ibu masing-masing.  Halim kembali ke sisi keluarga dan berjanji tidak akan mengikut kata hati lagi. Halim mengirim sepucuk surat kepada Saleh untuk mengatakan bahawa ayahnya bersetuju untuk membiayai persekolahan Saleh yang tertunda.

Nilai Murni :

a) Kasih sayang

Contohnya: Saleh sayang akan keluarganya.  Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar.  Malah, dia sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja bagi membela nasib mereka sekeluarga.

b) Tabah

Contohnya: Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal dengan Abang Joe yang tidak berperikamanusiaan dan akan mengarahkan konco-konconya memukul mereka jika mereka ingkar akan arahannya.

c) Rajin

Contohnya: Halim rajin bekerja mencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah kepadanya.

Pengajaran :

a) Kita haruslah sayang akan keluarga kita.

Contohnya, Saleh begitu sayang akan keluarganya.  Dia sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adik-adiknya belajar.  Dia juga sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi membela nasib mereka sekeluarga.

b) Janganlah bertindak terburu-buru.

Contohnya, Halim yang bertindak terburu-buru keluar dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ibu dan ayahnya terlupa akan hari jadinya telah menjadi mangsa Abang Joe.

c) Janganlah mudah percaya akan kata-kata orang yang tidak kita kenali.

Contohnya, Saleh yang membatalkan niatnya untuk mencari kawannya, Abu semata-mata kerana terpengaruh oleh kata-kata Abang Joe yang menawarkan pekerjaan yang dapat menjamin kehidupannya, dan akhirnya termasuk dalam perangkap lelaki tidak berhati perut.

Posted at 8:07 am | Comments (6)

2nd October, 2014

Melunas Rindu

Nama :  Tan Yun Qing
Kelas  & No. Sekolah :  K2C , 13130
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  /
Judul Buku  : Melunas Rindu
Pengarang :

Hartini Hamzah

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 /

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

Sinopsis :

Novel “Melunas Rindu’ mengisahkan perjalanan hidup Fuad @ Joshua @ Abdul Halim dalam menemukan ibu kandungnya yang terpisah sejak lahir.  Fuad dilahirkan sebagai anak keluarga Islam apabila Robert Lim bernikah dengan Mariana binti Osman, tetapi Robert Lim kemudian bernikah dengan Susan dan kembali ke agama asalnya. Fuad dipelihara oleh bapa saudaranya, Peter Lim.  Setelah setahun kematian Sofia, (cinta pertama yang begitu mendalam), Fuad kembali ke Danau Seberang, Terengganu untuk menebus kesilapan yang berlaku kepada keluarga angkat Sofia, Pak Cik Ismail dan Mak Salmah, di samping meneruskan usaha menjejak keluarga sebelah ibunya di Raub, Pahang.  Fuad kemudian ditawarkan tugas guru sandaran tidak terlatih (sementara) di Sekolah Menengah Seri Setia.  Sebagai siswazah pentadbiran perniagaan dari sebuah universiti ternama di Amerika Syarikat, Fuad ditugaskan mengajar bahasa Inggeris yang membawa dirinya rapat dengan Farhana, ketua panitia lulusan United Kingdom.
 Pencarian Fuad terhadap ibu kandungnya berakhir tanpa disangka-sangka apabila ibu Farhana, iaitu Mariana yang terlantar di wad hospital ialah ibu kandungnya juga.  Sekali lagi perasaan cinta yang baharu berputik buat kali kedua selepas Sofia, rupa-rupanya dengan adik kandung sendiri.  Ketika Fuad hendak berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, Robert Lim datang lalu mengatakan dia juga akan menyusul ke sana…
 
Watak utama : Fuad
 
Watak sampingan : Farhana, Robert Lim
 
Nilai Murni :
Bekerjasama. Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak murid dan mendidik mereka dalam bahasa Inggeris.
 
Pengajaran :
i. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat.
ii. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan.
iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati.

Posted at 7:23 am | Comments (6)