6th October, 2014

Hikayat Sang Kancil

hikayatNama : Lim Sui Ling

Kelas : K3B

No. Sekolah : 12124

Plot :

Cerita ini bermula apabila Sang Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar satu suara meminta tolong. Suara yang meminta simpati itu datang daripada Sang Buaya yang sedang kesakitan. Sang Kerbau telah ditimpa oleh dahan pokok kayu mati yang besar.Sang Kerbau yang  berasa sungguh kasihan terhadap keadaan yang menimpaang Buaya telah menawarkan diri untuk membantunya. Sang Kerbau berjaya mengalihkan dahan kayu mati yang menimpa Buaya.  Buaya tidak mengenang budi yang dilakukan oleh Sang Kerbau terhadapnya. Sang Buaya bertindak menggigit kaki SangKerbau dan ingin memakannya sebaik sahaja dahan besar itu dialihkan daripada badannya. Sang Buaya yang jahat memberitahukan sudah sebulan dia tidak makan.  Sang Kerbau menjerit meminta tolong kerana kesakitan akibat digigit oleh sangBuaya. Kebetulan pada masa itu, Sang Burung yang melalui kawasan itu telah memerhatikan kejadian tersebut. Dia berasa kasihan kepada Sang Kerbau, Sang Burung telah terbang untuk mencari Sang Kancil. Sang Burung mencari Sang Kancil kerana Sang Kancil adalah haiwan yang pintar dan pasti dapat membantu Sang Kerbau. Apabila bertemu dengan Sang Kancil,  Sang Burung menceritakan kejadian yang telah menimpa Sang Kerbau. Sang Kancil yang berasa simpati dengan Sang Kerbau telah memikirkan idea untuk menolongnya. Sang Kancil telah menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan meminta untuk mereka melakonkan situasi pada awal kejadian untuk diadili. SangBuaya telah bersetuju dengan permintaan Sang Kancil setelah diberitahu bahawa dia akan dapat memakan Sang Kerbau selepas itu.

Pendapat :

Saya berpendapat bahawa Sang Kancil haiwan yang amat bijak dan berfikiran cerdik. Kita harus mempelajari kepandaian Sang Kancil. Saya berpendapat bahawa buku ini amat sesuai untuk remaja kerana milai-nilaengandungi nilai murni.

Posted at 8:12 pm | Comment (0)