30th June, 2014

Sayidina Ali -Pahlawan Terbilang

sayidina ali
Nama: Goh Hui Theng

Kelas : S5F

No. Sekolah : 10250

No.Panggilan Buku : MF NOR C2

Judul Buku : SAYIDINA ALI-PAHLAWAN TERBILANG

Pengarang : Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan/ Edisi :  2010

Latar Tempat :  Di Madinah

Watak dan Perwatakan

1.Sayidina Ali bin Abu Talib
.seorang yang berani
.pahlawan terbilang

Konflik/Plot: Sayidina Ali seorang pahlawan terbilang yang sangat ditakuti musuh.Orang kafir hendak menyerang orang Islam di Madinah.Nabi Muhhamad saw berbincang dengan para sahabat untuk menentang serangan itu.Orang Islam menggali parit di sekeliling kota Madinah.Mereka menjadikan parit itu sebagai benteng.Tentera orang kafir berjaya menembusi benteng itu.Pasukan tentera berkuda mereka diketuai Amru bin Wudd iaitu bapa saudara Nabi Muhammad saw.Amru berulang kali mencabar sesiapa yang ingin berlawan dengannya.Sayidina Ali yang ingin melawan dengan Amru telah dilarang oleh Nabi Muhammad saw kerana baginda bimbang akan keselamatan Sayidina Ali.Akhirnya,baginda membenarkan Sayidina berlawan dengan Amru.Dengan membawa pedang baginda,Sayidina berlawan dengan penuh semangat dan telah berjaya membunuh Amru.Inilah kejayaan terbesar Sayidina Ali.Sejak itu,SAyidina Ali menjadi pahlawan terbilang.Dia terus memimpin angkatan perang menentang musuh-musuh Islam.

Rumusan: Sayidina Ali telah banyak membantu Nabi Muhammad dalam tugas menyeberkan agama Islam melalui peperangan kerana dia seorang yang berani dalam berperang.

Pendapat: Buku ini sangat menarik dan dapat memanfaatkan saya dengan membantu saya mendapat tahu tentang sejarah-sejarah Sayidina Ali.

Posted at 11:35 pm | Comments (5)

30th June, 2014

Dear John

DJ_IT_1Sht_18

 

 

 

 

Name : Lim Qiao En

Class :K3F

School No. :12252

Book Title :Dear John

Author :Nicholas Sparks

Publication Year :August 7,2007

Setting :Wilmington,North Caronila

Characters :

John Tyree- John is the main character in Dear John. He has brown hair and green eyes. He is in the Army and stationed in Germany.

Savannah Curtis- Savannah is an important character in Dear John. She has brown hair and blue eyes. She is from Lenoir and is a college student.

Mr. Tyree- Mr.Tyree is John’s dad. He is a coin collector and owns over hundreds of coins. He was the one that raised John since John’s mother left when John was very little.

Tim Wheddon- Tim is a family friend of Savannahs. He has a younger brother, Alan, who has autism. He is the one who brought Savannah down to Wilmington in the summer, which happened to be when John was on leave.

Conflict :

Major conflict -John Tyree is home on a two-week leave from Germany. He meets Savannah Curtis after he dives into the ocean to retrieve Savannah’s purse that had fallen off the pier. Savannah is a college student at the University of North Carolina at Chapel Hill.

Rising action -Along the way a budding romance occurs, and Savannah falls deeply in love with John. As she is about to go back to college, she promises to write John overseas during the next 12-months until he returns to her after completing his enlistment. Their love is put to the test when John reenlists after the 9/11 attack

Climax – When 9/11 takes place and John reenlists in the army. The Resolution would be when John’s dad died and he went to visit Savannah.

Falling action -When John comes home due to his father having a serve heart attack.

Conclusion -Savannah started a autism horseback riding ranch. Tim has cancer. John teaches Savannah how to surf. John gives a anonymous money donation for Tim. Savannah encourages John to enlist again after 9/11.

Opinion :

The story isn’t unique, (neither is The Notebook) but it is executed in a way that makes you feel as though you’re watching something new. Channing Tatum is the lovable beefcake reminiscent of Marky Mark, and Amanda Seyfried is cute, delivering well executed dialogue. And I did actually think they had good chemistry, despite what other reviewers have said. Channing’s John is an army boy who had a lot of issues growing up, so you can’t expect him to be overly forthcoming with his emotions.

Posted at 7:54 pm | Comment (0)

30th June, 2014

Nasib Si Tunggal dan Si Tanggal

Nama:Ng Jun Ying

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Nasib Si Tunggal dan Si Tanggal

Pengarang: Shafie bin Abdul Rahman

No.panggilan: –

new

 

Latar tempat:

Bukit Setongkol : Kampung yang Tunggal dan Tanggal tinggal

Watak:

Si Tunggal : Abang Si Tanggal. Seorang yang malas dan selalu memikirkan cara mengaut wang pantas.

Si Tanggal : Adik Si tunggal, Seorang yang rajin mengerjakan tnah dan menanam sayur-sayuran

Pak Wira: Ayah Tunggal dan Tanggal. Dia telah meniggalkan anaknya tanah.

Plot:

Permulaan- Pak Wira mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Tunggal dan Tanggal. Mereka tinggal di Bukit Setongkol dan mengusahakan tanah. Halaman rumah mereka penuh dengan syuran-sayuran.

Perkembangan-Pada suatu hari, Pak Wira jatuh sakit. Dia memanggilkan anaknya dan memesan kata-kata terakhirnya. Dia telah meninggalkan tanah kepada Tunggal dan Tanggal dan memesan mereka supaya rajin berusaha.  Selepas Pak Wira meninggal dunia, mereka mengebumikannya di tepi rumah.

Klimaks- Namun begitu, Tunggal berasa jemu tinggal di kampung. Dia ingin pergi ke pekan untuk bekerja. Oleh itu, dia meninggalkan tanah pusaka bapanya kepada Tanggal dan telah meninggalkan Bukit Setongkol. Dia telah berkenalan dengan rakan yang berada manakala Tanggal masih rajin mengerjakan tanah di kampung. Beberapa bulan kemudian, Tunggal mengajak Tanggal ke pekan tetapi di tolaknya. Tanggal berpendapat bahawa mereka harus mempertahankan tanah pusaka dan rajin bekerja.

Peleraian- Tunggal tidak mendengar nasihat Tanggal dan telah meninggalkan kampungnya.Di pekan, Tunggal tidak bekerja dan tiada mata kehidupan.Dia terpaksa balik ke kampungnya dan meminta bantuan daripada adiknya.

Rumusan:Tanggal yang baik hati telah membantu abangnya. Akhirnya, Tunggal telah insaf akan kesalahannya. Dia berusaha dengan adiknya dan tanah mereka menjadi lebih menyubur. Mereka hidup dengan senang dengan menjual hasil itik peluh mereka.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti kerajianan. Kita harus  bekerja keras untuk mendapat hasil yan diingini.

Posted at 5:04 pm | Comments (6)

30th June, 2014

BERTINDAK LEBIH PANTAS

IMG_0002

Nama : Ng Wei Zhen
Kelas & No. Sekolah : S5F (18)
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : MF NOR
Judul Buku : Bertindak Lebih Pantas
Pengarang : Norlela Mohd. Nor
Tahun Penerbitan/ Edisi:
2012

Latar tempat: Di Rumah Khuzaimah,Di Sekolah Menengah Khuzaimah
Watak dan Perwatakan:
1. Khuzaimah
• Anak seorang doktor
• Seorang gadis lincah yang penuh dengan berbagai teori dan idea
2. Kharzami
• Seorang lelaki yang dijangkiti HIV
3. Zazaamani
• Menjangkiti HIV
• Teman wanita Arman pada asalnya
4. Arman
• Menjatuh cinta pada Khuzaimah

Konflik/Plot:
Cerita ini mengisahkan tentang Khuzaimah dan Khazaimah merupakan kawan yang baik pada mula-mula ceritanya. Setelah Kharzami mengenali Zazaamani,hubungan Khuzaimah dan Kharzami menjadi tidak begitu baik.Kharzami mula mengelakkan berjumpa dengan Khuzaimah. Kharzami mula berbaik-baik dengan Zazaamani dan menjadi teman lelakinya.
Khuzaimah ingin menyelamatkan Kharzami daripada menjangkiti AIDS kerana Zazaamani telah dijangkiti AIDS dan HIV.Khuzaimah cuba menasihatinya bersama Arman tetapi akhirnya gagal.
Kedua-dua Kharzami dan Zazaamani dijangkiti AIDS dan itulah sebab mereka bersama-sama.Peristiwa tersebut telah menyakiti hati Khuzaimah.Arman menenangkan hatinya dan mula menjatuh cinta padanya.
Akhirnya Khuzaimah menerima cinta Arman dan mereka bersama.

Rumusan:
Khuzaimah bertindak pantas hendak menyelamatkan Kharzami daripada dijangkiti AIDS. Tetapi akhirnya gagal juga.
Pendapat:
Saya berasa buku ini sangat menarik kerana menceritakan tentang kasih dan saying antara lelaki dan perempuan.Buku ini telah mengajar saya bahawa kita mestilah bertindak pantas untuk melakukan sesuatu agar tidak menyesal.

Posted at 12:48 am | Comments (10)

29th June, 2014

月亮城

moon city

姓名: 韩晓琪 班级: S5B
学号: 10184 书号: F HON c1
书名: 月亮城
作者:  邓秀茵 出版年份: 2009
背景

故事发生在哪?请详细写出故事中的背景。

月亮城

人物性格分析

请写出故事中的三个人物及分析这三个人物的性格。

王湘湘:大发明家王亭(董事长)的孙女,和爷爷感情不错。不多话,偶尔有点儿冲动,在共同追查爷爷失踪真相的过程中,和萱儿及诺言成为好朋友。

蒋萱儿:≤宇宙学报≥专题记者,推理能力强,口齿伶俐,脑筋转得快。在追查过程中化解不少危机,一开始是为了采访才加入追查董事长失踪的真相。

周诺言:冷静而警觉性高,分析能力好,自尊心强,不善于表达,常常跟湘湘有误会,喜欢跟萱儿斗嘴,因好奇而寻找董事长,最后与湘湘、萱儿结为好友。

故事结构

故事有冲突与矛盾吗?请简述整个故事的开头,情节发展至结尾。

为了与失踪的董事长见面,王湘湘ˎ蒋萱儿和周诺言来到陌生的城市—-月亮城,根据神秘人提供的线索,展开了寻找董事长的旅程。

在寻找董事长的过程当中,天才型少年孙竞杰介入了他们三个人的关系。在才华出众的孙竞杰面前,周诺言不由得感到自卑,更害怕会因此失去王湘湘和蒋萱儿的友谊。他越是倔强地表现得无所谓,就越令三个人之间产生了更多的误会。在短短的几天内,周诺言、王湘湘和蒋萱儿既要应付不知是敌是友的神秘人,又要解决他们之间所发生的矛盾与冲突,三个好朋友顿时面临了友情的考验.

后来他们进到天使保险库打开密码,终于见到银幕上爷爷的影像。他告诉湘湘,这也许是爷爷最后一次发明东西给她了,因为爷爷选择了进行人脑的手术;手术成功的话,爷爷就可以将记忆永远保留在脑子里;要是手术失败,爷爷就会失去所有的记忆。

总结

故事最后的结局如何?结局是悲是喜,抑或是……

故事的结局是充满疑问的,让读者有想象空间并期待续集。爷爷送给湘湘最后的一份礼物是脑电波输送仪。只要湘湘戴上脑电波输送仪,想象自己跟爷爷一起生活,屏幕里就会出现湘湘想象的影像。可是湘湘决定不用脑电波输送仪,因为她相信爷爷会健康地回来。

读后感

你喜欢这本书吗?为什么?

喜欢。因为作者与好朋友们在寻找爷爷失踪的真相时,虽然经历了不少考验与困难,他们也因此发生了争执与误会。然而,他们对彼此间友谊的信任令他们忘记了不愉快,更珍惜彼此。

 

Posted at 11:49 pm | Comments (8)

29th June, 2014

Kenangan Di Asrama

IMG_0001

Nama : Ng Wei Zhen
Kelas & No. Sekolah : S5F (18)
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : MF NOR
Judul Buku : Kenangan Di Asrama
Pengarang : Norlela Mohd. Nor
Tahun Penerbitan/ Edisi:

Latar tempat: Di Asrama
Watak dan Perwatakan:
1. Farhan
• Pelajar Tingkatan satu
• Ingin masuk ke sekolah berasrama
• Kawan Firdaus
2. Firdaus
• Kawan Farhan
• Memujuk Farhan masuk ke sekolah berasrama

Konflik/Plot:
Cerita ini mengisahkan tentang kenangan seorang budak tingkatan satu yang mengadakan hidupannya di sekolah menengah.Farhan merupakan pelajar baru di sebuah sekolah berasrama yang terkenal di Malysia.
Farhan telah mengalami kehidupan dalam sekolah berasrama. Sebagai pelajar baru dia perlu mengutipkan tandatangan daripada seniornya. Melalui aktiviti ini,dia telah belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mengenali banyak kawan.
Akhirnya dia telah Berjaya menyempurnakan tugasannya dan menerusi kehidupannya dalam sekolah berasrama.
Rumusan:
Kehidupan seorang pelajar tingkatan satu dalam sekolah berasrama.
Pendapat:
Saya belajar banyak pengalaman untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Posted at 11:43 pm | Comments (7)

29th June, 2014

Zubair Pahlawan Yang Bijaksana

IMG_0008 (1)Nama : Ng Wei Zhen
Kelas & No. Sekolah : S5F (18)
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku : ZUBAIR PAHLAWAN YANG BIJAKSANA
Pengarang : Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan/ Edisi:
2010

Latar tempat: Di Arab
Watak dan Perwatakan:
1. Zubair bin Awwam
• Mempunyai semangat kekuatan jasmaniah dan rohaniah
• Memeluk Islam pada usia muda
• Berani
• Bijaksana
2. Naufil
• Membantah Zubair memeluk Islam

Konflik/Plot:
Dalam usia mudah,Zubair sudah berani menentang pihak musuh.Dia sangat cekap menunggang kuda.Semua musuh takut kepadanya.Apabila dia mengetahui berita tentang Nabi Muhammad SAW wafat tersebar,dia sangat marah dan hendak mencari penyebar berita angin itu.
Zubair juga pejuang yang sangat hebat.Dia dan Abu Bakar memperdaya tentang Quraisy.Kaum Muslim seolah-olah mempunyai tentera yang kuat.Tentera Quraisy berasa takut lalu meninggalkan medan perang itu.Zubair akan menaikkan semangat tenteranya apabila melihat mereka lemah. Dia akan melawan musuh dan tenteranya turut berperang dengan berani. Nabi Muhammad SAW berbangga mempunyai sahabat seperti Zubair.

Rumusan:
Perjuangan dan pengorbanan Zubair menyebabkan Nabi Muhammad berasa bangga terhadapnya.Zubair terkenal di medan perang.Dia juga pemimpin masyarakat yang sentiasa prihatin kepada mereka yang memerlukan.

Pendapat:
Saya belajar banyak nilai murni selepas membaca buku ini. Zubair merupakan seorang pahlawan yang patut kita pelajari.

Posted at 11:40 pm | Comments (8)

29th June, 2014

SAAD PEMANAH YANG HANDAL

Nama : Ng Wei Zhen
Kelas & No. Sekolah : S5F (18)
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku : SAAD PEMANAH YANG HANDAL
Pengarang : Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan/ Edisi: Junior Pages Publications
2010

Latar tempat: Di Arab
Di manakah cerita ini berlaku? Namakan dan jelaskan tempat berlakunya cerita tersebut.
Watak dan Perwatakan:
1. Saad bin Abi Waqqas
• Memeluk agama Islam ketika 17 tahun
• Memiliki keistimewaan dalam memanah
• Merendah diri
2. Ibu Saad
• Menyembah berhala
• Membantah anaknya Saad memeluk agama Islam
3. Khalifah Umar
• Menghargai bakat orang
Konflik/Plot:
Saad bin abi Waqqas memeluk Islam ketika berusia 17 tahun. Dia antara lelaki terawal memeluk agama Islam. Saad memeluk Islam secara rahsia dan tidak mahu diketahui oleh ibnya. Tetapi apabila ibunya tahu tentang perkara tersebut,ibunya sangat marah terhadapnya. Saad bersabar dan memujuk ibunya agar membiarkan dia memeluk Islam. Akhirnya ibunya bersetuju juga.
Saad memiliki keistimewaan dalam memanah.Setiap kali peperangan yang disertainya,panahannya pasti mengenai musuh.Satu keistimewaan Saad lagi ialah berdoa.Doa-doa saad dikabulkan Allah SWT. Pada suatu hari,Khalifah Umar melantik Saad sebagai panglima perang menentang tentera Parsi. Kehandalan memanah Saad Berjaya mengalahkan tentera Parsi.
Walaupun Saad mempunyai keistimewaan yang membawa kejayaan,namun dia tidak pernah berasa bangga dengan keistimewaan yang dimilikinya.
Konflik ceritanya ialah ibunya membantahnya memeluk agama Islam
Rumusan:
Cerita tersebut berakhir dengan penutup yang baik. Saad Berjaya menjadi ketua perang dalam banyak peperangan dan semua peperangan itu mendapat kemenangan.
Pendapat:
Saya suka buku ini kerana buku tersebut membawa nilai-nilai murni yang banyak. Contohnya,Saad mengamalkan nilai kesabaran apabila memujuk ibunya membiarkannya memeluk agama Islam.Selain itu,Saad juga mengamalkan nilai merendah diri. Dia tidak pernah sombong walaupun dia sering menang dalam peperangan.

 

Posted at 11:38 pm | Comments (7)

29th June, 2014

KRISTAL AJAIB

IMG_1426

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Kristal Ajaib
Pengarang : M. Lukhman
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2008
Watak dan Perwatakan:

– Andalia

Seorang yang penyabar dan merupakan seorang pelajar terbaik di sekolah

– Mei Mei

Bersifat lebih agresif dan panas baran.

-Jayanthi

Seorang yang bertindak melulu dan bersifat berani.

Konflik/Plot:
Jayanthi menghadapi dilema apabila berlaku pergolakan dalam keluarganya sehingga menyebabkan ibu dan ayahnya ingin berpisah. Semua ini berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh ayah Jayanthi kesan kemerosotan dalam perniagaannya.

Mak Cik Shanti yang baru bekerja sebagai pembantu rumah, telah mencadangkan kepada ayah dan ibu Jayanthi untuk menemui dukun. Tuk dukun telah memberi ayah dan ibu Jayanthi sebutir kristal ajaib yang dikatakan mampu memulihjan keadaan keluarga Jayanthi seterusnya membantu menyelesaikan masalah perniagaan ayahnya.

Jayanthi dan Kumpulan 6 Sekawan langsung tidak mempercayai akan keajaiban kristal tersebut. Mereka mula curiga dan sekali lagi mereka melakukan penyiasatan. Semasa penyiasatan dilakukan pelbagai perkara pelik berlaku sehingga  tidak dapat diterima logik akal dan bertentangan dengan realiti. Kumpulan 6 Sekawan juga mula mencurigai Mak Cik Shanti yang berkelakuan agak misteri.

Rumusan

Novel ini telah mengisahkan cerita Kumpulan 6 Sekawan dalam menyiasatkan misteri kristal ajaib .

Pendapat:

Novel tersebut menarik untuk dibaca kerana novel tersebut mendebarkan dan penuh dengan saspens.

Posted at 11:01 pm | Comments (6)

29th June, 2014

KEMELUT

IMG_1423

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Kemelut
Pengarang : M. Lukhman
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2008
Watak dan Perwatakan:

– Andalia

Seorang yang penyabar dan merupakan seorang pelajar terbaik di sekolah

– Mei Mei

Bersifat lebih agresif dan panas baran.

-Jayanthi

Seorang yang bertindak melulu dan bersifat berani.

Konflik/Plot:
Kumpulan 6 Sekawan telah mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh Encik Nasir dan isterinya, Puan Rosnah di sebuah pulau iaitu Pulau Dendam. Mereka amat bersemangat dan seronok dapat menyertai kem tersebut bersama-sama. Malangnya, apabila tiba di pulau tersebut, kegembiraan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

Seorang budak lelaki aneh, tulisan menggunakan darah pada batu dan tingkah laku Encik Nasir seolah-olah telah membenarkan cerita yang disampaikan oleh ibu Mei Mei. Tambahan pula, Pulau Dendam dikatakan tidak wujud dalam peta.

Rumusan

Novel ini telah mengisahkan misteri tentang Pulau Dendam dan pengembaraan Kumpulan 6 Sekawan.

Pendapat:

Novel tersebut menarik untuk dibaca kerana novel tersebut penuh dengan saspens dan misteri.

 

Posted at 10:46 pm | Comments (6)

29th June, 2014

BELUM TERLAMBAT

IMG_1455

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Belum Terlambat
Pengarang : Mohd. Khairul Riza
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2008
Watak dan Perwatakan:

– Amrin

Seorang pelajar yang bermasalah. Sering membuli Nabil.

– Nabil

Seorang yang pemaaf. Dia telah membantu Amrin untuk mengubah diri.

Konflik/Plot:
Amrin merupakan anak seorang ahli perniagaanyang berjaya, manakala Nabil pula merupakan anak pemandu lori sampah yang tinggal di kawasan setinggan.

Amrin yang nakal sering membuli Nabil yang menjual kacang untuk membeli sepasang kasut. Kenakalan Amrin bukan setakat itu sahaja. Dia dan rakan-rakanna juga menghisap rokok di kawasan sekolh. Kenakalan Amrin ini berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya. Hanya Che Non tempat Amrin menumpang kasih.

Pada suatu hari, ketika berada di pekan, Amrin diugut oleh seorang penagih dadah. Nabil telah menolong Amrin sehingga dirinya sendiri tercedera. Dalam kekalutan, Amrin telah meninggalkan Nabil.

Walaupun begitu, Nabil telah memaafkan segala kesalahan Amrin selepas Amrin meminta maaf akan segala kesalahan yang dilakukannya.

Rumusan

Novel ini telah mengisahkan kehidupan Amrin dan Nabil yang berbeza.

Pendapat:

Novel tersebut penuh dengan pengajaran yang bermakna.

Posted at 10:32 pm | Comments (7)

29th June, 2014

Angsa Bertelur Emas

Nama : Koay Jia Yuin

Kelas : S5F

No.Sekolah : 10017

Pengarang: Yuni Ma’Rufah

Judul Buku: Angsa Bertelur Emas

Latar Tempat :

-Di sebuah kampung.

seorang petani yang memiliki seekor angsa yang sangatlah cantik, dimana setiap hari ketika petani tersebut mendatangi kandang angsa, sang Angsa telah menelurkan sebuah telur emas yang berkilauan.

Watak-Perwatakan:

Petani:

-bersikap tamak

-memiliki seekor angsa yang menelurkan satu telur emas sehari.

-memotong buka badan angsa untuk mengambil telur emas tetapi gagal kerana tiada telur emas di dalam angsanya.

angsa:

-menelurkan telur emas setiap hari

Konflik:

Suatu hari, setelah menghitung uangnya, sebuah idea muncul di kepala petani,  dia akan mendapatkan semua telur emas sang Angsa sekaligus dengan  memotong sang Angsa. 

Rumusan:

Akhirnya,tidak ada sebuah telur yang dapat dia temukan, dan angsanya yang sangat berharga telah mati dipotong.

Pendapat:

Moral cerita ini ialah barang siapa yang telah memiliki sesuatu dengan berlimpah, tetapi serakah dan menginginkan yang lebih lagi, akan kehilangan semua yang dimilikinya.

 

Posted at 10:16 pm | Comments (9)

29th June, 2014

Semut dan Merpati

semut

Nama: Yeoh Kar Yan

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku: Semut dan Merpati

Pengarang: Muhammad Ali

Latar tempat: Sungai

Watak: Semut, Burung merpati, pemburu

Plot:
Permulaan : Pada suatu hari, seekor semut berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. Ѕeperti biasa dia berjalan dengan riang. Tiba-tiba ia terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati.

Perkembangan : Kejadian itu disedari oleh seekor burung merpati. Burung merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya.Lalu burung merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat.

Klimaks : Tidak lama kemudian, sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap berusaha mendekati burung merpati yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari bahaya yang bakal menimpa burung merpati yang baik tersebut. Semut segera berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki sang pemburu.

Peleraian : Pemburu itu kesakitan dan terkejut, lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk menangkap burung. Burung merpati menyadari kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya burung merpati itu pun terbang menyelamatkan dirinya.

Rumusan: Kisah seekor semut yang membalas jasa burung merpati yang telah menyelamatkannya.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya dapati bahawa kita mestilah saling membantu bagai aur dengan tebing untuk kesejahteraan hidup.

Posted at 10:04 pm | Comments (7)

29th June, 2014

Pak Pandir

pak pandir

Nama: Yeoh Kar Yan

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku: Pak Pandir

Pengarang: Muhammad Ali

Latar tempat: Rumah Pak Pandir

Watak: Pak Pandir, isteri Pak Pandir

Plot:
Permulaan : Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu basah dan kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya membaiki rumah mereka.

Perkembangan : Mak Andih mendapat satu akal, dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka.Esoknya, Mak Andih meminta Pak Pandir mencari kerja dan katanya, ada orang di hujung kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki rumahnya yang sudah buruk dan Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana dan lama-lama Pak Pandir bersetuju.

Klimaks : Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar atap yang bocor, mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai yang roboh. Sepekan dia bekerja keras, tuan rumah melayannya dengan baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman.

Peleraian : Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah baru. Pak Pandir mendapat upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang. Dia menunjukkan wang upahan kepada Mak Andih isterinya. Tiba-tiba Pak Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling. Rupa-rupanya rumah yang dibaiki olehnya itu ialah rumahnya sendiri.

Rumusan: Kisah Pak Pandir membaiki rumahnya yang bocor.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya dapati bahawa hanya dengan rajin berusaha, kita baru dapat mencapai hasrat kita.

Posted at 9:54 pm | Comments (8)

29th June, 2014

Urashima Taro dan Penyu Laut


penyu

 

Nama : Koay Jia Yuin

Kelas : S5F

No.Sekolah : 10017

Pengarang: Anonim

Judul Buku : Urashima Taro dan Penyu Laut

Edisi : Melayu

Latar Tempat : Di Jepun,Urashima Taro tinggal bersama dengan ibu dan bapanya yang bekerja sebagai seorang nelayan.

Watak-Perwatakan :

Urashima Taro :

-anak tunggal

Dia sangat baik, muda dan kuat

-dia dapat berlayar dengan perahu jauh lebih pandai dari orang-orang yang tinggal di tepi pantai rumahnya.

-Dia sering berlayar jauh ke tengah laut dan para tetangganya sering memperingati orang tuanya bahawa mungkin dia akan pergi terlalu jauh ke laut dan tidak akan kembali lagi.

-melepaskan penyu laut yang telah ditangkapnya

Penyu Laut

-merayu supaya Urashima melepaskannya

-membantu Urashima semasa kapalnya tenggelam

Putri Dewi laut

-mencintai Urashima dan menggunakan kuasa saktinya untuk menahan proses penuaan Urashima

Konflik:

Urashima Taro pergi berlayar terlalu jauh ke tengah laut, badai yang buruk datang menerpa perahunya dan memecahkan perahunya hingga berkeping-keping. Urashima adalah perenang yang sangat baik, dan dia terus berupaya agar dapat sampai ke tepi pantai dengan berenang, tetapi jarak antara dia dan pantai terlalu jauh dan saat itu laut sangat ganas, kekuatannya akhirnya melemah dan dia sudah mulai tenggelam perlahan-lahan. Saat dia menyerah dan berpikir bahwa dia tidak akan pernah bertemu dengan ayahnya lagi, dia mendengar namanya dipanggil dan melihat penyu yang besar berenang ke arahnya.Penyu laut itu menyuruh Urashuma untuk menaiki badannya supaya dia dapat membawanya ke darat.Rupa-rupanya,penyu lautnilah penyu laut yang telah dilepaskan oleh urashima beberapa tahun yang lalu.

Sebelum mereka tiba di pantai, penyu itu bertanya kepada Urashima Taro bahwa apakah dia ingin melihat kehidupan yang indah yang tersembunyi di bawah laut. \Setelah tiga malam, mereka mencapai dasar laut, dan tiba di tempat yang sangat indah, penuh dengan emas dan kristal. Koral dan mutiara dan berbagai macam batu-batuan berharga membuat matanya menjadi berbinar-binar dan terkagum-kagum,  dan apa yang ada di dalam istana tersebut lebih membuat dia terkagum lagi, diterangi dengan sisik-sisik ikan yang bersinar indah.Penyu laut ini ialah salah satu pelayan puteri laut.

Penyu itu kemudian menyampaikan kedatangan Urashima Taro kepada Puteri, dan tidak lama kemudian dia kembali, membawa Urashima ke hadapan sang Putri. Putri dewi laut itu sangat cantik sehingga ketika sang Putri meminta agar Urashima tinggal di tempat itu.Urashima menyutujuinya.Beberapa tahun kemudian,Urashima terkenang ibu dan bapanya lalu balik ke kampungnya.Sebelum balik,Puteri telah memberikan sebuah kotak emas kepadanya dan berpesan agar kotak itu jangan pernah dibuka.

Rumusan:

Setelah urashima menyedari ibu bapanya sudah mati kerana dia telah meninggalkan mereka selama 3o tahun,urashima membuka kotak emas itu tanpa mempedulikan pesanan puteri.Dengan terkejut, dia tersadar melihat tangannya yang langsung menjadi tua dan gemetaran. dia menjadi sadar bahwa kotak tersebut berisi jimat yang menahan dirinya dari proses penuaan selama tiga ratus tahun, dan kotak itu telah kehilangan sihirnya. Dengan ketakutan, dia berlari ke tepi aliran air yang mengalir dari atas gunung, dan melihat bayangan dirinya yang terpantul di air itu adalah bayangan seseorang yang sangat tua. kembali ke desa itu dengan ketakutan, dan tak ada satu orangpun yang mengenali dia sebagai anak muda yang kuat beberapa jam yang lalu. Dengan kelelahan, dia akhirnya mencapai tepi pantai, dimana dia duduk di atas sebuah batu dan memanggil penyu laut yang membawanya ke istana laut. Tetapi panggilannya sia-sia belaka, penyu itu tidak pernah muncul, dan akhirnya suaranya hilang di telan kematian.

Pendapat :

Saya berasa cerita ini sangat menarik .Cerita ini telah mengingatkan kita supaya mengingati pesanan orang lain dan sentiasa berfikiran rasional .

 

 

 

 

 

Posted at 9:44 pm | Comments (12)

29th June, 2014

Nasib Si Derhaka

Nama : Teoh Siew Huey

Kelas  & No. Sekolah : S5A  10139

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF SIR

Judul Buku  :  Nasib Si Derhaka

Pengarang :  Muhammad Ridha

Tahun Penerbitan/ Edisi:  1991 Pertama

 

Kulit Buku :

Latar tempat

Kampung Barulak- Mangkuto dan kedua-dua orang tuanya tinggal di kampung ini sejak kecil. Ibu bapa Mangkuto memiliki kebun dan bercucuk tanam.

Watak dan Perwatakan

Mangkuto- seorang anak yang degil dan derhaka. Dia amat nakal dan tidak mendengar nasihat ibu bapanya.

Pamenan- Bapa Mangkuto. Dia kecewa dengan segala perbuatan anak derhakanya, Mangkuto dan ingin memberinya pengajaran supaya insaf dan berubah.

Siti Alawiyah- Ibu Mangkuto. Seorang ibu yang baik tetapi kecewa dan berputus asa terhadap anaknya yang tidak boleh diubati.

Konflik/Plot

Konflik- Mangkuto memukul bapanya dan menampar ibunya apabila mereka cuba menasihati Mangkuto. Dia tidak ingin mendengar segala nasihat kerana menganggap dirinya amat pandai.

Permulaan- Mangkuto dan ibu bapanya tinggal di Kampung Barulak. Mangkuto seorang anak yang tidak berguna kerana enggan membantu ibu bapanya di sawah. Selain itu, dia juga memarahi ibu bapanya kerana mereka sering mengajarnya tentang ilmu kehidupan. Dia enggan menerima segala nasihat.

Perkembangan- Mangkuto menjadi semakin jahat sehingga menimbulkan pergaduhan antara Mangkuto dengan anak kampung lain. Semua orang takut akannya.

Kesudahan- Akibat perbuatan Mangkuto yang kejam, dia telah membunuh kedua-dua orang tuanya. Semasa upacara perkuburan, Mangkuto telah dicengkam ke dalam tanah sehingga dia tidak dapat berdiri. Akhirnya, tiada sesiapa yang ingin membantu Mangkuto dan dia kehilangan nyawa.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Mangkuto iaitu anak derhaka kehilangan nyawa akibat tercengkam ke dalam kubur ibu bapanya. Kesudahan cerita ini amat lucu kerana ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku dalam kehidupan kita.

Pendapat 

Saya suka akan cerita ini kerana cerita ini telah mendatangkan satu nilai murni yang amat penting dalam kehidupan kita iaitu ketaatan. Nilai ini amat penting supaya cinta terhadap ibu bapa dapat terus diwarisi selama-lamanya.

Posted at 9:39 pm | Comments (8)

29th June, 2014

MAGIS PIRAMID TUJUH: MANUSIA TERPILIH

IMG_1457

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Magis Piramid Tujuh: Manusia Terpilih
Pengarang : Kash S. Johan
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2007
Watak dan Perwatakan:

– Johan

Seorang pemuda yang tidak mudah putus asa.

– Daniel

Seorang pemuda yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati.

Konflik/Plot:
Tanpa pengetahuan mereka, Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan.

Kompas Cakerawala iaitu sejenis kompas saintiik ciptaan Un Bun Gabifau digunakan bagi mengharungi aus masa bagi tiba ke destinasi unik, menarik dan penuh misteri yang didiami manusia dan spesies-spesies aneh. Malangnya, tugas dan kedatangan mereka itu tidak disenangi puak Mogron, golongan yang cuba menghapuskan dunia menggunakan pelbagai cara kotor dan kejam.

Rumusan

Novel ini berunsurkan magis dan merupakan cerita fiksyen.

Pendapat:

Novel tersebut menarik untuk dibaca kerana novel novel tersebut penuh dengan unsur magis.

Posted at 9:19 pm | Comments (6)

29th June, 2014

SENAFAS RINDU

6991152

 

Nama : Phang Hui Yee
Kelas : S5F
No. Sekolah : 10133
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Senafas Rindu
Pengarang : Damya Hanna
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2007
Watak dan Perwatakan:
1. Vivianna
•seorang yang hebat.

Konflik/Plot:
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti… sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur AinFariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.

Rumusan:

Akhirnya persahabatan antara Fariz dan Vivianna semakin akrab.

Pendapat:
Novel ini mendapat banyak nilai murni dan salah satunya ialah membuat keputusan yang betul.

Posted at 9:08 pm | Comments (8)

29th June, 2014

SEMARAK API

IMG_1454

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Semarak Api
Pengarang : M. Lukhman
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2008
Watak dan Perwatakan:

– Andalia

Seorang yang penyabar dan merupakan seorang pelajar terbaik di sekolah

– Mei Mei

Bersifat lebih agresif dan panas baran.

-Jayanthi

Seorang yang bertindak melulu dan bersifat berani.

Konflik/Plot:
Yen Fang merupakan rakan baik Jayanthi tetapi menjadi ‘musuh’ ketat Andalia dan Mei Mei. Berita tergempar yang diterima oleh Mei Mei, Andalia dan Jayanthi mengenai kematian Yen Fang sekeluarga telah membuka mata ketiga-tiga mereka. Peristiwa yang penuh dengan konflik ini telah megeratkan hubungan antara ketiga-tiga pelajar tersebut.

Bersama-sama dengan tiga rakan lelaki mereka iaitu Remy, Saileh dan James, mereka berusaha menjejaki tragedi yang menimpa keluarga Yen Fang dan mahu memastikan punca sebenar kejadian ngeri tersebut. Bagi mereka, kemalangan dan kematian itu mungkin berpunca daripada satu komplot jahat.

Walaupun usia mereka masih muda, demi sahabat, mereka tabah menempuh pelbagai insiden saspen. Kisah ini jga merupakan permlaan penyiasatan mereka sehingga keenam-enam sahabat ini memperoleh nama bagi kumpulan mereka iaitu Kumpulan 6 Sekawan.

Rumusan

Novel ini telah mengisahkan ketabahan dan kecekalan Kumpulan 6 Sekawan dalam menyelesaikan kejadian misteri tersebut.

Pendapat:

Novel tersebut menarik untuk dibaca kerana novel tersebut penuh dengan saspens dan misteri.

Posted at 9:03 pm | Comments (5)

29th June, 2014

MANISNYA CINTA

6777676

 

Nama : Phang Hui Yee
Kelas : S5F
No. Sekolah : 10133
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Manisnya Cinta
Pengarang : Anis Ayuni
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2004
Watak dan Perwatakan:
1. Ifti Liyana
•seorang gadis berlesung pipit

Konflik/Plot:
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah… sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

Rumusan

Dalam novel ini kisah cinta Ifti Liyana dan Nazmi berlatar belakangan kegelapan bayangan silam pengalaman Ifti tentang cinta amat mengasyikkan.

Pendapat:
Novel ini mendapat banyak nilai murni yang boleh saya pelajari dan salah satu ialah kita akan mendapat apa-apa yang kita ingin jika berusaha.

Posted at 8:25 pm | Comments (8)

29th June, 2014

DENYUT KASIH MEDIK

7890152

Nama : Phang Hui Yee
Kelas : S5F
No. Sekolah : 10133
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Denyut Kasih Medik
Pengarang : Farhan Hadi Mohd Taib
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010
Watak dan Perwatakan:
1.Dr Muslih
•seorang doktor Houseman atau dipanggil HO di Hospital Selayang.

Konflik/Plot:
Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. …Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Rumusan:

Novel Denyit Kasih Medik ini juga menyelitkan kisah cinta Dr Muslih dengan tunangan yang akhirnya menjadi isterinya dan juga kisah sahabat Dr Muslih, Dr Nazir dan Dr. Neezam kembali ke jalan yang benar.

Pendapat:
Novel ini memberi saya tentang pendedahan kehidupan HO sebagai seorang fasa doktor yang sangat memeritkan.

Posted at 8:03 pm | Comments (7)

29th June, 2014

JIBAM

cover_ceritacinta2

Nama : Phang Hui Yee
Kelas : S5F
No. Sekolah : 10133
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Jibam
Pengarang : Ujang
Tahun Penerbitan/ Edisi: 1992
Watak dan Perwatakan:
1. Jimba
•seorang wira yang sedia berkorban

Konflik/Plot:
Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya… kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya –
‘ Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti ‘

Rumusan:

Pengakhiran novel Jibam ini mengungkap misteri kehilangan dan kematian ayahnya yang rupa-rupanya ada kaitan dengan bapa saudara nya sendiri.

Pendapat:
Novel ini mendapat banyak nilai murni yang boleh saya pelajari dan salah satu ialah sedia membantu orang lain.

Posted at 7:51 pm | Comments (6)