5th October, 2014

Talhah Pejuang Islam

new doc 1_2

Nama :  Leong Soke Yee
Kelas  & No. Sekolah :  S4A,11250
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :  MF NOR C1
Judul Buku  :  Talhah Pejuang Islam
Pengarang :

Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2010

Latar Tempat : Madinah

Watak: Talhah, Nabi Muhammad SAW

Konflik/Plot :

Talhah antara orang lelaki terawal memeluk agama Islam. Beliau memiliki sifat peribadi yang sangat mulia dan disukai oleh orang ramai. Dia menyertai banyak peperangan. Dia menentang musuh dengan berani seperti dalam Perang Uhud. Tentera Islam dikalahkan dalam Perang Uhud. Tentera musuh mengepung Nabi Muhammad SAW. Talhah melompat dari kudanya untuk melindungi baginda. Nabi Muhammad SAW terselamat kerana Alllah SWT menganugerahkan kekuatan yang kuat kepada Talhah. Pengorbanan Talhah amat dikenangi sehingga kini.

Nilai: keberanian

Pendapat:

Saya mendapat cerita ini sangat menarik dibaca kerana dapat mempelajari sejarah agama Islam. Cerita ini telah mengajar saya bersikap berani ketika menghadapi cabaran.

Posted at 10:42 am | Comments (6)

5th October, 2014

Abu Ubaidah yang Amanah

new doc 1_1

Nama : Leong Soke Yee
Kelas & No. Sekolah :  S4A, 11250
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku  : Abu Ubaidah yang Amanah
Pengarang :

Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan :

2010

Latar tempat: Mekah dan Yaman

Watak: Abu Ubaidah, Nabi Muhammad SAW dan Abdullah bin Jarrah

Konflik/Plot:
Cerita ini telah mengisahkan cerita tentang Abu Ubaidah yang memeluk agama Islam. Selepas kemelutan Islam baginda, Abu Ubaidah telah diseksa oleh kaum Quraisy tetapi dia sanggup berjuang dalam Perang Badar di Mekah sehingga mengayunkun pedang tepat kepada kepala bapanya. Bapanya, Abdullah bin Jarrah juga ingin membunuhnya kerana marah tentang peristiwa Abu Ubaidah memeluk Islam. Abu Ubaidah sangat bijak dalam hukum-hukum agama Islam dan menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad SAW. Baginda juga menghantar Abu Ubaidah ke Yaman untuk mengajar Kaum Najran. Abu Ubaidah sanggup berkorban demi menegakkan ajaran Islam. Wajarlah dia digelar sebagai Pemegang Amanah.

Nilai: Amanah

Pendapat:
Saya berasa buku ini amat menarik kerana menceritakan tentang sejarah agama Islam yang mengutamakan sifat-sifat positif seperti amanah. Saya dapat mengetahui cerita-cerita yang menarik yang berkaitan dengan agama Islam secara ringkas dengan buku itu.

 

Posted at 10:37 am | Comments (5)

5th October, 2014

Abdul Rahman Ahli Perniagaan yang Jujur

 

trp 1

Nama :     Khoo Pei Jing
Kelas & No. Sekolah:     S4A, 11045
Guru Pembimbing:     Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :     MF NOR C1
Judul Buku  :     Abdul Rahman: Ahli Perniagaan Yang Jujur
Pengarang :     Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan :     2010

 

Latar Tempat :

Makkah yang mempunyai ramai penduduk Quraisy

 

Watak :

Abdul Rahman bin Auf, Sayidina Abu Bakar, Nabi Muhammad SAW

 

Konflik/Plot: 

Abdul Rahman bin Auf seorang yang taat kepada perintah Allah SWT. Dia tidak sombong walaupun kaya-raya. Abdul Rahman memeluk agama Islam melalui ajakan Sayidina Abu Bakar. Dia antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Islam pada mula baginda menyebarkan Islam. Apabila memeluk Islam Abdul Rahman berjuang menyebarkan agama Islam dengan cara berperang. Dia juga menderma harta kekayaannya. Abdul Rahman bin Auf diseksa oleh orang Quraisy Mekah. Mereka marah kerana dia memeluk Islam. Rasulullah SAW memerintahkan Abdul Rahman berpindah ke negeri Abisinia. Abdul Rahman dan beberapa orang temannya kembali ke kota Mekah. Pada waktu itu, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berpindah ke Madinah. Abdul Rahman turut berpindah. Abdul Rahman yang kaya-raya membantu orang Islam semasa berpindah. Dia memberi makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Di Madinah, Abdul Rahman memulakan perniagaannya. Dia peniaga yang jujur. Perniagaan Abdul Rahman bertambah maju. Dia bertambah kaya. Abdul Rahman tidak pernah menjual barang yang rosak dan tidak mengambil keuntungan yang berlebihan. Keuntungan daripada perniagaan Abdul Rahman didermakan kepada orang miskin dan kerajaan. Abdul Rahman pernah bersedekah separuh daripada hartanya kepada miskin. Selain itu, sebanyak 500 ekor kuda disedekahkan untuk kelengkapan peperangan tentera Islam. Abdul Rahman turut menyedekahkan barangan dagangnya. Nabi Muhammad SAW mendoakan Abdul Rahman dimasukkan ke dalam syurga.

 

Pendapat:

Kita seharusnya mengamalkan nilai kejujuran dan keadilan semasa berniaga. Peniaga-peniaga seharusnya tidak melakukan apa-apa jua bentuk eksploitasi terhadap para pengguna termasuklah menyorok barang dengan tujuan menaikkan harga, tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual, tidak meletakkan label pada barangan dengan lengkap dan menjual barangan yang mengelirukan dari segi kandungan halal dan haram. Selain itu, peniaga juga tidak seharusnya menjual barang yang tidak berkhiasat atau yang berbahaya kepada kesihatan kepada pengguna. Pada masa yang sama, kita juga haruslah bersikap baik hati dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi orang lain. Kita patut menghulurkan bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah sama ada dari segi kewangan mahupun dari segi mental.

 

Posted at 7:53 am | Comments (5)

5th October, 2014

Sayidina Abu Bakar Sahabat Yang Setia

trp 2

 

Nama :     Khoo Pei Jing
Kelas & No. Sekolah:     S4A, 11045
Guru Pembimbing:     Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :     MF NOR C2
Judul Buku  :     Sayidina Abu Bakar: Sahabat Yang Setia
Pengarang :     Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan :     2010

 

Latar Tempat :

Makkah yang mempunyai ramai penduduk Quraisy

 

Watak :

Abu Bakar as-Siddiq, Nabi Muhammad SAW, orang Quraisy

 

Konflik/Plot: 

Abu Bakar as-Siddiq sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat. Mereka bersama-sama menyebarkan agama Islam. Banyak dugaan dihadapi Abu Bakar apabila memeluk Islam. Dia sering diganggu orang Quraisy yang menentang agama Islam. Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW menunaikan solat di Kaabah. Tiba-tiba seorang lelaki bernama Uqbah bin Mu’ith hendak memukul baginda. Abu Bakar melihat kejadian itu lalu melindungi Nabi Muhammad SAW. Orang Quraisy hendak membunuh Nabi Muhammad SAW. Baginda terpaksa berpindah ke Madinah. Abu Bakar mengikut baginda berpindah secara rahsia. Orang Quraisy mengepung rumah Nabi Muhammad SAW. Dengan bantuan Allah SWT, baginda dapat melepaskan diri. Nabi Muhammad SAW pergi ke rumah Abu Bakar. Mereka pergi ke Gua Thur untuk bersembunyi. Apabila sampai ke Gua Thur, Abu Bakar masuk ke dalam gua terlebih dahulu. Ini bertujuan menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW. Pemuda-pemuda Quraisy mengetahui Nabi Muhammad SAW melepaskan diri. Mereka pun mencari baginda sehingga ke Gua Thur. Di pintu Gua Thur terdapat sarang labah-labah. Dua ekor burung merpati pula sedang membuat sarang. Pemuda-pemuda Quraisy memerhati pintu gua dan menganggap bahawa Muhammad dan Abu Bakar tidak masuk ke dalam gua tersebut kerana sarang labah-labah tidak rosak dan burung-burung merpati pun tidak terbang. Mereka pun meninggalkan Gua Thur. Abu Bakar dan Nabi Muhammad SAW terselamat. Sejak kejadian itu, Abu Bakar semakin setia kepada baginda.

 

Pendapat:

Kita seharusnya bersikap setia kawan. Kita patut memhulurkan bantuan kepada kawan-kawan kita ketika mereka berada dalam kesusahan. Kita seharusnya bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau bersama-sama menghadapi dugaan dan rintangan bak kata pepatah, “yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul”. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan seperti Nabi Muhammad SAW dan rakannya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama Islam. Kita harus mempercayai Tuhan sebagai kuasa maha agung yang mencipta dunia dan juga pembalasan Tuhan terhadap segala perbuatan yang ditegah agama seperti menipu, merompak, berzina, membunuh dan pelbagai perbuatan yang berunsur jahat dan tidak berperikemanusiaan. Oleh hal yang demikian, kita patutlah menghindarkan diri daripada perbuatan yang berdosa tersebut dan sentiasa berbuat baik.

Posted at 7:44 am | Comments (6)

5th October, 2014

Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

trp final 1

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan  pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

 

Isi tersurat :

Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik di Malaysia termasuklah merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru mampu mengimbangkan kewujudan integrasi kaum nasional bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu, kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keperibadian disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Dalam pada itu, pengurusan sekolah telah menjadi semakin kompleks sebagai akibat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Guru dalam kontek pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting dalam membentuk masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam pada itu, golongan pendidik terpaksa memikul tanggungjawab yang besar kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam akademik. Sementelahan itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Isi Tersirat :

Antara masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah termasuklah pelajar tidak menghormati guru, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan melanggar disiplin sekolah. Selain itu, guru-guru sering diperleceh oleh ibu bapa yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru juga disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata dan mengabaikan sahsiah yang baik. Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menerima hakikat bahawa anak-anak mereka telah melakukan kesalahan. Sebaliknya, mereka memarahi guru-guru yang menegur dan mendenda anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, guru harus mendepani segala cabaran yang datang dengan bijak demi kepentingan bangsa dan negara serta melestarikan pendidikan negara agar sentiasa berada dalam acuan yang cemerlang.

Posted at 5:00 am | Comments (6)