11th October, 2014

6:20

388777_261347417252587_100001319915031_679758_1220691428_n

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : 6:20
Pengarang :  Siti Jasmina Ibrahim
Tahun Penerbitan/ Edisi:  –
 Edisi Murid

Watak

Sukma

Konflik/plot

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. Keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. Tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tetamu itu, namun apabila ibu Sukma melihat, ibunya akan  marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. Mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. Sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. Nenek tua itu pernah memberitahu kepada Sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya Sukma yang boleh menyejukkannya. Kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama. Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan menyesatkan anak muda seperti mereka. Oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil suang sepi. Hal ini kerana Sukma ingin membantu rakannya Jerry keluar daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. Akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali ke rumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. Sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada  budak lelaki itu, Aim. kemudian Sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. Perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. Akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. Kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. Namun ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. Akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang. Kita juga seharusnya tidak mempercayai perkara-perkara karut.

Posted at 1:52 pm | Comments (7)


7 Comments

  1. On February 5, 2015 at 8:56 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 5, 2015 at 8:56 pm

    Nama :Lim Ai Lin
    Kelas :K2A
    No.Sekolah:13157
    Saya memang suka akan cerita dalam buku ini.Hal ini kerana buku ini mempunyai penutup yang sempurna dan jalan ceritanya yang sarat dengan kasih sayang

  2. On February 23, 2015 at 4:09 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:09 pm

    Nama:Jacelyn Tan Jia Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13113
    Buku ini sangat menarik untuk dibaca oleh pembaca semua. Cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang.

  3. On February 23, 2015 at 4:11 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:11 pm

    Nama:Ng Shu Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13019
    Cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang. Jalan cerita ini dalam buku ini sarat dengan kasih sayang. saya juga dapat menambahkan kosa kata dalam menulis karangan bahasa Melayu melalui pembacaan buku ini.

  4. On February 23, 2015 at 4:12 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:12 pm

    Nama:Tham Ying Ying
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13135
    Cerita ini telah mangajar saya banyak persoalan dan nilai. Antaranya ialah kasih sayang terhadap ahli keluarga yang perlu diterapkan dalam kehidupan kita. Pembaca juga dapat menambahkan kosa kata bahasa melayu dalam menulis karangan dengan membaca buku ini.

  5. On February 23, 2015 at 4:14 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:14 pm

    Nama:Lee Wi Wei
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13222
    Melalui pembacaan saya dapat mengetahui sejarah sesebuah negeri dan dapat mengetahui pengorbanan pejuang terdahulu yang berjuang mmmerdekakan negara daripada ancaman penjajah. Selain itu, buku ini mempunyai jalan cerita yang menarik.

  6. On February 23, 2015 at 4:14 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:14 pm

    Nama:Lee Wi Wei
    Kelas:K2A
    No.Sekolah:13222
    Cerita ini telah mangajar saya banyak persoalan dan nilai. Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Banyak pengajaran yang terdapat dalam novel ini iaitu kita hendaklah sentiasa mengambil berat antara satu sama lain serta mengamalkan sikap bertanggungjawab.

  7. On March 22, 2015 at 1:25 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 1:25 pm

    Nama:Ng Shu Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13019
    Cerita ini telah mangajar saya banyak persoalan dan nilai. Cerita ini mempunyai jalan cerita yang sarat dengan kasih sayang.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.