11th October, 2014

KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN

download

 

Nama :  Loo Yin En
Kelas  & No. Sekolah :  K2A (13257)
Guru Pembimbing:  Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
Pengarang :

Maznan Noordin

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2010

Edisi Murid

Watak

-Kanang Anak Langkau

PLOT

Novel ini mengisahkan kehidupan iaitu Kanang Anak Langkau. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai rekrut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terendak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.

Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlantar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).

Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.

PENDAPAT

Saya amat gemar akan cerita ini. Melalui buku ini saya berasa bangga terhadap tindakan dan sumbangan  Kanang dalam menjaga kedaulatan negara daripada ancaman penjajah.

Posted at 2:01 pm | Comments (5)


5 Comments

  1. On February 5, 2015 at 8:52 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 5, 2015 at 8:52 pm

    Nama :Lim Ai Lin
    Kelas :K2A
    No.Sekolah:13157
    Cerita ini telah banyak mengisahkan pengorbanan dan jasa pahlawan dalam berhadapan dengan penjajah pada zaman sebelum kemerdekaan. Buku ini juga mempunyai teknik plot yang sangat menarik.

  2. On March 30, 2015 at 4:01 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 30, 2015 at 4:01 pm

    Nama: Lee Wei Wei
    Kelas: K2A
    No.Sekolah: 13222
    Melalui Pembacaan buku ini, saya dapat tahu pengorbanan dan jasa pahlawan terdahalu dalam berhadapan dengan penjajah. Terdapat banyak teknik plot yang digunakan seperti suspens.

  3. On March 30, 2015 at 4:08 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 30, 2015 at 4:08 pm

    Nama: Tham Yi Ying
    Kelas : K2D
    No Sekolah: 13135
    Pelbagai pengajaran yang dapat diperoleh hasil pembacaan buku ini. Pembaca dapat mengetahui sejarah sesebuah negara.

  4. On March 30, 2015 at 4:12 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 30, 2015 at 4:12 pm

    Nama: Cheng Yean Wei
    Kelas: K2D
    No.Sekolah: 13211
    Banyak pengajaran yang saya dapat daripada membaca buku ini. Saya juga dapat mengetahui sejarah negara dan pengorbanan Kanang dalam mempertahankan negara.

  5. On March 30, 2015 at 4:15 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 30, 2015 at 4:15 pm

    Nama: Ng Shu Yi
    Kelas: K2D
    No. Sekolah: 13019
    Buku ini sangat menarik dan penuh dengan suspens. Saya suka membaca buku tentang sejarah dan buku ini sangat bagus untuk dibaca.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.