11th October, 2014

Kasih Antara Kita

kasih antara kita

Nama : Choong Jing Xian
Kelas & No. Sekolah : S4B,11210
Guru Pembimbing: Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kasih Antara Kita
Pengarang : Aleya Aneesa
Tahun Penerbitan :

 

 

Novel ini berkisah tentang liku-likuan kehidupan cinta seorang wanita bernama Emelda. Dia menikah dengan seorang yang bernama Aril Fatah. Pernikahan ini tidak berdasarkan cinta melainkan keterpaksaan. Emelda terpaksa mengakui anak kembar kakaknya bernama Emira. Emira ini dihamili oleh Aril Fatah. Aril Fatal kemudian meninggalkan Emira menyebabkan Emira menanggung malu sendiri. Atas kejadian tersebut, Emira terguncang jiwanya, sakit dan sekarat. Atas paksaan beberapa orang, akhirnya Emelda mananggung malu Emira dengan mengakui anak kembar kakaknya sebagai anaknya. Kedua anak kembar tersebut bernama Atiea dan Dania. 8 Tahun sesudahnya, Aril Fatah kembali dan berpikir bahawa Emelda ialah perempuan yang dia berkahwin bertahun-tahun silam. Dia kemudian memaksa Emelda untuk menikah dengannya.

 

Emelda menolak kerana dia tak cinta akan Aril Fatah dan dia juga bukan wanita yang melahirkan Atiea dan Dania, anak Aril Fatah. Namun Emelda juga tidak sanggup memberitahu pada Aril Fatah kerana dia telah berjanji pada Emira untuk menjaga rahsia tersebut. Kehabisan akal memaksa Emelda, akhirnya Aril Fatah mendekati ibu bapa Emelda. Merasa sepaham dengan Aril, ibu bapa Emelda pun menasihati agar Emelda menikah dengan Aril. Pada akhirnya, Emelda bersedia bernikah dengan Aril Fatah. Aril Fatah akhirnya mengetahui kebenaran bahwa Emelda bukanlah wanita yang dia berkahwin dahulu. Aril berasa murka dan menuduh Emelda memiliki tujuan memperdayanya.

 

Setelah mengetahui rahsia tersebut, perlakuan Aril Fahmi pada Emelda pun berubah menjadi kasar. Bukan lagi perangai dua orang suami dan isteri yang saling mencintai. Kerana tertekan dengan sikap Aril Fatah, Emelda pun enggan kembali ke keluarganya. Setibanya di rumah, dia mendapati teman lamanya bernama Nazri. Nazri mengira Emelda adalah Emira, sebab wajah mereka memang sama. Namun akhirnya Nazri mengerti bahwa Emira, perempuan yang dia cintai telah lama meninggal. Selama berada di rumah ibu bapanya, Emelda menjadi akrab dengan Maliki. Hal ini membuat Aril Fatah kesal, sepertinya dia cemburu. Tetapi rasa marahnya menghalang dia menjemput Emelda.

 

Waktu berlalu dan muncullah Zalida, kekasih lama Aril Fatah. Dia mendekati Aril, hal tersebut membuat Emelda diam-diam meradang. Pada akhirnya Aril Fatah meminta Emelda kembali, namun wanita itu menolak. Dia tidak lagi sanggup. Dia beranggapan apa yang selama ini Aril Fatah lakukan padanya sangat menyakitkan. Dia memilih untuk hidup masing-masing.

Pendapat:

Konflik cinta berliku-liku ini benar-benar mengganggu emosi pembaca. Meski dua orang ini saling mencintai, tapi lipatan takdir tidak mempertemukan mereka berdua di garis yang sama.Akhirnya mereka berpisah akibat rintangan yang dihadapi.

Posted at 12:25 am | Comments (5)


5 Comments

  1. On March 21, 2015 at 7:10 pm s5b.ppc@smjk.edu.my said:

    March 21, 2015 at 7:10 pm

    Nama: Alyssa Lim Jia Wen
    Kelas: S5B
    No Sekolah: 11171
    Pada pandangan saya, kita haruslah menghargai percintaan dengan teman kita. Kita tidak seharusnya menyesal apabila hubungan dengan teman kita terputus.

  2. On March 22, 2015 at 5:17 pm s5b.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:17 pm

    Nama : Ooi Chia Rong
    Kelas : S5B
    No. Sekolah : 11127

    Pada pendapat saya, kita harus menghadapi rintangan dengan hati yang tabah. kita tidak boleh beputus asa apabila menghadapi masalah kerana kita tidak akan berjaya untuk mencapai matlamat kita.

  3. On March 22, 2015 at 5:49 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:49 pm

    Nama : Tan Joleen
    Kelas : S5B
    No. sekolah : 11098

    Kita tidak seharusnya mengenangi perkara yang lampau. kita harus menghargai segala yang dapat kita capai dan tidak menyesal terhadap perbuatan kita sendiri.

  4. On March 22, 2015 at 5:55 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:55 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 11250

    Saya amat suka cerita ini kerana cerita ini sangat menarik dan mudah difahami. Kita juga harus menghadapi dugaan hidup dengan tabah.Jika tidak, kita akan kehilangan teman atau sesuatu perkara yang penting terhadap kita.

  5. On March 22, 2015 at 5:57 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 5:57 pm

    Nama: Loy Sing Zhi
    Kelas: P5B
    No. Sekolah: 11123
    Novel ini sangat menarik walaupun watak utama lelaki dan perempuan tidak hidup bersama-sama. Saya dapat mempelajari nilai menghargai segala kepunyaan kita melalui novel ini.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.