11th October, 2014

Istana Menanti

ABDUL BESAR

Nama : Poh Zi Wei
Kelas  & No. Sekolah : K2A (13233)
Guru Pembimbing: Haryati Binti Mohamad Isa
No.Panggilan Buku :
Judul Buku  : Istana Menanti
Pengarang :  Abdul Latip Talib
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010
 Edisi Murid

Watak

Fadhil, Ah Seng, Ramasamy

Konflik/plot

Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, Kewujudan Istana menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke tanah melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pada hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga bersahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan seni bina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng juga menjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polis berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.

Pendapat 

Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Daripada cerita ini, saya dapat mengetahui sejarah Istana Menanti dan keistimewaan istana tersebut.

Posted at 1:46 pm | Comments (8)


8 Comments

  1. On February 5, 2015 at 9:01 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 5, 2015 at 9:01 pm

    Nama :Lim Ai Lin
    Kelas :K2A
    No.Sekolah:13157
    Saya setuju pendapat pengarang buku ini kerana jalan cerita ini telah mengajar kami untuk berani menghadapi sebarang cabaran

  2. On February 23, 2015 at 4:14 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:14 pm

    Nama:Lee Wi Wei
    Kelas:K2A
    No.Sekolah:13222
    Cerita ini telah mangajar saya banyak persoalan dan nilai. Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Banyak teknik plot yang terdapat dalam cerita ini antaranya teknik saspens. Pembaca akan dapat mengetahui sejarah negeri Sembilan.

  3. On February 23, 2015 at 4:15 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:15 pm

    Nama:Tham Ying Ying
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13135
    Cerita ini sangat menarik kerana saya dapat mengetahui sejarah Negeri Sembilan. Selain itu, melalui pembacaan cerita ini telah mangajar saya banyak pengajaran .Antaranya ialah kita perlu berani menempuh cabaran dalam hidup.

  4. On February 23, 2015 at 4:16 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:16 pm

    Nama:Ng Shu Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13019
    Melalui pembacaan buku ini, saya telah mendapat banyak iktibar iaitu kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Jalan cerita ini sangat menarik dan tidak membosankan. Selain itu, pembaca juga dapat mengetahui tentang sejarah pendudukan jepun di tanah melayu.

  5. On February 23, 2015 at 4:17 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:17 pm

    Nama:Jacelyn Tan Jia Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13113
    Buku ini sangat menarik. Melalui pembacaan, cerita ini telah mengajar saya bahawa Kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup.

  6. On February 23, 2015 at 4:19 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    February 23, 2015 at 4:19 pm

    Nama:Cheng Yean Wei
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13211
    Buku ini telah mengajar saya banyak nilai dan persoalan.Cerita ini juga mengajar bahawa kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Banyak teknik plot yang digunakan antaranya teknik saspens. selain itu, dengan membaca buku ini pembaca dapat menambahakan kosa kata dalam bahasa Melayu.

  7. On March 22, 2015 at 1:26 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 1:26 pm

    Nama:Ng Shu Yi
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13019
    Cerita ini telah memberi saya banyak iktibar yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Melalui pembacaan kita juga dapat mengetahui tentang sejarah negara kita.Selain itu, kita dapat mengetahui pengorbanan perajurit negara dalam mempertahankan negara tercinta.

  8. On March 22, 2015 at 1:28 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    March 22, 2015 at 1:28 pm

    Nama:Tham Ying Ying
    Kelas:K2D
    No.Sekolah:13135
    Cerita ini sangat menarik untuk dibaca. Buku ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah berani dalam menempuh cabaran dalam kehidupan.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.