29th June, 2014

SAAD PEMANAH YANG HANDAL

Nama : Ng Wei Zhen
Kelas & No. Sekolah : S5F (18)
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku : SAAD PEMANAH YANG HANDAL
Pengarang : Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan/ Edisi: Junior Pages Publications
2010

Latar tempat: Di Arab
Di manakah cerita ini berlaku? Namakan dan jelaskan tempat berlakunya cerita tersebut.
Watak dan Perwatakan:
1. Saad bin Abi Waqqas
• Memeluk agama Islam ketika 17 tahun
• Memiliki keistimewaan dalam memanah
• Merendah diri
2. Ibu Saad
• Menyembah berhala
• Membantah anaknya Saad memeluk agama Islam
3. Khalifah Umar
• Menghargai bakat orang
Konflik/Plot:
Saad bin abi Waqqas memeluk Islam ketika berusia 17 tahun. Dia antara lelaki terawal memeluk agama Islam. Saad memeluk Islam secara rahsia dan tidak mahu diketahui oleh ibnya. Tetapi apabila ibunya tahu tentang perkara tersebut,ibunya sangat marah terhadapnya. Saad bersabar dan memujuk ibunya agar membiarkan dia memeluk Islam. Akhirnya ibunya bersetuju juga.
Saad memiliki keistimewaan dalam memanah.Setiap kali peperangan yang disertainya,panahannya pasti mengenai musuh.Satu keistimewaan Saad lagi ialah berdoa.Doa-doa saad dikabulkan Allah SWT. Pada suatu hari,Khalifah Umar melantik Saad sebagai panglima perang menentang tentera Parsi. Kehandalan memanah Saad Berjaya mengalahkan tentera Parsi.
Walaupun Saad mempunyai keistimewaan yang membawa kejayaan,namun dia tidak pernah berasa bangga dengan keistimewaan yang dimilikinya.
Konflik ceritanya ialah ibunya membantahnya memeluk agama Islam
Rumusan:
Cerita tersebut berakhir dengan penutup yang baik. Saad Berjaya menjadi ketua perang dalam banyak peperangan dan semua peperangan itu mendapat kemenangan.
Pendapat:
Saya suka buku ini kerana buku tersebut membawa nilai-nilai murni yang banyak. Contohnya,Saad mengamalkan nilai kesabaran apabila memujuk ibunya membiarkannya memeluk agama Islam.Selain itu,Saad juga mengamalkan nilai merendah diri. Dia tidak pernah sombong walaupun dia sering menang dalam peperangan.

 

Posted at 11:38 pm | Comments (7)


7 Comments

  1. On August 29, 2014 at 6:34 pm s5f.ppc@smjk.edu.my said:

    August 29, 2014 at 6:34 pm

    Nama: Teh Yi Siang
    Kelas: S5F
    No.Sekolah: 10366

    Cerita ini agak menarik kerana jalan cerita telah berjaya menambat hati saya.Saya suka akan bahasa yang digunakan kerana bahasanya sangat indah.Kita haruslah sabar menghadapi masalah.Kita harus mencontohi perwatakan Andalia yang sabar semasa menghadapi masalah.Selain itu,pengarang novel ini banyak menggunakan gaya bahasa yang menarik untuk menjadikan jalan ceruta lebih menarik.Novel ini memang merupakan sebuah novel yang sesuai dibaca oleh para pembaca.

  2. On August 29, 2014 at 7:50 pm s5f.ppc@smjk.edu.my said:

    August 29, 2014 at 7:50 pm

    Nama : Charlene Ong Wei Ling
    Kelas : S5F
    No. Sekolah : 10277

    Saya sangat suka akan cerita ini.Hal ini demikian kerana cerita ini sangat menarik. Pengarang novel ini telah banyak menggunakan teknik saspens.Saya teringin-ingin mahu tahu akan peristiwa yang akan berlaku seterusnya.Saya berasa lega apabila mengetahui kesudahan cerita adalah baik .Plot cerita ini dapat menarik hati pembaca kerana pengarang telah banyak menggunakan banyak teknik.

  3. On August 31, 2014 at 9:07 am s5f.ppc@smjk.edu.my said:

    August 31, 2014 at 9:07 am

    Nama:GOH HUI THENG
    Kelas:S5F
    No.Sekolah:10250

    Saya mendapati buku ini sangat menarik dan bermakna.Buku ini memaparkan banyak nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh tiap-tiap insan di dunia ini.Contohnya sabar dan tidak mudah berputus asa dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.Pendek kata,buku ini telah menyedarkan saya bahawa saya mestilah bersikap tabah untuk mencapai matlamat hidup saya. Saya akan merekomenkan buku ini kepada kawan-kawan saya supaya kawan-kawan saya dapat turut mandapat manfaat buku ini.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  4. On August 31, 2014 at 8:51 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    August 31, 2014 at 8:51 pm

    Nama: Chan Yee Mae
    Kelas: S5F
    No. Sekolah: 10370

    Saya suka akan cerita ini. Selain daripada jalan cerita yang menarik itu, saya juga tertarik akan penggunaan kosa kata yang menarik dalam seluruh cerita. Pengarang telah memerihalkan cerita dengan teliti dan mudah difahami dan dibayang oleh pembaca. Saya juga telah mempelajari pelbagai kosa kata yang baru. Pelajar yang ingin menguatkuasakan bahasa Malaysia boleh membaca buku ini.

  5. On August 31, 2014 at 9:17 pm s5f.ppc@smjk.edu.my said:

    August 31, 2014 at 9:17 pm

    Nama : Phang Hui Yee
    Kelas : S5F
    No. Sekolah : 10133

    Saya sangat suka akan cerita ini.Ini adalah kerana jalan cerita buku ini sangat menarik.Ini menyewbabkan saya ingin terus membaca buku cerita ini.Cerita ini telah mengajarkan saya banyak nilai murni yang sangat baik.Nilai-nilai murni tersebut boleh saya praktikkan dalam kehidupan saya.

  6. On August 31, 2014 at 11:34 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    August 31, 2014 at 11:34 pm

    Nama : Tan Jing Yi
    Kelas : S5F
    No. Sekolah : 10135

    Buku ini amat menarik. Ceritanya telah banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya teringin-ingin nak membeli novel tersebut untuk dibaca. Di manakah saya dapat membeli atau meminjam buku ini?

  7. On August 31, 2014 at 11:41 pm s5f.ppc@smjk.edu.my said:

    August 31, 2014 at 11:41 pm

    Nama: Choo Li Lyn
    Kelas: S5F
    No. Sekolah: 10282

    Saya suka akan cerita ini sebab jalan ceritanya yang menarik dan penggunaan kosa kata yang menarik dalam seluruh cerita. Pengarang telah memerihalkan cerita dengan teliti dan mudah difahami dan dibayang oleh pembaca. Saya juga telah mempelajari pelbagai kosa kata yang baru. Pelajar yang ingin menguatkuasakan bahasa Malaysia boleh membaca buku ini.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.