30th June, 2014

Nasib Si Tunggal dan Si Tanggal

Nama:Ng Jun Ying

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Nasib Si Tunggal dan Si Tanggal

Pengarang: Shafie bin Abdul Rahman

No.panggilan: –

new

 

Latar tempat:

Bukit Setongkol : Kampung yang Tunggal dan Tanggal tinggal

Watak:

Si Tunggal : Abang Si Tanggal. Seorang yang malas dan selalu memikirkan cara mengaut wang pantas.

Si Tanggal : Adik Si tunggal, Seorang yang rajin mengerjakan tnah dan menanam sayur-sayuran

Pak Wira: Ayah Tunggal dan Tanggal. Dia telah meniggalkan anaknya tanah.

Plot:

Permulaan- Pak Wira mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Tunggal dan Tanggal. Mereka tinggal di Bukit Setongkol dan mengusahakan tanah. Halaman rumah mereka penuh dengan syuran-sayuran.

Perkembangan-Pada suatu hari, Pak Wira jatuh sakit. Dia memanggilkan anaknya dan memesan kata-kata terakhirnya. Dia telah meninggalkan tanah kepada Tunggal dan Tanggal dan memesan mereka supaya rajin berusaha.  Selepas Pak Wira meninggal dunia, mereka mengebumikannya di tepi rumah.

Klimaks- Namun begitu, Tunggal berasa jemu tinggal di kampung. Dia ingin pergi ke pekan untuk bekerja. Oleh itu, dia meninggalkan tanah pusaka bapanya kepada Tanggal dan telah meninggalkan Bukit Setongkol. Dia telah berkenalan dengan rakan yang berada manakala Tanggal masih rajin mengerjakan tanah di kampung. Beberapa bulan kemudian, Tunggal mengajak Tanggal ke pekan tetapi di tolaknya. Tanggal berpendapat bahawa mereka harus mempertahankan tanah pusaka dan rajin bekerja.

Peleraian- Tunggal tidak mendengar nasihat Tanggal dan telah meninggalkan kampungnya.Di pekan, Tunggal tidak bekerja dan tiada mata kehidupan.Dia terpaksa balik ke kampungnya dan meminta bantuan daripada adiknya.

Rumusan:Tanggal yang baik hati telah membantu abangnya. Akhirnya, Tunggal telah insaf akan kesalahannya. Dia berusaha dengan adiknya dan tanah mereka menjadi lebih menyubur. Mereka hidup dengan senang dengan menjual hasil itik peluh mereka.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti kerajianan. Kita harus  bekerja keras untuk mendapat hasil yan diingini.

Posted at 5:04 pm | Comments (6)


6 Comments

  1. On September 18, 2014 at 11:59 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 18, 2014 at 11:59 pm

    Nama: Serene Neoh Minxin
    Kelas: S5A
    No. Sekolah:10164
    Cerita ini sangat menarik dan memaparkan nilai seperti kegigihan.Kita mesti berusaha keras kerana ‘usaha tangga kejayaan’. selain itu, kita mesti berani mengakui kesalahan diri dan insaf sebelum terlambat. Tambahan pula, kerjasama antara adik-beradik merupakan faktor kejayaan.

  2. On September 23, 2014 at 7:06 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 23, 2014 at 7:06 pm

    Nama: Teoh Hui Ying
    Kelas: S5A
    No. Sekolah :10169

    Saya amat menyukai dengan cerita ini kerana plot cerita ini sangat menarik. Saya suka akan klimaks cerita ini.Saya telah mempelajari beberapa pengajaran. Salah satu pengajaran yang telah saya pelajari ialah kita harus bekerja keras untuk mendapat hasil yan diingini.Melalui rumusan buku ini, saya mendapati bahawa kehidupan yang senang dapat dinikmati jika kita rajin bekerja.

  3. On September 23, 2014 at 11:28 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 23, 2014 at 11:28 pm

    Nama: Chew Boon Cheng
    Kelas: S5A
    No. Sekolah :10281

    Saya suka akan buku ini.Buku ini telah menceritakan dua orang adik-beradik yang mempunyai sikap yang berbeza. Melalui buku ini, saya telah memahami bahawa ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Semasa kita mengalami kesusahan, ahli keluarga ialah orang yang menghulurkan bantu tanpa mengira kesilapan yang dilakukannya. Saya juga mendapat iktibar bahawa kerajian kita akan membuahkan hasil yang baik. Oleh itu,kita harus menyempurnakan kewajipan untuk mempunyai kehidupan yang baik.

  4. On September 24, 2014 at 7:28 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 7:28 pm

    Nama : Lim Jia Yu
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10052

    Saya sangat suka akan cerita ini.Hal ini demikian kerana cerita ini sangat menarik. Pengarang novel ini telah banyak mengemukakan nilai-nilai murni dan pengajaran yang baik. Contohnya, pengajaran yang ditunjukkan dalam cerita ini ialah kita harus bekerja keras untuk mendapat hasil yan diingini. Dengan ini, pembaca dapat mempelajarinya semasa membaca. Plot buku ini berjaya menambat hati saya kerana pengarang telah menggambarkan jalan ceritanya dengan baik.

  5. On September 24, 2014 at 7:50 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 7:50 pm

    Nama : Ch’ng Zi Yuan
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10146

    Saya sangat suka akan cerita ini.Hal ini demikian kerana plot cerita ini sangat menarik. Banyak nilai-nilai murni dan pengajaran yang baik telah dikemukakan dalam buku ini. Contohnya, nilai yang diselitkan dalam buku ini ialah kerajinan. Selain itu, watak utama dalam buku ini Tanggal mempunyai sifat yang baik. Dia tidak mengira kesalahan abangnya dan sudi membantu abangnya. Penutup cerita ini baik dan mereka adik-beradik hidup bersama dengan senang.

  6. On September 24, 2014 at 8:31 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 8:31 pm

    Nama : Hoo Sue Yuen
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10115

    Saya tertarik akan jalan cerita ini.Saya juga suka akan penggunaan klosa kata oleh pengarang.Pengarang telah menggunakan pelbagai klosa kata yang mudah faham tetapi menarik dalam cerita ini.Sebagai pelajar yang lemah dalam penulisan Bahasa Malaysia, saya telah banyak memperlajari kata-kata yang amat berguna melalui cerita ini.Saya akan mengesyorkan buku ini kepada kawan saya yang ingin mempertingkatkan Bahasa Malaysianya.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.