29th June, 2014

Semut dan Merpati

semut

Nama: Yeoh Kar Yan

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku: Semut dan Merpati

Pengarang: Muhammad Ali

Latar tempat: Sungai

Watak: Semut, Burung merpati, pemburu

Plot:
Permulaan : Pada suatu hari, seekor semut berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. Ѕeperti biasa dia berjalan dengan riang. Tiba-tiba ia terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati.

Perkembangan : Kejadian itu disedari oleh seekor burung merpati. Burung merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya.Lalu burung merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat.

Klimaks : Tidak lama kemudian, sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap berusaha mendekati burung merpati yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari bahaya yang bakal menimpa burung merpati yang baik tersebut. Semut segera berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki sang pemburu.

Peleraian : Pemburu itu kesakitan dan terkejut, lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk menangkap burung. Burung merpati menyadari kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya burung merpati itu pun terbang menyelamatkan dirinya.

Rumusan: Kisah seekor semut yang membalas jasa burung merpati yang telah menyelamatkannya.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya dapati bahawa kita mestilah saling membantu bagai aur dengan tebing untuk kesejahteraan hidup.

Posted at 10:04 pm | Comments (7)


7 Comments

  1. On August 17, 2014 at 9:19 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    August 17, 2014 at 9:19 pm

    Nama: Teo Jia Wei
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 10068

    Saya suka cerita ini kerana nilai tolong-menolong jelas dipaparkan. Pada pendapat saya, plot cerita tidak terlalu rumit. Oleh demikian, pembaca mudah mentafsir nilai-nilai penting dalam cerita.

  2. On September 17, 2014 at 12:38 am s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 17, 2014 at 12:38 am

    Nama: Teoh Siew Huey
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10139

    Pada pendapat saya, cerita ini agak menarik kerana menggunakan watak binatang untuk menyampaikan nilai dan pengajaran seperti tolong-menolong. Watak binatang dalam cerita ini hidup seperti aur dengan tebing. Jadi, kita sebagai manusia perlulah mengamalkan nilai bantu-membantu. Cerita ini juga ringkas dan mudah difahami.

  3. On September 18, 2014 at 11:39 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 18, 2014 at 11:39 pm

    Nama: Serene Neoh Minxin
    Kelas: S5A
    No. Sekolah:10164
    Cerita ini mengajar pembaca supaya sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang yang menghadapi kesusahan. Jasa dan budi baik kita akan dikenang dan dibalas kepada kita apabila kita berada dalam kesusahan. Oleh itu sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing wajar dihindari untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.

  4. On September 25, 2014 at 4:15 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 4:15 pm

    Nama: Ooi Zher Ying
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10162

    Cerita ini sangat menarik kerana dapat memaparkan nilai bekerjasama. Semut dan merpati dapat bekerjasama untuk menjaga keselamatan. Kalau haiwan dapat bekerjasama, mengapakah manusia tidak boleh? Dalam masyarakat pancaetnik, kita harus sentiasa bekerjasama terutamanya antara jiran tetangga untuk mencapai keharmonian masyarakat.

  5. On September 25, 2014 at 5:37 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:37 pm

    Nama : Ch’ng Zi Yuan
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10146

    Saya tertarik akan cerita ini.Selain jalan cerita yang menarik itu, saya juga suka akan penggunaan klosa kata oleh pengarang.Pengarang telah menggunakan pelbagai klosa kata yang mudah faham tetapi menarik dalam cerita ini.Sebagai pelajar yang lemah dalam penulisan Bahasa Malaysia, saya telah banyak memperlajari kata-kata yabg amat berguna melalui cerita ini.Saya akan mengesyorkan buku ini kepada kawan saya yan ingin menguatkuasakan Bahasa Malaysianya

  6. On September 25, 2014 at 5:38 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:38 pm

    Nama : Hoo Sue Yuen
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10115

    Saya tertarik akan jalan cerita ini.Saya juga suka akan penggunaan klosa kata oleh pengarang.Pengarang telah menggunakan pelbagai klosa kata yang mudah faham tetapi menarik dalam cerita ini.Sebagai pelajar yang lemah dalam penulisan Bahasa Malaysia, saya telah banyak memperlajari kata-kata yang amat berguna melalui cerita ini.Saya akan mengesyorkan buku ini kepada kawan saya yang ingin mempertingkatkan Bahasa Malaysianya.

  7. On September 25, 2014 at 5:38 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:38 pm

    Nama : Lim Jia Yu
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10052

    Saya suka akan watak utama dalam cerita ini. Kudang telah menunjukkan banyak nilai dan sifat yang baik yang harus kita contohi. Buku ini juga menambat hati saya. Hal ini demikian kerana penggunaan klosa kata oleh pengarang. Pengarang telah banyak menggunakan perkataan yang menarik dan mudah difahami. Buku ini amat sesuai untuk pelajar yang lemah dalam Bahasa Malaysia kerana pelajar dapat meningkatkan penguasaan terhadap Bahasa Malaysia.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.