25th June, 2014

Balasan Buat Pembohong

Nama:Ng Jun Ying

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Balasan Buat Pemboohong

Pengarang:/(Eastview)

No.panggilan: MF EAS

 

IMG_0002

Latar tempat:

Kampung Sungai Langat : tempat dali dan ibunya tinggal

Watak:

Dali: seorang pemuda yang tinggak bersama ibunya. Ayahnya telah lama meninggal dunia. Dia merupakan seorang yang malas dan panas baran.

Munah : Ibu Dali,Dia sangat merisaukan Dali dan selalu menegurnya supaya tidak malas bekerja.

Pak Kahar: Ayah saudara Dali. Dia ingin berhitung kain kepada Dali tetapi ditolak oehnya.

Plot:

Permulaan- Dali merupakan seorang pemuda yang malas. Setiap hari, dia hanya dudk membuang masa dengan berangan-angan.Dali menjual ikan di kampung dan diutnya disimpan di dalam tabung.

Perkembangan- Pada suatu hari, Dali pergi memancing seperti biasa tetapi tidak mendapat seekor ikan pun.Dia sangat marah dan mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba dia mendapat seekor ikan kaloi. Ikan kaloi itu merayu kepada Dali supaya melepaskannya dan ia berjanji akan menjadikan Dali seorang yang kaya.

Klimaks-Dia berasa sangat gembira dan berlari balik ke rumah dan mendapati raganya penuh dengan emas.Dali menjadi seorang peniaga dan membuka sebuah kedai kain di pekan. Dia berubah menjadi sombong selepas menjadi kaya. Bapa saudaranyamya Pak Kahar datang merayunya untuk membantunya tetapi ditolak. Dali juga memanggilnya sebagai pengemis. Tetapi apabila dia pulang ke rumah pada waktu petang, rumahnya berubah menjadi pondok buruk dan emasnya menjadi daun kering.

Peleraian- Akhirnya, Dali pergi mecari ikan kaloi di sungai tersebut, Ikan kaloi memberi pengajaran kepada Dali bahawa tidak harus bercakap bohong dan bersikap sombong. Oleh itu, emas yang diberi oleh ikan itu tukar menjadi daun kering sebagai hukuman kepada Dali.

Rumusan: Penutup cerita telah menunjukkan kesalan Dali terhadap perbuatanny yang membohong. Dia telah menerima hukuman dan sedar akan kesalahannya.

Pendapat: Cerita ini  mengajarkan pengajaran seperti tidak menipu dan tidak bersikap sombong. Apabila kita berada, kita tidak harus kedekut menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga yang dalam kesempitan.

Posted at 11:02 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Bagaikan Puteri

bagaikan-puteri
Nama:Teoh Jing
Kelas:S5F
No.Sekolah:10033
No.Panggilan:-
Judul buku: Bagaikan Puteri
Pengarang:Ramlee Awang Murshid
Tahun Penerbitan/Edisi:2012

Latar Tempat:Kota Kinabalu

Watak dan Perwatakan:Haryani,gadis yang jahat dan sombong.

Sinopsis:

Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Rumusan:

Novel ini penuh dengan konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik.
Hanya kerana cinta, manusia sanggup berperang.

Pendapat:

Dalam trilogi ini, saya sangat sukakan Cinta Sang Ratu, kehadiran watak antogis Ratna banyak mempengaruhi jalan cerita dan membentuk kesedaran bahawasanya jalan baik selalu terbuka untuk insan yang ingin bertaubat.

Posted at 10:42 pm | Comments (9)

25th June, 2014

ABU UBAIDAH-YANG AMANAH

ABU UBAIDAH-YANG AMANAH

Nama: Goh Hui Theng Kelas : S5F
No. Sekolah : 10250 No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku : ABU UBAIDAH-YANG AMANAH
Pengarang : Nor Azlin Japar Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010

 

Latar tempat:Di Mekah dan Yaman
Watak dan Perwatakan

 

  1. Abu Ubaidah

 

  1. Abdullah bin Jarrah

 

 Konflik/Plot:Abu Umaiyah diseksa oleh kaum Quraisy apabila memeluk Islam.Walau begitu,Abu Umaiyah teguh terhadap agama Islam.Dia sanggup berjuang dalam Perang Badar yang merupakan perang pertama antara orang Islam dengan kaum Quraisy di Mekah.Semasa berperang ,bapanya iaitu Abdullah bin Jarrah mahu membunuh dia kerana marah kepada dia yang memeluk agama Islam.Abu Umaiyah telah membunuh ayahnya.Dia berasa amat sedih.Ayat al-Quran yang diturun oleh Allah SWT menyatakan bahawa membenarkan bapanya dibunuh kerana menentang agama Islam.Abu Umaiyah yang bijak dalam hukum-hukum agama Islam telah menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad.Nabi Muhammad menghantar dia ke Yaman semasa kaum Najran memerlukan guru agama untuk mengajar mereka.Dalam Perang Uhud,Abu Umaiyah membantu Nabi Muhammad mencabut rantai yang menikam baju perang baginda dengan giginya sehingga giginya rongak.

 

Rumusan: Abu Umaiyah sanggup berkorban apa-apa sahaja demi menegakkan ajaran Islam.Wajarlah Abu Umaiyah digelar sebagai Pemegang Amanah oleh Rasullulah SAW.

 

Pendapat: Buku ini sangat menarik dan dapat memanfaatkan saya dengan membantu saya mendapat tahu tentang sejarah-sejarah Abu Umaiyah.

 

Posted at 10:42 pm | Comments (13)

25th June, 2014

Cincin Diraja

Nama:Ng Jun Ying

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Cincin Diraja

Pengarang:/(Eastview)

No.panggilan: MF EAS

 

IMG_0003

Latar tempat:

Negeri Indera Kayangan : Kudang menyerahkan cincin kepada rajadan raja mengahwinkan puteri kesayangannya kepada Kudang.

Watak:

Kudang: seorang anak yatim piatu. Dia seorang yang baik hati dan telah membantu Orang Tua yang sakit.

Orang Tua: Dia telah memberi cincin diraja Indera Kayangan kepada Kudang. Dia telah membela seekor kucing dan anjing.

Penyamun: Kudang telah bertemu dengan penyamun yang ingin merampas cicin diraja tersebut.

Plot:

Permulaan- Seorang pemuda yatim piatu bernama Kudang berjumpa seorang tua terbaring di tepi jalan. Dia telah mengajak  orang tua ke rumahnya untuk berehat.

Perkembangan- Sebelum orang tua itu meninggal dunia,dia telah menyerahkan sebuah bungkusan kepada Kudang. Di dalam bungkusan itu ada sebentuk cincin kepunyaan raja negeri Indera Kayangan. Dia memesan Kudang supaya menyerahkan cincin itu kepada raja. Selepas itu, Kudang telah memulakan perjalanannya ke negeri Indera Kayangan.

Klimaks-Kudang telah singgah di banyak temphat dalam perjalanannya. Semasa dia menumpang di rumah,tuan rumah tersebut itelah ngin mencuri cincinnya tetapi anjing dan kucing peliharaan orang tua tersebut telah melindungi cincin tersebut. Seterusnya. mereka telah bertemu dengan penyamun di sebuah gua. Dia telah membubuh ramuan akar kecubung dalam minuman penyamun tersebut. Nasib baik mereka dapat melarikan diri.

Peleraian-Akhirnya,Kudang dan anijng serta kucing tersebut selamat tiba di negeri Indera Kayangan.Dia menyera

n: Penutup cerita adalah gembira kerana segala keperitan dahulu Pak Atan dan Mak Tipah  untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepada anak-anaknya telah membuahkan hasil. Walaupun buta, Pak Atan dan Mak Tipah telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dalam memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga menara gading.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti  kasih sayang kepada ahli keluarga dan kegigihan. Kita tidak harus berasa malu terhadap ibu bapa kerana mereka cacat. Selain itu, saya menyedari kepentingan pelajaran dan ilmu dalam kehidupan.

Posted at 10:27 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Malin Kundang

Nama :Koay Jia Yuin

Kelas : S5F

No.Sekolah : 10017

Judul Buku : Malin Kundang

Pengarang : MB.Rahimsyah

Tahun Penerbitan : 1996

Latar Tempat : Sumatera Barat ,Indonesia .

Watak dan Perwatakan :

Malin Kundang

-anak derhaka

-memutus untuk pergi belayar dan telah berjanji untuk balik ke kampungnya dan melawat ibunya.Akhirnya,tidak mempedulikan ibunya apabila menemui ibunya bersama isteri dan anak buahnya.

Ibu Manlin

-sangat sayang akan anaknya,Manlin Kundang

-hatinya terhancur apabila Manlin tidak mempedulikannya.

-berdoa kepada tuhan supaya Manlin dikutuk menjadi batu.

Konflik :

Ibu Malin pun menuju ke arah kapal.  ibunya melihat bekas luka di lengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibu Manlin bahawa orang tersebut ialah Malin Kundang. “Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan khabar?”, katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tetapi melihat wanita tua yang berpakaian lusuh dan kotor yang memeluknya, Manlin Kundang menjadi marah meskipun dia mengetahui bahawa wanita tua itu ialah ibunya, kerana dia malu apabila hal ini diketahui oleh isterinya dan juga anak buahnya.

Mendapat reaksi seperti itu daripada anaknya, ibu Manlin Kundang sangat marah. Dia tidak menduga anaknya menjadi anak derhaka. Tidak berapa lama kemudian ,Malin Kundang kembali pergi berlayar dan di tengah perjalanan datang badai dahsyat yang menghancurkan kapal Malin Kundang.Pada waktu yang sama dan tempat yang lain ibu Malin Kundang sedang berdoa.Oleh sebab kemarahannya yang memuncak, dia pun berteriak “Tuhan! Jika benar dia Manlin anakku, KUKUTUK DIA JADI BATU!”

Rumusan :

 Tubuh Manlin Kundang secara perlahannya menjadi kaku dan  akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang. Sampai saat ini Batu Malin Kundang masih dapat dilihat di sebuah pantai bernama pantai Air Manis, di selatan kota Padang, Sumatera Barat.

Pendapat: Saya berasa pandan mukanya Malin yang akhirnya menjadi batu kerana derhaka kepada ibunya yang telah bersusah membesarkannya.

 

Posted at 10:25 pm | Comments (6)

25th June, 2014

Salju Sakinah

salju_sakinahl

Nama: Teoh Jing
Kelas:S5F
No.Sekolah: 10033
No.Panggilan:-
Judul Buku: Salju Sakinah
Pengarang:Zaid Akhtar
Tahun Penerbitan/Edisi:2005

Latar Tempat:Universiti Yarmouk,Malaysia,Jordan

Watak dan Perwatakan:
Salju Sakinah watak yang tabah,siswi Malaysia di Universiti Yarmouk.Jordan dan berada di semester terakhir pengajianya.

Plot: Cerita Salju Sakinah ini menceritakan tentang perjalanan hidup pelajar Malaysia yang berada di Jordan. Meneruskan pengajian mereka di Universiti Yarmouk. Cara mereka cuba untuk  berada di negara orang lain,jauh di perantauan kerana ingin menimba ilmu dan mendapat segulung ijazah.Terdapat juga ada yang mereka terpaksa tempuhi seperti tidak kuar dimalam hari berseorangan, tidak menggunakan perkhidmatan teksi di malam hari dan juga liqa’ (iaitu pertemuan empat mata antara lelaki dan perempuan untuk merisik. Ia juga dihadiri oleh sepasang suami isteri yang bertanggungjwb menguruskan pertemuan ini dan menghindari berlakunya khalwat).

Rumusan:
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Pendapat:
Pelbagai kisah yang terjadi dalam masyarakat kita seperti ajaran sesat, mengumpat, memfitnah sentiasa berlaku. Antara kita sedar atau tidak itulah hakikatnya.
Dalam buku ini saya juga dapat belajar bahasa Arab. Terdapat banyak perkataan Arab yang digunakan  di belakang buku itu dibuat seperti kamus.

Posted at 10:06 pm | Comments (8)

25th June, 2014

Melakar Cinta Firdausi

IMG_0001-tile
Nama:Teoh Jing
Kelas:S5F
No.Sekolah:10033
Judul Buku:Melakar Cinta Firdausi
Pengarang: Nurul Aini K Azhari & Aimi Nabihah Mohamad
Tahun Penerbitan/Edisi:2009

Latar Tempat:Palestin

Watak dan Perwatakan: Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi.

Plot: AIMA Insyirah, gadis berasal dari Malaysia menabur bakti sebagai sukarelawan di Palestin. Berlatarbelakangkan pergolakan Palestin, Aima Insyirah tetap tersenyum membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.Namun pada saat seluruh hatinya ditujukan untuk tujuan murni itu, ada serpih hatinya yang tertinggal di Malaysia. Naufal Mustaqim, kenalan lamanya kembali berhubung dengan sejuta harapan kebahagiaan.Pada saat hatinya merindu kepada Naufal, hatinya mula diuji dengan hadirnya Jeneral Ri’fail Zanki – ketua briged Ayyubi yang menyimpan hati kepada Aima Insyirah.Pada saat hatinya menginsafi penderitaan penduduk Palestin, dirinya pula diuji apabila dia ditangkap oleh tentera Zionis.
Kalut. Buntu. Terasing. Pada saat hatinya hanya mampu menggambar bahagia ilusi.

Posted at 9:36 pm | Comments (8)

25th June, 2014

Puncak Kejayaan

Nama:Serene Neoh Minxin

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Puncak Kejayaan

Pengarang:Adeey Tan

No.panggilan: MF TAN

20140624_172522

 

Latar tempat:

Pasar: Mak Tipah dan Maziah berniaga tikar mengkuang dan bakul  rotan.

Watak:

Maziah: Anak perempuan Pak Atan dan Mak Tipah. Dia rajin membantu ibu bapanya menganyam tikar mengkuang dan sangat menyayangi mereka.

Salim: Anak lelaki Pak Atan dan Mak Tipah. Dia berasa malu dan tidak mahu membantu ibu bapanya selepas bergelar mahasiswa. Dia insaf setelah ditegur kakaknya, Maziah.

Pak Atan: Bapa Maziah dan Salim. Dia buta tetapi cekal menghadapi cabaran hidup. Dia tidak pernah meminta  belas ihsan daripada orang lain.

Plot:

Permulaan- Selepas bergelar mahasiswa, Salim telah banyak berubah. Salim berasa malu dan tidak mahu menolong ibu bapanya. Dia tidak mahu berniaga tikar mengkuang dan bakul  rotan di pasar malam.

Perkembangan- Maziah tidak mahu Salim terus hanyut dengan egonya setelah bergelar mahasiswa. Oleh itu, Maziah menegur sikap Salim dan berharap selepas ini Salim akan sedar akan kesilapannya selama ini. Salim insaf dan mula membantu ibu bapanya. Dia berjaya mencari pasaran baru untuk  tikar mengkuang dan bakul  rotan di Pasar Seni.

Klimaks-Pak Atan jatuh sakit kerana bekerja siang dan malam untuk menganyam tikar mengkuang dan bakul  rotan. Setelah dipujuk anak-ananknya, dia bersetuju untuk mendapat rawatan di hospital. Setahun kemudian, Maziah Berjaya menamatkan pengajian di UPM dan menerima ijazahnya. Maziah hendak menghantar ibu bapanya mengerjakan umrah dan menunaikan fardu ain di Makkah.  Pak Atan dan Mak Tipah sangat gembira dan bersyukur kerana ketaatan anak mereka. Tidak berapa lama selepas itu, Pak Atan dan Mak Tipah terpilih untuk menerima anugerah Ibu Bapa Cemerlang 2005 kerana Berjaya mendidik dua orang anak sehingga ke menara gading walaupun mereka cacat penglihatan.

Peleraian- Pak Atan dan Mak Tipah bersyukur kerana segala keperitan dahulu untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepada anak-anaknya telah membuahkan hasil.Anak-anaknya  juga berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Rumusan: Penutup cerita adalah gembira kerana segala keperitan dahulu Pak Atan dan Mak Tipah  untuk membesarkan dan memberi pendidikan kepada anak-anaknya telah membuahkan hasil. Walaupun buta, Pak Atan dan Mak Tipah telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dalam memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga menara gading.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti  kasih sayang kepada ahli keluarga dan kegigihan. Kita tidak harus berasa malu terhadap ibu bapa kerana mereka cacat. Selain itu, saya menyedari kepentingan pelajaran dan ilmu dalam kehidupan.

Posted at 8:50 pm | Comments (7)

25th June, 2014

Kau yang Satu

kau yang satu

 

 

 

 

 Nama: Charlene Ong Wei Ling Kelas : S5F
No. Sekolah : 10277 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Kau yang Satu
Pengarang : Nia Azalea Tahun Penerbitan/ Edisi: 6 Mac 2003

 

Latar tempat

Di sebuah kampung yang berhampiran dengan Laut China Selatan.

Watak dan Perwatakan

  1. Taufik
  • Anak kepada Datuk Mustaza.
  • Bekas kekasih Isabella.
  • Taat terhadap bapanya dengan mendengar suruhannya dengen berkahwin dengan Salina walaupun dia tidak pernah mengenalinya.
  1. Salina
  • Anak kepada Sulaiman.
  • Patuh kepada suruhan bapa dengan berkahwin dengan Taufik walaupun dirinya tidak mengenalinya.
  • Mudah terpengaruh. Dia telah menuduh suaminya tanpa memeriksa asal usul dan hanya mendengar kepada Isabella.
  1. Datuk Mustaza
  • Bapa kepada Taufik.
  • Mengenang budi. Dia telah menjodohkan anaknya dengan Salina untuk bersyukur Sulaiman menyelamatkannya.

 

 

Konflik/Plot

Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri. Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Rumusan

Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu. Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan

Pendapat

Ya,kerana novel ini telah menarik hati saya kerana akhirnya Taufik juga memaafkan Salina walaupun dia pernah menuduhnya dan mencalar hatinya.

Posted at 6:31 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Gadis Edisi Terhad

images

 

 

 Nama: Charlene Ong Wei Ling Kelas : S5F
No. Sekolah : 10277 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Gadis Edisi Terhad
Pengarang : Rin Ahmad Tahun Penerbitan/ Edisi: November 2010

 

Latar tempat

Di sebuah kampung.

Watak dan Perwatakan

  1. Jasmeen
  • Anak perempuan kepada Tan Sri Farhan.
  • Berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik.
  • Fellah Delisya , bos Integrate Landscape.
  • Toleransi dengan memberi ruang kepada Fareez.
  1. Fareez Ilham
  • Anak yatim piatu.
  • Setia terhadap percintaannya.
  1. Tan Sri Farhan
  • Membesarkan Jasmeen sejak ibu bapa Jasmeen meninggal dunia.

 

 

 

Konflik/Plot

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya. Fareez yang merasa tertipu selepas mengetahui identiti sebenar Jasmeen semakin meragui Jasmeen disebabkan hubungan Jasmeen dan Iqmal.

Rumusan

Jasmeen telah memutuskan hubungan mereka untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lari ke New York.

Pendapat

Ya,kerana novel ini telah menarik perhatian saya kerana novel ini telah mengajar saya melepaskan tangan terhadap benda yang tidak sesuai dengan saya.

 

Posted at 6:09 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Aku Bukan Mistress

ABM1

 

 

 

 Nama: Charlene Ong Wei Ling Kelas : S5F
No. Sekolah : 10277 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Aku Bukan Mistress
Pengarang : Acik Lana Tahun Penerbitan/ Edisi: 2012

 

Latar tempatDi sebuah kampung.
Watak dan Perwatakan

  1. Mya Arlissa
  • Ibu bapanya telah meninggal dunia sejak Mya kecil lagi.
  • Dijual oleh suami mak ngahnya,Murad kepada David.
  • Tabah,walaupun dia telah dirogol oleh suami mak ngahnya,tetapi dia tidak pernah hendak bunuh diri.
  1. Makail
  • Anak Dato’ Luthfi dan Datin Adiba.
  • Pemuda yangkacak, berkaliber dan kaya.
  •  Baik hati dengan menyelamat Mya dari rumah pelacuran.
  1. Adam
  • Rakan baik Makail.
  • Hendak memikat Mya dengan pelbagai cara.
  • Bertekad merogol Mya.
 Konflik/Plot

Adam, kawan rapat Mikail telah menaruh minat terhadap Mya. Dia telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Mya daripada Mikail. Hubungan Mya dan Mikail semakin mesra dan Adam telah bertindak nekad untuk merogol Mya. Adam telah berpakat dengan Suzanne untuk merosakkan hubungan Mikail dan Mya. Suzanne telah memberitahu mama Mikail iaitu Datin Adiba mengenai Mya sebagai perempuan simpanan Mikail. Datin Adiba telah memaksa Mikail untuk berkahwin dengan Suzanne.Dugaan datang bertimpa apabila Syamil iaitu bekas kekasih Mya dari kampung ingin menyambung cinta mereka. Mikail yang semakin mencintai Mya telah memasang perangkap untuk dia dan Mya ditangkap berkalwat. Mikail ingin memastikan Mya sentiasa mendekati dengannya. Mikail ini memang terlalu romantik, baik hati dengan Mya. Perangai Mya terhadap Mikail telah berubah.

RumusanMikail telah memutuskan persahabatan dengan Adam dan Suzanne ketika segala perbuatan jahat mereka telah diketahui oleh Mikail secara tak sengaja. Datin Adiba mula dapat menerima Mya sebagai menantunya apabila Mya selamat melahirkan sepasang bayi yang comel, Marissa dan Muqri. Mya diterimadalam keluarga Mikail dan hubungan kekeluargaan mertuanya semakin erat.
PendapatYa,kerana novel ini menambat hati saya. Mya yang tabah telah menyedari saya bahawa kita tidak harus mudah berputus asa apabila menghadapi pelbagai cabaran.

Posted at 5:32 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

RUMUSAN: TULIS TENTANG SEBUAH BUKU

Nama :  Angeline Ooi Ying Ying
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10037
Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF ILI
Judul Buku  :  Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Pengarang :

Ilias Zaidi

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1979

 cetakan pertama

 

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

IMG_9249

 

 

Latar tempat

Di manakah cerita ini berlaku? Namakan dan jelaskan tempat berlakunya cerita tersebut.

Cerita ini pada mulanya berlaku di Kuala Lumpur. Selepas suami Salmi meninggal dunia dalam pertempuran menentang komunis, Salmi dan 3 orang anaknya berpindah ke kampung.

Watak dan Perwatakan

Siapakah 3 watak dalam cerita ini?Jelaskan perwatakan bagi setiap watak tersebut.

Salmi-

Isteri seorang tentera yang terkorban dalam perjuangan menentang komunis. Ibu kepada 3 orang anak lelaki. Dia masih muda, berwajah cantik dan berbadan langsing. Oleh itu, ada jiran yang mencadangkannnya supaya berkahwin lain.

Azmi –

Anak sulung Salmi. Dia bercita- cita untuk menjadi tentera dan membantu ayahnya membalas dendam dengan membunuh semua komunis. Dia selalu diejek oleh rakannya kerana dia seorang anak yatin yang tiada ayah. Akhirnya, dia berjaya membunuh 3 orang pengganas dalam hutan dan dianugerahi bintang keberanian tertinggi.

Suami Salmi-

Dia mempunyai 3 orang anak lelaki dengan Salmi. Seorang tentera yang terkorban dalam perjuangannya menentang pihak komunis. Dia telah berpesan kepada Salmi sebelum pergi ke medan pertempuran supaya mendidik anak mereke dengn baik supaya berjaya dalam kehidupan kelak.

Konflik/Plot

Apakah konflik yang berlaku dalam cerita?

Bagaimanakah cerita tersebut bermula,berkembang dan sampai ke penutup?

Konflik- Setelah Azmi tamat pengajian tingkatan lima, dia telah menyatakan permintaan yang menyayat hati Salmi. Azmi hendak menjadi seorang askar. Salmi melarangnya kerana amat bahaya. Azmi membuat keputusan untuk membalas dendam dengan membunuh semua komunis yang telah membunuh ayahnya. Salmi yang terdiam apabila mendengar penjelasan Azmi tidak mampu untuk melarangnya lagi.

Permulaan – Seorang pegawai kerajaan telah memberi RM10000 kepada Salmi dalam majlis yang sedih itu. Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa suami Salmi yang terkorban semasa menentang komunis.Salmi masih muda, berwajah cantik dan berbadan langsing. Oleh itu, ada jiran yang mencadangkannnya supaya berkahwin lain.

Perkembangan – Azmi telah diejek oleh rakannya di sekolah kerana dia tidak mempunyai ayah. Mereka telah mengejeknya sebagai anak yatim. Selepas itu, Salmi membawa 3 orang anaknya berpindah ke kampung. Azmi membantu ibunya untuk menjual kuih di kawasan kampung. Namun, kanak- kanak di kampung ini juga membulinya. Ibunya menasihatinya agar tidak peduli ejekan orang lain. Selepas itu , kanak- kanak itu sudah tidak mengejeknya malah selalu membeli kuih daripadanya.

Konflik- Setelah Azmi tamat pengajian tingkatan lima, dia telah menyatakan permintaan yang menyayat hati Salmi. Azmi hendak menjadi seorang askar. Salmi melarangnya kerana amat bahaya. Azmi membuat keputusan untuk membalas dendam dengan membunuh semua komunis yang telah membunuh ayahnya. Salmi yang terdiam apabila mendengar penjelasan Azmi tidak mampu untuk melarangnya lagi.

Penutup – Akhirnya, Azmi berjaya membunuh 3 orang pengganas dalam hutan dan dianugerahi bintang keberanian tertinggi.

Rumusan

Bagaimanakah cerita tersebut berakhir?Adakah penutup cerita ini lucu, sedih atau timbul perasaan lain?

Cerita berakhir dengan Salmi dan anaknya pergi menghadiri majlis yang menyampaikan anugeranh bintang keberanian tertinggi kepada Azmi yang berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis. Penutup cerita ini menimbulkan perasaan gembira kerana akhirnya Azmi berjaya membalas dendam dengan membunuh pengganas komunis.

Pendapat

Adakah anda suka buku tersebut?Mengapa?

Saya sangat suka buku ini kerana ceritanya mudah difahami dan pembaca akan kagum dengan semangat patriotik Azmi dan ayahnya yang sanggup berkorban untuk negara.

Posted at 4:57 pm | Comments (5)

25th June, 2014

Penuh Azam

Nama :  Ooi Chu Hui           Kelas :S5A

No. Sekolah :  10161

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF  CHA

Judul Buku :  Penuh Azam

Pengarang :    Chan Myan, Chong Shi Min, Forest Zi        

Tahun Penerbitan/ Edisi:      2010/Pertama

 

Kulit Buku :

图像0046

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di sebuah hutan. Nama hutan tersebut tidak diterangkan dalam buku cerita ini.

Watak dan Perwatakan

Buzzy – Seekor penyengat muda yang rajin dan berusaha. Dia sentiasa bersikap tabah untuk berlatih terbang sehingga berjaya.

Nenek Buzzy – Seekor penyengat yang sudah tua dan mengalakkan Buzzy untuk berlatih terbang.

Konflik/Plot

Konflik – Buzzy tidak boleh terbang walaupun dia telah tekun berusaha untuk berlatih.

Permulaan – Pada musim bunga yang baru tiba, sebuah sarang penyengat telah melahirkan anak-anak penyengat.

Perkembangan – Hari demi hari, telur-telur penyengat menetas dan menjadi anak penyengat yang sihat. Buzzy merupakan seekor anak penyengat yang muda. Walaupan dia tekun berusaha untuk terbang, namun dia selalu gagal. Walaupan demikian, Buzzy tetap mempercayai bahawa dia akan berjaya selaginya berusaha. Dia tidak mahu mengecewakan Ratu Penyengat dan dia ingin bekerja untuk koloninya. Pada suatu hari, Buzzy juga gagal terbang dan dia sangat sedih. Neneknya memberitahunya bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Buzzy akan berjaya jika dia tidak berputus asa. Dua hari kemudian, seorang kanak-kanak yang nakal mahu merosakkan sarang penyengat, Buzzy berasa sangat cemas. Dia berusaha sedaya upaya untuk terbang dan mencari kawan-kawannya supaya sarang mereka dapat diselamatkan.

Penutup – Buzzy berjaya terbang dan melaporkan perkara itu kepada kawan-kawannya. Dia telah berjaya menyelamatkan sarang penyengat.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Buzzy berjaya terbang atas ketabahan dan kecekalannya. Saya berpendapat bahawa cerita ini memberi mesej kepada golongan muda yang membaca buku ini supaya tidak berputus asa semasa menghadapi kesusahan.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada sikap ketabahan dan kecekalan yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang penyengat di akhir cerita. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang binatang.

Posted at 4:52 pm | Comments (6)

25th June, 2014

Sepandai- pandai tupai melompat

RUMUSAN: TULIS TENTANG SEBUAH BUKU

Nama :  Angeline Ooi Ying Ying
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10037
Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF ILI
Judul Buku  : Sepandai- pandai tupai melompat
Pengarang :

 Ilias Zaidi

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1979

Cetakan Pertama

 

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 

IMG_9248

 

Latar tempat

Di manakah cerita ini berlaku? Namakan dan jelaskan tempat berlakunya cerita tersebut.

Di sebuah kampung. Kamal balik ke kampung bersama- sama rakannya, Bernard dari bandar pada cuti persekolahan. Mereka telah menghabiskan cuti persekolahan untuk mencari ” misteri” di kampung ini.

Watak dan Perwatakan

Siapakah 3 watak dalam cerita ini?Jelaskan perwatakan bagi setiap watak tersebut.

Kamal –

Anak sulung Pak Ludin. Abang Yati.  Dia seorang pelajar yang menuntut di sekolah berasrama di kawasan bandar. Dia seorang yang bijak , ramah mesra.

Yati –

Adik perempuan Kamal. Dia bakal belajar Darjah Lima pada tahun depan. Dia seorang yang patuh akan perintah ibu bapanya. Buktinya, dia membantu ibunya untuk mengemaskan rumah tanpa merungut.

Bernard-

Rakan Kamal di sekolah berasrama. Dia mengikuti Kamal pulang ke kampungnya pada cuti persekolahan. Dia fasih berbahasa melayu. Dia seorang yang berani. Buktinya, dia berani pergi ke dalam hutan bersama dengan Kamal dan Yati untuk menyiasat punca “misteri”.

Konflik/Plot

Apakah konflik yang berlaku dalam cerita?

Bagaimanakah cerita tersebut bermula,berkembang dan sampai ke penutup?

Konflik – Bernard terdengar bunyi tapak kaki diatur cepat- cepat semasa tidur. Dia menyangka itu pencuri. Dia memerhatikan rakannya yag telah jauh terlena dari suluhan lampu minyak tanah yang malap. Ayah Kamal tidur mendengkur. Bunyi dengkuran itulah agaknya yang menakut orang yang berdesas- desus di bawah rumah tadi, fikir Bernard Liu sendirian pada malam berhantu yang menakutkan itu.

Permulaan – Cerita bermulai dengan anggota keluarga Kamal sedang menanti kepulangan Kamal dari sekolah berasrama.  Kamal balik kampung bersama rakannya, Bernard.

Perkembangan- Kamal memperkenalkan Bernard kepada keluarganya dan Bernard disambut baik.

Konflik – Bernard terdengar bunyi tapak kaki diatur cepat- cepat semasa tidur. Dia menyangka itu pencuri. Dia memerhatikan rakannya yag telah jauh terlena dari suluhan lampu minyak tanah yang malap. Ayah Kamal tidur mendengkur. Bunyi dengkuran itulah agaknya yang menakut orang yang berdesas- desus di bawah rumah tadi, fikir Bernard Liu sendirian pada malam berhantu yang menakutkan itu.

Penutup- Rupa- rupanya kes- kes misteri yang berlaku di kampung seperti ayam peliharaan yang berkurangan disebabkan oleh terdapatnya pencuri. Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Sepandai- pandai orang jahat mengelakkan diri, ada kalanya dia tersilap langkah.

 

Rumusan

Bagaimanakah cerita tersebut berakhir?Adakah penutup cerita ini lucu, sedih atau timbul perasaan lain?

Cerita ini berakhir dengan pencuri ayam di kampung itu berjaya ditangkap. Pak Ludin dengan beraninya telah mencadangkan agar menubuhkan Rukun Tetangga setelah Kamal dan Bernard memberitahunya supaya menasihati ketua kampung. Penutup cerita ini menimbulkan perasaan gembira kerana semua penduduk kampung rela meronda kawasan kampung secara bergilir- gilir mengikut jadual demi kesejahteraan hidup penghuni kampung.

Pendapat

Adakah anda suka buku tersebut?Mengapa?

Saya suka buku ini kerana pengarang telah menjelaskan cerita dengan menarik dan jelas. Penutupnya menimbulkan kejutan kepada pembaca.

Posted at 4:09 pm | Comments (5)

25th June, 2014

KHALID-PAHLAWAN AGUNG

KHALID-PAHLAWAN AGUNG

Nama : Goh Hui Theng

Kelas : S5F

No. Sekolah : 10250

No.Panggilan Buku : MF NOR C1

Judul Buku : KHALID-PAHLAWAN AGUNG

Pengarang : Nor Azlin Japar

 Tahun Penerbitan/ Edisi : 2010

Latar Tempat : Di Yaman

Watak dan Perwatakan

  1. Khalid al-Walid

 Konflik/Plot: Khalid al-Walid seorang pemuda Quraisy yang berani.Dia musuh yang paling digeruni di medan perang sebelum memeluk Islam.Setelah memeluk Islam ,dia antara pahlawan Islam yang agung.Nabi Muhammad memberi gelaran “Saifullah” yang bermaksud Pedang Allah kepada Khalid.Khalid yang suka berperang telah menyertai banyak peperangan seperti Perang Yamamah.Ketika Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah,Khalid terus menjadi ketua perang.Dia ditugaskan untuk menghapuskan golongan murtad di Yaman.Kejayaan yang paling besar bagi Khalid ialah dia berjaya menasihat panglima George,iaitu George untuk memeluk Islam.Tentera Islam sangat menyanjungi Khalid dan menganggap Khalid sebagai Pahlawan Agung kerana dia telah mengetuai banyak peperangan.

Rumusan: Khalid al-Walid merupakan seorang pahlawan yang sangat agung kerana dia telah banyak memberi sumbangan kepada negara Islam.

Pendapat: Buku ini sangat menarik dan dapat memanfaatkan saya dengan membantu saya mendapat tahu tentang sejarah-sejarah Khalid al-Walid.

 

 

Posted at 12:30 am | Comments (10)

25th June, 2014

Sayidina Abu Bakar-sahabat yang setia

Sayidina Abu Bakar-sahabat yang setia

 

Nama:  Goh Hui Theng

Kelas :  S5F

No. Sekolah : 10250

No.Panggilan Buku : MF NOR C2

Judul Buku : SAYIDINA ABU BAKAR-SAHABAT YANG SETIA

Pengarang : Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan/ Edisi:  2010

Latar Tempat  : Di Makkah dan Gua Thur

Watak dan Perwatakan

1.   Nabi Muhammad saw

  1. Abu Bakar al-Siddiq
  1. orang Quraisy

 Konflik/PlotAbu Bakar al-Siddiq merupakan kawan Nabi Muhammad yang paling rapat.Mereka bersama-sama menyebarkan agama Islam.Banyak dugaan dihadapi Abu Bakar apabila memeluk Islam.Dia sering diganggu orang Quraisy yang menentang agama Islam.Abu Bakar sentiasa melindungi Nabi Muhammad.Orang Quraisy hendak membunuh Nabi Muhammad.Oleh itu,bagida terpaksa berpindah ke Madinah secara rahsia.Orang Quraisy mengepung rumah baginda.Baginda bersembunyi di Gua Thur bersama dengan Abu Bakar.Pemuda-pemuda Quraisy mencari bagida sehingga ke Gua Thur selepas mengetahuibaginda telah melepaskan diri.Dengan bantuan haiwan-haiwan,baginda dan kawannya terselamat.

Rumusan: Nabi Muhammad mempunyai seorang kawan yang sangat setia terhadap baginda,iaitu Abu Bakar .Abu Bakar sentiasa melindungi baginda dan menolong baginda menyebarkan agama Islam.Akhirnya,baginda dan kawan baginda terselamat semasa orang Quraisy hendak membunuh baginda.

Pendapat: Buku ini sangat menarik dan dapat memanfaatkan saya dengan membantu saya mendapat tahu tentang sejarah-sejarah Nabi Muhammad saw.

Posted at 12:08 am | Comments (9)