29th June, 2014

MAGIS PIRAMID TUJUH: MANUSIA TERPILIH

IMG_1457

Nama : Teh Jiao Ying
Kelas : S5A
No. Sekolah : 10167
Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang
Judul Buku : Magis Piramid Tujuh: Manusia Terpilih
Pengarang : Kash S. Johan
Tahun Penerbitan/ Edisi: 2007
Watak dan Perwatakan:

– Johan

Seorang pemuda yang tidak mudah putus asa.

– Daniel

Seorang pemuda yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati.

Konflik/Plot:
Tanpa pengetahuan mereka, Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan.

Kompas Cakerawala iaitu sejenis kompas saintiik ciptaan Un Bun Gabifau digunakan bagi mengharungi aus masa bagi tiba ke destinasi unik, menarik dan penuh misteri yang didiami manusia dan spesies-spesies aneh. Malangnya, tugas dan kedatangan mereka itu tidak disenangi puak Mogron, golongan yang cuba menghapuskan dunia menggunakan pelbagai cara kotor dan kejam.

Rumusan

Novel ini berunsurkan magis dan merupakan cerita fiksyen.

Pendapat:

Novel tersebut menarik untuk dibaca kerana novel novel tersebut penuh dengan unsur magis.

Posted at 9:19 pm | Comments (6)


6 Comments

  1. On September 23, 2014 at 3:08 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 23, 2014 at 3:08 pm

    novel ini mengisahkan cerita Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan. Mereka mengahdapi banyak masalah selepas ini. Walaubagaimanapun, mereka telah berjaya ,menyelesaikan semua masalah.
    Johan seorang pemuda yang tidak mudah putus asa.Daniel seorang pemuda yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati. Kita perlu mengikut jejak Johan tetapi tidak boleh mengikut perangai Daniel yang bertindak terburu- buru tanpa memikirkan kesannya. Ini perbuatan yang tidak matang. Cerita ini menarik kerana menyerapkan unsur magis.

    Angeline Ooi Ying Ying S5A

  2. On September 23, 2014 at 4:14 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 23, 2014 at 4:14 pm

    Cerita ini agak menarik kerana jalan cerita telah berjaya menambat hati saya.Saya suka akan bahasa yang digunakan kerana bahasanya sangat indah.Kita haruslah gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.Kita mestilah mencontohi perwatakan Johan yang tidak mudah dipengaruhi oleh tindakan Daniel secara terburu-buru.Sebaliknya, Johan membuat pertimbangan dan bertindak dengan matang.Selain itu,pengarang novel ini banyak menggunakan gaya bahasa yang menarik untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.Novel ini memang merupakan sebuah novel yang sesuai dibaca oleh para pembaca.
    H’ng Yen Jun S5A

  3. On September 24, 2014 at 3:36 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 3:36 pm

    Novel ini baik untuk dibaca. Johan merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa dan bijaksana. Daniel pula ialh seorang yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati.Tanpa pengetahuan mereka, Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan.Bahsa yang diguna dalam novel ini juga agak lancar. Si samping itu, novel tersebut penuh dengan unsur magis.
    Chan Wey Yuh S5A

  4. On September 24, 2014 at 11:28 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 11:28 pm

    Saya sangat suka novel ini kerana jalan ceritanya yang penuh istimewa. Novel ini menceritakan tentang kehilangan Vinod menimbulkan kekecohan bagi seluruh penduduk kampung. Budak-budak Kompas dipersalahkan atas kehilangan misteri Vinod itu. Walaupun Budak-budak Kompas tahu punca kehilangan Vinod, tetapi mereka tidak dapat memberitahu hal sebenar kepada orang ramai. Namun, Daniel tertekan selagi dia tidak dapat menceritakan hal sebenar. Sejurus Daniel membuat keputusan mahu menceritakan hal sebenar, Daniel terus ‘hilang’ di hadapan orang ramai.
    Daniel dibawa ke zaman lampau, iaitu zaman kelahiran generasi pertama makhluk GFX-11. Lebih meruncingkan, Indrani dah Huey Yen pula tercampak ke dunia masa hadapan. Budak-budak Kompas terpisah jauh. Un Bun Gabifau pula hilang entah ke mana. Keadaan kucar-kacir ini bukan sahaja menipiskan pencarian Vinod, malah, dunia diancam makhluk perosak GFX-11.Penggunaan gaya bahasa yang kaya juga menambat hati saya apabila membaca novel ini.
    CHLOE Chuah Sze Min S5A

  5. On September 25, 2014 at 1:52 am s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 1:52 am

    Novel ini sangat baik untuk dibaca. Johan merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa dan bijaksana manakala Daniel ialah seorang yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati.Tanpa pengetahuan mereka, Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan.Bahsa yang diguna dalam novel ini juga agak lancar. Di samping itu, novel tersebut penuh dengan unsur magis.
    Jennifer Cheah Zhi Yee S5A

  6. On September 25, 2014 at 4:43 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 4:43 pm

    Pada pendapat saya, novel tersebut memang amat sesuai untuk dibaca. Hal ini demikian keran novel tersebut telah memberikan pengajaran dan nilai murni yang banyak dalam kehidupan kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya telah memperlajari dan memperoleh pengetahuan yang banyak daripada novel terseut. Novel ini memang amat menarik perhatian dan minat seya secara langsung. Sebagai contohnya, Johan merupakan seorang yang tidak mudah berputus asa dan bijaksana. Daniel pula ialh seorang yang tidak boleh dicabar dan bertindak sesuka hati.Tanpa pengetahuan mereka, Johan, Daniel, Huey Yen dan Indrani dipilih oleh pemimpin dari zaman akan datang bagi menyelesaikan pelbagai konflik dan masalah yang dihadapi dunia masa hadapan. Saya amat menyukai novel tersebut kerana pengarang telah menggunakan bahasa dan teknik penulisan yang kreatif dan menarik. Buku novel ini memang bagus bagi saya !
    Jennifer Cheah Zhi Yee S5A

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.