21st June, 2014

Misteri Pengemis Tua

Nama : Lim Jia Yu

Kelas : S5A

No.sekolah: 10052

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

Judul Buku : Misteri Pengemis Tua

Pengarang: Noraizah Abdul Hamid

001

 

Latar Tempat:

Shah Alam

Watak dan perwatakan:

Zekry Hakimi: anak kepada Datin Suhaila dan Dato’ Hakimi, bapanya terlibat dalam kemalangan, anak kandung Dato’Halim

Ayah Cik(Dato’Halim): Saudara kandung ayah Zekry, kejam( merancang kemalangan dengan merosakkan brek kereta Dato’ Hakimi kerana iri hati dan tamakkan kehidupan yang dikecapi oleh pak longnya), insaf (meminta maaf kepada Datin Suhaila dan  Zekry dan meneruskan kehidupan di luar negara)

Datin Suhaila: Ibu kepada Zekry, isteri kepada Dato’Hakimi sebelum kemalangan berlaku, berkahwin kepada Dato’Halim setelah suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya

Sinopsis:

Zekry Hakimi adalah anak kesayangan Datin Suhaila. Bapanya Dato’ Hakimi telah meninggal dunia ketika Zekry berumur dua tahun. Datin Suhaila mengambil keputusan mengahwini adik iparnya agar Zekry mendapat kasih sayang seorang ayah. Selama tiga belas tahun Zekry menganggap Ayah Cik sebagai ayah kandung, namun pertemuannya dengan seorang pengemis tua di atas gunung Nuang telah menjerumuskan dia ke dalam satu misteri yang berpanjangan. Sebuah kotak bersawang milik orang gajinya menambah lagi kebuntuan. Seribu satu rahsia terselindung di dalam kotak kecil itu yang bakal membongkar suatu misteri.

Rumusan:

Akhirnya, pengemis tua itu rupa-rupanya ayah kepada Zekry selepas Datin Suhaila melihat tanda hitam di belakang badan pengemis itu. Ayah Zekry telah hilang ingatan akibat kemalangan dan menganggap Datin Suhaila dan Zekry sudah mati. Ayah Cik meminta maaf atas kesalahannya.

Pendapat:

Cerita ini mudah difahami dan disesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

Posted at 11:43 pm | Comments (5)

21st June, 2014

Fajar

Nama : Lim Jia Yu

Kelas : S5A

No.sekolah: 10052

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

Judul Buku : Fajar

Pengarang: Stephenie Meyer

Latar tempat:

Forks

Watak dan perwatakan:

Bella: ibu kepada Renesmee, berani untuk melahirkan anak walaupun menyedari bahawa nyawanya akan terancam, seorang yang penyayang( melindungi anaknya daripada sebarang ancaman luar yang berbahaya)

Edward: bapa kepada Renesmee, menyelamatkan Bella dengan menukarnya kepada pontianak semasa Bella bersalin, menyayangi dan menjaga keselamatan Bella dan Renesmee 

Renesmee : anak perempuan kepada Edward dan Bella, mempunyai kelebihan yang luar biasa, keturunan setengah pontianak dan setengah manusia

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan perkahwinan Bella dengan Edward, keadaan Bella yang hamil yang menimbulkan persengketaan antara keluarga Cullen dengan kumpulan serigala jadi-jadian, serta transformasi Bella menjadi puntianak selepas melahirkan anak perempuannya, Renesmee.


Kelahiran anak puntianak ini menimbulkan konflik dengan puak Volturi kerana anak puntianak merupakan kepantangan atau sesuatu yang ditegah dalam dunia puntianak. Hal ini menyebabkan puak Volturi bertindak untuk menghapuskan anak puntianak ini. Bagaimanapun dengan sokongan kumpulan puntianak lain seperti keluarga Denali, puntianak pengembara, dan kumpulan Amazon sebagai saksi keluarga Cullen, serta kesepakatan dengan kumpulan serigala jadi-jadian, puak Volturi akhirnya terpaksa membatalkan niat mereka, menyebabkan keluarga Cullen terselamat.

Rumusan:

Keluarga Cullen terselamat dan Edward, Bella serta Renesmee hidup bersama-sama dengan gembira dan bahagia.

Pendapat:

Cerita ini menarik terutamanya semasa petempuran antara kumpulan volturi dengan kumpulan pontianak dan serigala.

Posted at 11:09 pm | Comments (5)

21st June, 2014

Gerhana

Nama : Lim Jia Yu

Kelas : S5A

No.sekolah: 10052

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

Judul Buku : Gerhana

Pengarang: Stephenie Meyer

Latar tempat:

Forks di mana Bella dan keluarga Cullen tinggal.

Watak dan perwatakan:

Bella: rasional ( melukai diri dengan batu tajam untuk mengalih perhatian Victoria agar Edward bersempat untuk membunuh Victoria) , sedar bahawa Edward merupakan orang yang paling penting dalam kehidupannya dan menerima lamarannya

Edward: berusaha menjaga keselamatan Bella semasa Bella diburu oleh pontianak Victoria, bekerjasama dengan kumpulan serigala untuk menewaskan Victoria, melamar kepada Bella sebelum pertempuran berlaku

Victoria: pontianak perempuan, memburu Bella akibat kematian teman lelakinya, James yang disebabkan oleh keluarga Cullen, tewas dan mati dalam pertempuran

Sinopsis:

Sambungan daripada novel Cinta baru, Bella masih terpaksa memilih antara cintanya pada Edward, si puntianak, dengan persahabatannya dengan Jacob, serigala jadi-jadian.

Pada masa yang sama berlaku beberapa siri pembunuhan kejam di Seattle, Victoria yang rupa-rupa masih terus memburu Bella. Victoria  yang berdendam dengan Bella pun berkeliaran di Forks untuk mencari celah membunuh Bella. Dia pun membuat suatu pasukan “pontianak baru” untuk membantunya melawan Keluarga Cullen dan membunuh Bella. Hal ini demikian kerana Edward dan keluarganya telah membunuh teman lelakinya, James dalam cerita novel Senjakala apabila James ingin mengancam nyawa Bella. Kali ini berlaku pertempuran antara kumpulan puntianak baru yang diketuai oleh Victoria dengan keluarga Edward yang dibantu oleh kumpulan serigala jadi-jadian.

 Keluarga Cullen dan kumpulan serigala Jacob terpaksa bekerjasama untuk memusnahkan pontianak baru buatan Victoria. Dalam novel ini, Bella terpaksa membuat keputusan sama ada memilih kematian dengan berkahwin dengan Edward, atau memilih kehidupan.Jacob pun marah apabila mengetahui pilihan Bella yang telah menerima lamaran Edward dan keputusannya untuk menjadi pontianak.Dia berusaha menyakinkan Bella bahawa Bella juga mencintainya meskipun tidak sebesar cintanya kepada Edward. Namun,  Bella memberitahu Jacob bahawa dia tidak dapat hidup tanpa Edward di sisinya. Akhirnya dengan berat hati Jacob merelakan hubungan Edward dengan Bella .


Kesepakatan antara puntianak dan serigala jadi-jadian membuat Bella akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya mencintai Jacob juga. 

 

rumusan:

Dalam pertempuran ini, Victoria akhirnya tewas. Jacob telah cedera parah semasa pertempuran berlaku. Bella pergi melawatnya.Pada akhir cerita, Jacob menerima kad jemputan perkahwinan Edward dan Bella.

Pendapat:

Saya suka cerita novel ini. Cerita ini sungguh menarik terutamanya semasa pertempuran antara Victoria dan kumpulan serigala serta kumpulan pontianak . 

Posted at 10:13 pm | Comments (5)