20th June, 2014

Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix
Pengarang :  J.K.Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005
HP BM 5.jpg
Latar Tempat
Hogwarts
Watak dan Perwatakan
Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

Kisah bermula dengan Harry di rumah keluarga Dursley ketika cuti musim panas. Harry kini tidak tenang memandangkan Voldemort telah muncul kembali tetapi tiada sebarang beritapun mengenainya mahupun apa-apa perlakuan jahat Death Eater. Hal tersebut membuatkan Harry sanggup dimarah ibu bapa saudaranya keran mencuri dengar berita Muggle yang menimbulkan syak wasangka mereka. Bunyi letusan membuatkan Harry tertangkap sekali lagi dan dia melarikan diri lalu menemui Dudley Dursley. Harry meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mencabar dan mengejek Dudley tanpa disedari dua Dementor muncul dan menyerang mereka. Harry terpaksa menyelamatkan keadaan dan jiwa Dudley lalu melakukan Patronus yang kemudian dilihat oleh Puan Figg, seorang squib dan merupakan ahli Kumpulan Phoenix.

Di luar, Arthur Weasley menunggunya dan setelah mengetahui bahawa Harry bebas dari segala tuduhan, dia turut gembira. Dalam kegembiraannya itu, dia melihat Lucius Malfoybersama dengan Cornelius Fudge yang ternyata mereka memiliki janji untuk membicarakan sesuatu yang Harry tidak ketahui. Setibanya di Grimmauld Place, Puan Weasley, Ron, Hermione, Fred, George, dan Ginny menyambutnya dengan gembira setelah mengetahui bahawa Harry bebas.

Ketika pertengahan peperiksaan P.S.B. kertas akhir, Harry mendapat satu bayangan yang menunjukkan Sirius disiksa di Jabatan Misteri, walaupun Hermione mengesyaki bahawa ia satu perangkap. Harry, dengan bantuan rakan-rakan dari Tentera Dumbledore, cuba untuk menghubungi Sirius di Grimmauld Place melalui Rangkaian Floo di perapian pejabat Umbridge, tetapi dia ditangkap. Mempercayai yang Harry ingin menghubungi Dumbledore yang ketika ini dalam persembunyian, Umbridge menyoal Harry, yang bersumpah tidak mengetahui di mana Dumbledore berada. Umbridge memanggil Snape untuk membawa serum kebenaran, tetapi Snape mengatakan dia kehabisannya. Sebelum dia beredar, Harry dengan terdesak memberitahu kata rahsia kepadanya tentang bayangan Sirius.

Rumusan

HARRY POTTER naik angin kerana dibiarkan terkontang-konting di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap.

Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semua ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun-tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet.

Harry bimbang yang dia mungkin terpaksa menghadapi sendiri penentangan kuasa jahat yang berlanjutan terlalu lama itu.

Pendapat
Versi yang ditunggu-tunggu tiba – pengembaraan hebat kelima dalam siri Harry Potter. Novel ini mendedahkan lebih rahsia Harry Potter!

Posted at 11:14 pm | Comments (9)

20th June, 2014

Harry Potter dan Tawanan Azkaban

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dan Tawanan Azkaban
Pengarang :  J.K.Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2004
Prisoner of Azkaban cover.jpg
Latar Tempat
Hogwarts
Watak dan Perwatakan
Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

Harry Potter menghabiskan musim panas bersama-sama pasangan Dursley sebelum memulakan tahun ketiga di Hogwarts. Kerana terlalu marah, dia mengembangkan Makcik Marge dan meninggalkan rumah, lalu bertembung dengan Menteri Sihir. Dia dilepaskan pergi tanpa apa-apa hukuman, sebab utamanya (yang Harry dapat tahu kemudian) adalah seorang pembunuh bersiri, Sirius Black berjaya melarikan diri dari penjara sihir, Azkaban untuk membunuh Harry. Black ialah penyokong Voldemort dan telah merengok di dalam penjara selama 12 tahun. Tahun ini, para pengawal Azkaban, yang dikenali sebagai Dementors mengawal Hogwarts. Harry dan rakan-rakannya kembali ke Hogwarts dan setiap kali bersemuka dengan Dementors, Harry tidak sedap hati kerana mereka memaksa manusia mengimbau kembali pengalaman terpahit mereka dan melenyapkan kebahagiaan dari jiwa masing-masing. Sekolah itu mendapat cikgu ‘Pertahanan Diri Daripada Ilmu Hitam’ yang baru, Profesor Remus Lupin yang merupakan cikgu yang hebat. Hagrid juga mula mengajar mata pelajaran ‘Penjagaan Makhluk-Makhluk Sihir’. Pembelajaran mereka bermula seperti biasa dan Harry mengambil beberapa mata pelajaran baru termasuk ‘Ilmu Tilik’, yang mana sepanjang tahun, Profesor Trelawney kerap meramalkan kematian Harry. Tetapi Hermione mengambil lebih banyak mata pelajaran berbanding pelajar-pelajar lain dan kadang-kadang seolah-olah dia mengikuti 2 kelas pada masa yang sama. Sementara itu, Harry tidak dapat pergi ke Hogsmeade bersama-sama kawan-kawannya tetapi dia memperolehi Peta Marauder daripada Fred dan George Weasley, yang menunjukkan secara terperinci Hogwarts dan persekitaran sekelilingnya. Ini membantu Harry sampai ke Hogsmeade melalui suatu laluan rahsia. Ron dan Hermione selalu bertegang urat, sebab utamanya melibatkan binatang peliharaan mereka (tikus Ron, Scabbers dan kucing Hermione, Crookshanks). Sirius Black memecah masuk ke Hogwarts dua kali tanpa berjaya mencederakan Harry tetapi sesiapapun tidak tahu bagaimana dia melakukannya. Harry dapat tahu yang Black ialah rakan karib ayahnya dan dia juga bapa angkat Harry. Sirius mengkhianati ibu bapa Harry dengan membocorkan rahsia tempat tinggal mereka kepada Voldemort dan menyebabkan mereka dibunuh. Harry dan rakan-rakannya bersemuka dengan Black di klimaks yang mengagumkan dan mendapat tahu kebenaran tertentu mengenai kejadian-kejadian yang berlaku bertahun-tahun lampau. Mereka juga mendapat tahu yang Lupin sebenarnya ialah serigala jadian. Kemudian, Harry dan rakan-rakannya bertarung dengan Dementors untuk menyelamatkan 2 nyawa yang tidak berdosa. Dalam buku ketiga ini, Rowling lebih hebat daripada 2 buku sebelum ini. Dia menghasilkan suatu kisah yang mempesonakan, menggabungkan ilmu sihir, fantasi dan pengkhianatan, amat luar biasa.

Rumusan 

SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam,Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara, dan kini sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas kejatuhan tuannya. Harry Potter dalam bahaya. Tembok tebal sekolah sihirnya sekali pun tidak dapat melindunginya daripada Sirius Black, apakah lagi dengan adanya musuh dalam selimut di sekolah itu.

Pendapat
Harry Potter dan Tawanan Azkaban (judul bahasa Inggeris: Harry Potter and the Prisoner of Azkaban) adalah buku ketiga dari seri novel Harry Potter oleh J. K. Rowling. Saya memang berpendapat bahawa buku ini amat menarik.Kisah baru hebat Harry Potter dan kawan-kawannyal cerita J. K. Rowling yang mempesonakan.

Posted at 11:06 pm | Comments (8)

20th June, 2014

Harry Potter dan Bilik Rahsia

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dan Bilik Rahsia
Pengarang :  J.K.Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003
Latar Tempat
Hogwarts
Watak dan Perwatakan
Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

Cuti musim panas kali ini amat membosankan. Tiada surat yang sampai kepada Harry. Tidak dari kawan-kawan baiknya di Hogwarts. Tiada daripada HagridHermione dan Ron. Yang paling mengecewakan, tiada ucap selamat pun ketika ulang tahun hari jadinya yang ke-12. Harry berasa sungguh bosan. Pada suatu hari, Harry telah dikurung oleh Keluarga Dursley untuk mengelakkan dari terjumpa oleh majikan Pak Cik Vernonnya yang hadir ke rumah.

Alangkah terkejutnya Harry apabila berjumpa dengan suatu makhluk yang aneh di biliknya. Makhluk elf rumah itu bernama Dobby. Dobby amat menyanjung Harry tetapi kedatangannya bukan untuk menggembirakan Harry tetapi memberinya amaran. Dobby melarang Harry untuk kembali ke Hogwarts. Dobby telah melakukan banyak perkara untuk menghalang Harry kembali ke sekolahnya hingga Dobby sanggup mencuri dan menyembunyikan semua surat Harry. Harry bertegas untuk kembali ke Hogwarts walau apa jua perkara yang berlaku kerana dia menganggap Hogwarts ialah rumahnya. Dobby terdesak untuk menghalang Harry lalu membuat kecoh di rumah Keluarga Dursley sehingga Harry dikurung dan dikunci supaya tidak kembali lagi ke Hogwarts. Pada suatu malam, terdapat sesuatu di luar tingkap bilik Harry.

Sebuah kereta berada di tingkap biliknya yang berada di tingkat dua. Harry mendapati kawannya Ron dan abangnya Fred dan George berada di dalam kereta itu. Ron menggesa Harry untuk berkemas dan meninggalkan rumah itu bersama mereka. Lantas Harry berkemas dan adik beradik Weasley itu menanggalkan jeriji tingkap untuk memudahkan Harry keluar. Harry dan yang lain berjaya menyelusup keluar dari Privet Drive dan menuju ke Burrow, rumah Keluarga Weasley. Di sana, Harry telah mengenali ramai keluarga Weasley yang lain seperti ibu, bapa dan adik perempuan Ron serta mengalami kehidupan bersama keluarga sihir.

Setelah seminggu Harry di Burrow, Harry menerima berita dari Hogwarts tentang persediaan untuk kembali ke sekolah. Dia dan keluarga Weasley yang lain bersedia ke Diagon Alley untuk membeli peralatan sekolah. Mereka menggunakan Serbuk Floo yang Harry tidak pernah menggunakannya. Malangnya, kesliapan Harry telah membawa Harry ke suatu tempat yang tidak sepatutnya dia pergi iaitu di Borgin dan Burkes, sebuah kedai menjual alatan ilmu hitam di Knockturn Alley. Harry menjumpai Draco Malfoy dan bapanya,Lucius. Harry keluar dari situ dan diselamatkan oleh Hagrid dari tersesat di dalam kawasan Knockturn Alley. Harry berumpa dengan Hermione dan keluarga Weasley yang lain sebelum ke bank Gringgotts dan kedai buku Flourish dan Blotts. Di sana, mereka berbetulan tiba sewaktu Gilderoy Lockhart mengadakan sesi menandatangani bukunya. Malangnya, mereka terserempak dengan keluarga Malfoy yang membawa kepada pertelingkahan.

Harry memasuki bilik rahsia itu dengan menggunakan parseltongue untuk membuka pintunya. Dia menemui Ginny Weasley terbaring di dalam bilik itu dan dia menemui Tom Riddle. Tom Riddle menjelaskan yang dialah pewaris Slytherin, iaitu Lord Voldemort. Dia telah mempergunakan Ginny untuk melakukan serangan di sekolah. Tom Riddle menyeru basilisk keluar untuk membunuh Harry tetapi Fawkes menghantar Topi Pengisih sebagai bantuan. Kemudian, Harry dapat menarik pedang kepunyaan Godric Gryffindoruntuk membunuh basilisk. Walaupun Harry tercedera kerana sebilah taring beracun basilisk menusuk lengannya, Fawkes mampu memulihkan racun dan kecederaannya. Lantas Harry memusnahkan diari Tom Riddle dengan menusuk taring beracun ke helaian tebal diari itu. Ginny tersedar dan mereka semua terselamat lalu keluar dari bawah tanah sengan bantuan Fawkes.

Rumusan 
Harry menemui Profesor Dumbledore dan beliau menerangkan segalanya dari kebolehan Harry yang menyamai Lord Voldemort dan keistimewaannya hingga mampu memperolehi pedang Gryffindor. Kemudian Lucius Malfoy menerjah masuk pejabat Dumbledore dan terbukti Dobby ialah hamba keluarga Malfoy. Tidak hairan Dobby mengetahui bahaya yang akan dihadapi kerana tuannya sendiri yang menyelitkan diari itu ke dalam buku-buku Ginny. Walau bagaimanapun, Dobby terseksa sebagai hamba Malfoy, lalu Harry dalam diam membebaskannya dan menjadi dendam keluarga Malfoy.
Pendapat
HARRY POTTER seorang ahli sihir terkemuka yang menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yang kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman yang mengerikan menantinya di Hogwarts.

Buku kedua Joanne Rowling ini sama menghiburkan, mencemaskan, dan di luar jangkaan seperti buku pertamanya

Posted at 11:04 pm | Comments (5)

20th June, 2014

Harry Potter dengan Azimat Maut

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dengan Azimat Maut
Pengarang :  J.K.Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2007
Am Hp 7.jpg
Latar Tempat
Hogwarts
Watak dan Perwatakan
Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

Permulaan buku kali ini memaparkan Lord Voldemort dan para Death Eater berada di pusat gerakan mereka iaitu di kediaman Lucius Malfoy. Mereka merancang untuk membunuh Harry Potter sebelum Harry dapat bersembunyi kembali. Voldemort telah membunuh tawanannya, Profesor Charity Burbage, guru Pengajian Muggle di Hogwarts, atas alasan pengajaran beliau memberikan pandangan positif kepada golongan Muggle (bukan keturunan ahli sihir) serta menggalakkan anjakan bagi golongan berdarah tulen untuk dihentikan.

Dalam keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan mati, Harry menghampiri kem Voldemort dalam Hutan Larangan. Sepanjang perjalanan, dia menemui Batu Kebangkitan di dalam bola Snitch untuk menyeru semangat ibu bapanya, Sirius Black dan Remus Lupin yang menenangkan dirinya dan menyediakan jalan yang selamat. Voldemort kemudiannya menyerang beliau dengan menggunakan Sumpahan Tidak Terampun Avada Kedavra. Terjaga di dalam dunia seperti dunia khayalan, Harry tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun telah mati. Dumblelore kemudiannya muncul dan menerangkan bahawa Horcrux yang berada di dalam tubuhnya kini telah dimusnahkan. Beliau berkata Voldemort masih hidup kerana cebisan jiwanya masih ada yang bermakna Harry juga masih hidup kerana darahnya telah digunakan untuk membangkitkan semula Voldemort.

Rumusan 

19 tahun kemudian, Harry dan Ginny Weasley telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak iaitu : James, Albus Severus, dan Lily. Ron dan Hermione juga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Rose dan Hugo. Keluarga-keluarga tersebut telah bertemu di Stesen King’s Cross , di mana Albus yang gemuruh sedang bertolak ke Hogwarts sebagai pelajar tahun pertama. Anak angkat Harry, Teddy Lupin yang berusia 19 tahun, telah ditemui mencium Victoire Weasley (Anak perempuan Bill dan Fleur) di dalam gerabak keretapi. Teddy amat rapat dengan keluarga Potter , dengan Harry pernah berkata, “Beliau telahpun datang menghadiri makan malam empat kali seminggu.” Harry ternampak Draco Malfoy dan isterinya dengan anak lelakinya Scorpius; Malfoy mengakui Harry dengan anggukan yang ringkas tetapi kasar sebelum berlalu pergi. Harry menenangkan Albus, yang ketakutan jika beliau dikisihkan ke Slytherin , dengan meberitahunya bahawa nama asal beliau berasal daripada Severus Snape , dan merupakan seorang ahli kumpulan Slytherin dan merupakan lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Harry juga menambah bahawa Topi Pengisih turut mengisih seseorang ke kumpulan rumah yang disukai pelajar tersebut. Neville Longbottom kini merupakan profesor Herbologi Hogwarts dan merupakan kawan rapat Harry. Buku itu disudahkan dengan : The scar had not pained Harry for nineteen years. All was well. yang bermaksud “Parut tersebut tidak lagi pernah menyakiti Harry selama 19 tahun.Semua berada di dalam keadaan baik.” Namun Harry sentiasa mengingati kejadian demi kejadian berkaitan dengan parutnya itu.

Pendapat
Harry Potter dengan Azimat Maut atau Harry Potter and the Deathly Hallows iaitu buku ketujuh dalam siri Harry Potter merupakan peleraian bagi keseluruhan siri Harry Potter. Dalam laman web peribadi J.K. Rowling, beliau menyatakan bahawa kerja menghasilkan karya Harry Potter and the Deathly Hallows ini telah dijalankan pada tahun 2006 dan telah tamat pada 11 Januari 2007. Buku Harry Potter yang ke-7 dan terakhir ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima,Harry Potter and the Order of the Phoenix. Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.

Posted at 11:00 pm | Comments (5)

20th June, 2014

Harry Potter dan Pangeran Berdarah-Campuran

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dan Pangeran Berdarah-Campuran
Pengarang :  J.K.Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2005
HP BM 6.jpg
Latar Tempat
Hogwarts
Watak dan Perwatakan
Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

Setelah Voldemort dan para Death Eaternya mencetuskan kekecohan di seluruh Britain, Menteri Sihir, Cornelius Fudge terpaksa meletakkan jawatan beliau berikutan bantahan orang ramai terhadap kecuaian beliau dalam menguruskan situasi. Sebelum beliau meninggalkan pejabatnya, beliau telah melawat Perdana Menteri Britain yang merupakan seorang Muggle untuk memberi amaran bahawa kekecohan yang berlaku di dunia sihir akan memberi kesan juga kepada dunia Muggle dan keadaan semakin meruncing bagi Kementerian Sihir buat masa sekarang. Perdana Menteri itu kemudiannya dikenalkan dengan pengganti Menteri Sihir yang baru yang akan mengantikan Cornelius Fudge, iaitu Rufus Scrimgeour. Manakala di rumah Severus Snape di Hujung Spinner pula, Snape telah membuat Ikrar Tak Terlerai dengan ibu Draco MalfoyNarcissa Malfoy. Sungguhpun adik Narcissa, Bellatrix Lestrange tidak mempercayai Snape, namun Snape tetat bertegas yang beliau akan terus melindungi Draco semasa Draco cuba melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh Voldemort dan beliau sendiri akan menamatkan tugasan itu andainya Draco gagal melaksanakannya.

Rumusan 

Phoenix dan Tentera Dumbledore bertarung dengan pengikut Voldemort di kawasan istana, Death Eater muncul di menara dan telah memaksa Draco untuk melaksanakan tugasannya untuk membunuh Dumbledore, tetapi Draco kelihatan teragak-agak untuk menjalankannya. Snape tiba dan melihatkan keadaan Dumbledore yang sedia lemah dan tidak bersenjata, beliau lalu melancarkan Sumpahan Avada Kedavra tepat ke dada lelaki tua itu lalu membunuhnya di situ juga. Selepas Dumbledore menghembuskan nafasnya yang terakhir, ikatan sihir yang membelenggu Harry terlerai. Kemudiannya Harry telah mengejar Snape dan Malfoy yang cuba untuk Ghaib selepas mereka melepasi dataran Hogwarts. Malfoy berjaya melarikan diri sementara Snape bertarung dengan Harry. Semasa pertarungan itu, Snape telah mendedahkan bahawa beliaulah Putera Berdarah Kacukan yang sebenar. Pertarungan itu akhirnya dileraikan apabila Buckbeak mula masuk campur. Snape akhirnya Ghaib dan berjaya meloloskan diri. Harry menngambil semula loket yang berada di mayat Dumbledore, hanya untuk mengetahui bahawa loket itu adalah Horcux yang palsu. Di dalam loket itu terdapat satu nota yang telah ditulis oleh seorang dengan parap R.A.B yang mengaku bahawa beliaulah yang telah mencuri Horcrux yang sebenar.

Pendapat
Pangeran Berdarah-Campuran adalah sebuah nama julukan dari seorang karakter fiksi dalam seri buku Harry Potter keenam, Harry Potter dan Pangeran Berdarah-Campuran. Penyelidikan Harry akan siapa sesungguhnya Pangeran Berdarah-Campuran ini adalah salah satu dari alur cerita utama dari buku ini, dan kebenarannya diketahui pada klimaks buku tersebut.

Posted at 10:54 pm | Comments (6)

20th June, 2014

Harry Potter dengan Batu Hikmat

Nama : Jemmima Lim Sing Yee

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10183

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
Judul Buku  :  Harry Potter dengan Batu Hikmat
Pengarang :  J. K. Rowling
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2003
Latar Tempat
Bahagian yang memulakan semuanya. Bab ini memaparkan kehidupan Keluarga Dursley di nombor 4, Privet Drive.
Watak dan Perwatakan

Watak utama

Watak sampingan

Konflik/Plot

 Keluarga Dursley diceritakan sebagai keluarga yang normal dan tidak percaya kepada perkara pelik. Walau bagaimanapun, mereka menyimpan satu rahsia iaitu ipar mereka, keluarga Potter. Kisah pelik mula berlaku hari demi hari kebelakangan setelah anaknya, Dudley mencecah umur setahun. Ramai berpakaian pelik, kucing yang menbaca peta, burung hantu yang berkeliaran dan ramai tidak kelihatan seperti manusia biasa yang dikenali Vernon Dursley. Hidupnya yang tidak begitu terganggu dengan perkara aneh tersebut mula resah apabila orang membualkan hal keluarga Potter dan anak pasangan Potter, Harry. Pada masa malam itu, Albus Dumbledore, seorang lelaki yang berjanggut putih dan panjang yang ganjil penampilannya muncul membawa suatu misi yang tiada difikir malah mungkin tidak diendah oleh sesiapapun ketika itu.

Kemudian, Harry bersama Keluarga Dursley melawat zoo sempena ulangtahun kelahiran Dudley yang kesebelas. Walau bagaimanapun, Vernon Dursley berasa agak risau kerana anak saudaranya yang amat pelik. Sebarang keanehan boleh berlaku pada bila-bila masa pada anak saudaranya itu. Walau bagaimanapun, malangnya, Harry terpaksa ikut sama memandangkan Puan Figg tidak sihat.

Kini Harry bersedia untuk bersekolah di tempat yang pertama kali didengarnya. Tempat ibu dan bapanya pernah ke sana. Harry menuju ke stesen kereta api King’s Cross bersama Keluarga Dursley dan ditinggalkan mereka di sana memandangkan itu kehendak mereka. Membiarkan Harry keseorangan untuk mencari platform yang tidak wujud, Platform 9 3/4. Ketika ini, Harry terserempak dengan Keluarga Weasley. Puan Weasley membantunya untuk pergi ke platform tersebut dan menaiki Ekspres Hogwarts. Di gerabak dalam perjalanan, Harry mengenali Ron Weasley, anak kepada Puan Weasley yang membantunya tadi dan juga Hermione Granger yang juga setahun dengannya. Setiba di destinasi, Hagrid membawa pelajar tahun satu melintasi tasik menuju ke kota istana Hogwarts.

Kelas telah bermula. Harry mula mempelajari banyak subjek. Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu yang membuatkan Harry kurang gemar akan hidupnya di Hogwarts. Mata pelajaran Posyen telah diajar oleh Profesor Snape. Bukan subjek itu yang tidak digemarinya tetapi pengajarnya. Harry mula menyangka yang Profesor Snape hanya tidak menyukainya, tetapi dia silap. Profesor Snape membencinya. Pada hari pertamanya, Profesor Snape telah menolak markah dari Gryffindor. Pada hari yang sama juga, Harry mengetahui dari Daily Prophet bahawa sebuah bilik kebal di Gringgotts telah dipecah masuk dan bilik yang telah dipecah masuk itu merupakan tempat yang sama Harry dan Hagrid pergi untuk satu urusan yang Hagrid rahsiakan.

Rumusan 

Pada waktu malam, mereka bertiga keluar dari asrama dan menuju ke koridor larangan tersebut. Mereka hampir maut apabila Fluffy yang sedar tidur, terjaga apabila mereka membuka pintu jebakan. Mereka masuk ke dalam dan mengharungi bermacam-macam halangan yang ingin menghalang seseorang melaluinya. Mereka ketahui yang terdapat seseorang telah melaluinya sebelum mereka. Setelah berjaya melepasi semua halangan, hanya Harry seorang telah meneruskan perjalanan ke sebuah destinasi yang harus dituju. Harry telah menemui dalang di sebalik banyak misteri yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Harry telah menemui batu hikmat dan berhadapan dengan Lord Voldemort. Nasib baik Harry terselamat dan menghalang Voldemort dari memperolehi batu hikmat. Usaha mereka telah diberi ganjaran oleh Profesor Dumbledore dan mereka dapat menaikkan mata rumah Gryffindor untuk memenangi piala rumah.
Pendapat
Harry Potter dengan Batu Hikmat adalah terjemahan karya asal J. K. Rowling iaitu Harry Potter and the Philosopher’s Stone (atau dalam versi Amerika Harry Potter and the Sorcerer’s Stone). Saya meminati buku ini.

Posted at 6:42 pm | Comments (8)