29th June, 2014

Pak Pandir

pak pandir

Nama: Yeoh Kar Yan

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku: Pak Pandir

Pengarang: Muhammad Ali

Latar tempat: Rumah Pak Pandir

Watak: Pak Pandir, isteri Pak Pandir

Plot:
Permulaan : Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu basah dan kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya membaiki rumah mereka.

Perkembangan : Mak Andih mendapat satu akal, dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka.Esoknya, Mak Andih meminta Pak Pandir mencari kerja dan katanya, ada orang di hujung kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki rumahnya yang sudah buruk dan Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana dan lama-lama Pak Pandir bersetuju.

Klimaks : Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar atap yang bocor, mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai yang roboh. Sepekan dia bekerja keras, tuan rumah melayannya dengan baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman.

Peleraian : Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah baru. Pak Pandir mendapat upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang. Dia menunjukkan wang upahan kepada Mak Andih isterinya. Tiba-tiba Pak Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling. Rupa-rupanya rumah yang dibaiki olehnya itu ialah rumahnya sendiri.

Rumusan: Kisah Pak Pandir membaiki rumahnya yang bocor.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya dapati bahawa hanya dengan rajin berusaha, kita baru dapat mencapai hasrat kita.

Posted at 9:54 pm | Comments (8)


8 Comments

  1. On August 17, 2014 at 9:20 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    August 17, 2014 at 9:20 pm

    Nama: Teo Jia Wei
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 10068

    Pada pendapat saya, jalan cerita ini mudah difahami. Di samping itu, pembaca didedahkan kepada kepentingan nilai kerajinan dalam hidup. Saya amat suka akan cerita ini.

  2. On September 17, 2014 at 12:26 am s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 17, 2014 at 12:26 am

    Nama: Teoh Siew Huey
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10139

    Pada pendapat saya, cerita ini mengajar kita pengajaran dan nilai yang positif. Antara nilai yang dapat dilihat ialah nilai kerajinan. Usaha yang berterusan amat penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Cerita ini ringkas dan banyak kosa kata dapat dipelajari.

  3. On September 19, 2014 at 12:12 am s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 19, 2014 at 12:12 am

    Nama: Serene Neoh Minxin
    Kelas: S5A
    No. Sekolah:10164
    Jalan cerita ini sangat menarik. Mak Andih sangat bijak kerana membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka. Kita hendaklah menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.

  4. On September 24, 2014 at 10:12 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 24, 2014 at 10:12 pm

    Nama: Jemmima Lim Sing Yee
    Kelas: S5A
    No. Sekolah:10183
    Cerita ini mengajar pembaca supaya sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang yang menghadapi kesusahan. Jasa dan budi baik kita akan dikenang dan dibalas kepada kita apabila kita berada dalam kesusahan. Oleh itu sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing wajar dihindari untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.

  5. On September 25, 2014 at 4:20 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 4:20 pm

    Nama: Ooi Zher Ying
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10162

    Cerita ini sangat menarik. Pengarang menggunakan kreativitinya untuk mencipta plot cerita yang baru dan lucu. Mak Andih seorang yang sangat bijak kerana dia tahu akan perlakuan suaminya yang hanya bekerja untuk mendapat upah. Saya sangat suka akan cerita ini dan berharap dapat membaca novel ini.

  6. On September 25, 2014 at 5:39 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:39 pm

    Nama : Lim Jia Yu
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10052

    Saya suka akan watak utama dalam cerita ini. Kudang telah menunjukkan banyak nilai dan sifat yang baik yang harus kita contohi. Buku ini juga menambat hati saya. Hal ini demikian kerana penggunaan klosa kata oleh pengarang. Pengarang telah banyak menggunakan perkataan yang menarik dan mudah difahami. Buku ini amat sesuai untuk pelajar yang lemah dalam Bahasa Malaysia kerana pelajar dapat meningkatkan penguasaan terhadap Bahasa Malaysia.

  7. On September 25, 2014 at 5:39 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:39 pm

    Nama : Ch’ng Zi Yuan
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10146

    Saya tertarik akan cerita ini.Selain jalan cerita yang menarik itu, saya juga suka akan penggunaan klosa kata oleh pengarang.Pengarang telah menggunakan pelbagai klosa kata yang mudah faham tetapi menarik dalam cerita ini.Sebagai pelajar yang lemah dalam penulisan Bahasa Malaysia, saya telah banyak memperlajari kata-kata yabg amat berguna melalui cerita ini.Saya akan mengesyorkan buku ini kepada kawan saya yan ingin menguatkuasakan Bahasa Malaysianya

  8. On September 25, 2014 at 5:39 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 5:39 pm

    Nama : Hoo Sue Yuen
    Kelas: S5a
    No Sekolah : 10115

    Saya tertarik akan jalan cerita ini.Saya juga suka akan penggunaan klosa kata oleh pengarang.Pengarang telah menggunakan pelbagai klosa kata yang mudah faham tetapi menarik dalam cerita ini.Sebagai pelajar yang lemah dalam penulisan Bahasa Malaysia, saya telah banyak memperlajari kata-kata yang amat berguna melalui cerita ini.Saya akan mengesyorkan buku ini kepada kawan saya yang ingin mempertingkatkan Bahasa Malaysianya.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.