28th June, 2014

Seharum Kasih

images

 

 

 Nama: Jennifer Cheah Zhi Yee Kelas : S5A
No. Sekolah : 10288 No.Panggilan Buku :  
Judul Buku : Seharum Kasih  
Pengarang : Aina Emir Tahun Penerbitan/ Edisi: 2012  
 

 

Latar tempat

Di sebuah bandar.

Watak dan Perwatakan

  1. Rasya Aleeya
  • Isteri kepada Reeza.
  • Sanggup berkorban untuk berkahwin dengan Fahmi walaupun dirinya tidak mencintainya kerana hendak mencapai harapan ibu Fahmi yang menghidapi kanser.
  • Pemurah kerana sanggup menerima Hilda sebagai isteri kedua Reeza.
  1. Syed Reeza
  • Suami Rasya.
  • Bertimbang rasa orang lain. Dia tetap menerima Rasya selepas mengetahui keperitan Rasya berkahwin dengan Fahmi.
  1. Hilda
  • Gadis yang Reeza berkenal di Bandung.
 

Konflik/Plot

 

Rasya Aleeya tidak menyangka dengan hanya bersms hatinya boleh berdetak. Senang melayani SMS yang diterima dari jejaka yang tidak pernah dikenali itu. Hanya namanya yang diketahui. Reeza! Nama itu bagai melekat di hatinya. Kemudian mereka saling berbalas panggilan pula. Indahnya saat berbicara dengan jejaka itu walaupun tidak mengenal paras rupa. Pertemuan yang dirancang mengetarkan jiwa. Dan bila melihat ketampanan jejaka itu, Rasya Aleeya bagai hilang keyakinan. Layakkah dia untuk bergandingan dengan jejaka itu. Keturunan Syed pulak tu. Namun semua itu luntur dengan kesungguhan Syed Reeza untuk memiliki dirinya.  Namun ketika bunga-bunga cinta baru mulai memekar, datang fitnah dan tomahan. Adri, bekas suami Tengku Maria memberitahunya yang Tengku Maria mengandungkan anak Reeza. Rasya Aleeya yang termakan fitnah itu terus mempercayai dan bertindak meninggalkan Reeza tanpa memberitahu apa puncanya.

 

Akibat mempercayai kata-kata Adri, Rasya Aleeya bertindak menerima pinangan sepupunya, Fahmi yang memang menaruh perasaan padanya sejak kecik lagi. Opahnya paling gembira kerana opahnya memang mahu melihat Rasya Aleeya bersatu dengan Fahmi.  Reeza yang tertekan dengan tindakan drastik Rasya Aleeya bertindak memaksanya memberitahu apa sebabnya Rasya Aleeya meninggalkannya. Akhrinya kebenaran terbongkar jua. Namun, semua sudah terjadi. Rasya Aleeya kini tunangan orang. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memutuskan pertunangan dengan Fahmi.

 

Walaupun dia tunangan orang, namun perhubungannya dengan Reeza tetap berjalan seperti biasa. Bercuti bersamanya adalah saat paling indah dalam hidupnya. Pulau Redang menyaksikan bertapa dalamnya cinta mereka. Terlupa pada status dirinya. Lupa pada Fahmi yang ternanti-nanti khabar darinya.  Sekembalinya dari Pulau Redang, ibu Fahmi sakit tenat. Kanser pangkal rahim yang menyerangnya sudah sampai ke tahap kritikal. Ibunya mahu melihat Fahmi dan Rasya Aleeya disatukan sebelum dia menutup mata. Rasya Aleeya serba salah. Dia tidak mahu hidup bersama lelaki yang tidak dicintai itu. Dia mahukan Reeza, cinta hatinya. Namun pujukan Fahmi melemahkan dirinya. Fahmi memintanya menunaikan permintaan terakhir ibunya dan selepas itu sekiranya Rasya Aleeya masih tidak dapat menerima dirinya mereka akan berpisah dan Rasya Aleeya bersetuju dengan rancangan Fahmi.

 

Reeza yang tidak dapat menerima berita perkahwinan Rasya Aleeya telah jatuh sakit. Jiwanya tidak tenteram dan bayangan Rasya Aleeya terus menghantuinya. Ibu bapanya menghantarnya ke Bandung untuk mengubati penyakit yang dideritainya. Reeza perlu dibawa jauh dari Kuala Lumpur untuk dipulihkan semangatnya. Berbulan-bulan Reeza terlantar di Bandung. Hanya Hilda, gadis manis anak teman ibunya yang setia di sisi. Namun kehadiran Hilda tidak sedikit pun memberi kesan pada hatinya.

 

Seminggu lepas kematian ibu Fahmi, Fahmi dan Rasya Aleeya berbincang tentang hubungan mereka. Rasya Aleeya tetap dengan keputusannya dan Fahmi juga tidak mahu terus menjadi suami yang dayus untuk terus memaksa Rasya Aleeya kekal bersamanya sedangkan hati Rasya Aleeya masih pada lelaki lain. Fahmi yang biasa dengan urusan di mahkamah telah menguruskan supaya perkahwinan mereka ditamatkan. Ini kerana mereka tidak pernah bersama dan status Rasya Aleeya adalah janda berhias. Walau apa pun gelarannya, dirinya tetap seorang janda. Dan kerana malu dia tidak menghubungi atau berjumpa dengan Reeza. Malu kerana berkali-kali dia meninggalkan Reeza. Dia berdoa semoga Reeza bertemu dengan gadis yang lebih baik dari dirinya. Walau dia menderita tetapi dia redha kerana ini adalah kesilapannya.

 

Pertemuan kembali antara Reeza dan Rasya Aleeya membangkitkan kenangan lama. Rasya Aleeya tidak menceritakan siapa dirinya kini. Dia tidak mahu Reeza kembali padanya dan terluka lagi. Namun tidak bagi Reeza. Dia bersungguh-sungguh ingin mendampingi Rasya Aleeya dan apabila dia mengetahui yang Rasya Aleeya sudah bersendirian makin kuat perasaan itu. Rasya Aleeya serba salah kerana diketahuinya yang Reeza adalah tunangan Hilda.

 

Namun jodoh dan pertemuan adalah ketentuan tuhan. Sudah ditakdirkan Rasya Aleeya akan menjadi milik Syed Reeza. Perkahwinan bersyarat itu amat memeritkannya. Walang hatinya kerana terlanjur berjanji untuk membenarkan suami tercinta mengahwini Hilda kerana tidak mahu persahabatan antara kedua ibu bapa Reeza tergugat bersama kedua-dua orang tua Hilda. Sakitnya hati melihat Reeza bermesra dengan Hilda walaupun hanya di telefon. Reeza membawa Rasya Aleeya berbulan madu di Bali. Berat hati Rasya Aleeya mengikut suaminya kerana dia tahu Reeza mahu ke Bandung bertemu Hilda. Namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana dirinya yang beria-ia menyuruh Reeza mengambil Hilda sebagai isteri keduanya.

 

Pertemuan dengan Hilda merobek-robek hatinya. Di mengakui Hilda seorang gadis yang baik. Malah lebih baik dari dirinya. Namun untuk menerima Hilda sebagai madunya amat memeritkan tambahan pula sayang dan cintanya pada Reeza seluas lautan. Pada Reeza di luahkan perasaannya. Apa yang terpendam di hatinya di luahkan pada Reeza agar suaminya ini mengerti perasaannya. Ketidaksanggupannya berkongsi kasih suami. Namun hatinya bertambah walang apabila Reeza hanya menyuruh dia bersabar kerana apa yang berlaku adalah kemahuan Rasya Aleeya sendiri.

Rumusan

Sekali lagi bertemu Hilda, bagai belati yang menusuk hatinya, namun penjelasan Hilda membuatkan dirinya terpana. Sebenarnya ini semua adalah rancangan Reeza untuk memberi pengajaran kepada Rasya Aleeya supaya lebih memahami perasaannya. Sakit yang dirasakan Rasya Aleeya adalah sama sakitnya dengan apa yang ditanggung Reeza apabila Rasya Aleeya membuat keputusan meninggalkannya tanpa kata-kata dahulu. Bukanlah tujuannya untuk membalas dendam tapi untuk menyedarkan Rasya Aleeya supaya lebih prihatin dan berfikir sebelum membuat sebarang keputusan. Rasya Aleeya bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Syed Reeza. Dia berdoa semoga rumah tangga yang dibina ini akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhirnya.

Pendapat

Cerita novel ini amat menarik dan telah menambat hati saya. Saya telah memperoleh beberapa nilai dalam novel ini seperti nilai tolak ansur dan sanggup berkorban untuk orang lain.

 

 

 

 

Posted at 11:57 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Setelah Hati Dimiliki

23887_449941215056260_808234299_n

 

 

 

 Nama: Jennifer Cheah Zhi Yee Kelas : S5A
No. Sekolah : 10288 No.Panggilan Buku :  
Judul Buku : Setelah Hati Dimiliki  
Pengarang : Rozita Abd. Wahab Tahun Penerbitan/ Edisi: 20 Jul 2012  
 

 

Latar tempat

Di sebuah bandar.

Watak dan Perwatakan

 

  1. Auni Filzah
  • Kakak kepada Amni.
  • Isteri kepada Adam
  • Sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah keluarga. Auni Filzah sanggup bersetuju dengan rancangan Puan Mariam supaya maruah ibu bapanya dipelihara.
  • Sabar. Auni Filzah tetap sabar menerima panas baran Fikri walaupun Fikri selalu melakukan tanpa memperdulikan perasaannya.
  1. Adam
  • Suami kepada Auni Filzah.
  • Prihatin kepada kesihatan Auni Filzah.
  1. Fikri
  • Bekas suami Auni Filzah.
  • Menjadi pemarah dan panas baran selepas rahsia Auni Filzah terbongkar.
  • Insaf. Fikri telah menyesal dan insaf terhadap Auni Filzah.

 

 

Konflik/Plot

 

Auni Filzah seorang wanita yang memiliki segalanya. Namun dia masih bersendiri.  Kemelut percintaan adiknya, Amni dengan tunangannya Fikri, sedikit sebanyak memberi tempias kepadanya. Semakin dekat tarikh pernikahan mereka, Amni pula menjarakkan diri dari Fikri.  Kepulangan Hadi mengejutkan Auni. Hadi adalah abang sepupunya yang merajuk membawa diri ke Sabah kerana hasratnya untuk mengahwini wanita idamannya yang dihalang oleh ibu bapanya. Kononnya Hadi diguna-gunakan oleh perempuan itu yang merupakan seorang janda anak dua. Hadi tidak dapat menerima kenyataan itu dan melarikan dirinya.   Tindakan Amni pulang ke kampung bersama seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai bakal suaminya amat mengejutkan ibu bapanya termasuk Auni. Amni meminta kebenaran ayahnya untuk menikahi Zamarul yang sebaya ayahnya itu. Auni tidak sabar melihat kelakuan adiknya itu. Terjadi perang mulut antara keduanya. Akhirnya Amni mengaku sudah terlanjur bersama Zamarul dan akibat dari perbuatan mereka itu, Amni kini mengandung. Oleh itu, ayahnya terpaksa menikahkan mereka berdua.

 

Bersemuka dengan keluarga Fikri bukanlah suatu yang mudah. Ketegasan ibu Fikri, Puan Mariam tidak mampu dilentur oleh sesiapa. Puan Mariam mahukan majlis perkahwinan diteruskan jugak. Puan Mariam mahukan Auni sebagai ganti Amni. Jika tidak, dia akan menyaman keluarga Auni. Permintaan itu memeningkan kepala Auni kerana menerima bererti rahsia yang selama ini tersimpan kemas pasti akan terbongkar. Dia tidak mahu itu terjadi. Dia tidak mahu melukakan hati ibu dan ayahnya lagi. Cukuplah Amni yang menjadi duri dalam keluarganya.   Auni berjumpa Umi Aminah, wanita yang amat memahami perasaannya itu. Lama dia tidak bertemu dengan wanita itu. Semuanya kerana Adam. Jejaka yang muda setahun darinya itu telah meluahkan hasrat hati untuk mengahwininya. Hasrat itu ditolak oleh Auni. Bukan kerana jarak usia mereka tetapi kerana Adam adalah bekas adik iparnya. Adik kepada arwah suaminya, Amzar yang dinikahinya sewaktu mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di luar negara dahulu. Pernikahan yang dirahsiakan dari ibu dan ayahnya. Hanya Umi Aminah dan Adam serta seorang rakan karibnya, Lily sahaja yang tahu rahsia ini. Dan kerana rahsia ini juga lah dia keberatan untuk menerima Fikri sebagai suaminya. Dia pasti akan diceraikan oleh Fikri seandainya rahsianya ini diketahui. Tetapi dia tidak sanggup untuk memberitahu Fikri perkara sebenar sebelum mereka berkahwin kerana tidak mahu menambah malu dan luka yang ditanggung ayah dan ibunya.  Akhirnya Auni bersetuju dengan rancangan Puan Mariam. Semangat dan nasihat yang diberikan oleh Umi Aminah telah menyedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Biarlah dia berkorban demi maruah ibu dan ayahnya. Walaupun dia tahu dia akan diceraikan oleh Fikri apabila rahsianya terbongkar, dia akan menerima segalanya dengan tabah. Itu tekadnya.

 

Puan Mariam sangat gembira dengan persetujuan Auni. Dia memang sangat sukakan Auni berbanding Amni. Hati tuanya terpikat dengan perilaku dan kesopanan Auni. Walaupun Amni lebih cantik berbanding Auni tetapi Auni ada kelebihannya yang tersendiri.  Majlis pernikahan mereka dijalankan dalam suasana meriah walaupun tiada pelamin persandingan. Masing-masing masih bersikap dingin antara satu sama lain. Masih kekok kerana masing-masing tiada perasaan sayang dan cinta dalam hati mereka.

 

Hari berlalu, tanpa sedar tumbuh suatu perasaan yang sukar dimengertikan oleh Auni. Mungkin kerana mereka selalu bersama maka perasaan indah itu terbit jua di dalam hati. Tetapi Auni tidak mahu terus-terusan mempunyai perasaan itu kerana dia takut untuk menyatakan rahsia yang disimpannya.  Fikri juga tidak menyangka yang perasaannya mulai berubah. Ada getar rindu untuk isteri yang dinikahi tanpa perasaan cinta itu. Dia tidak sedar bila masanya dia mulai menyayangi Auni. Tetapi dia dapat merasakan Auni tidak mahu bermesra dengannya. Mungkin Auni belum dapat menerima dirinya sepenuhnya. Itu fikir Fikri.

 

Kepulangan Fikri dari outstation telah merubah segalanya. Kerana mahu melepaskan perasaan rindu yang bersarang di hati, Fikri telah melakukan perbuatan yang amat ditakuti oleh Auni. Apa yang disangka Auni nyata berlaku. Fikri mengamuk apabila menyedari dirinya telah ditipu. Disangka Auni seorang gadis, rupanya Auni adalah seorang janda kematian suami. Fikri tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia merasakan dirinya dikhianati dan ditipu oleh Auni. Hilang rasa sayang yang baru bercambah itu. Ditinggalkan Auni yang dalam sedu sedan menahan rasa.    Fikri mulai berubah. Menjadi seorang pemarah dan panas baran. Apa sahaja yang dilakukan oleh Auni salah di matanya. Auni terpaksa melalui semua itu dengan sabar. Dia tahu itu hukuman untuk dirinya. Fikri melakukannya seperti sampah yang tidak bernilai. Dirinya dikasari zahir dan batin. Bila Fikri menginginkannya, Fikri akan melakukannya tanpa memperdulikan perasaannya.

 

Sehingga Auni disahkan mengandung luar rahim dan dimasukkan ke hospital, Fikri masih tidak memperdulikannya. Fikri tidak mahu menghantar Auni ke hospital. Auni pergi sendiri ke hospital. Setelah dibedah untuk membuang janin yang tumbuh di luar rahimnya itu, Auni ditahan di wad. Adam yang setia bersama Auni sepanjang dirinya di hospital. Adam memberitahu Fikri akan keadaan Auni.  Fikri bergegas ke hospital apabila di beritahu yang Auni telah ditahan di hospital. Dia menyesal kerana tidak mengambil berat akan kesihatan Auni. Tetapi perasaan marah dan cemburunya kembali memuncak apabila melihat Adam bersama Auni. Ketika itu Adam sedang membantu Auni bangun untuk minum air.  Akibat kejadian itu, Fikri telah melafazkan talak kepadanya. Maka berakhirlah sebuah perkahwinan yang penuh dengan kemelut perasaan itu. Auni terseksa kerana dia mencintai Fikri. Tetapi cinta itu telah terhapus setelah apa yang dilakukan Fikri kepadanya.

 

Auni tinggal bersama Umi Aminah dan Adam setelah keluar dari hospital. Umi Aminah menjaganya seperti anaknya sendiri. Walaupun anaknya, Amzar telah tiada tetapi kasih sayangnya pada Auni tidak pernah berubah. Malah semakin sayang. Adam mulai menunjukkan sikap prihatin pada Auni. Kasih sayangnya semakin bercambah pada wanita yang pernah menjadi kakak iparnya itu. Sikap terlalu menjaga yang ditunjukkan Adam membuat Auni rimas. Dan kerana keadaan itu, Auni bertindak keluar dari rumah itu dan menyewa bersama rakan sekerjanya.  Fikri mulai menyedari kesilapannya. Dia menyesal kerana memperlakukan Auni sedemikian rupa. Dia masih cintakan Auni. Sedaya upaya dia mahu kembali kepada Auni. Tetapi tidak dilayan oleh Auni. Dia rimas di ganggu oleh Fikri yang terus-terusan memujuk rayunya. Juga Adam yang tidak mahu mengerti akan dirinya. Dalam kemelut itu, Hadi menawarkan diri untuk mengahwininya. Auni terkejut dengan permintaan Hadi itu. Tetapi setelah difikir semasak-masaknya, akhirnya Auni menerima lamaran Hadi.

 

Fikiran Auni terganggu. Dia tahu dia sudah tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi. Dia mahu membuat pengakuan pada ibu dan ayahnya. Dan kerana itu dia kembali ke kampung. Tetapi di kampung dia dikejutkan dengan kejadian yang tidak disangkanya. Dia terlihat Hadi memeluk Amni dan mencium pipi adiknya itu. Auni angin dengan kejadian itu. Akhirnya, Hadi membuka rahsia yang mereka sekeluarga berpakat untuk menolong Fikri mendapatkan Auni. Ibu dan ayah Auni telah tahu rahsia yang disimpan oleh Auni dan berasa bersalah dengan Fikri. Sebenarnya, Hadi telah bernikah dengan Amni yang telah bercerai dengan Zamarul  tanpa pengetahuannya. Rancangan untuk menyatukan Fikri dengan Auni adalah rancangan ibu dan ayah serta Amni. Amni menyangka yang Auni masih mencintai Fikri.

Rumusan

Auni membawa diri ke rumah Umi Aminah. Hanya di situ dia diterima. Hanya di situ tempat dia mencurahkan rasa hati yang kecewa. Hanya pada Umi Aminah dan Adam yang memahami gelodak hatinya. Akhirnya, Auni bersetuju menerima Adam sebagai suaminya.

 

Auni berasa sangat bahagia. Adam memanjakan seperti kanak-kanak yang dahagakan kasih sayang. Seluruh perhatian tertumpah kepadanya. Hatinya tersentuh dengan kasih sayang diberikan Adam. Kasih sayang yang melebihi kasih sayangnya. Adam menasihatkan Auni supaya memaafkan keluarganya. Mereka hanya mahukan Auni bahagia. Walaupun caranya tidak kena pada tempatnya. Akhirnya, Auni menerima kata-kata suaminya itu. Dia terkejut kerana dia menyangka Fikri yang membuka rahsianya tetapi sebenarnya Hadi lah orang yang membuka rahsianya kepada orang tuanya. Dia mulai dihantui perasaan bersalah terhadap Fikri. Dia menuduh Fikri yang mengucar-kacirkan hidupnya. Adam mulai terasa dengan sikap Auni. Dia merasakan Auni menyesal memilihnya sebagai suami. Tetapi Auni cepat-cepat meyakinkan Adam yang dirinya tidak salah membuat pilihan. Adam adalah seorang suami yang tercipta untuk dirinya. Cinta dan sayangnya hanya pada Adam. Tidak pada yang lain. Semoga bahagia ini milik mereka sehingga ke akhirnya.

 

Pendapat

Cerita novel ini amat menarik dan telah menyentuh hati saya. Saya juga memperoleh beberapa nilai dalam novel ini. Contohnya, nilai sabar dan sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah keluarga telah terpapar dalam novel tersebut.

 

 

 

 

Posted at 11:39 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Cinta Jangan Sembunyi

novel pertama

 

 

 

 

 Nama: Jennifer Cheah Zhi Yee Kelas : S5A
No. Sekolah : 10288 No.Panggilan Buku :  
Judul Buku : Cinta Jangan Sembunyi  
Pengarang : Arfa Ardiya Tahun Penerbitan/ Edisi: 2011  
 

 

Latar tempat

Di sebuah bandar.

Watak dan Perwatakan

  1. Amni Nazuha
  • Bekerja sebagai akauntan.
  • Isteri kepada Zairul Idzhan.
  • Sedia memaafkan orang lain. Amni Nazuha tetap sudi memaafkan orang lain walaupun orang itu pernah menyakit hatinya.
  1. Zairul Idzhan
  • Suami kepadaZairul Idzhan.
  • Mudah terpengaruh. Zairul telah yakin perkataan Faizul bahawa Amni Nazuha mengahwini dengannya kerana mahu membuat Faizul cemburu dan bukan kerana Amni Nazuha  mencintainya.
  • Sabar. Zairul Idzhan telah menunggu Amni Nazuha selama 2 tahun untuk mengharapkan Amni Nazuha boleh memaafkannya.
  1. Faizul
  • Orang yang menyebabkan Zairul Idzhan menyalah faham Amni Nazuha.
  • Meninggal dunia akibat kemalangan.
 

Konflik/Plot

.  Amni Nazuha terbelenggu dalam trauma kerana ditinggalkan oleh orang yang amat disayanginya. Akibatnya, hatinya menjadi sekeras batu dan perasaannya menjadi mati untuk bergaul mesra dengan orang di sekelilingnya. Yang rapat dengannya adalah rakan serumahnya iaitu Zaza. Dunianya hanya pada pekerjaannya. Sebagai seorang akauntan, masanya banyak dihabiskan dengan membuat kerja-kerjanya dengan teliti. Kehadiran rakan serumahnya yang baru, membuat dia berasa tidak selesa. Bukan dia sombong, tetapi kenangan silam yang pahit tidak dapat dihapuskan dari otak fikirannya. Namun, kata-kata semangat dari Zaza melunturkan ketakutannya. Akhirnya dia mampu bergelak ketawa bersama teman-teman serumahnya bagai satu keluarga.

 

Pertemuan semula dengan Zairul Idzhan berjaya membuat hati wanitanya berdetak. Zairul Idzhan merupakan rakan sekelasnya di sekolah rendah. Setelah mereka dewasa, mereka pun terputus hubungan. Pada mulanya, dia langsung tidak merasakan apa-apa perasaan pada lelaki itu tetapi lama-kelamaan hatinya terusik jugak dengan kesungguhan Zairul Idzhan untuk memiliki dirinya. Dalam tidak sedar dia mulai merindui lelaki itu.  Sedang diri di landa bahagia bersama Zairul Idzhan, muncul Faizul menagih cinta lama. Cinta yang dia sendiri musnahkan. Amni Nazuha tidak sesekali lupa pada kejadian itu di mana Faizul dengan selamba bermesra bersama Rina di hadapan matanya. Hatinya bagai dihiris sembilu apabila Faizul mengatakan dia telah bercinta dengannya. Tanpa kemesraan dan tanpa keseronokan yang dihajatinya dari seorang perempuan. Amni Nazuha pasrah dengan keputusan Faizul. Tetapi kenapa lelaki itu kembali dalam hidupnya. Dia tidak memberitahu perkara itu kepada Zairul Idzhan kerana tidak mahu Zairul Idzhan berfikir yang bukan-bukan tentang perkara itu.

Tak cukup dengan kehadiran Faizul yang menganggu hidupnya, kehadiran Nazira juga membuatkan hatinya gundah-gulana. Walau sudah 6 tahun berlalu, tetapi kejadian itu masih segar di ingatannya. Fitnah dan kata cerca yang dihemburkan padanya tidak dapat dilupakan begitu sahaja. Keadaan Ira yang sarat mengandung itu juga sedikit pun tidak melembutkan hatinya. Dia tidak ingin melihat kelibat Ira dalam hidupnya lagi.  Keputusannya untuk menerima lamaran Zairul Idzhan amat mengembirakan lelaki itu. Tidak disangka Amni Nazuha menerima lamarannya yang terbiar sepi. Mereka disatukan menjadi suami isteri yang sah namun perubahan Zairul Idzhan ketara di mata Amni Nazuha. Malam pertama tidak menjanjikan keindahannya apabila Zairul Idzhan membiarkan dia terbiar sepi. Amni Nazuha buntu. Dia tidak tahu di mana silapnya.

 

Zairul Idzhan membawanya tinggal di rumahnya. Di sana mereka tidur berasingan. Zairul Idzhan keliru dengan dirinya. Dia mempercayai kata-kata Faizul yang ditemuinya 2 hari sebelum majlis perkahwinannya dulu. Faizul mengatakan yang Amni Nazuha mengahwininya kerana mahu membuat Faizul cemburu. Bukan kerana Amni Nazuha  mencintainya kerana Amni Nazuha mencintai Faizul bukan dirinya. Kenyataan itu amat perit baginya. Mahu bertanya dia bimbang andai jawapan Amni Nazuha mengecewakan dirinya. Sudahnya dia menghukum Amni Nazuha di atas kesalahan yang tidak diketahui oleh isterinya itu.  Pelawaan Amni Nazuha untuk makan tengahari bersama suaminya ditolak dengan alasan ada mesyuarat. Tetapi kecurangan Zairul Idzhan terbongkar di depan mata Amni Nazuha. Dia melihat  kemesraan Zairul Idzhan dengan seorang perempuan yang seksi berjalan berpeluk-pelukan. Hatinya dihiris sembilu mengenangkan kejadian itu. Dia mahukan penjelasan dari suaminya tetapi apa yang dia dapat hanya amarah sang suami pada dirinya.

 

Zairul Idzhan bagai tidak percaya melihat Faizul dan Amni Nazuha bertengkar di tempat letak kereta. Di situ dia tahu kebenarannya. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Dia berdosa kerana meragui kasih dan sayang isterinya. Setelah mendengar pengakuan Amni Nazuha yang dia mencintai Zairul Idzhan, hatinya berbunga riang. Tahulah dia kini Faizul sengaja membuat fitnah supaya hubungannya dengan Amni Nazuha berantakan dan dia dapat kembali ke sisi Amni Nazuha akhirnya. Licik sungguh permainan Faizul.  Pertolongan yang dilakukan Zairul Idzhan memakan dirinya sendiri. Dia termasuk perangkap Faizul akhirnya. Dia ditangkap berkhalwat dengan Ira. Wanita yang amat dibenci Amni Nazuha. Penjelasan dari Zairul Idzhan tidak diendahkannya. Dia nekad membawa diri ke luar negara. Membawa hati yang terluka dan sengsara.

 

Rumusan

2 tahun sudah berlalu, kini Amni Nazuha kembali ke tanah air. Dia berharap kembalinya kini memberikan ruang untuknya memulakan kehidupan yang baru. Di majlis perkahwinan Zaza, dia bertemu kembali dengan Zairul Idzhan. Melihat kemesraan antara Ira dan Zairul Idzhan hatinya bagai dihiris.  Masih bersisa sayangnya pada lelaki itu. Tetapi di kuis rasa itu. Dia mahu bergembira untuk kawan baiknya di majlis perkahwinannya.

 

Amni Nazuha kembali ke tempat kenangan antaranya dengan Zairul Idzhan suatu masa dahulu. Dan tanpa disedarinya, Zairul Idzhan juga mengikutinya ke sana. Di sana mereka merungkai permasalahan. Dan alangkah terkejutnya Amni Nazuha apabila mengetahui yang Zairul Idzhan tidak mengahwini Ira tetapi sebaliknya suami Ira adalah Adrian, teman sepejabatnya dahulu. Dan yang lebih mengejutkannya lagi orang yang menghantar gambar dan membuat laporan di pejabat agama dulu adalah Faizul. Dan Faizul juga telah meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya.

Amni Nazuha bersyukur segala permasalahan telah terungkai. Dan yang lebih menggembirakannya hubungannya dengan Zairul Idzhan masih seperti dulu. Zairul Idzhan begitu sabar menanti kepulangan dirinya. Amni Nazuha tersentuh dengan kesabaran dan kesungguhan Zairul Idzhan itu. Akhirnya kasihnya berlabuh jua di pangkuan Zairul Idzhan.

 

Kepulangan Syamim mengembirakan Amni Nazuha. Kawan baiknya sewaktu di universiti dulu. Mereka sering berhubung melalui emel dan berbual-bual di internet sahaja. Syamim mahukan Amni Nazuha memaafkan segala perbuatan Ira dahulu. Kerasnya hati Amni Nazuha tidak dapat disangkal lagi tetapi segalanya berubah apabila Ira di masukkan ke hospital akibat terjatuh di bilik air. Ira yang sedang mengandung itu selamat melahirkan selepas kejadian itu. Tiada yang paling indah selain dari penerimaan maaf dari Amni Nazuha. Ira bersyukur sangat kerana Amni Nazuha sudi memaafkan dirinya. Kini mereka bertiga kembali bersatu dalam gelak dan tawa. Dia bersyukur dengan nikmat dan bahagia yang dikurniakan ke atasnya.

 

Pendapat

Cerita novel ini amat menarik dan amat senang untuk difahami. Saya telah memperlajari beberapa nilai dalam novel ini seperti nilai toransi, nilai rasional dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

Posted at 11:11 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Pilihan Mama

Pilihan_Mama___p_4d7458fcc8550_176x252

 

 

 

 

 Nama: Jennifer Cheah Zhi Yee Kelas : S5A
No. Sekolah : 10288 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Pilihan Mama
Pengarang : Umie Nadzimah Tahun Penerbitan/ Edisi: 2011

 

Latar tempatDi sebuah bandar.
Watak dan Perwatakan

  1. Aisyah
  • Arwahnya meninggal dunia selepas beberapa jam mereka bernikah.
  • Akhirnya berkahwin dengan Aiman.
  • Setia kepada suami. Aisyah sukar untuk mencari suami kerana mempunyai cintanya yang kuat kepada arwahnya.
  1. Aiman
  • Bekas kekasih kepada Sarah.
  • Berkahwin dengan Aisyah pada akhirnya.
  • Mengambil berat terhadap ibunya. Dia memarahi Aisyah selepas mengetahui Aisyah yang menyebabkan ibunya pengsan dan dimasuki ke hospital.
  1. Sarah
  • Bekas wanita Aiman.
  • Hendak berhijrah ke keluar negara apabila kes perceraiannya dengan suaminya selesai.
 Konflik/Plot

Aisyah yang kematian suami selepas beberapa jam mereka bernikah.   Kesetiaan Aisyah membuatkan beliau sukar mencari ganti lebih-lebih lagi akibat cintanya yang kuat kepada arwahnya.   Keluarga arwah tetap baik dan menyayangi Aisyah walaupun arwah telah tiada. Ikram atau Aiman pula sedang menanti wanita bilamana beliau pernah dilukai oleh Sarah, walaupun dia dipujuk oleh ibunya untuk berkahwin, namun Aiman masih tetap belum mencari pengganti kerana hatinya belum terbuka.

 

Suatu hari ditakdirkan ibu Aiman bertemu Aisyah di rumah ibu mertuanya.   Beliau amat simpati dengan Aisyah lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui sejarah Aisyah.  Beliau berhasrat menjadikan Aisyah menantunya namun ditolak oleh Aiman.  Tanpa disangka pada suatu hari ibu Aiman telah meminang Aisyah dan apabila Aisyah menolaknya permintaannya. Selepas mendengar balasan Aisyah, ibu Aiman terkejut dan dimasukkan ke hospital. Aisyah yang berasa bersalah telah menggagahkan diri melawat ibu Aiman di hospital, namun Aiman yang begitu marah apabila mengetahui ibunya pengsan kerana Aisyah menolak permintaan ibunya lalu Aiman pun memarahi Aisyah.  Aisyah yang berasa kurang selesa pada waktu itu pun memohon untuk pulang.  Ibu Aiman telah menerangkan perkara sebenarnya kepada Aiman yang mana sebenarnya beliau telah melamar Aisyah tanpa pengetahuan Aisyah dan bukan salah Aisyah sebenarnya. Aiman berasa bersalah kepada Aisyah dan ibunya memaksa Aiman berjumpa dengan Aisyah dan memohon maaf.

 

Aiman dan Aisyah walau dengan berat hati namun mereka juga terpaksa berjumpa.   Mereka ibarat anjing dengan kucing, mereka akan sentiasa bertengkar apabila berjumpa. Lama-kelamaan layanan antara mereka agak kasar, namun mereka akan merasa kehilangan apabila satu hari tidak berhubungan. Secara diam-diam Aiman dan Aisyah mengakui mereka telah menyenangi satu sama lain.   Pada suatu hari secara tidak sengaja Aisyah telah terlanggar kereta Aiman.  Aiman telah mengambil kesempatan untuk menjadikan Aisyahsebagai kekasihnya selama 90 hari.  Jika Aisyah enggan, maka Aisyah terpaksa membayar ganti rugi kerosakan kereta Aiman dan Aiman akan membuat laporan kepada polis. Akhirnya Aisyah bersetuju dengan perjanjian tersebut. Aisyah perlu menyediakan makanan kepada Aiman dan Aiman perlu melayannya dengan baik.  Walaupun hanya perjanjian dalam kontrak yang dibuat secara verbal, namun dari sehari ke sehari Aiman maupun Aisyah semakin menyenangi satu sama lain.

 

Pada waktu yang sama, Angah iaitu abang kepada arwah suami Aisyah telah ditugaskan mengajar di Universiti yang sama dengan Aisyah.  Awalnya mereka berkawan biasa dan ibu Aisyah amat terkejut apabila Aisyah membawa Angah pulang ke kampung dan mengetahui Angah merupakan abang kepada arwah suaminya yang tidak pernah mereka menemui kerana beliau menuntut di luar negara dan tidak menghadiri majlis perkahwinan Aisyah.  Wajah mereka hampir serupa serta sikap ambil berat Angah kepadanya menyebabkan Aisyah menyenanginya, namun Aisyah hanya menganggap perhubungan mereka adalah sebagai adik dan abang sahaja.  Namun Angah yang telah mula menyukai Aisyahdan telah meluahkan hasratnya kepada ibunya. Namun ibunya menolak hasratnya kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

RumusanPada hari perkahwinan Aisyah,Sarah turut hadir sama.  Beliau merupakan teman baru Aisyah.   Aisyah mengenali Sarah apabila Aisyah pergi bercuti dan bersendirian melamunkan nasib diri.   Sarah datang kepadanya dan memberikan nasihat yang amat berguna kepada Aisyah agar tidak melakukan kesilapan sepertinya.  Sarah menghadiri  majlis mereka sebenarnya adalah bekas teman wanita Aiman.  Namun Aiman cuba merahsiakannya dan sememangnya beliau terkejut ketika mengetahui Aisyah mengenali Sarah. Aisyah yang mengetahui keadaan sebenarnya dan berasa marah dan ingin mendapatkan kepastian.   Namun akhirnya Aisyahmengetahui bahawa Aiman memang telah tidak menyimpan hati terhadap Sarah dan Sarah juga pernah menyakiti Aiman yang menyebabkan Sarah begitu menyesali. Sarah sememangnya tidak ingin menganggu kehidupan Aiman dan Aisyah.  Sarah kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke keluar negara apabila kes perceraiannya dengan suaminya selesai.
PendapatCerita novel ini amat menarik dan boleh difahami dengan mudah. Saya telah memperoleh beberapa nilai dalam novel ini seperti setia terhadap kekasih, prihatin terhadap ahli keluarga dan sebagainya.

Posted at 10:18 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Aku Yang Kau Tinggalkan

download (3)

 

 

 

 Nama: Jennifer Cheah Zhi Yee Kelas : S5A
No. Sekolah : 10288 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Aku Yang Kau Tinggalkan
Pengarang : Alina Haizar Tahun Penerbitan/ Edisi: Mac 2011

 

Latar tempat

Di sebuah bandar.

Watak dan Perwatakan

  1. Nia Atirah.
  • Memerlukan wang bagi membantu keluarganya dan bersetuju berkahwin dengan Zaril.
  • Isteri kepada Zaril dengan syarat.
  • Sanggup berkorban untuk keluarga. Nia sanggup berkahwin dengan Zaril untuk membantu keluarganya yang menghadapi masalah kewangan.
  1. Zaril Ikhwan
  • Memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit dan bersetuju atas perkahwinannya dengan Nia.
  • Mudah terpengaruh oleh orang lain. Zaril telah mencurigai Nia mengandung anak orang lain tanpa memeriksa.
  1. Mak Zaril
  • Mengupah Nia menjaga anaknya dan menyuruh Nia berkahwin dengan anaknya.
  • Kejam. Selepas Zaril sembuh daripada penjagaan Nia, mak Zaril hendak Zaril bercerai dengan Nia.
 

Konflik/Plot

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril  Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit. Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia juga mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Rumusan

Selepas Nia balik dari Turin, Zaril pun membawa Nia pulang. Mereka tidak bercerai walaupun mak Zaril hendak mereka bercerai. Nia telah membawa seorang anak balik dari Turin dan anak itu merupakan anaknya dan Zaril yang pertama. Akhirnya,  rahsia Zaril terbongkar dan dia telah memaafkan Nia. Tidak beberapa kemudian, mereka mendapat anak mereka yang kedua.

Pendapat

Cerita novel ini amat menarik hati saya. Saya telah memperoleh beberapa nilai seperti nilai toleransi dan sanggup berkorban untuk keluarga dalam novel ini.

 

 

 

 

Posted at 9:16 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Status Hati Dia Milikku

download (2)

 

 

 

 Nama: Charlene Ong Wei Ling Kelas : S5F
No. Sekolah : 10277 No.Panggilan Buku :
Judul Buku : Status Hati Dia Milikku
Pengarang : Ayumi Syafiqah Tahun Penerbitan/ Edisi: Mei 2013

 

Latar tempat

Di sebuah kampung.

Watak dan Perwatakan

  1. Illsya Kirana
  • Gadis yang cantik dan berkerjaya.
  • Isteri kepada Edryzal.
  • Patuh kepada rancangan ibu,Kamariah dan berkahwin dengan Edryzal, anak kepada rakan baik lama ibunya, Dahlia.
  • Tidak mudah berputus asa. Walaupun  Edryzal selalu bersikap dingin terhadapnya,tetapi Kirana masih selalu berusaha mencari peluang berbual-bual dengannya.
  1. Edryzal
  • Suami kepada Kirana.
  • Anak kepada Dahlia.
  • Bersikap dingin terhadap Kirana pada mulanya kerana dia tidak mahu kecewa lagi sebab dia pernah berasa kecewa terhadap bekas temannya yang telah bercurang dengan rakan baiknya.
  • Taat kepada ibu. Dia telah berkahwin dengan Kirana, anak kepada rakan lama ibunya, walaupun dia sendiri tidak bersetuju.
  1. Kamariah
  • Ibu kepada Kirana.
  • Rakan baik kepada Kirana.
  • Menekan Kirana mencari jodoh semasa mencecah usia 26 tahun.
 

Konflik/Plot

Kirana  menerima pertunangan dengan Edryzal tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka. Selepas pertunagan mereka, Edryzal melayan Kirana dingin. Melalui adik Edryzal, Kirana telah mengetahui bahawa bekas wanita Edryzal telah bercurang dengan rakan baiknya dan mengetahui perubahan Edryzal yang menjadi  bersikap dingin.

Rumusan

Kirana telah berusaha mengubah pandangan Edryzal terhadapnya dan akhirnya Edryzal telah menerima Karina sebagai isterinya. Dia juga melayan Karina dengan baik dan selalu mengambil berat terhadap Karina. Akhirnya, mereka telah mendapat seorang cahaya mata.

Pendapat

Ya,kerana novel ini telah menyentuh hati saya kerana semangat Karina yang kental dan percintaan mereka yang begitu romantik.

 

 

 

Posted at 7:02 pm | Comments (14)

28th June, 2014

Terima Kasih Pak Uteh

Nama: Yeoh Kar Yan

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku: Terima Kasih Pak Uteh

Pengarang: Hakimi Muhammad

 

No.panggilan: MF HAKterima kasih pak uteh (TRB)

Latar tempat: Rumah Amir

Watak: Pak Uteh, Amir, Abang Amir, Kakak Amir, Ayah dan Ibu Amir

 

Plot:

Permulaan : Ayah dan Ibu Amir terpaksa pergi ke Johor Bahru untuk bekerja selama sebulan. Ayah meminta abangnya, Pak Uteh untuk menolong menjaga ketiga-tiga orang anaknya. Namun begitu, kakak dan abang Amir tidak menyenangi Pak Uteh untuk mencampur tangan dalam hal ehwal keluarganya.

Perkembangan : Kakak dan abang Amir mengajak Amir untuk makan di luar walaupun Pak Uteh sudah menyediakan makanan malam. Selepas makan malam, kakak dan abangnya teringat mereka telah mengajak kawan masing-masing untuk pergi ke pub walaupun Pak Uteh sudah berkali-kali menghalang mereka berbuat demikian. Amir terpaksa menaiki bas pulang ke rumah.

Klimaks : Apabila semua sudah balik ke rumah, Pak Uteh memarahi dan menegur mereka. Namun demikian, kakak dan abang Amir yang tidak menyukainya mengusir Pak Uteh dari rumah. Pada keesokan hari, rumah mereka telah berlaku kecurian.

Peleraian : Pak Uteh segera mengusir pencuri dan menyelematkan ketiga-tiga adik-beradik. Kakak, abang dan Amir insaf dan berterima kasih kepada Pak Uteh.

 

Rumusan: Tiga orang adik-beradik yang insaf atas perbuatan mereka terhadap Pak Uteh selepas berlakunya sebuah kes kecurian.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti kasih sayang terhadap keluarga. Selain itu, kita haruslah insaf jika membuat kesalahan.

Posted at 5:11 pm | Comments (6)

28th June, 2014

Mengharap Sinar Bahagia

10389558_838416732843212_3511326806894008154_n

 

Nama : Tan Jing Yi

Kelas  & No. Sekolah :  S5F

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku : MF HAZ

Judul Buku  : Mengharap Sinar Bahagia

Pengarang : Haziq Rahimi

Tahun Penerbitan : 2012

Latar tempat : Di Kajang

Watak dan Perwatakan : 

Watak Utama : Zaquan

-Suami kepada Aisyah dan Farhana

-seseorang yang berkasih sayang

Watak Sampingan :

1. Aisyah :

-isteri  Zaquan yang pertama

– ibu kepada Fahiman

2. Farhana :

-isteri Zaquan yang kedua

– ibu kepada Faraizya

– pernah menuntut pelajaran di Kolej Mutiara

 

Konflik/Plot : 

Zaquan telah ternampak seorang gadis yang cantik dan telah membuka hatinya kepada cinta itu, iaitu Aisyah. Aisyah juga telah jatuh cinta terhadap lelaki tampan ini. Zaquan meluahkan perasaannya kepada gadis tersebut lalu berjaya memperisterikan Aisyah. Tidak lama kemudian, Aisyah perlu balik ke kampung kerana ibunya telah sakit. Pada tempoh tersebut, Farhana, iaitu jiran Zaquan telah meluahkan hatinya kepada Zaquan bahawa dia sangat mengagum Aisyah kerana Aisyah mempunyai seorang suami yang sangat sayangkan dirinya. Farhana juga mengata bahawa dia ingin menjadi isteri Zaquan. Aisyah telah ternampak perbuatan suaminya dengan Farhana. Aisyah terus berlari ke dalam bilik dan tidak mendengar penjelasan suaminya. Beberapa hari kemudian, Aisyah telah memberitahu Zaquan bahawa dia telah mengandung. Demi kebahagian keluarganya, Zaquan tidak lagi berjumpa dengan Farhana. Beberapa bulan kemudian, Farhana tiba-tiba muncul dan mengatakan bahawa dia telah mengandung juga. Anak itu miliki Zaquan. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan berpegang kepada ajaran agama, Zaquan telah memperisterikan Farhana. Tidak lama kemudian, anak Aisyah juga dilahirkan tetapi anaknya mengalami mental disorder kerana bayi tersebut telah mengalami kekurangan oksigen semasa dilahirkan. Aisyah tidak dapat menerima hakikat tersebut lalu mengatakan bahawa suaminya yang menyebabkan anaknya begitu. Oleh sebab banyak pergaduhan telah berlaku, Zaquan telah menghantar Aisyah balik ke rumah ibunya supaya Aisyah dapat meredakan perasaannya. Farhana telah menjaga Fahiman semasa Aisyah tidak berada di rumah. Selepas perasaan Aisyah telah lebih stabil, Zaquan telah menyembut isterinya yang tersayang balik ke rumah dan Aisyah juga menjadi lebih tenang dan menjaga anaknya, Fahiman dengan penuh kasih sayang.

Rumusan

Zaquan merupakan seorang yang bertanggungjawab dan dia sentiasa menyayangi dan mencintai isterinya tidak kira apa telah berlaku.

Pendapat

Saya suka buku tersebut kerana buku ini telah mengajar saya bahawa kita harus terus menemani ahli keluarga kita tak kira apa telah berlaku kepada mereka.

Posted at 4:43 pm | Comments (7)

28th June, 2014

Laksamana Tun Tuah

Nama            : Chan Wey Yuh                             Kelas : S5A

No sekolah : 10211                                               No panggilan buku: –

Judul Buku : LAKSAMANA TUN TUAH  Pengarang : Abd Samad Ahmad

Tahun Penerbitan/ Edisi : 2003          Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang

Latar Tempat – Di Pahang

Watak dan Perwatakan

Hang Tuah

› Seorang yang gagah berani

› Seorang yang setia kepada Sultan Mahmud

› Seorang pahlawan yang hebat

Hang Jebat

› Sahabat karib Hang Tuah

› Derhaka kepada Sltan Mahmud

Melor

› Anak gundik Sultan Mahmud

› Bercadang untuk menderhaka tetapi berjaya ditawan

 

Konflik/Plot

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat, bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Rumusan

Bendahara memberitahu Sultan Mahmud bahawa Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Pendapat

Buku ini amat menarik hati saya. Terdapat banyak konflik dalam buku ini dan ini telah menyebabkan saya meluangkan masa saya untuk membaca buku ini. Terdapat banyak nilai yang boleh saya pelajari daripada buku ini seperti nilai keberanian, kesetiaan kepada raja dan negara dan sebagainya.

Posted at 4:38 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Zubair : Pahlawan Yang Bijaksana

Nama : Chan Wey Yuh

Kelas   : S5A

No Sekolah : 10211

Judul Buku : Zubair (Pahlawan Yang Bijaksana)

Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang

No Panggilan : –

Pengarang : Irfan Khairi

Tahun : 20o6

Penerbitan/ edisi : –

Latar Tempat

Madinah

Watak Dan Perwatakan

Zubair Al-Awwam bin Al-Khuwailid bin Al-Qurasyi Al-Asadi

›mempunyai semangat kekuatan jasmaniah dan rohaniah

›mempunyai semangat keteguhan iman

› Sabahat Nabi Muhammad s.a.w

› bijaksana

 Konflik/Plot

Zubair Al-Awwam bin Al-Khuwailid bin Al-Qurasyi Al-Asadi atau juga lebih dikenali dengan nama Abu Abdillah atau juga dipanggil sebagai “Hawari Rasulullah s.a.w.” yang bermaksud (Sahabat setia nabi) Zubair Al-Awwam sanggup berjuang dan berkorban apa sahaja demi Islam addin yang syumul, walau terpaksa bergadai harta dan nyawa sekalipun. Itulah yang menyebabkan baginda Rasulullah s.a.w. amat menyayangi beliau yang juga seorang sahabat yang sering merindukan untuk mati syahid.

Ketika berusia 15 tahun, Zubair Al-Awwam telah berjaya memeluk Islam setelah diberi taufik dan inayah oleh Allah SWT kepadanya, kala usia meningkat remaja. Beliau adalah antara tujuh orang yang terawal mendapat petunjuk dari Allah SWT dan juga merupakan bakal tetangga nabi sewaktu di syurga kelak. Alangkah bertuahnya seorang insan bernama Zubair Al-Awwam, kerana bakal menemani Rasulullah s.a.w. di dalam syurga Allah SWT Azzawajalla nanti, antara 10 sahabat yang telah dijamin syurga oleh Allah SWT. Namun demikian, bukanlah sesuatu yang  mudah untuk beliau sampai ke tahap itu, meskipun telah dijamin syurga untuknya.

Rumusan

Perjuangan dan pengorbanan beliau berjihad fisabilillah mempertahankan Islam tercinta, begitu hebat dan mencabar. Jihadnya begitu besar dalam sejarah peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. dan ketokohan Zubair Al-Awwam sebagai salah seorang pahlawan Islam yang terbilang dan terkenal dengan keberaniannya bermain pedang, memang amat-amat dikagumi. Beliau juga dikatakan sangat hebat dalam menunggang kuda.

Pendapat

Zubair Al-Awwam ialah seorang yang memiliki pelbagai sifat yang dapat kita contohi. Oleh itu, melalui buku ini, saya dapat mempelajari pelbagai nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Zubair A-Awwam.

Posted at 4:37 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Hikayat Merong Mahawangsa

Nama : Chan Wey Yuh

Kelas : S5A

No Sekolah : 10211

Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang

Judul Buku : Hikayat Merong Mahawangsa

No Panggilan : –

Pengarang : Yusry Abdul Halim

Tahun : 2011

Penerbitan/edisi : –

Latar Tempat

Langkasuka

Watak dan perwatakan

Merong Mahawangsa

› Pahlawan yang gagah berani

› Sangguh berkorban untuk menyelamatkan Puteri China

 Konflik/Plot

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Rumusan

Merong Mahawangsa ialah seorang pahlawan yang gagah dan ini telah menyebabkan Puteri China berjaya diselamatkan.

Pendapat

Buku ini memberikan seribu satu manfaat kepada saya. Melalui buku ini, saya dapat lihat sikap Merong Mahawangsa yang sanggup berkorban demi menyelamatkan Puteri China.

 

 

Posted at 4:36 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Imam Hanafi : Pendebat Kebenaran

Nama : Chan Wey Yuh

Kelas : S5A

No Sekolah : 10211

Guru Bimbingan : Cikgu Eng Fang Fang

Juduk Buku : Imam Hanafi : Pendebat Kebenaran

No Panggilan : –

Pengarang : Abdul Latip Talib

Tahun : 2010

Latar Tempat

Kufah, Baghbad

Watak dan Perwatakan

Imam Hanafi

›seorang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid

›Seorang yang bijakana

›Pendebat yang hebat

›Memiliki semangat yang kental

 Konflik/Plot
Nama sebenarnya An Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan Al-Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam Al-Quran aku gunakan Hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (Al-Quran dan Hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja”.

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan Khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Rumusan

Jasa beliau tidak dilupa oleh sesiapa pun. Walaupun beliau meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun tetapi jasa beliau tidak akan dilupa oleh sesiapa pun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

Pendapat

Apabila membaca buku ini,saya telah timbul perasaan geram, marah dan sedih. Kisah penganiayaan pemerintah terhadap alim ulama dahulu. Buku cerita ini amat menyayat hati saya apabila membaca bab bagaimana Imam Hanafi dipenjarakan kerana tidak mahu menuruti perintah Khalifah yang zalim itu. Beliau dikurung di dalam penjara, kaki beliau dirantai, tidak diberi makan, diseksa dan dirotan setiap hari dengan kejamnya. Akhirnya beliau diracun dan meninggal dunia. Seorang ulama yang mulia tetapi kehidupan beliau penuh dengan dugaan yang berat. Benar-benar menyentuh hati saya.

Posted at 4:34 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Jantan Membunuh Gergasi

IMG_0005

Nama:Ng Jun Ying

Kelas: S5A

Guru pembimbing: Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:Jantan Membunuh Gergasi

Pengarang:Atan Long

No.panggilan: MF SIR

Latar tempat:

Hutan: Jantan pergi mengembara dan bertemu dengan Raksasa.

Watak:

Jantan: Seorang tukang jahit yang hebat.Dia sangat berani dan berakal semasa melawan Raksasa.

Raksasa: Seorang yang saiznya besar dan ingin membunuh Jantan kerana masuk ke kawasannya.

Raja: Raja di sesebuah nengeri.Raja telah menabalkan Jantan sebagai raja muda atas jasanya membunuh Raksasa.

Plot:

Permulaan- Jantan merupakan seorang tukang jahit yang terkenal. Dia tidak berpuas hati dengan kebolehannya lalu pergi mengembara di hutan yang didiami Raksasa.

Perkembangan-Jantan telah bertemu dengan seorang Raksasa. Raksasa berasa marah marah kerana Jantan telah masuk ke kawasannya.Raksasa itu hendak membunuhinya tetapi Jantan telah menipui raksasa bahawa dia sangat kuat. Dia telah bermain helah untuk memenagi raksasa dalam pertandingan mereka. Oleh itu,raksasa itu mengajak Jantan ke rumahnya.

Klimaks- Di rumah raksasa, abang raksasa tidak mempercayai Jantan dan ingin membunuhnya pada waktu malam. Namun begitu,Jantan telah terdengar percakapan mereka dan bersembunyi. Selepas itu,Jantan menyebabkan kedua-dua abang adik raksasa beergaduh dan perkelahian yanag sungguh dahsyat berlaku. Akhirnya kedua-dua raksasa itu mati.

Peleraian- Raja dengar tentang khabar Jantan telah membunuhi raksasa. Jantan telah menghadap raja dan dikurniakan gelaran Raja Muda.

Rumusan: Penutup cerita adalah gembira kerana Jantan telah membunuhi raksasa tersebut. Kini, rakyat dapat hidup secara aman dan damai.Rakyat dan pahlawan-pahlawan kagum akan keberanian dan kebijakan Jantan dalam pembunuhan raksasa tersebut.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik. Saya telah mempelajari nilai murni seperti keberanian and kebijaksanan. Kita harus berani dan mengikhtiarkan cara untuk menyelesaikan masalah.

Posted at 4:29 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Semangat Padi

IMG_0001

Nama:  Ng Jun Ying

Kelas:  S5A

Guru pembimbing:  Cik Eng Fang Fang

Judul Buku:  Semangat Padi

Pengarang:  (Eastview)

No.panggilan:  MF EAS

Latar tempat:

Sawah padi : Pak Uda bekerja keras untuk mencari mata kehidupan

Watak:

Pak Uda : Suami Mak Uda.  Seorang petani yang rajin.

Mak Uda: Isteri Pak Uda dan ibu kepada tujuh anak.

Seri Lembut: Anak Sulung Pak Uda. Seorang yang menghargai dan tidak membazirkan padi

Plot:

Permulaan– Pak Uda dan Mak Uda tidak mempunyai anak. Mereka sangat rajin bekerja di sawah padi.Mereka selalu berdoa agar dikurniakan anak.

Perkembangan– Pada suatu malam,PAk Uda bermimpi tentang seorang tua. Orang tua itu telah memberitahu Pak Uda yang dia akan dikurniakan tuujuh puteri tetapi dia dilarang mensia-siakan padi. JIka tidak dia akan ditimpa bahaya. Tidak lama kemudian,Pak Uda dikurniakan tujuh puteri.Puteri-puteri itu diberi nama Seri Lembut,Seri Jintan, Seri Kuning, Seri Bumi, Seri Rendah, Seri Pulut, Seri Air.Pada suatu hari, PAk Uda mencari kayu api di hutan. Setelah penat PAk Uda pun membuka pembekal nasinya dan terdapat tujuh antah di dalamnya.

Klimaks- Dia berasa jemu untuk menghabiskan kesemua antah tersebut. Oleh itu, dia telah membuangkan antah tersebut di bawah pokok.Apabila dia tiba di rumah, anaknya telah hilang. Rupa-rupanya tujuh antatersebut merupakan jelmaan tujuh anak tersebut. Mereka hendak menguji Pak Uda. Mereka mendapati  Pak Uda telah menyimpan setiap ulas padi dan sangat menghargai padi.

Peleraian- Keesoan harinya,mereka menenam padi. Pada malam itu, ketujuh-tujuh puteri tersebut telah balik ke kayangan. Esoknya, Pak Uda dan Mak Uda lihst kepuk mereka penuh dengan padi. Selepas itu, suami isteri itu hidup dengan senang.

Pendapat: Cerita ini mudah difahami dan menarik.Cerita ini telah mengajarkan banyak nilai dan pengajaran. Kita tidak harus membazirkan padi sedangkan padi merupakan haasil usaha petani. Padi sangat penting dalam kehidupan kita kerana nasi merupakan makanan utama kita.

Posted at 4:28 pm | Comments (5)

28th June, 2014

Sayidina Umar- Khalifah yang prihatin

IMG_20140626_203715

 

Nama :  Tan Kar Hooi 

Kelas : S5F

No. sekolah :  10200

No. panggilan buku : MF NOR C2

Judul buku :  Sayidina Umar-Khalifah yang prihatin

Pengarang : Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan : 2010

Latar masa :  pada waktu malam

Watak Utama :  Sayidina Umar

– dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Abu Bakar meninggal dunia

– menerima jawatan itu walaupun tugas itu berat

 

Konflik/Plot :

Sayidina Umar sentiasa bekerja keras untuk memastikan keadaan hidup rakyatnya sentiasa baik.Baginda sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Pada suatu malam, baginda meronda dengan pembantu baginda, Aslam.Tiba-tiba, baginda ternampak seorang ibu sedang memasak makanan dan di sebelah ibu mempunyai beberapa orang anaknya sedang menangis. Baginda pergi memahami keadaan Si Ibu itu dan rupa-rupanya Si Ibu itu sedang berpura-pura memasak kerana anaknya sangat lapar. Si Ibu mengadu dengan baginda tentang Sayidina Umar yang membiarkan dia dan anaknya kelaparan. Si Ibu itu tidak tahu di hadapannya merupakan Sayidina Umar. Melihat penderitaan Si Ibu itu, baginda turut berasa sedih dan terus pergi ke Baitulmal dengan Aslam. Mereka mengambil makanan, pakaian, serta duit dan baginda memikul barang makanan itu sendiri. Mereka pergi semula ke khemah Si ibu tadi dan menyerahkan barang yang dibawa itu kepada mereka. Si Ibu sangat gembira dan berdoa agar Allah SWT memberi balasan kepada mereka kerana mereka lebih layak menjadi khalifah berbanding dengan Umar. Akhirnya, baginda memberitahu kepada Si Ibu bahawa dialah merupakan khalifah yang sedia membantu rakyat.

 

Rumusan :

Sayidina Umar merupakan seorang pemimpin yang sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Beliau sanggup mengorbankan masa, wang dan tenaga demi rakyatnya. Baginda merupakan seorang khalifah yang prihatin dan disanjung tinggi oleh rakyatnya.

 

Pendapat :

Buku itu sangat menyentuhkan hati saya kerana sifat  Sayidina Umar yang sanggup berkorban untuk rakyatnya. Saya dapat mempelajari nilai seperti baik hati, prihatin, tolong-menolong dan sebagainya selepas membaca buku itu.

 

Posted at 2:53 am | Comments (12)

28th June, 2014

Abdul Rahman-Ahli Perniagaan Yang Jujur

IMG_20140626_203647

Nama : Tan Kar Hooi  

Kelas :  S5F

No.sekolah : 10200

No.panggilan buku : MF NOR C1

Judul buku :  Abdul Rahman-Ahli Perniagaan Yang Jujur

Pengarang buku :  Nor Azlin Japar

Tahun Penerbitan :  2010  

Latar Tempat : Abisina, Madinah, Mekah

Watak Utama : Abdul Rahman bin Auf

– taat setia kepada perintah Allah SWT

– tidak sombong walaupun kaya

Konflik/ Plot :    

Abdul Rahman memeluk agama Islam melalui ajakan Sayidina Abu Bakar. Dia antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Islam pada mula baginda menyebarkan Ialam.Apabila memeluk Islam, Abdul Rahman berjuang menyebarkan agama Islam melalui peperangan. Selain itu, dia juga menderma harta kekayaannya. Namun, dia diseksa oleh orang Quraisy Mekah kerana mereka marah dia memeluk Islam. Rasulullah SAW memerintahkan Abdul Rahman berpindah ke negeri Abisina. Kemudian, dia dan beberapa temannya kembali ke kota Mekah. Pada waktu itu, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad  SAW berpindah ke Madinah. Abdul Rahman turut berpindah. Abdul Rahman yang kaya-kaya membantu orang Islam  semasa berpindah. Dia memberi makanan, minuman, pakaian dan lain-lain kepada mereka.Di Madinah, dia memulakan perniagaannya dengan jujur.Perniagaannya bertambah maju dan dia semakin kaya. Akhirnya, dia menderma hartanya kepada orang miskin dan kerajaan.   Nabi Muhammad SAW turut mendoakan dia dimasukkan ke dalam syurga.

 

Rumusan :

Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang penganut Islam yang sangat mentaati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dia juga merupakan seorang peniaga yang jujur dan baik hati.

 

Pendapat :

Melalui buku ini, saya dapat memahami sejarah dan sifat terpuji Abdul Rahman. Sifat terpuji Abdul Rahman haruslah kita pelajari dalam kehidupan.

          

 

Posted at 1:49 am | Comments (11)