22nd June, 2014

Angkara Profesor Zagus

Nama: Teoh Siew Huey 

Kelas  & No. Sekolah: S5A  10139

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku: MF MAN

Judul Buku: Angkara Profesor Zagus

Pengarang : Mansor Man

Tahun Penerbitan/ Edisi: 2001

 

 Kulit Buku

Latar tempat

Di makmal milik Profesor Zagus- Aiman ditangkap dan dikurung di makmal tersebut. Seekor tikus menyelamatkan Aiman dari situ.

Watak dan Perwatakan

Aiman- Seorang lelaki yang ditangkap oleh Profesor Zagus untuk dijadikan bahan kajiannya.

Profesor Zagus- seorang profesor yang gila kuasa dan mencipta makhluk-makhluk yang aneh.

Tikus- Seekor tikus yang mempunyai kuasa bercakap akibat eksperimen Profesor Zagus.

 

Konflik/Plot

Konflik- Aiman dan tikus yang boleh bercakap itu banyak menempuhi cabaran dalam proses melarikan diri. Mereka bertembung dengan ninja-ninja yang bertugas di makmal tersebut. Mereka pandai mencari akal untuk melepaskan diri daripada ditangkap semula.

Permulaan- Aiman ditangkap oleh tiga orang ninja yang berpakaian hitam kerana diarah oleh boss mereka, Profesor Zagus. Aiman dikurung di dalam sebuah bilik khas di makmal milik Profesor Zagus.

Perkembangan- Aiman bertemu dengan seekor tikus yang merupakan bahan eksperimen Profesor Zagus. Mereka bekerjasama untuk melarikan diri dari makmal Profesor Zagus. Tikus itu menjadi kawan baik dengan Aiman.

Penutup- Aiman dan tikus itu berjaya melarikan diri daripada makmal tersebut. Tikus balik ke tempat asalnya manakala Aiman bertemu semula dengan keluarganya.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Aiman bertemu dengan keluarga Annie, gadis sukaan Aiman. Penutup cerita ini adalah gembira kerana Aiman berjaya melarikan diri daripada cengkaman Profesor Zagus dan segala ancaman.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana perkataan yang digunakan senang difahami dan ceritanya menarik terutamanya semasa Aiman dan tikus berikhtiar untuk melarikan diri daripada makmal milik Profesor Zagus.

 

Posted at 10:07 pm | Comments (5)

22nd June, 2014

Digoda Bayangan

Nama : Teoh Siew Huey

Kelas  & No. Sekolah :  S5A  10139

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF MAN
Judul Buku  :  Digoda Bayangan
Pengarang :  Mansor Man
Tahun Penerbitan/ Edisi:  2001
Kulit Buku
10441200_10201118597766974_1484443469396639180_n
Latar Tempat
Kampung Sentosa- Zawawi melawat Mak Longnya, iaitu Puan Mariamyang tinggal di kampung tersebut. Di Kampung Sentosa, Zawawi berjumpa dengan seorang gadis yang manis rupanya lalu jatuh cinta kepada gadis tersebut.
Watak dan Perwatakan
Zawawi- Seorang pemuda yang sering bermimpi. Zawawi sering bermimpi tentang gadis manis yang dijumpainya sehingga gadis tersebut menghantui dirinya setiap hari. Zawawi juga seorang yang cepat mesra. Dia dapat bergaul mesra dengan Encik Mahendran walaupun mereka baru berkenalan.
Encik Mahendran- Baik hati. Dia sanggup meminjam kereta Volvo dan motosikalnya kepada Zawawi. Dia juga dapat bergaul mesra dengan pekerjanya. Dia menganggap pekerjanya, Siang Hui dan Pakinathan sebagai anggota keluarganya. Encik Mahendran seorang pemilik kebun.
Rohani – Sepupu Zawawi. Rohani seorang gadis muda yang cerdik. Dia dapat mengesan kepelikan perangai Zawawi dengan cepat. Dia juga pandai meneka perkara yang sedang difikir oleh sepupunya.
Konflik/Plot
Konflik- Kedua-dua gadis tersebut meluahkan cinta mereka kepada Zawawi dan berebut-rebut untuk mendapatkan hati Zawawi. Wajah mereka yang seiras menyebabkan Zawawi amat keliru.
Permulaan- Sebagai orang kota, Zawawi ingin beralih angin ke luar bandar. Di situ, dia beroleh ketenangan berbanding kesibukan bandar.
Perkembangan- Tanpa diduga hati Zawawi tertawan oleh gadis desa yang jelita. Gadis itu bername Rosyati. Dalam masa yang sama, bayangan gadis itu sering menggoda malah dua orang gadis yang mempunyai wajah yang seiras.
Penutup- Akhirnya, berkat keikhlasan Rosyati yang sebenar, “Rosyati” yang merupakan bayangan gadis tersebut berjaya ditangkap dan dihalau. Zawawi mendapat hati Rosyati dan berjanji kepada dirinya untuk mencintai Rosyati sebagai ratu di dalam hatinya.
Rumusan 
Cerita ini berakhir dengan Zawawi dan Rosyati mendapatkan kebahagiaan mereka selepas menghalaukan bayangan Rosyati. Penutup cerita ini adalah gembira dan menghiburkan hati saya.
Pendapat
Saya suka akan cerita ini kerana konflik bagi cerita ini amat menarik. Penutupnya juga amat memuaskan kerana peleraian yang gembira merupakan hasrat semua pembaca.

Posted at 9:47 pm | Comments (5)

22nd June, 2014

Rajin dan usaha pasti berjaya

RUMUSAN: TULIS TENTANG SEBUAH BUKU

Nama :  Ch’ng Zi Yuan
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10146
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Rajin dan usaha pasti berjaya
Pengarang :

 Siti Eiasah Abd.Rashid

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1996

 

 

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 

 s

Latar tempat

Di dalam mimpi

Watak dan Perwatakan

Aku-seorang gadis yang suka berangan-angan dan malas.

Perempuan tua-seorang perempuan yang tua ,dia benci akan manusia yang malas dan tidak berusaha.

Puteri Gunung Ledang-seorang puteri yang cantik dan kaya.

 

Konflik/Plot

“Aku” telah dimarah oleh perempuan tua kerana “Aku” telah mengganggu hambanya membuat kerja mereka.

Permulaan:”Aku” datang ke sebuah taman yang cantik dan berjumpa dengan perempuan tua dan Puteri Gunung Ledang.

Bersambung:”Aku” tertarik oleh keindahan Puteri Gunung Ledang dan tidak mahu pulang ke rumah. “Aku” hanya hendak tinggal di istana puteri kerana tidak perlu bekerja dan hanya bermain sahaja.

Penutup:”Aku” rupa-rupanya bermimpi sahaja.”Aku” masih perlu bekerja untuk hidup dengan selesa.

Rumusan

“Aku” bercita-cita untuk menjad kaya tetapi malangya dia malas berusha.Oleh itu,mimpi yang dimimpi oleh “Aku” tidak akan menjadi kenyataan.

Pendapat

Saya suka akan novel ini kerana saya telah menyedarkan betapa pentingya usaha yang merupakn kunci untuk mencapai kejayaan.Tanpa kerajinan,cita-cita akan hanya tinggal sebagai impian sahaja.

 

Posted at 6:10 pm | Comments (5)

22nd June, 2014

Akibat tidak mengenang budi

RUMUSAN: TULIS TENTANG SEBUAH BUKU

Nama :  Ch’ng Zi Yuan
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10146
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Akibat tidak mengenang budi
Pengarang :

Siti Eiasah Abd.Rashid  

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1996 

 

 

 

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 akibat tidak mengenang budi

 

Latar tempat

Taman Melati

Watak dan Perwatakan

Encik Ali-seorang guru besar yang besara dan menanam pokok manga di rumahnya

Puan Sapiah-isteri Encik Ali

Cumi-seekor monyet yang tidak mengenang budi

Konflik/Plot

Cumi,seekor monyet telah memanggil rakannya iaitu monyet yang lain datang ke rumah Encik Ali untuk makan buah manganya/

Permulaan:Encik Ali mendapati buah mangga di rumahnya dimakan dan dicuri.Rupa-rupanya, perbuatan ini dibuat oleh seekor monyet.Encik Ali menangkap monyet itu dan berinya nama Cumi.Dia mengajar dan sayang akan monyet itu.Cumi tidak mengenang budi.Cumi telah melakukan perkara yang menyebabkan Encik Ali marah.

Penutup:Encik Ali dan Puan Sapiah menghantar Cumi dan monyet yang lain ke Jabatan PERHILITAN

Rumusan

Novel ini mengisahkan seekor monyet yang tidak mengenang budi tuannya.Akhirnya,dia diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN.

Pendapat

Saya suka cerita ini kerana cerita ini mendidik saya supaya jangan mudah lupa diri apabila telah mendapat kesenangan.Sikap berterima kasih terhadap budi orang lain haruslah dipupuk.

 

Posted at 5:59 pm | Comments (5)

22nd June, 2014

Balasan untuk orang dengki

RUMUSAN: TULIS TENTANG SEBUAH BUKU

Nama : Ch’ng Zi Yuan
Kelas & No. Sekolah : S5A 10146
Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku : –
Judul Buku : Balasan untuk orang dengki
Pengarang : Siti Eiasah Abd.Rashid

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1996

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 

Latar Balasan untuk orang dengkitempat

Sebuah kampung nelayan

Watak dan Perwatakan

Adik Bongsu:seorang gadis yang rajin bekerja dan baik hati.
Puteri Sulung:seorang gadis yang jahat dan benci akan adik bongsunya yang lebih cantik daripadanya.
Pak Baba:bapa kepada tujuh orang anak perempuan.

Konflik/Plot

Adik bongsu yang baik hati ini selalu membantu orang miskin dan orang kampung yang memerlukan bantuan.Suatu hari,seorang pengemis datang ke kampungnya dan meminta adik bongsu memberikannya air .
Adik bongsu telah membantu pengemis itu.Rupa-rupanya,pengemis ini merupakan seorang saudagar yang kaya dan dia datang ke kampung untuk mencari isteri yang mulia untuk berkahwin.

Permulaan:Adik bongsu sering dimarah dan didengki oleh kakaknya.

Rumusan
Cerita ini memaparkan kisah seorang gadis yang amat sabar menghadapi perbuatan jahat kakak-kakaknya yang iri hati kepadanya.Kerana kesabarannya,dia dapat berkahwin dengan saudagar yang kaya sebaliknya kakaknya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan jahat mereka.

Bagaimanakah cerita tersebut berakhir?Adakah penutup cerita ini lucu, sedih atau timbul perasaan lain?
Adik bongsu berkahwin dengan saudagar kaya dan kakaknya mendapat balasan . Mereka telah insaf akan perbuatan mereka.

Pendapat
Saya berpendapat bahawa kita janganlah menyimpan sifat hasad dengki kerana niat jahat pasti ada balasannya.

Adakah anda suka buku tersebut?Mengapa
Saya amat suka akan cerita ini kerana plot cerita ini amat menarik hati saya.

Posted at 5:46 pm | Comments (6)

22nd June, 2014

Impian Bintang

Impian Bintang

Nama : Hoo Sue Yuen Kelas :S5A

No. Sekolah : 10115

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku : MF TEE

Judul Buku : Impian Bintang

Pengarang : Firas Firzana

Tahun Penerbitan/ Edisi: Cetakan Pertama 2007

Kulit Buku :

 

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di Kolej Hang Tuah

Watak dan Perwatakan

Zafrul – Seorang pelajar yang ingin menjadi penyanyi terkenal.

Encik Suhaimi – Bapa kepada Zafrul.

Puan Ayong – Ibu kepada Zafrul yang bimbang akan anaknya yang ingin menjadi penyanyi terkenal.

Yasmin – Adik perempuan kepada Zafrul.

Konflik/Plot

Konflik –  Zafrul menjadi mangsa tipu menyebabkan impian menjadi penyanyi berkecai.

Permulaan – Zafrul bercita-cita menjadi seorang penyanyi yang terkenal.

Perkembangan – Zafrul memulakan usahanya untuk menjadi penyanyi terkenal. Antara usahanya ialah Zafrul berlatih selalu di studio, membuat persembahan di kolej lain, menyertai mana-mana pertangdingan nyanyian, mengikuti perkembangan idola dan artis. Dia juga melantik pengurus sendiri dan menghubungi mana-mana syarikat rakaman serta menghantar demo tape. Dia pandai bergaya dan telah mencari seorang perunding imej. Zafrul juga berlatih di gim bagi meningkatkan staminanya.

Penutup – Zafrul telah membuat keputusan bahawa dia tidak akan menjadi seorang penyanyi dan bertekad mendahulukan perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu meneruskan pelajarannya ke tahap universiti.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Zafrul sedar akan kepentingan untuk meneruskan pelajaran untuk merealisasikan impian kedua-dua ibu bapanya.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada semangat tidak mudah berputus asa yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang cara untuk menjadi seorang penyanyi. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang artis.

Posted at 5:20 pm | Comments (5)

22nd June, 2014

Cinta baru

Nama : Lim Jia Yu

Kelas : S5A

No.sekolah: 10052

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

Judul Buku : Cinta baru

Pengarang: Stephenie Meyer

Latar tempat:

Forks. Tempat di mana Bella dan keluarga Edward tinggal.

Watak dan perwatakan:

Bella: tidak mempunyai semangat hidup selepas ditinggalkan oleh Edward, bergaul mesra dengan Jacob, berani menyelematkan Edward daripada kumpulan Volturi

Edward: meninggalkan Bella dan tempat tinggalnya kerana tidak mahu membahayakan nyawa Bella akibat kejadian yang berlaku semasa sambutan hari jadi Bella di rumah Cullen

Jacob: menjadi kawan baik kepada Bella selepas Edward meninggalkan Bella di Forks, salah satu ahli daripada kumpulan serigala yang bertanggungjawab menjamin keselamatan Bella daripada ancaman puntianak

Sinopsis:

Sambungan daripada Buku Senjakala, Cinta Baru dimulakan dengan masalah hubungan cinta antara Bella dengan Edward yang memaksa Edward memutuskan hubungan dengan Bella kerana tidak mahu membahayakan nyawa Bella selepas kejadian yang berlaku semasa sambutan hari jadi ke-18 Bella di rumah Cullen.

Oleh sebab kejadian malang berlaku, Edward meninggalkan Bella kerana dia berasa hubungannya dengan Bella hanya akan membahayakan nyawa Bella. Oleh itu,  Edward & keluarganya pindah dari Forks. Sejak hari itu,  Bella tidak mempunyai semangat untuk hidup, dia tidak pernah bermain lagi dengan teman-temannya dan keluar rumah hanya untuk sekolah.

Bella kemudian bersahabat dengan Jacob Black dan kawan-kawannya, Sam Paul, Embry dan Quil. Apabila Jacob Black cuba menjauhkan diri daripadanya, Bella mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dan akhirnya mendapat tahu bahawa Jacob Black dan kawan-kawannya merupakan kumpulan serigala.

Pada suatu hari, Alice datang  ke rumah Bella secara tiba-tiba memberitahu Bella bahawa Edward pergi ke Itali untuk  menemui keluarga Voluturi ( keluarga vampire terkuat ) untuk meminta Aro (Pemimpin Volturi) membunuhnya kerana Edward menganggap Bella sudah mati akibat jatuh dari tebing . Sebenarnya, Bella melakukan aktiviti yang berbahaya untuk mendengar suara Edward kerana dia  dapat mendengar suara Edward semasa dalam keadaan bahaya pada suatu hari.


Konflik cerita ini sampai ke kemuncaknya apabila Bella menyelamatkan Edward Cullen daripada cubaan membunuh diri serta menjadi mangsa kumpulan puntianak daripada puak Volturi.

Rumusan:

Akhirnya Bella, Edward, & Alice kembali pulang dan seluruh keluarga Cullen kembali ke Forks kerana menurut Edward jika dia dan  Bella berpisah akan  banyak menimbulkan bencana dan dia juga berjanji akan selalu berada di sisi Bella. Selain itu, Carlisle berjanji akan mengubah Bella menjadi puntianak setelah Bella lulus dari sekolahnya.

Pendapat:

Saya suka membaca novel ini. Hal ini demikian kerana cerita ini sangat menarik dan menimbulkan keinginan saya untuk membaca apa-apa yang akan berlaku seterusnya.

Posted at 10:11 am | Comments (6)

22nd June, 2014

Surat Ibu dari Penjara

Nama: Serene Neoh Minxin

Kelas: S5A

No. sekolah:10164

Judul Buku:Surat Ibu dari Penjara

Pengarang:Ummu Hani Abu Hassan

 

20140622_010157[1]

Latar Tempat:

Penjara Nun: Siti Zaitun (banduan 111) menunngu untuk dihukum gantung sampai mati sambil mengarang “Surat Ibu dari Penjara”.

Watak:

Siti Zaitun: Seorang banduan yang pernah terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah.

Akbar: Anak pengarah penjara. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik tetapi gemar lumba motosikal secara haram bersama-sama Zaidan.

Ahmad Dhiak: Pengarah penjara daerah Nun. Beliau amat mengambil berat anaknya, Akbar. Beliau menggunakan  “Surat Ibu dari Penjara” supaya Akbar insaf dan menjauhi gejala merempit.

Plot

Permulaan-Kehidupan Zaitun(banduan 111) di Blok Sakarat amat derita dan sering tidak dapat melelapkan mata disebabkan ketakutan. Dia imbas kembali zaman kecilnya yang mendapat didikan agama di Kampung Rusa. Dia suka berkawan dengan budak lelaki seperti Syafie berbanding dengan budak perempuan. Hal ini merisaukan ibu bapanya.

-Ahmad Dhiak meletakkan manuskrip “Surat Ibu dari Penjara” di bilik anaknya  supaya dia insaf dan menjauhi gejala merempit.

Perkembangan-Zaitun dipindahkan ke penjara Nun dan ingin menulis pengalaman hidupnya sebelum dihukum gantung untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat luar. Selepas ayahnya meninggal dunia semasa dia berumur 9tahun, ibunya menghantarnya ke Pondok Mulia di pekan untuk belajar ilmu agama selain mengelakkannya daripada terus berkawan dengan budak-budak lelaki di kampung.Selepas beberapa tahun di sana, Zaitun berkawan baik dengan Rokiah. Rokiah mencadangkan mereka supaya lari dari Pondok Mulia. Mereka tinggal bersama-sama. cinta sesama jenis Zaitun terhadap Rokiah menjebakkannya ke kancah penagihan dan pengedaran dadah.

Klimaks- Zaidan berjanji kepada dirinya bahawa dia akan berhenti merempit selepas perlumbaan terakhirnya pada malam itu. Malangnya, Zaidan meninggal dunia dalam keadaan yang ngeri dalam perlumbaan tersebut. Zaidan sempat meninggalkan pesan kepada Akbar supaya berhenti merempit.

-“Surat Ibu dari Penjara”  habis dikarang oleh Zaitun untuk menasihati masyarakat terutamanya remaja supaya mematuhi ajaran agama, bijak memilih kawan dan berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup.

Peleraian- Akbar insaf setelah membaca  “Surat Ibu dari Penjara”. Ahmad Dhiak amat berterima kasih kepada Zaitun kerana tulisannya menyedarkan anaknya. Beliau membawa Akbar menziarahi Zaitun di penjara sebelum Zaitun menjalani hukuman gantung. Zaitun sudah bertaubat dan menasihati Akbar ke arah kebaikan.

Rumusan: Akbar dan Zaitun telah insaf pada pengakhiran cerita.

Pendapat: Cerita ini banyak membawa manfaat kepada remaja supaya tidak terlibat dalam gejala negatif.

 

 

 

 

Posted at 2:27 am | Comments (5)

22nd June, 2014

Jutawan Jenin

 

Nama :  Serene Neoh Minxin
Kelas  & No. Sekolah :  S5A, 10164
Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF MOH
Judul Buku  :  Jutawan Jenin
Pengarang :

Mohd. Khairul Riza

Tahun Penerbitan/ Edisi:

Kulit Buku (Selitkan gambar foto) :

 2014-03-09 00.37.42_副本

Permulaan- Jenin bermimpi akan dia menjadi seorang jutawan dan mempunyai seorang isteri yang muda dan cantik. Ayah Jenin meninggal dunia kerana ditimpa buah kelapa ketika di kebunnya. Mak Bibah dan Jenin terkejut kerana arwah ayahnya berhutang seribu ringgit di kedai runcit mak cik Leha.

Perkembangan-Jenin berjanji akan melangsaikan hutang arwah ayahnya dan melakukan perubahan sikap dari malas kepada rajin. Jenin disindir oleh Samat dan Dolah di warung Pak Jiman tetapi Pak Jiman membela Jenin. Pak Jiman membenarkan buah kelapa Jenin dijual di warungnya. Jenin mengusahakan kebun kelapa ayahnya, menjual air kelapa di depan sebuah sekolah rendah. Jenin membekalkan santan muda kepada beberapa restoran milik Encik Habibur atas pertolongan Pak Jiman.

Konflik-Samad dan Dolah melarang Jenin berniaga di depan sekolah rendah adik Samad dengan alasan adiknya meminta wang saku berlebihan untuk membeli kerepek pisang di gerai Jenin. Buah kelapa Jenin di stor warung Pak Jiman telah hilang dan Jenin mensyaki Samad dan Dolah ialah dalangnya.

Perleraian- Jenin dan Pak Jiman sengaja  menghebohkan berita bahawa mereka sudah membuat laporan polis untuk memperdayakan pencuri  buah kelapa.  Samad dan Dolah mengaku bahawa mereka ialah pencuri tersebut dan merayu Pak Jiman supaya menarik balik laporan polis. Mereka bertindak sedemikian kerana mencemburui kejayaan Jenin. Jenin dan Pak Jiman memaafkan  Samad dan Dolah. Akhirnya, Jenin berkawan baik semula dengan Samad dan Dolah. Samad dan Dolah berjanji untuk berubah dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah kejayaan.

 

Rumusan

Penutup cerita ialah gembira kerana Jenin berkawan baik semula dengan Samad dan Dolah. Samad dan Dolah berjanji untuk berubah dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah kejayaan.

 

Pendapat

Saya suka buku ini kerana  terdapat  banyak nilai dan pengajaran yang dapat dipelajari seperti kerajinan, baik hati dan tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Posted at 12:55 am | Comments (5)