29th June, 2014

Nasib Si Derhaka

Nama : Teoh Siew Huey

Kelas  & No. Sekolah : S5A  10139

Guru Pembimbing:  Cik Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF SIR

Judul Buku  :  Nasib Si Derhaka

Pengarang :  Muhammad Ridha

Tahun Penerbitan/ Edisi:  1991 Pertama

 

Kulit Buku :

Latar tempat

Kampung Barulak- Mangkuto dan kedua-dua orang tuanya tinggal di kampung ini sejak kecil. Ibu bapa Mangkuto memiliki kebun dan bercucuk tanam.

Watak dan Perwatakan

Mangkuto- seorang anak yang degil dan derhaka. Dia amat nakal dan tidak mendengar nasihat ibu bapanya.

Pamenan- Bapa Mangkuto. Dia kecewa dengan segala perbuatan anak derhakanya, Mangkuto dan ingin memberinya pengajaran supaya insaf dan berubah.

Siti Alawiyah- Ibu Mangkuto. Seorang ibu yang baik tetapi kecewa dan berputus asa terhadap anaknya yang tidak boleh diubati.

Konflik/Plot

Konflik- Mangkuto memukul bapanya dan menampar ibunya apabila mereka cuba menasihati Mangkuto. Dia tidak ingin mendengar segala nasihat kerana menganggap dirinya amat pandai.

Permulaan- Mangkuto dan ibu bapanya tinggal di Kampung Barulak. Mangkuto seorang anak yang tidak berguna kerana enggan membantu ibu bapanya di sawah. Selain itu, dia juga memarahi ibu bapanya kerana mereka sering mengajarnya tentang ilmu kehidupan. Dia enggan menerima segala nasihat.

Perkembangan- Mangkuto menjadi semakin jahat sehingga menimbulkan pergaduhan antara Mangkuto dengan anak kampung lain. Semua orang takut akannya.

Kesudahan- Akibat perbuatan Mangkuto yang kejam, dia telah membunuh kedua-dua orang tuanya. Semasa upacara perkuburan, Mangkuto telah dicengkam ke dalam tanah sehingga dia tidak dapat berdiri. Akhirnya, tiada sesiapa yang ingin membantu Mangkuto dan dia kehilangan nyawa.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Mangkuto iaitu anak derhaka kehilangan nyawa akibat tercengkam ke dalam kubur ibu bapanya. Kesudahan cerita ini amat lucu kerana ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku dalam kehidupan kita.

Pendapat 

Saya suka akan cerita ini kerana cerita ini telah mendatangkan satu nilai murni yang amat penting dalam kehidupan kita iaitu ketaatan. Nilai ini amat penting supaya cinta terhadap ibu bapa dapat terus diwarisi selama-lamanya.

Posted at 9:39 pm | Comments (8)


8 Comments

  1. On August 17, 2014 at 8:58 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    August 17, 2014 at 8:58 pm

    Nama: Teo Jia Wei
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 10068

    Pada pendapat saya, cerita ini telah memaparkan pengajaran yang penting sekali bagi masyarakat yang lahir pada era globalisasi ini. Setelah membaca buku ini, maka jelaslah bahawa setiap anak haruslah taat kepada ibu bapa untuk membalas jasa mereka. Saya amat suka cerita ini.

  2. On September 18, 2014 at 11:48 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 18, 2014 at 11:48 pm

    Nama: Serene Neoh Minxin
    Kelas: S5A
    No. Sekolah:10164
    Saya berasa sedih dan marah kerana Mangkuto seorang anak yang tidak taat. Dia selalu memarahi dan memukul ibu bapa, langsung tidak mengenang budi ibu bapa yang telah membesarkannya. Pada akhir cerita, Mangkuto telah menerima balasan yang setimpal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mentaati ibu bapa supaya hidup bahagia.

  3. On September 19, 2014 at 10:01 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 19, 2014 at 10:01 pm

    Cerita ini mudah difahami walaupun menggunakan pelbagai peribahasa. Saya suka akan bahasa yang digunakan kerana bahasanya sangat indah. Saya akan belajar teknik mengarang pengarang itu dan menghayatinya misalnya dalam penulisan karangan saya. Saya juga memperoleh nilai positif misalnya tekun pelajar. Saya dapat mengikis sikap malas saya selama ini melalui pengajaran buku cerita ini.

  4. On September 23, 2014 at 11:15 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 23, 2014 at 11:15 pm

    Nama: Yeoh Kar Yan
    Kelas: S5A
    No. Sekolah: 10275

    Saya suka akan cerita ini.Selain daripada jalan cerita yang menarik itu , saya juga tertarik akan penggunaan klosa kata yang menarik dalam seluruh cerita.Pengarang telah memerihalkan cerita dengan teliti dan mudah difahami dan dibayang oleh pembaca. Saya juga telah mempelajari pelbagai kosa kata yang baru.Pelajar yang ingin menguatkuasakan bahasa Malaysia boleh membaca buku ini.

  5. On September 25, 2014 at 3:30 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 3:30 pm

    Nama: Tan Yi Xuan
    Kelas; P5B
    No.Sekolah: 10268

    Cerita ini mudah difahami walaupun menggunakan pelbagai peribahasa. Saya suka akan bahasa yang digunakan kerana bahasanya sangat indah. Saya akan belajar teknik mengarang pengarang itu dan menghayatinya misalnya dalam penulisan karangan saya. Saya juga memperoleh nilai positif misalnya tekun pelajar. Saya dapat mengikis sikap malas saya selama ini melalui pengajaran buku cerita ini.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  6. On September 25, 2014 at 3:33 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 3:33 pm

    Nama : Jemmima Lim Sing Yee
    Kelas : S5A
    No sekolah : 10183

    Memang betul kata Kar Yan. Dengsn membaca buku ini, saya telah mengenali lebih bamyak kosa kata dan ungkapan menarik. Jalan cerita pula amat menarik.

    [WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ‘0 which is not a hashcash value.

  7. On September 25, 2014 at 4:05 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 4:05 pm

    Nama: Ooi Zher Ying
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10162

    Saya tidak suka akan cerita ini kerana perbuatan Mangkuto sangat kejam dan ngeri. Peleraian cerita ini juga kurang menarik kerana Mangkuto akhirnya mati dan ibu bapanya juga meninggal dunia. Saya lebih suka membaca buku yang lebih menarik.

  8. On September 25, 2014 at 4:06 pm f5.ppc@smjk.edu.my said:

    September 25, 2014 at 4:06 pm

    Nama: Ooi Zher Ying
    Kelas: S5A
    No.Sekolah: 10162

    Saya tidak suka akan cerita ini kerana perbuatan Mangkuto sangat kejam dan ngeri. Peleraian cerita ini juga kurang menarik kerana Mangkuto akhirnya mati dan ibu bapanya juga meninggal dunia. Saya lebih suka membaca buku yang positif.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.