23rd June, 2014

Malang Menimpa

Nama : Beh Ching Chu Kelas :S5A

No. Sekolah : 10073

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No. Panggilan Buku : MF PEN

Judul Buku : Malang Menimpa

Pengarang : W.S. Uzala

Tahun Penerbitan/ Edisi: Cetakan Pertama 2008

Kulit Buku :

IMG_20140623_170400

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di Tasik Cini, Pahang.

Watak dan Perwatakan

Irene Wong- seorang murid Tingkatan 4 yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Shanti- rakan sekelas Irene.

Prema- rakan baik Irene yang membantu Irene untuk menghadapi masalah.

Plot

Permulaan- Irene sering bermimpi tentang sesuatu yang buruk.

Perkembangan – Irene bersama kawan-kawannya ke Tasik Cini untuk perkhemahan Pandu Puteri. Dia sering ditimpa perkara buruk. Contohnya, Irene dipatuk ular, diserang tebu dan hampir hilang di gaung. Dia sangat bimbang dan berasa semua ini ada kaitan dengan mimpinya. Dalam mimpinya dia juga ditimpa perkara yang malang. Oleh itu, dia tidak dapat menunpukan perhatian semasa berkhemah. Kawan-kawannya memujuk Irene bahawa semua cuma hanya angan-angannya yang bukan-bukan.

Konflik –  Bas yang dinaiki oleh pasukan Pandu Puteri telah meletup secara tiba-tiba apabila mereka sedang pulang dari hutan. Bas itu hangus dibakar. Mujurnya, tiada nyawa yang dikorban. Irene telah cedera ringan dalam kemalangan itu.

Penutup – Irene sedar bahawa apa-apa yang kita harungi dalam kehidupan adalah takdir Tuhan. Dia belajar untuk reda terhadap ketentuan Tuhan.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Irene telah bertambah berani. Saya juga gembira kerana semua watak telah selamat dalam kemalangan bas itu.

Pendapat

Saya suka akan cerita ini kerana cerita ini ringkas tetapi menarik hati pembaca. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Cerita ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja.

Posted at 11:08 pm | Comments (5)

23rd June, 2014

Misteri Puteri Buluh Betung

 

Nama : Beh Ching Chu Kelas :S5A

No. Sekolah : 10073

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No. Panggilan Buku : MF JEJ

Judul Buku : Misteri Puteri Buluh Betung

Pengarang : Noraizah Abdul Hamid

Tahun Penerbitan/ Edisi: Cetakan Pertama 2006

Kulit Buku :

IMG_20140623_170342

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di Hutan Lipur Lentang Bentong, Pahang

Watak dan Perwatakan

Ameer – Seorang pelajar yang memberontak dan degil.

Samsul – Senior kepada Ameer.

Ustaz Awie – Guru Pembimbing Rakan Sebaya sekolah Ameer.

Puan Saadiah – Pengetua sekolah Ameer.

Plot

Permulaan – Ameer mengikuti Program “Peer’s Survival” di Hutan Lipur Lentang Bentong, Pahang .

Perkembangan – Ketika mencari kayu api di hutan, Ameer terdengar suara mendayu-dayu dari arah pohon buluh betung. Kerana sikapnya yang degil, Ameer bertekad untuk membongkar misteri suara tersebut walaupun terpaksa menempuh titisan darah. Rupa-rupanya, suara tersebut adalah datang daripada sebuah bayi yang diculik oleh pendatang asing. Pendatang asing hendak mendapat wang tebusan daripada ibu bapanya, jika tidak bayi itu akan dijual secara haram.

Konflik –  Ameer telah ditemui oleh pendatang asing. Oleh sebab bimbang bahawa rahsia mereka terbongkar, Ameer telah diculik dan dikurung di pondok oleh pendatang asing .

Penutup –Ameer telah diselamatkan oleh polis hasil kerjasama dengan PRS. Secara kebetulan bayi itu adalah anak Puan Saadiah. Malah, dia dipuji oleh pengetua kerana sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan sebuah bayi.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Ameer berubah kembali kepada seorang pelajar yang gembira, bersikap positif dan berkasih sayang.

Pendapat

Saya suka akan cerita ini kerana cerita ini amat menarik dan mudah difahami. Saya telah mengambil iktibar bahawa kita perlu berani dalam menghadapi dugaan hidup dan sanggup membantu orang lain.

Posted at 10:14 pm | Comments (5)

23rd June, 2014

Kasih Ibu dan Bapa

Nama : Ooi Chu Hui           Kelas :S5A

No. Sekolah : 10161

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku : MF CHA

Judul Buku : Kasih Ibu Dan Bapa

Pengarang : Chan Myan, Chong Shi Min, Forest Zi

Tahun Penerbitan/ Edisi: 2010/Pertama
Kulit Buku :

图像0041

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di Kutub Selatan.

Watak dan Perwatakan

Joe – Seekor penguin jantan dewasa yang merupakan bapa kepada Moe. Dia sangat sayang akan anaknya.

Mimi – Seekor penguin betina dewasa yang merupakan ibu kepada Moe. Dia sangat sayang akan anaknya.

Moe – Seekor penguin jantan yang merupakan anak Joe dan Mimi.

Konflik/Plot

Konflik – Joe dan Mimi perlu mencari makanan untuk menyara anak mereka, Moe.

Permulaan – Joe dan Mimi akhirnya melahirkan seorang anak selepas menunggu beberapa tahun.

Perkembangan – Mimi pergi mencari makanan yang cukup untuk anaknya manakala Joe pula bertanggungjawab menjaga anak. Joe meletakkan telur di dalam perut gendutnya untuk membekalkan haba kepada telur itu. Dia mengeram telur itu dengan penuh kasih sayang. Dua bulan kemudian, anaknya telah berjaya dilahirkan. Selepas Moe dilahirkan, Joe bertanggungjawab mencari makanan manakala sampailah giliran Mimi untuk menjaga Moe. Atas kasih sayang ibu bapa. Moe kian dewasa dan pandai berdikari.

Penutup – Moe mempelajari kemahiran menangkap ikan daripada bapanya dan telah berjaya menguasai kemahiran ini.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, pengorbanan Joe dan Mimi telah berbaloi kerana Moe telah dibesarkan dengan baik. Kasih sayang Joe dan Mimi terhadap Moe telah mengharukan saya.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada kasih sayang ibu bapa yang ikhlas dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang kelahiran penguin di akhir cerita. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang binatang.

 

Posted at 7:05 pm | Comments (11)

23rd June, 2014

Awang Parang Panjang

230620142376

 

 

Nama :  Ooi Zher Ying
Kelas:No. Sekolah :  S5A10162
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF EAS
Judul Buku  :  Awang Parang Panjang
Pengarang :

Eastview

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

Latar tempat

Cerita ini berlaku di sebuah kampung Melayu.

Watak dan Perwatakan

Awang merupakan seorang pekebun jagung. Dia sangat rajin dan suka membantu haiwan dan orang lain. Dia selalu memikul sebilah parang panjang di atas bahu lalu digelar Awang Parang Panjang.

Raja burung Gagak pernah dibantu oleh Awang.

Raja tikus juga pernah dibantu Awang. Kedua-dua binatang ini membantu Awang menyelesaikan  masalah.

Konflik/Plot

Permulaan-Awang Parang Panjang membantu seekor raja burung gagak menanggalkan tali yang menjerat kaki burung gagak itu. Semasa membersihkan kawasan hutan, dia sekali lagi menolong raja tikus yang tersepit di bawah batu besar.

Perkembangan-Di hutan itu ada seorang gergasi yang mulutnya besar seperti pintu. Gergasi itu mengganggu kebun jagung Awang dan merosakkan rumahnya. Si Tikus dan kawan-kawannya bercadang untuk membunuh gergasi itu. Mereka menggali lubang yang dalam dan meletakkan ranting-ranting di atas. Gergasi itu jatuh ke dalam lubang itu. Mereka menggigitnya sehingga mati. Penduduk kampung sangat gembira mendengar khabar itu.

Konflik-Selepas mendengar kehebatan Awang, raja meminta Awang untuk membantu mengubah kepala ikan jerung sebesar bukit yang terdampar di tepi pantai istana. Sekali lagi, Si Burung Gagak secara bersukarela membantu Awang. Dia dan kawan-kawannya makan kepala ikan jerung itu sehingga habis. Raja amat terkejut melihat kehebatan Awang.

Penutup-Raja mengahwinkan puterinya dengan Awang. Ibu Awang juga dijemput untuk tinggal di istana.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Awang menjadi raja negeri itu selepas raja itu mangkat.

Posted at 6:53 pm | Comments (14)

23rd June, 2014

Kuda Kayu Hitam

kuda kayu hitam

 

Nama :  Ooi Zher Ying
Kelas:

No. Sekolah :

 S5A

10162

Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF BAD
Judul Buku  :  Kuda Kayu Hitam
Pengarang :

Badrul Risham

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

Latar tempat

Cerita ini berlaku di negeri Parsi, negeri Sultan Kashmir dan negeri San’a.

Watak dan Perwatakan

Putera Kamaralakmar seorang putera Parsi yang berani, tabah menghadapi dugaan dan kasih sayang.

Lelaki tua pula merupakan seorang yang sering membalas dendam tetapi akhirnya gagal.

Konflik/Plot

Permulaan-Seorang lelaki tua yang merupakan ahli sihir menyembahkan seekor kuda kayu hitam yang sangat hebat. Kuda itu mampu membawa seseorang pergi ke mana-mana pun dalam sekelip mata. Orang tua itu meminta untuk mengahwini puteri Parsi sebagai ganjaran.

Perkembangan-Permintaannya ditolak oleh putera. Orang tua itu berasa tidak puas hati. Dia berpura-pura meminta Putera Kamaralakmar menguji kehebatan kuda kayu itu. Kuda itu membawa putera ke langit kerana putera tidak tahu menggunakannya. Selepas lama mencuba, baginda dapat mencari satu paku kecil dan berjaya mendarat di istana negeri San’a. Baginda berjaya menawan sida dan masuk ke bilik Puteri Shamsalnahar. Baginda tertarik oleh kejelitaan puteri dan menjelaskan dirinya sebagai bakal suami puteri. Puteri juga jatuh cinta pada putera. Raja San’a sangat murka apabila mengetahui peristiwa itu. Semasa mahu menyerang Putera Kamaralakmar, didapati putera melarikan diri dengan puteri dengan kuda kayu itu.

Konflik-Puteri Shamsalnahar diculik oleh lelaki tua yang merupakan ahli sihir itu. Ahli sihir itu membawa puteri ke negeri Sultan Kashmir. Puteri meminta tolong daripada Sultan Kashmir tetapi ditipu. Sultan Kashmir bercadang untuk memperisteri Puteri Shamsalnahar. Pada hari majlis perkahwinan, puteri menjadi gila. Sultan Kashmir mengupah tabib dari seluruh negeri untuk mengubati puteri tetapi gagal. Hal ini demikian kerana puteri sengaja berpura-pura gila. Putera Kamaralakmar yang mendengar khabar angin lalu menyamar sebagai tabib untuk berjumpa dengan kekasihnya.

Penutup-Putera melarikan puteri daripada istana Sultan Kashmir. Mereka pun pulang ke negeri Parsi dan mengadakan pesta penyambutan kepulangan mereka selama 40 hari 40 malam. Putera Kamaralakmar pun mengahwini Puteri Shamsalnahar dalam majilis yang begitu meriah. Putera Kamaralakmar jug mengutuskan surat kepada ayahanda Puteri Shamsalnahr, Raja San’a dan menceritakan pengalamannya serta perkahwinan mereka.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Raja San’a menerima perkahwinan mereka dan menghantar hadiah berharga kepada menantunya. Putera Kamaralakmar sungguh gembira kerana segala perilakunya diampunkan oleh Raja San’a.

 

Posted at 6:08 pm | Comments (11)

23rd June, 2014

Peminta Sedekah Buta

peminta sedekah buta

Nama :  Ooi Zher Ying
Kelas:No. Sekolah :  S5A10162
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF BAD
Judul Buku  :  Peminta Sedekah Buta
Pengarang :

Badrul Risham

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

Latar tempat

Cerita ini berlaku di antara Balsore dan kota Baghdad. Kedua-dua watak utama bertemu dalam perjalanan antara kedua-dua kota tersebut.

Watak dan Perwatakan

Baba Abdullah merupakan seorang pemuda yang sangat tamak mengejarkan kekayaan sehingga menjadi buta dan hilang segala hartanya.

Darwis pula merupakan seorang yang mempunyai kuasa sakti.

Konflik/Plot

Permulaan-Cerita ini menerangkan seorang pemuda yang bernama Baba Abdullah sangat rajin untuk menambah pendapatannya hingga berjaya memiliki 80 ekor unta di kota Baghdad. Dalam perjalanannya ketika pulang dari Balsore, dia bertemu dengan seorang darwis.

Perkembangan-Darwis itu menyatakan bahawa dia tahu tempat sembunyi harta karun. Baba Abdullah meminta darwis itu menunjukkan tempat itu tetapi darwis itu membuka syarat. Darwis itu mahu separuh daripada harta itu dan untanya. Dengan kuasa saktinya, darwis itu membawa Baba Abdullah ke tempat itu.

Konflik-Klimaks cerita ini menceritakan pengalaman mereka ketika berada dalam sebuah gua besar yang berisi dengan harta karun. Baba Abdullah memberi darwis itu 40 ekor unta seperti yang dijanjikan. Selepas berjalan tidak jauh, dia berasa kesal lalu berlari menemui darwis itu. Dia meminta darwis memulangkan 10 ekor unta dengan harta yang dimuatkan. Darwis itu pun bersetuju. Selepas itu, dia berlari balik sekali lagi untuk meminta 10 ekor unta lagi. Akhir sekali, dia meminta balik semua unta daripada darwis itu.

Penutup-Peleraian cerita mengisahkan ketamakan Baba Abdullah yang keterlaluan apabila dia sekali lagi meminta kotak kayu kecil kepunyaan darwis. Minyak dalam kotak kayu kecil itu membolehkan seseorang melihat harta yang tersembunyi di bumi jika disapu pada mata kiri manakala seseorang akan menjadi buta jika disapu pada mata kanan. Setelah menyapu minyak itu pada mata kiri, Baba Abdullah meminta darwis menyapu minyak itu pada mata kanan juga kerana tidak jelas.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Baba Abdullah menjadi buta dan semua hartanya  diserahkan kepada orang lain yang tidak tamak.

Posted at 5:59 pm | Comments (12)

23rd June, 2014

Ilmu Yang Berharga

Nama :  Ooi Chu Hui           Kelas :S5A

No. Sekolah :  10161

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF  CHA

Judul Buku :  Ilmu Yang Berharga

Pengarang :    Chan Myan, Chong Shi Min, Forest Zi        

Tahun Penerbitan/ Edisi:      2010/Pertama

 

Kulit Buku :

DSC_0760

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di sebuah hutan. Nama hutan tersebut tidak diterangkan dalam buku cerita ini.

Watak dan Perwatakan

Si Arnab – Seekor arnab yang cerdik dan sentiasa menasihati rakan-rakannya .

Si Monyet – Seekor monyet yang suka bergaduh dengan Si Beruang. Dia ialah rakan-rakan Si Arnab.

Si Beruang – Seekor beruang yang nakal dan panas baran. Dia juga ialah rakan-rakan Si Arnab.

Konflik/Plot

Konflik – Si Monyet dan Si Beruang telah bergaduh semasa mereka berkelah di sebuah hutan.

Permulaan – Si Arnab, Si Monyet dan Si Beruang sedang berkelah di sebuah hutan belantara yang cantik.

Perkembangan – Apabila Si Beruang bertanya Si Monyet apa perkara yang dia sedang buat, Si Monyet bergurau dengannya. Si Beruang berasa marah dan mencampak Si Monyet sebiji tembikar. Si Monyet berasa sangat sakit dan membalas Si Beruang dengan sebiji oren. Mereka berdua bermula bertengkar dan saling mencampak buah-buahan. Selepas mereka puas mencampak buah-buahan, mereka ternampak Si Arnab makan najis sendiri. Mereka berasa sangat terkejut dan hairan. Si Arnab menjelaskan kepada mereka bahawa najis arnab yang keluar pertama kali mempunyai banyak vitamin dan protein, oleh itu dia akan makan najis sendiri. Dia juga menasihati rakan-rakannya bahawa tidak patut membazirkan makanan. Mereka tidak menerima nasihat Si Arnab. Pada musim kemarau, makanan Si Monyet dan Si Beruang telah habis dimakan. Kebetulannya, Si Arnab menjemput mereka ke rumahnya untuk menikmati makanan disimpannya.

Penutup – Si Monyet dan Si Beruang berasa malu akan perbuatannya. Nasib baik mereka mempunyai rakan yang bersikap sediakan payung sebelum hujan.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Si Monyet dan Si Beruang insaf akan perbuatan mereka. Saya berpendapat bahawa cerita ini memberi kesan kepada golongan muda yang membaca buku ini supaya tidak membazirkan makanan.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada sikap keinsafan yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang arnab di akhir cerita. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang binatang.

Posted at 5:55 pm | Comments (5)

23rd June, 2014

Puteri Kalung Permata

200620142374

 

Nama :  Ooi Zher Ying
Kelas:

No. Sekolah :

 S5A

10162

Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF EAS
Judul Buku  :  Puteri Kalung Permata
Pengarang :

Eastview

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

Latar tempat

Cerita ini berlaku di negeri Kencana Puri, di mana Sultan Tegar Alam merupakan pemimpin di negeri tersebut.

Watak dan Perwatakan

Sultan Tegar Alam merupakan seorang yang zalim tetapi berani mengaku kesalahannya. Baginda sanggup membuang puterinya kerana malu akan waras puteri yang hitam seperti arang.

Nenek Kebayan pula merupakan seorang yang baik hati. Beliau sanggup membesarkan bayi yang ditemukan di dalam hutan tanpa mengharapkan balasan.

Konflik/Plot

Permulaan-Cerita ini mengisahkan seorang raja negeri Kencana Puri, Sultan Tegar Alam yang tidak dikurniakan anak selepas beberapa tahun. Selepas makan buah kedondong, Permaisuri Intan Dilara pun mengandung. Selepas sembilan bulan, mereka dikurniakan seorang puteri yang sangat hitam dan mempunyai seutas kalung permata di lehernya. Sultan Tegar Alam berasa malu lalu membuang bayi baginda di dalam hutan. Bayi itu diselamatkan oleh Nenek Kebayan dan dinamakan Sari.

Perkembangan-Sultan Tegar Alam pun berkahwin lagi dengan Wan Selasih yang cantik tetapi tamak dan cemburu kepada Permaisuri Intan Dilara. Wan Selasih memasukkan racun ke dalam makanan Permaisuri Intan Dilara tetapi makanan itu dimakan oleh Sultan Tegar Alam kerana Permaisuri jatuh sakit tenat dan tidak mahu makan. Wan Selasih berpura-pura tidak tahu dan cuba menyalahkan Permaisuri. Pak Nujum mengatakan bahawa sultan hanya akan sembuh dengan penawar kepunyaan Nenek Kebayan di dalam hutan.

Konflik-Nenek Kebayan membawa Sari bersama ke istana. Dia menggunakan kalung permata Sari untuk menyembuhkan kedua-dua sultan dan permaisuri.

Penutup-Sultan dan permaisuri berasa bersalah dan mengajak Sari tinggal bersama. Sari digelar Puteri Kalung Permata.Wan Selasih pula dikurung di dalam perigi buta. Dengan bantuan kuasa sakti, Puteri Kalung Permata berjaya menjadi putih.

Rumusan

Cerita ini mengajar kita supaya menerima dan menyayangi anak kurniaan Tuhan walaupun tidak cantik atau tunaanggota. Selain itu, kita harus sentiasa menolong orang lain jika diperlukan.

 

Posted at 5:49 pm | Comments (11)

23rd June, 2014

Biola Ajaib

200620142372

 

Nama :  Ooi Zher Ying
Kelas:No. Sekolah :  S5A10162
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF EAS
Judul Buku  :  Biola Ajaib
Pengarang :

Eastview

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

Latar tempat

Cerita ini berlaku di sebuah kampung yang berdekatan dengan hutan. Di sana, penduduk petempatan hidup dengan miskin tetapi gembira.

Watak dan Perwatakan

Mak Aina merupakan seorang yang baik hati dan tabah menghadapi dugaan. Suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Beliau membesarkan anak perempuannya, Sara dengan menghasilkan kraf tangan.

Jabal pula merupakan seorang yang tamak dan tidak tahu membalas jasa orang lain. Dia sanggup mencuri barangan ajaib Mak Aina untuk menaiki pangkat.

Konflik/Plot

Permulaan-Cerita ini berkisah tentang seorang ibu tua, Mak Aina dan anaknya Sara yang tinggal di dalam hutan. Ayah Sara yang telah meninggal meninggalkan biola ajaib, periuk ajaib dan gunting, jarum ajaib. Jabal, seorang pencuri meminta izin Mak Aina untuk makan dan bermalam  di rumah Mak Aina. Mak Aina pun bersetuju. Mereka melayannya dengan baik.

Perkembangan-Pada keesokan harinya, Jabal pergi ke istana untuk mendapatkan kerja. Dia bertugas untuk mencuci periuk belanga dan pinggan mangkuk di istana. Dia menceritakan periuk ajaib kepunyaan Mak Aina kepada raja. Raja mahu periuk itu lalu menganugerahkan 20 keping duit emas kepada Jabal. Jabal pun mencuri periuk ajaib itu daripada Mak Aina. Semasa Puteri Sari ingin pakaian yang cantik, Jabal juga mencuri gunting dan jarum ajaib daripada Mak Aina dan mendapat ganjaran tinggi daripada raja. Jabal dilantik sebagai ketua majilis pertunangan.

Konflik-Mak Aina melaporkan kes pencurian yang berlaku di rumahnya kepada raja. Raja pun menghukum Jabal dan memulangkan barangan itu kepada Mak Aina.

Penutup-Baginda terpikat dengan kecantikan Sara dan berkahwin dengan Sara. Mak Aina dan Sara hidup bahagia di dalam istana.

Rumusan

Cerita ini berakhir dengan Jabal berubah menjadi seorang yang baik selepas sesal akan perbuatannya sendiri.

 

 

 

Posted at 5:38 pm | Comments (13)

23rd June, 2014

Semangat Belajar

Nama :  Ooi Chu Hui           Kelas :S5A

No. Sekolah :  10161

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF  CHA

Judul Buku :  Semangat Belajar

Pengarang :    Chan Myan, Chong Shi Min, Forest Zi        

Tahun Penerbitan/ Edisi:      2010/Pertama

 

Kulit Buku :

DSC_0759

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di sebuah hutan. Nama hutan tersebut tidak diterangkan dalam buku cerita ini.

Watak dan Perwatakan

Fifi – Seekor kelip-kelip yang malas dan sentiasa bermain dengan rakan-rakannya .

Titi – Seekor semut yang rajin belajar dan sentiasa bersedia untuk membantu rakan-rakannya.

Konflik/Plot

Konflik – Fifi gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Permulaan – Fifi selalu bermain dengan rakan-rakannya dengan sepuas-puasnya dan tidak suka belajar.

Perkembangan – Pada suatu hari, selepas dia puas bermain dan pulang ke rumah, Titi pergi meminta tolong daripadanya. Rupa-rupanya, Titi ingin meminjam ‘lampu’ Fifi untuk mengulang kaji pelajaran. Hal ini demikian kerana Titi perlu bekerja pada hari siang dan hanya boleh mengulang kaji pada waktu malam. Sebagai balasan, Titi menghantar makanan kepada Fifi setiap hari. Titi tekun belajar setiap malam dan dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Keputusan Fifi pula merosot. Fifi berasa sangat kesal dan berazam mahu belajar daripada Titi. Dia telah menolak ganjaran Titi dan mahu belajar bersama Titi pada setiap malam. Dia tidak lagi sentiasa bermain-main dengan rakan-rakannya.

Penutup – Fifi berjaya mendapat keputusan yang cemerlang atas usahanya sendiri.

Rumusan

Saya sangat suka akan peleraian cerita ini. Akhirnya, Fifi mencapai kemajuan dalam pelajarannya dengan sikap kerajinan. Saya berpendapat bahawa amalan sikap ini penting dalam kalangan golongan muda yang membaca buku ini.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada semangat belajar dan sikap kerajinan yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang kelip-kelip di akhir cerita. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang binatang.

Posted at 5:34 pm | Comments (6)

23rd June, 2014

Semangat Bekerjasama

Nama :  Ooi Chu Hui           Kelas :S5A

No. Sekolah :  10161

Guru Pembimbing: Cikgu Eng Fang Fang

No.Panggilan Buku :  MF  CHA

Judul Buku :  Semangat Bekerjasama

Pengarang :    Chan Myan, Chong Shi Min, Forest Zi        

Tahun Penerbitan/ Edisi:      2010/Pertama

 

Kulit Buku :

图像0040

Latar tempat

Latar tempat cerita ini ialah di sebuah hutan. Nama hutan tersebut tidak diterangkan dalam buku cerita ini.

Watak dan Perwatakan

Faye – Seekor burung kelicap yang sudah tua dan tidak cergas lagi.

Willy – Seekor beruang yang berbulu tebal dan tidak takut akan sengatan lebah.

Konflik/Plot

Konflik – Faye tidak tidak boleh mencari nektar untuk tempoh yang lama. Willy tidak dapat mencari lokasi sarang lebah dan berasa sangat lapar.

Permulaan – Faye mudah letih semasa dia mencari nektar. Rakan-rakannya tidak mahu membantunya mencari nektar.

Perkembangan – Walaupun Faye berasa kecewa terhadap rakan-rakannya, dia mempercayai bahawa dia dapat mencari nektar tanpa bantuan rakan-rakannya. Semasa dia rehat di atas sebatang pokok, dia ternampak Willy yang kelihatan sangat sedih. Rupa-rupanya, Willy tidak dapat mencari madu untuk makan dan dia sangat lapar. Sedangkan Willy menpunyai bulu yang tebal dan tidak takut akan sengatan lebah, Faye bercadang bahawa mereka bekerjasama untuk mencari madu. Willy telah bersetuju dengan cadangan Faye. Selepas mereka terjumpa sarang lebah, mereka pun bermula untuk menghalau lebah-lebah.

Penutup – Faye dan Willy menpunyai madu untuk makan dan tidak akan berasa lapar lagi atas kerjasama antara satu sama lain.

Rumusan

Saya tidak suka peleraian cerita ini. Akhirnya, Faye dan Willy dapat mengisi perut mereka dengan memperoleh hasil kerja lebah-lebah. Saya berpendapat bahawa mesej ini tidak baik bagi golongan muda yang membaca buku ini.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini ringkas dan mudah difahami. Di samping itu, saya sebagai pembaca terdedah kepada semangat kerjasama yang penting dalam kehidupan kita. Selain itu, terdapat maklumat tentang burung kelicap dan beruang di akhir cerita. Ini telah membantu saya memperluas ilmu pengetahuan tentang binatang.

 

Posted at 5:22 pm | Comments (6)