26th June, 2014

Beri Aku Peluang

17

Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas : S5F
No.Sekolah : 10325
Judul Buku : Beri Aku Peluang
Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tahun Penerbitan/Edisi :2009

Latar Tempat :Di sekolah

Watak dan Perwatakan :
1.Alina
-pemain catur
-bijak mengatur strategik
– gigih menghadapi masalah

Konflik/Plot :Alina adalah pelajar yang dikenali di sekolah sebagai seorang pemain catur yang handal. Populariti Alina di sekolah membuatkan Atilia dan Khayra, pelajar popular di sekolah tersebut, berasa tergugat dan cemburu. Tambahan pula Atilia juga merupakan pemain catur di sekolah itu. Pelbagai ejekan dan buliyang dilakukan oleh Atilia dan Khayra. Namun di sebalik pencapaian itu, Alina mempunyai satu kelemahan. Setelah mengetahui Alina layak bertanding catur ke peringkat kebangsaan, Atilia dan Khayra telah melakukan sesuatu untuk mengaibkan Alina dan seterusnya melemahkan semangat Alina bagi menghadapi pertandingan di peringkat kebangsaan itu. Alina sedar kelemahan dirinya serta mahu berubah. Izaty kawan baiknya banyak memberikan dorongan supaya Alina berubah. Dalam azam dan kesediaan Alina untuk berubah, beliau diuji lagi dengan kejadian yang amat mengejutkan dan menyedihkan hatinya.

Rumusan :
Alina telah berubah sikapnya dengan dorongan yang diberi oleh Izaty. Alina menang dalam pertandingan catur di peringkat kebangsaan.

Pendapat:
cerita ini amat menarik. Kita tidak wajar cemburu akan orang lain.

Posted at 11:37 pm | Comments (6)

26th June, 2014

Gadis Ungu Bertukar!

16

Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas :S5F
No.Sekolah : 10325
Judul Buku : Gadis Ungu Bertkar!
Pengarang : Siti Anne
Tahun Penerbitan/Edisi : 2013

Latar tempat : di Kampung Santubong, Kuching, Sarawak

Watak dan Perwatakan :
1. Raihanah
-berusia 13 tahun
-terlalu obses dengan warna ungu
2.Azfar
-bersahabat dengan Firdaus dan Ah Seng
-sepupu Balqis
3.Ayah Raihanah
-marah terhadap Raihanah

Konflik/Plot :Raihanah ialah seorang gadis berusia 13 tahun dan bersikap seperti budak-budak lelaki. Sikapnya yang nakal dan lucu memeningkan kepala ibu dan bapanya. Ayah Raihanah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah. Manakala ibunya pula merupakan seorang suri rumah. Raihanah mempunyai dua orang abang dan seorang adik lelaki. Pada satu ketika, ayah Raihanah dipindahkan ke sekolah yang terletak di Kampung Santubong, Kuching, Sarawak. Raihanah sedih kerana terpaksa berpisah dengan teman-temannya dan bimbang seandainya dia tidak akan mempunyai kawan di sekolah baru nanti kerana sikapnya yang kelelakian.

Raihanah mula menyesuaikan diri di kampung dan berkenalan dengan Balqis di sekolah. Balqis mempunyai sepupu yang bernama Azfar. Azfar pula bersahabat dengan Firdaus dan Ah Seng. Bermula dari perkenalan itu, Raihanah mula rapat dengan Azfar dan teman-temannya. Ragam dan kenakalan Raihanah semakin menjadi-jadi. Dia mengikut Azfar dan teman-temannya bermain bola sepak, mandi laut, memanjat pokok jambu, solat bersama jemaah lelaki dan pelbagai lagi kisah lucu yang dilaluinya bersama teman-teman.

Walaupun perwatakan Raihanah kasar, namun dia mempunyai satu rahsia besar di mana dia terlalu obses dengan warna ungu. Namun dia cuba menyembunyikan minatnya itu kerana warna ungu agak sinonim dengan kewanitaan dan bimbang akan diusik oleh abang dan adik serta teman-temannya. Ketika berkurung di dalam bilik, Raihanah sering mengenakan gaun labuh berwarna ungu yang dihadiahkan Ibunya kepadanya ketika ulang tahun hari lahirnya yang ke-12.

Kejadian solat bersama-sama jemaah lelaki dan menyembunyikan selipar para jemaah, mendorong Imam Fauzi mengadu dengan ayah Raihanah. Ayah Raihanah naik angin lantas memarahi dan memukulnya. Raihanah merajuk dengan ayahnya dan berkurung di dalam bilik. Ibunya cuba memujuknya namun Raihanah masih lagi dengan rajuknya. Dia bertanya kepada ibunya, mengapa ayahnya terlalu marah sehingga sanggup memukulnya. Ibu Raihanah memberi penjelasan kepada Raihanah. Setelah lama berfikir dan bermuhasabah diri, Raihanah telah merancang sesuatu.

Rumusan :
Raihanah telah berinsaf dengan menukarkan sikapnya untuk menjadi orang yang berdisiplin.

Pendapat :
Cerita ini telah mengajari kita tentang sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Posted at 11:25 pm | Comments (8)

26th June, 2014

Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam

15
Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas : S5F
No.Sekolah : 10325
Judul buku :Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam
Pengarang :Khairy Tajudin
Tahun Penerbitan/Edisi :2013

Latar Tempat : Kehidupan para pahlawan Islam terdahulu

Watak dan Perwatakan :
1.Pahlawan Islam
-berpegang teguh kepada agama Islam
-berani

Konflik/Plot:Himpunan 20 Kisah Pahlawan Islam ini mengisahkan 20 cerita yang berlaku dalam kehidupan para pahlawan Islam terdahulu. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya.

Kekuatan tentera Islam tidak terletak pada jumlah tentera dan kecanggihan senjata. Dalam kebanyakan peperangan, jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding musuh tetapi tentera Islam sentiasa mendapat bantuan Allah SWT. Bantuan daripada Allah akan turun atas asbab-asbab tertentu dan para pembaca akan dapat mengetahui rahsia-rahsia tersebut di dalam buku ini, insya-Allah. Semoga kita beroleh hidayat daripada Allah SWT untuk meneruskan perjuangan menyebarkan Islam sehingga hari kiamat.

Rumusan:
Para pahlawan Islam telah berani berperang untuk kehidupan Islam depan supaya generasi muda dapat mempeljari keberanian mereka dalam kehidupan kini.

Pendapat :
Cerita ini telah menceritakan tentang keberanian dan kegigihan pahalawan Islam.

Posted at 11:12 pm | Comments (6)

26th June, 2014

OPS MENJEJAK PENCURI

14
Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas : S5F
No.sekolah : 10325
Judul buku :
Pengarang :
Tahun Penerbitan/Edisi : 2010

Latar Tempat : Di Kampung Buloh

Watak dan Perwatakan :
1. Adib
– sangat sensitif terhadap hal yang berlaku
-bijak
2.Adibah
-rajin
– mengamalkan niali tolong-menolong
3.Rafiq
-baik hati untuk menolong
-ditolak ajakan oleh Zali

Konflik/Plot :
Kes kehilangan binatang ternakan di Kampung Buloh semakin menjadi-jadi. Terbaru, kehilangan kambing Nenek Zaharah menggemparkan penduduk kampung. Di saat itu muncul Adib dan Adibah, dua penyiasat cilik yang kebetulan bercuti di rumah nenek mereka.
Bantuan sepupu-sepupu kesayangan mereka, Zali dan Ikram amat dihargai untuk membantu penyiasatan. Jetli pula hadir sebagai pelengkap geng penyiasat cilik yang bermentorkan Tuan Daniel ini.

Sementara itu, Rafiq dan rakan-rakannya bersetuju dengan cabaran Adib untuk berlawan sepak takraw lantaran Zali yang menolak ajakan Rafiq untuk menyertai pasukannya. Misi menyiasat belum selesai, datang pula misi baru untuk diuruskan. Dapatkah Adib, Adibah dan rakan-rakannya menyelesaikan misteri kehilangan binatang ternakan di Kampung Buloh? Bagaimana pula dengan perlawanan takraw dengan pasukan Rafiq yang merupakan pemain wakil daerah itu? Segalanya terjawab di episod kali ini, OPS MENJEJAK PENCURI!

Biodata Zayu Hisham: Zayu Hisham atau nama sebenarnya Wan Zayuhisham Wan Yusoff ialah guru di Sek. Keb. Taman Medan, Petaling Jaya. Beliau mula meneroka dunia kanak-kanak melalui kisah mencuit hati dalam novel sulungnya, Impian Juara. Ops Menjejak Pencuri ialah buah tangan beliau untuk peminat-peminat siri penyiasatan kanak-kanak.

Rumusan :
Kanak-kanak itu telah berjaya menyiasat siapa-siapa pencuri itu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak dan gigih.

Pendapat :
cerita ini telah dapat saya pelajari nilai dan pengajaran yang berfaedah seperti gigih, rajin dan bertolak ansur.

Posted at 10:58 pm | Comments (9)

26th June, 2014

REMAJA HARAPAN

13
Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas :S5F
No. sekolah : 10325
Judul Buku : Remaja Harapan
Pengarang : Hilal Asyraf
Tahun Penerbitan/Edisi : 2009

Latar Tempat : Di sekolah

Watak dan Perwatakan :
1. Megat Iskandar Asyraf
-berumur 11 tahun
-rajin belajar

Konflik/Plot :
Mengisahkan watak utama, Megat Iskandar Asyraf, berumur 11 tahun berusaha untuk cemerlang di dalam USPR. Kisahnya tiada banyak konflik. Sekadar beberapa cerita yang memberikan inspirasi kepada anak-anak kecil untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak cepat kecewa. Terdapat banyak sirah-sirah nabawi dan para sahabat diselitkan dalam cerita ini untuk mengiringi langkah-langkah kejayaan si kecil. Lebih ringan daripada Remaja Mulia yang kelihatan berat. Kelebihan Novel Remaja Harapan ialah berisu ringan, ringkas, tetapi padat. Tidak sepanjang Remaja Mulia.

Rumusan :
Megat Iskandar Asyraf seorang pelajar yang rajin belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR tetapi menghadapi beberapa masalh.

Pendapat :
cerita ini amat menarik dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas Megat Iskandar Aysraf untuk kita belajar.

Posted at 10:45 pm | Comments (10)

26th June, 2014

Cinta Ahmad Ammar


Nama : Rachel Tan Kai Lin
Kelas : S5F
No sekolah : 10325
Judul buku : Cinta Ahmad Ammar
Pengarang: Grup Penjejak Tamadun Dunia
Tahun Penerbitan/Edisi :2014

Latar tempat : Istanbul, Turki

Watak dan Perwatakan:
1. Ahamad Ammar
– meniggal dunia setelah dilanggar
– aktif dalam aktiviti sukarelawan, menyertai misi kemanusian

Konflik/Plot :
Allahyarham Ahmad Ammar telah meninggal dunia setelah dilanggar oleh ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November 2013.

Jasad Ammar telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, dan disitulah juga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki. Dan inilah jasad orang Malaysia yang pertama di kebumukan disini.

Dalam usia yang muda, Ahmad Ammar begitu aktif dalam aktiviti sukarelawan, menyertai misi kemanusian seperti di Syria. Dan dia juga selalu berhasrat untuk syahid setiap kali dia menyertai misi kemanusian. Namum hasrat beliau tertangguh.

Rumusan :
Ahmad Ammar seorang pemuda yang aktif dan mengamalkan nilai kemusiaan dalam kehidupan tetapi mati dalam kemalangan. Pemuda yang amat dikasihi.

Pendapat :
Biodata Ahmad Ammar telah mengajar saya banyak pengajaran yang berfaedah.

Posted at 10:22 pm | Comments (6)

26th June, 2014

Raja Bersiung

scan0002

 

Nama :  Chew Boon Cheng
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10281
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  –
Judul Buku  :  Puteri Gunung Ledang
Pengarang :

Rubiah Jusoh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

 

 

 

Latar Tempat

Negeri Kedah-Terdapat seorang pemerintah yang zalim .Rakyatnya amat takut akan baginda.

 

Watak dan Perwatakan

Raja Bersiung- Raja Kedah yang zalim dan mempunyai gigi siung.Sekiranya arahan baginda tidak dipatuhi, rakyat akan dikenakan hukuman berat.

Rakyat negeri Kedah-Tidak suka akan pemerintah mereka.  Rakyat Kedah tidak suka akan Raja Siung tetapi tidak boleh membantah arahan Raja Bersiung kerana takut dikenakan hukuman berat.

Tukang masak- Terhiris jarinya apabila menyediakan makanan untuk Raja Bersiung dalam keaadaan tergesa-gesa.Dia takut akan Raja Bersiung.

 

Konflik/Plot

Suatu ketika dahulu, negeri Kedah telah diperintah oleh seorang raja yang mempunyai gigi siung. Baginda digelar sebagai Raja Bersiung. Baginda sangat ditakuti oleh rakyatnya kerana baginda seorang yang garang dan suka marah-marah. Setiap kemahuannya mesti dipenuhi. Jika tidak, pasti ada orang yang akan menerima hukuman berat. Rakyat tidak suka kepada Raja Bersiung tetapi tidak berani membantah.Pada suatu hari, baginda sangat lapar lalu memerintahkan tukang masak segera menyediakan makanan untuk baginda. Kerana masak dalam keadaan yang tergesa-gesa, tukang masak telah terhiris jarinya sewaktu memotong sayur kegemaran Raja Bersiung, iaitu sayur bayam. Darahnya telah menitis ke dalam sayur tersebut. Tukang masak tidak sempat untuk memasak makanan lain. Sayur itu telah dihidangkan kepada Raja Bersiung. Baginda makan dengan penuh selera. Baginda bertanya kepada tukang masak tentang ramuan yang digunakan. Kerana takut, tukang masak telah menceritakan segalanya. Sejak hari itu, setiap makanan yang dihidangkan mesti dicampur dengan darah. Akhirnya gigi siung baginda bertambah panjang. Rakyat yang ketakutan telah lari ke dalam hutan menyelamatkan diri. Pembesar istana telah berpakat untuk menangkap baginda. Raja Bersiung yang ketakutan telah lari ke dalam hutan dan tidak kembali lagi. Negeri Kedah kembali aman.

Rumuasan
Raja Bersiung telah lari ke dalam hutan dan tiada sesiapa tahu di mana baginda pergi.Rakyat negeri Kedah tidak lagi hidup dalam ketakutan.Negeri Kedah menjadi aman dan damai.
Pendapat
Saya suka akan cerita ini kerana plotnya sangat menarik. Buku ini juga mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.

 

Posted at 7:39 pm | Comments (5)

26th June, 2014

Puteri Gunung Ledang

 

Nama :  Chew Boon Cheng
Kelas  & No. Sekolah :  S5A 10281
Guru Pembimbing:  Cikgu Eng Fang Fang
No.Panggilan Buku :  MF EAS
Judul Buku  :  Puteri Gunung Ledang
Pengarang :

Eastview

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2009

Edisi Pertama

 

 

 

 

Latar Tempat

Gunung Ledang di Johor- Tempat tinggal Puteri Gunung Ledang yang cantik.Ramai putera raja mahu berkahwin dengannya tetapi puteri menolak lamaran mereka.

 

Watak dan Perwatakan

Puteri Gunung Ledang-Seorang puteri yang cantik dan bijak.Dia menguji Sultan Mahmud Syah yang ingin pelbagai cara.

Tun Mamat-Pembesar yang taat kepada Sultan Mahmud Syah.Beliau mematuhi titah sultan yang mengarahnya pergi ke Gunung Ledang dan meminangkan Puteri Gunung Ledang.

Sultan Mahmud Shah-Kurang rasional. Menunaikan syarat-syarat yang tidak munasabah yang dikemukan oleh Puteri Gunung Ledang .

 

Konflik/Plot

Puteri Gunung Ledang merupakan seorang puteri yang sangat cantik.Kecantikkannya menarik hati Sultan Mahmud Syah.Sultan Mahmud Shah ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang.Baginda mengarahkan Tun Mamat dan beberapa orang pembesar pergi ke Gunung Ledang di Johor untuk meminang Puteri Gunung Ledang.Puteri Gunung Ledang mengemukan beberapa syarat kepada Sultan Mahmud Syah.Syarat pertama iala Sultan Mahmud Syah perlu membina sebuah jambatan emas dari Johor ke Melaka sekiranya ingin mengahwininya.Sultan Mahmud Syah menunaikan syarat tersebut dengan merampas harta benda emas daripada rakyatnya.Syarat kedua yang dikemukan oleh Puteri Gunung Ledang setalah jambatan emas dibina ialah Sultan Mahmud Syah perlu mengambil semangkuk darah puteranya.Apabila baginda mengeluarkan pisau untuk membelah perut puteranya yang tertidur,Puteri Gunung Ledang muncul secara tiba-tiba dan menghalang baginda.Rupa-rupanya Puteri Gunung Ledang ingin menguji kemuliaan Sultan Mahmud Syah. Puteri amat kecewa atas tindakan Sultan Mahmud Syah dan tidak mahu berkahwin dengan baginda.Selepas itu, Puteri Gunung Ledang menghilangkan diri dan tidak berkahwin dengan sesiapa.

Rumuasan

Puteri Gunung Ledang tidak mahu berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah yang membebankan rakyat dan ingin membunuh anak sendiri untuk mengahwininya.Puteri Gunung Ledang menhilangkan diri dan tidak berkahwin dengan sesiapapun. Sultan Mahmud Syah pula melupakan hasrat baginda yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang.

 

Pendapat

Buku ini amat menarik dan memaparkan kepandaian Puteri Gunung Ledang.Klimaks buku ini amat menarik apabila Sultan Mahmud Syah ingin membunuh puteranya.Saya suka buku ini kerana buku ini menyababkan saya mempunyai perasaan ingin tahu akan perkara yang akan berlaku dalam cerita seterusnya apabila saya membaca.

 

 

Posted at 6:56 pm | Comments (5)