14th April, 2015

Ombak Sfera Lotus

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & No Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF HAD

Judul Buku : Ombak Sfera Lotus

Pengarang Buku : Siti Jasmina Ibrahim

Tahun Penerbitan/Edisi : 2004

bm novel

Latar Tempat

Kisah futuristik ini berlaku di abad ke-22,di dunia yang agak moden dan berkembang pesat.

Watak dan Perwatakan

Ombak – Seorang lelaki yang sentiasa berjaya menempatkan dirinya dalam sebarang situasi. Dia gigih berusaha dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran untuk mengembalikan remaja yang berada di Sfera Lotus ke akar jati diri.Dia mempunyai prinsip seperti ombak laut yang tidak jemu-jemu memukul pantai.

Ersiyes – Seorang pemuda yang diselarikan sebagai gunung berapi Cassadocia. Seperti Ombak,dia juga bersikap gigih dalam mengatasi cabaran yang dihadapinya. Dia tidak mudah mengalah dan mempunyai kesungguhan sepanjang masanya di Sfera Lotus.

Aqil,Cassia,Salina – Antara pemuda yang diwajibkan menjalani proses pemulihan di dalam sfera yang bernama Sfera Lotus.

Konflik/Plot

Kisah Ombak Sfera Lotus berlatarkan kehidupan di abad 22 yang telah hilang identiti, jatidiri serta keperluan untuk berkomunikasi.
Seramai 20 pemuda berusia 18 tahun diwajibkan untuk menjalani seakan proses pemulihan di dalam sebuah sfera yang dinamakan Sfera Lotus.
Novelis menumpukan perhatian kepada empat pemuda yang mendiami bilik 8A dan 8B yang mempunyai potensi paling tinggi untuk berjaya dipulihkan,iaitu Ersiyes,Aqil,Cassia dan Salina. Kisah tersebut merupakan kisah futuristik seputar isu psikologi belia zaman hadapan. Oleh sebab kemajuan yang sangat pesat, para belia zaman tersebut tidak langsung mempunyai kemahiran berinteraksi antara satu sama lain. Mereka kaku seolah-olah robot, tiada perasaan, tiada semangat kesetiakawanan. Pendek kata,kisah tersebut mengisahkan pengalaman pemuda tersebut sepanjang masa mereka menjalani proses pemulihan di Sfera Lotus.

Rumusan

Di pengakhiran cerita pula menjelaskan sebaliknya. Kuasa besar itu sebenarnya mempunyai nilaian kuasa kurang daripada pemerintah, namun disebabkan sumbangannya dalam pembiayaan sfera lotus, ia mampu mempengaruhi beberapa keputusan dalam pentadbiran tersebut.

Pendapat

Saya amat suka akan novel ini. Pada pendapat saya,berbanding dengan novel 6:20,novel Ombak Sfera Lotus mempunyai plot yang lebih menarik. Sementelahan,banyak nilai kemanusiaan telah dipaparkan dalam kisah tersebut iaitu tidak berputus asa,sabar,saling mengambil berat,tolong-menolong dan seumpamanya. Novel tersebut telah memupuk kesedaran dalam diri saya bahawa nilai kemanusiaan tersebut semakin hilang ditelan zaman. Sebaliknya,masyarakat pada zaman sekarang sangat inginkan perkara yang materialistik dan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Masyarakat mula alpa dibuai arus kemodenan.Buku ini memang merupakan sebuah buku yang amat menarik dan penuh dengan saspens.

 

Posted at 1:09 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.