14th April, 2015

Rumah Perabung Empat

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & No. Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn. Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF HAS

Judul Buku : Rumah Perabung Empat

Pengarang Buku : Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/Edisi : 2009

20141006_191953

Latar tempat :

Sebuah kampung yang terletak sebuah rumah perabung empat yang penuh misteri

Watak :

Asmady,Puji dan Kang Suan Tee – Tiga rakan yang mempunyai sifat berani dan tidak berputus asa dalam merungkai misteri rumah perabung empat.

Konflik/Plot :

Cuti sekolah baru sahaja bermula. Asmady dan kawan-kawannya mempunyai hasrat dan telah mengadakan rancangan untuk jelajah desa bagi mencari spesies bunga-bunga yang berbau harum. Antara bunga yang telah mereka cari termasuklah bunga cempaka dan bunga melor. Pada masa yang sama,Asmady juga ingin mencari kayu kemuning berpelak. Kayu tersebut sesuai dibuat   sarung kertas dan hasilnya boleh dijual dan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolahnya. Pada suatu hari,mereka menjumpai sebuah rumah besar yang terletak di tepi belukar. Asmady mendapati rumah besar tersebut kelihatan pelik dan dai juga melihat beberapa orang warga asing berkumpul di situ. Dengan tidak melengah-lengahkan masa, mereka pun memberitahu penduduk kampung tentang rumah perabung empat tersebut. Perasaan ingin tahu telah mendorong Asmady,Puji dan Kang Suan Tee telah menyiasat rumah tersebut untuk mendapatkan jawapan.Mereka juga mendapatkan bantuan daripada Abang Zuhdi,Abang Rahim dan Tuk Penghulu untuk menyiasat rumah tersebut. Asmady dan rakan-rakannya tidak sanggup membiarkan rumah  itu terbiar begitu sahaja. Sebaliknya, mereka ingin mengambil tindakan demi menjaga keamanan penduduk setempat.

Rumusan :

Akhirnya,dengan kerjasama pasukan risikan dan Pegawai Imigresen, lelaki dan warga asing di rumah perabung empat telah ditangkap dengan lancar. Lelaki tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Warga asing tersebut merupakan pedatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram. Peralatan seperti komputer riba,pencetak,kertas dan peralatan pejabat yang lain telah dirampas oleh pihak imigresen. Mereka telah dibawa ke depo imigresen untuk proses berikutnya. Sebenarnya,lelaki yang ditahan oleh polis tersebut telah membuat kad pengenalan palsu dan menyerahkan kad-kad tersebut kepada warga asing dengan bayaran yang mahal.

Tiga bulan selepas itu,Asmady bersama-sama rakan-rakannya telah diberikan satu anugerah kerana telah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dan telah berjaya  bukan sahaja menjamin keamanan penduduk setempat,malahan keamanan dan kedamaian negara.

Pendapat:

Saya gemar akan buku ini kerana terdapatlah banyak nilai-nilai kemanusiaan yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Antara nilai tersebut termasuklah rasional,amanah,keberanian dan tidak berputus asa. Tambahan pula, peristiwa Asmady dan rakan-rakannya melaksanakan siasatan penuh dengan saspens dan telah menjadikan novel ini semakin menarik minat pembaca untuk membaca sampai ke peleraian ceritanya.

 

Posted at 12:59 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.