14th April, 2015

Azfa Hanani

Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan No. sekolah : S4B(2014);11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Azfa Hanani
Pengarang : Halis Azhan Mohd. Hanafiah

image

Watak dan Perwatakan:
Azfa Hanani – Seorang anak yatim yang kehilangan kedua-dua orang tuanya semasa dia  bayi lagi. Dia juga merupakan seorang gadis yang gigih menuntut ilmu, bertanggungjawab, penyayang dan sanggup berkorban untuk orang lain. Dalam cerita ini, dia ditugaskan untuk menyamar sebagai Tengku Murni, iaitu anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.

Ekran -Seorang pelajar yang bercita-cita tinggi dimana dia hendak menjadi seorang akauntan apabila dewasa kelak. Dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni yang meninggal dunia dalam kemalangan.

Rumusan:

Azfa Hanani diberi tugas menjadi seorang penyamar sebagai Tengku Murni pada permulaan novel. Pada masa yang sama anak Pak Longnya, Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluarga Pak Long  lalu bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni. Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani. Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ, dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni, seperti Tengku Ellina, Suzana, Adriani, Ekran dan lain-lain. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni. Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran. Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan. Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar. Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah. Akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka. Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau, kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar. Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka. Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka. Akhirnya, Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya. Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah dan bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

Pendapat :
Saya merasakan buku ini sebuah buku yang sederhana jalan ceritanya. Namun,  saya sangat menyukai jalan cerita buku ini berbanding dengan novel tingkatan satu dan dua. Saya merasai watak dalam novel ini adalah bersikap stereotaip dan protagonis.  Azfa Hanani merupakan seorang yang terlalu sempurna. Oleh itu, saya  mengesyorkan agar  novel ini dibaca oleh semua pelajar.

Posted at 12:48 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.