14th April, 2015

Kembara Amira

Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan nombor sekolah : S4B (2014); 11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Kembara Amira
Pengarang : Amer Hamzah L. Kadir

image

Watak dan Perwatakan:
Amira – Seorang gadis yang berani dan setia kawan. Dia tidak berkawan secara bersyarat dan ini dibuktikan dengan persahabatannya dengan Jacinta, iaitu rakannya yang berlainan kaum dengannya. Dia telah mempelawa Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Bukit Mat Raya.

Jacinta-Seorang gadis yang merupakan anak kepada seorang jutawan. Dia tidak suka akan perbuatan ayahnya yang berkahwin lagi selepas ibunya meninggal dunia. Dia menghabiskan cuti sekolahnya dengan Amira bagi menjauhi ayah dan ibu tirinya yang bercuti di London.

Itai-Seorang yang berasal dari Kampung Orang Asli Semai. Dia seorang yang bijak dan suka membantu orang lain.

Rumusan:
Amira merupakan anak kepada seorang profesor arkeologi iaitu Profesor Zaidah. Dia telah menjemput rakannya Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Desa Karpus di Bukit Mat Raya. Seorang orang putih yang bernama John O’Hara, bersama-sama seorang pemuda yang bernama Malique, juga datang ke Bukit Mat Raya untuk mengesan emas. Malique ditugaskan mencatatkan segala pencarian dengan menggunakan komputer tibanya. Pada suatu hari, semasa menunggu kedatangan Malique, Amira terjatuh lalu dihanyut oleh arus sungai yang deras. Dia telah diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kejadian tersebut merupakan permulaan kepada berbagai-bagai kemalangan yang berlaku sepanjang percutian Amira di Bukit Mat Raya. Profesor Zaidah juga mengalami kemalangan yang menyebabkan tangan lengannya cedera manakala Malique pula menemui malapetaka semasa kereta yang dia naiki terjatuh ke dalam gaung.

Banyak rahsia terbongkar sepanjang perjalanan cerita tersebut. Tau merupakan makhluk berbulu yang telah menangkap Malique selepas dia terjatuh ke dalam gaung. Tambahan pula, rupa-rupanya Tau ialah bapa kandung Itai dan Ludin pula merupakan bapa saudaranya. Jennifer, ibu Malique, merupakan Ipah, ibu Itai dan isteri Tau yang sebelumnya menggunakan nama Samantha. Oleh sebab itu, Malique ialah Sabi, abang kepada Itai yang bakal memimpin kampung Orang Asli Semai.

Di peleraian novel, Amira menjadi mahasiswi dalam jurusan aeroangkasa;Jacinta membantu perniagaan fesyen ayahnya di Paris;Itai mempelajari perubatan tradisional di Kumbang Krian dan Malique menjadi ketua kampung orang Asli Semai.

Pendapat:
Walaupun jalan cerita novel ini sangat melodrama dan watak-watak dalam seperti stereotaip yang kita sentiasa menjumpainya dalam novel yang lain, saya berasa cerita dalam novel ini lebih menarik apabila dibandingkan dengan novel yang saya baca di tingkatan empat.

Posted at 1:23 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.