14th April, 2015

Opera Angkasa

Nama : Cheah Mi Chelle

Kelas & Nombor Sekolah : S4B,11384

Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin

No. Panggilan Buku : MF SAI

Judul Buku : Opera Angkasa

Pengarang : Nazri M Annuar

Tahun Penerbitan/Edisi : 2007

Buku_Opera_Angkasa

Latar tempat

Cerita Opera Angkasa belaku pada masa hadapan. Watak-watak dalam buku ini telah mengembara ke beberapa planet yang berlainan di angkasa yang begitu luas. Kebanyakan cerita belaku di kapal angkasa Rajawali yang diketuai oleh Arman sebagai watak protagonis dalam cerita tersebut.

Watak dan Perwatakan

Arman – Kapten kapal angkasa Rajawali. Arman merupakan seorang yang panas baran dan degil. Di sebalik perangainya yang sangat keras batu,Arman sebenarnya seorang yang baik dan sudi menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang berada dalam kesusahan. Pada permulaan cerita,Arman juga merupakan seorang yang tidak rasional dan mengambil tindakan tanpa berfikir tentang implikasi yang akan berlaku. Misalnya, dia hendak menjual Faridah Hanum kepada lanun angkasa atas sebab akan mendapati bayaran yang lebih lumayan daripada yang ditawarkan oleh Senator Hashim.

Razi – Pemandu pesawat Rajawali yang handal. Kebolehannya memandu kapal kargo tersebut tidak perlu dipertikaikan. Razi merupakan seorang yang sarkastik dan suka bergurau. Razi gemar mengejek kaptennya sehingga menyebabkan Arman marah. Tambahan pula,Razi dan Arman berkenalan sejak berada dalam Akademi Tentera.

Ted – Seorang lelaki yang bertubuh sasa yang merupakan anak kapal Arman. Walaupun kelihatan menakutkan, Ted merupakan seorang yang ramah. Ted juga memainkan peranan memasak makanan bagi krew Rajawali.

Konflik/Plot

Krew kapal angkasa Rajawali menjalankan perkhidmatan pengangkutan kargo antara planet. Suatu hari,mereka menerima satu tugasan untuk membawa seorang gadis yang bernama Faridah Hanum pulang kepada Senator Hashim dengan selamat. Namun begitu,ketika mereka menjalankan tugas itu,mereka diejar oleh pelbagai pihak,termasuk pemburu upahan,lanun angkasa dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya,Faridah Hanum bukan seorang gadis biasa. Dia telah menjadai buruan kerana dia mewarisi kalung Raja Bersiung,salah satu daripada “Empat Pusaka Kemusnahan”. Sesiapa yang memiliki kalung tersebut akan mampu menguasai alam semesta.

Rumusan

Akhirnya,krew kapal Rajawali pun dapat menyelamatkan Faridah Hanum daripada terjatuh dalam tangan kuasa jahat yang ingin mengeksploitasi kuasa kalungnya. Faridah Hanum juga menjalinkan talian persahabatan dengan ketiga-tiga orang krew kapal Rajawali dan Niki yang merupakanseorang mekanik sepanjang pengembaraan mereka.

Pendapat

Sebenarnya,saya jarang membaca buku bahasa Melayu. Namun begitu,saya gemar akan novel dan komik fiksyen sains seperti Transformers. Buku ini telah menarik minat saya untuk membaca novel bahasa Melayu. Buku ini juga menerapkan banyak nilai-nilai murni seperti rasional dan toleransi yang amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Pendek kata,walaupun jalan cerita tersebut sangat klise,saya sangat suka buku ini.

Posted at 1:15 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.