9th October, 2014

Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar

trp final 2

 

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Strategi Menjadi Pelajar Pintar dan Kesan-kesannya Kepada Pelajar
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

Isi tersurat:

Antara cara menjadi pelajar pintar termasuklah merancang jadual belajar kita. Selain itu, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Kita juga harus mengelakkan diri daripada membuat kerja yang tidak berfaedah. Di samping itu, kita sepatutnya sentiasa berfikiran positif dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Kita perlu berbincang dan menceritakan masalah kepada guru atau ibu bapa kita. Kita boleh menghadiri kelas tuisyen dan memperbanyak aktiviti membaca bahan ilmiah. Sementelahan itu, kita boleh membentuk kumpulan belajar. Kita juga patut mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berusaha meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi.

 

Isi tersirat :

Seseorang pelajar pintar akan dapat membentuk generasi berilmu. Pelajar pintar juga mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. Selain itu, pelajar pintar mampu melahirkan idea-idea bernas dan relevan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi negara kita kini.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membentuk dan mendorong anak-anak mereka belajar dengan cara yang betul agar anak-anak akan berjaya dengan cemerlang.

Posted at 11:14 pm | Comments (6)


6 Comments

  1. On October 9, 2014 at 11:31 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 9, 2014 at 11:31 pm

    Nama: Choo Ming Hui
    Kelas: S4C
    No.Sekolah: 11208

    Pada pendapat saya, seseorang pelajar seharusnya mempunyai kesedaran bahawa dirinya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Oleh sebab itu, mereka haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan mempersiapkan diri untuk mendepani cabaran yang bakal dihadapi.

  2. On October 10, 2014 at 12:57 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:57 pm

    Nama: Choo Shu Ting
    Kelas: S4A
    No.Sekolah: 11208
    Artikel ini amat menarik. Saya bersetuju bahawa keyakinan diri ialah salah satu aspek yang penting dalam usaha mencapai kejayaan. Kita seharusnya yakin akan diri sendiri dapat mengharungi segala cabaran dan rintangan dan bangkit setelah kegagalan. Dengan yang demikian, kita akan dapat mengecapi kejayaan.

  3. On October 10, 2014 at 12:57 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:57 pm

    Nama: Tan Ru Xin
    Kelas: P4A
    No.Sekolah: 11063
    Pada era globalisasi ini, kemahiran berbahasa dan berkomunikasi memainkan peranan yang tidak boleh diperkecil. Oleh hal yang demikian, pada pandangan saya, kita haruslah sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk memartabatkan bahasa-bahasa yang kita pelajari supaya kita dapat menguasai bahasa-bahasa tersebut sepenuhnya. Hal ini akan membawa manfaat yang tidak terhingga-hingga kepada kita sehingga akhir hayat.

  4. On October 10, 2014 at 12:58 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:58 pm

    Nama: Chan Qin Xuan
    Kelas: S4D
    No.Sekolah: 11039
    Pada pendapat saya, ilmu pengetahuan merupakan kunci kejayaan. Pelajar pintar yang dapat membentuk generasi ilmu pasti dapat memajukan negara kita dan mengeluarkan negara kita daripada kepompong negara membangun. Oleh sebab itu, kita sepatutnya memanfaatkan masa senggang kita dengan membaca bahan ilmiah untuk mengisi ilmu di dada kita.

  5. On October 10, 2014 at 12:58 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:58 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No.Sekolah: 11250
    Pada pandangan saya, apabila kita menghadapi masalah tidak kira masalah keluarga ataupun masalah dalam pelajaran, kita sepatutnya menceritakan masalah kita kepada orang yang dipercayai seperti guru kaunseling atau ibu bapa. Kita haruslah berbincang dengan mereka tentang masalah yang dihadapi dan bersama-sama mencari jalan keluar yang paling berkesan. Ciri ini juga merupakan salah satu ciri yang mustahak untuk menjadi seorang pelajar pintar.

  6. On October 10, 2014 at 9:17 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:17 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No. Sekolah: 11250

    Selepas membaca petikan ini, saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendorong anak-anak mereka belajar dengan cara yang betul dan berkesan.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.