9th October, 2014

Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya

FullSizeRender

Nama Murid :  Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Peranan Ibu Bapa dalam Menentukan Corak Pemakanan Anak-anak dan Kekangan-kekangannya
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen
Sumber didapatkan daripada : Utusan Malaysia

Isi tersurat : Antara peranan ibu bapa dalam menentukan corak pemakanan anak-anak ialah ibu bapa perlu tegas dalam mengawal tabiat pemakanan anak-anak. Selain itu, ibu bapa menetapkan garis panduan kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa menjadikan mereka sendiri sebagai contoh dnegan makan makanan berzat dan seimbang. Tambahan pula, ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara memilih makanan yang berkhasiat. Malah, ibu bapa mempelbagaikan jenis masakan. Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah juga sebabnya. Ibu bapa mesti menasihati anak-anak yang gemar makan makanan ringan tentang akibat buruk makan makanan ringan atau makanan kurang berkhasiat. Ibu bapa juga perlu memberikan pilihan sama ada membeli jus buah-buahan. Selain itu, ibu bapa perlu bertolak anasur dengan anak-anak dan jangan memaksa mereka makan makanan yang tidak disukai. Akhir sekali, ibu bapa memastikan makanan yang diberikan kepada anak-anak selamat untuk dimakan.

Isi tersirat : Antara kekangannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa menjaga pemakanan anak-anak. Seterusnya, ibu bapa yang tidak pandai memasak. Ada juga ibu bapa yang malas memasak atau menyediakan makanan anak-anak memanggil anak-anak membeli makanan segera. Selain itu, ibu bapa yang terlalu sayang akan anak mereka hanya mendengar anak-anak dan membeli makanan yang digemari anak-anak. Lama kemudian, anak-anak tidak dapat mengawal tabiat pemakanan mereka.

Pendapat : Saya berasa ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menentukan corak pemakanan anak-anak. Tabiat pemakanan anak-anak amat penting. Ini kerana adalah berkaitan dengan kesihatan anak-anak.

Posted at 11:15 pm | Comments (5)


5 Comments

  1. On October 10, 2014 at 9:16 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:16 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No. Sekolah: 11250

    Selepas membaca petikan ini, saya mendapat pengetahuan tentang peranan ibu bapa yang penting untuk menentukan corak pemakanan anak-anak mereka supaya anak mereka hidup dengan sihat.

  2. On October 10, 2014 at 11:23 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 11:23 pm

    Nama : Choo Shu Ting
    Kelas : S4A
    No. sekolah : 11209

    Saya berasa ibu bapa memainkan peranan penting dalam corak pemakanan anak-anak. Ini kerana jika anak-anak tidak mengambil berat terhadap corak pemakanan sendiri akan menjejaskan kesihatan mereka.

  3. On October 10, 2014 at 11:25 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 11:25 pm

    Nama : Ooi Chia Rong
    Kelas : S4C
    No. Sekolah : 11127

    Pada pendapat saya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mengambil berat terhadap corak pemakanan anak-anak mereka.Ini dapat menjamin kesihatan anak-anak mereka.

  4. On October 10, 2014 at 11:27 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 11:27 pm

    Nama : Goo Ching Wei
    Kelas : S4B
    No. sekolah : 11178

    Setelah membaca petikan di atas, saya amat menyokong pernyataan di atas yang menggalakkan ibu bapa memberi anak-anak mereka membawa bekal makanan ke sekolah. Ini dapat menjamin kesihatan anak-anak mereka.

  5. On October 10, 2014 at 11:30 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 11:30 pm

    Nama : Tan Joleen
    Kelas : S4B
    No. sekolah : 11098

    Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam menjaga pemakanan anak-anak supaya kesihatan mereka tidak akan dijejaskan. Jadi, ibu bapa sangat penting dalam kehidupan anak-anak.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.