9th October, 2014

Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita

pemilihan

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan :Faktor-faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Kesihatan dan Faedah-faedah Industri Pelancongan Kesihatan kepada Negara Kita
Jenis Penulisan : Penulisan Krisis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan : Dewan Ekonomi
Pengarang : Hanafi Timan

Isi tersurat : Antara faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah tahap kualiti perubatan yang tinggi. Selain itu, kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan faktornya. Tambahan pula, kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Negara kita juga mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di ratau Asia Tenggara. Seterusnya, caj rawatan di negara kita lebih murah. Malah, banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Pelancong mendapat layanan bertaraf dunia juga faktornya.

Isi tersirat : Antara faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah menjana pendapat negara ataupun meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, faedah industri pelancongan kesihatan dapat meningkatkan imej negara kita. Tambahan pula, juga dapat menambahkan peluang pekerjaan. Merancakkan bidang Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) negara juga faedahnya. Faedah yang seterusnya adalah membantu kemajuan industri yang berkaitan dengan pelancongan. Akhirnya, faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah meningkatkan pembangunan prasarana ataupun infrstruktur negara.

Pendapat : Semua pihak hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan supaya Malaysia terus mendapat perhatian para pelancong asing.

Posted at 11:21 pm | Comments (5)


5 Comments

  1. On October 10, 2014 at 2:36 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 2:36 pm

    Nama : Leong Soke Yee
    Kelas : S4A
    No. Sekolah : 11250

    Merujuk petikan di atas, negara kita akan menjadi semakin pesat membangun dan ini telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Selain itu, terdapat banyak orang asing datang ke sini untuk bekerja dan ini telah menyebabkan Malaysia menjadi sebagai destinasi pelancongan.

  2. On October 10, 2014 at 2:39 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 2:39 pm

    Nama : Agnes Tan
    Kelas : S4A
    No. Sekolah : 11001

    Selepas membaca petikan di atas, saya berasa bangga menjadi seorang warganegara Malaysia. Ini kerana negara kita – Malaysia semakin berkembang dalam ekonomi dan juga pelancongan. Kemajuan industri pelancongan akan menjadi Malaysia terkenal di peringkat dunia.

  3. On October 10, 2014 at 2:42 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 2:42 pm

    Nama : Chong Huey Lee
    Kelas : P4B
    No. Sekolah : 11207

    Saya sangat menyetujui petikan di atas. Untuk merealisasikan wawasan 2020 ataupun menjadi Malaysia dijadikan destinasi pelancongan, semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan industri pelancongan.

  4. On October 10, 2014 at 9:08 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:08 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No. Sekolah: 11250

    Petikan ini memberikan kesedaran kepada saya agar peka terhadap persoalan yang berkaitan dengan industri pelancongan kesihatan negara kita supaya industri pelancongan dapat dimajukan dan seterusnya memperkenalkan Malaysia ke peringkat dunia.

  5. On October 10, 2014 at 11:13 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 11:13 pm

    Nama : Ooi Chia Rong
    Kelas : S4C
    No. Sekolah : 11127

    Saya bersetuju dengan petikan di atas bahawa kualiti perubatan di negara kita semakin canggih sehingga banyak pelancong asing datang ke negara kita. Industri pelancongan juga akan meningkatkan ekonomi Negara kita.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.