9th October, 2014

Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini

IMG_0062

Nama murid : Choo Ming Hui
Kelas : S4C
No. Sekolah : 11208
Tajuk Penulisan : Langkah-langkah Membendung Penularan Produk Kesihatan Haram dan Sikap Negatif Masyarakat dalam Menangani Masalah ini
Jenis Penulisan : Penulisan Kritis
Guru Pembimbing : Cikgu Yap Kok Fen

Sumber didapatkan daripada Berita Harian

Isi Tersurat : Antara usaha membendung penularan produk kesihatan haram ialah iklan yang boleh mempengaruhi pengguna biasanya akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan. Seterusnya, media massa juga boleh terus menyiarkan ubat-ubatan yang membahayakan kesihatan untuk menyedarkan masyarakat. Selain itu, pengguna tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan pelbagai janji manis kononnya boleh menjadi cantik atau kursus serta-merta jikan menggunakan produk terbabit. Pengguna sepatutnya mengambil tahu bahan kandungan dalam produk sebelum membelinya. Orang ramai juga sewajarnya mendapat maklumat tepat berkaitan produk terbabit daripdad pihak berwajib. Kementerian Kesihatan ada menyenaraikan semua produk diharamkan itu dalam laman webnya. Selain itu, Kementerian Kesihatan wajar bertindak segera sebelum jualan produk diharamkan secara siber terus berleluasa. Begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM ) wajar menghalang perbuatan ini jika terbukti menyalahi akta dan peraturan sedia ada. Akhirnya, penjual produk terbabit wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka.

Isi tersirat : Antara sikap negatif masyarakat dalam menangani masalah ini ialah masyaraat lebih yakin akan kata-kata jurujual berbanding nasihat pakar doktor dari Kememnterian Kesihatan. Selain itu, masyarakat menganggap kesihatan badan tanggungjawab sendiri yang tidak perlu diambul tahu oleh kerajaan. Masyarakat hanya menyalahkan jika mendapati produk kesihatan yang diambil mendatangkan kesan negatif. Akhirnya, masyarakat tidak melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui produk kesihatan yang dihasilkan mengandungi bahan terlarang.

Pendapat : Saya berasa masyarakat hendaklah bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung penularan produk kesihatan haram agar kesihatan terjamin.

 

Posted at 11:23 pm | Comments (6)


6 Comments

  1. On October 10, 2014 at 1:03 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:03 pm

    Nama: Khoo Pei Jing
    Kelas: S4A
    No Sekolah: 11045
    Pada pendapat saya, pengguna haruslah sedar akan hak yang dimiliki oleh diri sendiri dan membuat laporan atau aduan kepada pihak yang berkenaan sekiranya ditipu atau terbeli barang yang rosak atau luput tarikhnya.

  2. On October 10, 2014 at 1:06 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:06 pm

    Nama: Choo Shu Ting
    Kelas: S4A
    No Sekolah: 11209
    Pada pendapat saya, pengguna seharusnya melakukan aktiviti pembelian secara rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan janji manis para peniaga. Hal ini dapat mengurangkan risiko pengguna ditipu oleh peniaga.

  3. On October 10, 2014 at 1:08 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:08 pm

    Nama: Choong Jing Xian
    Kelas: S4B
    No Sekolah: 11210
    Pada pandangan saya, masyarakat haruslah bersikap matang dan kritis terhadap sikap peniaga dan melapor kepada pihak berkuasa jika berlakunya sebarang penipuan di sekelilingnya.

  4. On October 10, 2014 at 1:10 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:10 pm

    Nama: Cheah Mi Chelle
    Kelas: S4B
    No Sekolah: 11384
    Pada pendapat saya, masyarakat sepatutnya bekerjasama antara satu sama lain dan menggembleng tenaga dalam usaha membendung penularan produk kesihatan haram. Hal ini adalah untuk menjamin kesihatan masyarakat.

  5. On October 10, 2014 at 1:12 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:12 pm

    Nama: Loy Sing Zhi
    Kelas: P4B
    No Sekolah: 11123
    Pada pendapat saya, pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan dengan segera dan mengenakan hukuman yang setimpal kepada peniaga yang melanggar undang-undang untuk menyerikkan peniaga yang lain sekali gus menjamin hak pengguna.

  6. On October 10, 2014 at 9:06 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:06 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No. Sekolah: 11250

    Selepas membaca petikan ini, saya berpendapat bahawa masyarakat perlu berganding bahu untuk menangani penularan kesihatan haram agar menjamin kesihatan kita.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.