5th August, 2015
unlucky ft Panataran
0x1999 – Trenggalek 6etar – 0xIDiot
Posted at 9:55 pm | Comment (0)
19th April, 2015
小铁盒
姓名: | 何梓宁 | 班级: | K2G |
学号: | 14079 | 书号: | – |
书名: | 小铁盒 | ||
作者: | 李慧慧 | 出版年份: | 2012 |
背景故事发生在哪?请详细写出故事中的背景。
这本书的背景故事发生在学校范围和班上。
|
人物性格分析请写出故事中的三个人物及分析这三个人物的性格。
1)杜聪铭-他是一个有礼貌,懂事及热爱阅读的小孩。 2)黄静宁-她是一个懂事,又照顾家人的女孩。 3)许大维-杜聪明的好友,他是个有义气的男孩。
|
故事结构故事有冲突与矛盾吗?请简述整个故事的开头,情节发展至结尾。
作文成绩公布时,平时表现不特出的静宁既然得利第一!聪铭不甘心,认为静宁有“秘密武器”才会打败他。它和“死党”慧洁,大维决定查个水落石出。三个人开始密切留意静宁的“秘密武器”。就在三人毫无收获,快要放弃的时候,聪铭偶然看见静宁以俄个人在课室里堆着一个小铁盒说话。其实,他们误会了静宁。其实小铁盒里装着去世的母亲索缝制的沙包及照片,这小铁盒对静宁来说是非常有价值又重要的。静宁后来也向聪铭他们解释了自己为何对待朋友的态度总是冷冷的。其实静宁因为父亲的工作关系从一年级到现在已经换了三所学校了。每次交了新的朋友没多久,爸爸又必须换地方工作。她的朋友都说会用远记得她,可是过了一断时间就把静宁给忘了,她觉得朋友们都在欺骗她。所以造成她非常讨厌受骗的感觉,她认为自己一个人比较好。静宁经过与聪铭他们的一断相处也渐渐把他们当成好朋友。
|
总结故事最后的结局如何?结局是悲是喜,抑或是……
最后的结局是喜。静宁终于敞开心怀与杜聪铭,许大维和慧洁成为好朋友。
|
读后感你喜欢这本书吗?为什么?
我非常喜欢这本书。它的内容不仅有趣又带有涵义。从这本小说我学到了真挚的友谊就像一颗正在萌芽的小树,只要勤力灌溉,悉心照顾,有一天一定可以长成为一棵大树的。也告诉了我们很多东西是没有办法永远握在手中的,只要好好珍惜当下,那份美好的回忆就是永远!
|
Posted at 9:09 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Kembara Amira
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan nombor sekolah : S4B (2014); 11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Kembara Amira
Pengarang : Amer Hamzah L. Kadir
Watak dan Perwatakan:
Amira – Seorang gadis yang berani dan setia kawan. Dia tidak berkawan secara bersyarat dan ini dibuktikan dengan persahabatannya dengan Jacinta, iaitu rakannya yang berlainan kaum dengannya. Dia telah mempelawa Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Bukit Mat Raya.
Jacinta-Seorang gadis yang merupakan anak kepada seorang jutawan. Dia tidak suka akan perbuatan ayahnya yang berkahwin lagi selepas ibunya meninggal dunia. Dia menghabiskan cuti sekolahnya dengan Amira bagi menjauhi ayah dan ibu tirinya yang bercuti di London.
Itai-Seorang yang berasal dari Kampung Orang Asli Semai. Dia seorang yang bijak dan suka membantu orang lain.
Rumusan:
Amira merupakan anak kepada seorang profesor arkeologi iaitu Profesor Zaidah. Dia telah menjemput rakannya Jacinta untuk menghabiskan cuti sekolah di tapak arkeologi Desa Karpus di Bukit Mat Raya. Seorang orang putih yang bernama John O’Hara, bersama-sama seorang pemuda yang bernama Malique, juga datang ke Bukit Mat Raya untuk mengesan emas. Malique ditugaskan mencatatkan segala pencarian dengan menggunakan komputer tibanya. Pada suatu hari, semasa menunggu kedatangan Malique, Amira terjatuh lalu dihanyut oleh arus sungai yang deras. Dia telah diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kejadian tersebut merupakan permulaan kepada berbagai-bagai kemalangan yang berlaku sepanjang percutian Amira di Bukit Mat Raya. Profesor Zaidah juga mengalami kemalangan yang menyebabkan tangan lengannya cedera manakala Malique pula menemui malapetaka semasa kereta yang dia naiki terjatuh ke dalam gaung.
Banyak rahsia terbongkar sepanjang perjalanan cerita tersebut. Tau merupakan makhluk berbulu yang telah menangkap Malique selepas dia terjatuh ke dalam gaung. Tambahan pula, rupa-rupanya Tau ialah bapa kandung Itai dan Ludin pula merupakan bapa saudaranya. Jennifer, ibu Malique, merupakan Ipah, ibu Itai dan isteri Tau yang sebelumnya menggunakan nama Samantha. Oleh sebab itu, Malique ialah Sabi, abang kepada Itai yang bakal memimpin kampung Orang Asli Semai.
Di peleraian novel, Amira menjadi mahasiswi dalam jurusan aeroangkasa;Jacinta membantu perniagaan fesyen ayahnya di Paris;Itai mempelajari perubatan tradisional di Kumbang Krian dan Malique menjadi ketua kampung orang Asli Semai.
Pendapat:
Walaupun jalan cerita novel ini sangat melodrama dan watak-watak dalam seperti stereotaip yang kita sentiasa menjumpainya dalam novel yang lain, saya berasa cerita dalam novel ini lebih menarik apabila dibandingkan dengan novel yang saya baca di tingkatan empat.
Posted at 1:23 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Opera Angkasa
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas & Nombor Sekolah : S4B,11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : MF SAI
Judul Buku : Opera Angkasa
Pengarang : Nazri M Annuar
Tahun Penerbitan/Edisi : 2007
Latar tempat
Cerita Opera Angkasa belaku pada masa hadapan. Watak-watak dalam buku ini telah mengembara ke beberapa planet yang berlainan di angkasa yang begitu luas. Kebanyakan cerita belaku di kapal angkasa Rajawali yang diketuai oleh Arman sebagai watak protagonis dalam cerita tersebut.
Watak dan Perwatakan
Arman – Kapten kapal angkasa Rajawali. Arman merupakan seorang yang panas baran dan degil. Di sebalik perangainya yang sangat keras batu,Arman sebenarnya seorang yang baik dan sudi menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang berada dalam kesusahan. Pada permulaan cerita,Arman juga merupakan seorang yang tidak rasional dan mengambil tindakan tanpa berfikir tentang implikasi yang akan berlaku. Misalnya, dia hendak menjual Faridah Hanum kepada lanun angkasa atas sebab akan mendapati bayaran yang lebih lumayan daripada yang ditawarkan oleh Senator Hashim.
Razi – Pemandu pesawat Rajawali yang handal. Kebolehannya memandu kapal kargo tersebut tidak perlu dipertikaikan. Razi merupakan seorang yang sarkastik dan suka bergurau. Razi gemar mengejek kaptennya sehingga menyebabkan Arman marah. Tambahan pula,Razi dan Arman berkenalan sejak berada dalam Akademi Tentera.
Ted – Seorang lelaki yang bertubuh sasa yang merupakan anak kapal Arman. Walaupun kelihatan menakutkan, Ted merupakan seorang yang ramah. Ted juga memainkan peranan memasak makanan bagi krew Rajawali.
Konflik/Plot
Krew kapal angkasa Rajawali menjalankan perkhidmatan pengangkutan kargo antara planet. Suatu hari,mereka menerima satu tugasan untuk membawa seorang gadis yang bernama Faridah Hanum pulang kepada Senator Hashim dengan selamat. Namun begitu,ketika mereka menjalankan tugas itu,mereka diejar oleh pelbagai pihak,termasuk pemburu upahan,lanun angkasa dan anggota kerajaan yang korup. Rupa-rupanya,Faridah Hanum bukan seorang gadis biasa. Dia telah menjadai buruan kerana dia mewarisi kalung Raja Bersiung,salah satu daripada “Empat Pusaka Kemusnahan”. Sesiapa yang memiliki kalung tersebut akan mampu menguasai alam semesta.
Rumusan
Akhirnya,krew kapal Rajawali pun dapat menyelamatkan Faridah Hanum daripada terjatuh dalam tangan kuasa jahat yang ingin mengeksploitasi kuasa kalungnya. Faridah Hanum juga menjalinkan talian persahabatan dengan ketiga-tiga orang krew kapal Rajawali dan Niki yang merupakanseorang mekanik sepanjang pengembaraan mereka.
Pendapat
Sebenarnya,saya jarang membaca buku bahasa Melayu. Namun begitu,saya gemar akan novel dan komik fiksyen sains seperti Transformers. Buku ini telah menarik minat saya untuk membaca novel bahasa Melayu. Buku ini juga menerapkan banyak nilai-nilai murni seperti rasional dan toleransi yang amat bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Pendek kata,walaupun jalan cerita tersebut sangat klise,saya sangat suka buku ini.
Posted at 1:15 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Sayap Adinila
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas &No. Sekolah : S4B,11384
Guru Pembimbing : Pn. Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : MF SAI
Judul Buku : Sayap Adinila
Pengarang Buku : Firdaus Ariff
Tahun Penerbitan/Edisi : 2008
Latar tempat
Cerita Sayap Adinila berlaku pada beberapa tempat seperti Empayar Nilam dan Empayar Azizah.
Watak dan Perwatakan
Putera Fauzi – Fauzi merupakan putera tunggal Raja Empayar Nilam. Baginda masih menelaah di Akademi Tentera Azizah bersama-sama sahabatnya,Shah. Baginda merupakan seorang yang ramah mesra namun kurang mengendahkan protokol istana. Sungguhpun baginda seorang yang berakal,baginda adakalanya melakukan aksi-aksi yang dianggap gila seperti memanjat menara istana. Selain itu,Fauzi merupakan seorang yang handal dengan senjata bilah cahaya dan mahir dalam taktik peperangan.
Shah – Shah merupakan seorang yang sangat mementingkan protokol,bertentangan dengan sikap Putera Fauzi. Dia juga merupakan seorang yang merupakan prinsip-prinsip yang tertentu. Oleh itu,dia tidak akan mengikuti arahan yang tidak bertepatan dengan prinsip tersebut. Dia berperanan sebagai pengawal peribadi Putera Fauzi dan merupakan seorang yang setia dan patuh.
Tengku Arafiah – Dia merupakan sepupu kepada Putera Fauzi. Di seorang yang bersikap lemah lembut tetapi sebenarnya berpendirian tegas dan tidak teragak-agak menyuarakan pendapatnya. Tambahan pula,dia sering berselisih fahan dengan sepupunya.
Konflik/Plot
Kerajaan Angkor menemui kapal udara yang bernama Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam.Engku Rahman,Gabenor wilayah Qadaha telah ditawan dan dijadikan tebusan.Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya Empayar Nilam gagal memenuhi permintaan mereka.Oleh itu,Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kapal udara ciptaan Adinila yang diperlukan,iaitu Rajawali Merah dan Rajawali Biru.Namun begitu,mereka juga ada muslihat yang berlainan untuk menyelamatkan Engku Rahman daripada Kerajaan Angkor.
Rumusan
Sayap Adinila berakhir dengan beberapa persoalan yang masih belum dijawab. Mungkin dalam sekuel persoalan tersebut akan dirungkai. Pengembara pasukan Putera Fauzi yang penuh dengan adegan aksi dan bergasak masih belum berakhir.
Pendapat
Saya sangat suka akan buku ini,terutamanya nilai ,pengajaran dan aspek politik,agama dan taktik peperangan yang diterapkan oleh penulis dalam kisah fiksyen sains dan fantasi ini. Pendek kata,saya hendak membaca sekuel buku ini dan buku lain daripada penulis Firdaus Ariff.
Posted at 1:12 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Ombak Sfera Lotus
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas & No Sekolah : S4B,11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : MF HAD
Judul Buku : Ombak Sfera Lotus
Pengarang Buku : Siti Jasmina Ibrahim
Tahun Penerbitan/Edisi : 2004
Latar Tempat
Kisah futuristik ini berlaku di abad ke-22,di dunia yang agak moden dan berkembang pesat.
Watak dan Perwatakan
Ombak – Seorang lelaki yang sentiasa berjaya menempatkan dirinya dalam sebarang situasi. Dia gigih berusaha dan tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran untuk mengembalikan remaja yang berada di Sfera Lotus ke akar jati diri.Dia mempunyai prinsip seperti ombak laut yang tidak jemu-jemu memukul pantai.
Ersiyes – Seorang pemuda yang diselarikan sebagai gunung berapi Cassadocia. Seperti Ombak,dia juga bersikap gigih dalam mengatasi cabaran yang dihadapinya. Dia tidak mudah mengalah dan mempunyai kesungguhan sepanjang masanya di Sfera Lotus.
Aqil,Cassia,Salina – Antara pemuda yang diwajibkan menjalani proses pemulihan di dalam sfera yang bernama Sfera Lotus.
Konflik/Plot
Kisah Ombak Sfera Lotus berlatarkan kehidupan di abad 22 yang telah hilang identiti, jatidiri serta keperluan untuk berkomunikasi.
Seramai 20 pemuda berusia 18 tahun diwajibkan untuk menjalani seakan proses pemulihan di dalam sebuah sfera yang dinamakan Sfera Lotus.
Novelis menumpukan perhatian kepada empat pemuda yang mendiami bilik 8A dan 8B yang mempunyai potensi paling tinggi untuk berjaya dipulihkan,iaitu Ersiyes,Aqil,Cassia dan Salina. Kisah tersebut merupakan kisah futuristik seputar isu psikologi belia zaman hadapan. Oleh sebab kemajuan yang sangat pesat, para belia zaman tersebut tidak langsung mempunyai kemahiran berinteraksi antara satu sama lain. Mereka kaku seolah-olah robot, tiada perasaan, tiada semangat kesetiakawanan. Pendek kata,kisah tersebut mengisahkan pengalaman pemuda tersebut sepanjang masa mereka menjalani proses pemulihan di Sfera Lotus.
Rumusan
Di pengakhiran cerita pula menjelaskan sebaliknya. Kuasa besar itu sebenarnya mempunyai nilaian kuasa kurang daripada pemerintah, namun disebabkan sumbangannya dalam pembiayaan sfera lotus, ia mampu mempengaruhi beberapa keputusan dalam pentadbiran tersebut.
Pendapat
Saya amat suka akan novel ini. Pada pendapat saya,berbanding dengan novel 6:20,novel Ombak Sfera Lotus mempunyai plot yang lebih menarik. Sementelahan,banyak nilai kemanusiaan telah dipaparkan dalam kisah tersebut iaitu tidak berputus asa,sabar,saling mengambil berat,tolong-menolong dan seumpamanya. Novel tersebut telah memupuk kesedaran dalam diri saya bahawa nilai kemanusiaan tersebut semakin hilang ditelan zaman. Sebaliknya,masyarakat pada zaman sekarang sangat inginkan perkara yang materialistik dan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Masyarakat mula alpa dibuai arus kemodenan.Buku ini memang merupakan sebuah buku yang amat menarik dan penuh dengan saspens.
Posted at 1:09 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Rumah Perabung Empat
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas & No. Sekolah : S4B,11384
Guru Pembimbing : Pn. Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : MF HAS
Judul Buku : Rumah Perabung Empat
Pengarang Buku : Hashim Latiff
Tahun Penerbitan/Edisi : 2009
Latar tempat :
Sebuah kampung yang terletak sebuah rumah perabung empat yang penuh misteri
Watak :
Asmady,Puji dan Kang Suan Tee – Tiga rakan yang mempunyai sifat berani dan tidak berputus asa dalam merungkai misteri rumah perabung empat.
Konflik/Plot :
Cuti sekolah baru sahaja bermula. Asmady dan kawan-kawannya mempunyai hasrat dan telah mengadakan rancangan untuk jelajah desa bagi mencari spesies bunga-bunga yang berbau harum. Antara bunga yang telah mereka cari termasuklah bunga cempaka dan bunga melor. Pada masa yang sama,Asmady juga ingin mencari kayu kemuning berpelak. Kayu tersebut sesuai dibuat sarung kertas dan hasilnya boleh dijual dan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolahnya. Pada suatu hari,mereka menjumpai sebuah rumah besar yang terletak di tepi belukar. Asmady mendapati rumah besar tersebut kelihatan pelik dan dai juga melihat beberapa orang warga asing berkumpul di situ. Dengan tidak melengah-lengahkan masa, mereka pun memberitahu penduduk kampung tentang rumah perabung empat tersebut. Perasaan ingin tahu telah mendorong Asmady,Puji dan Kang Suan Tee telah menyiasat rumah tersebut untuk mendapatkan jawapan.Mereka juga mendapatkan bantuan daripada Abang Zuhdi,Abang Rahim dan Tuk Penghulu untuk menyiasat rumah tersebut. Asmady dan rakan-rakannya tidak sanggup membiarkan rumah itu terbiar begitu sahaja. Sebaliknya, mereka ingin mengambil tindakan demi menjaga keamanan penduduk setempat.
Rumusan :
Akhirnya,dengan kerjasama pasukan risikan dan Pegawai Imigresen, lelaki dan warga asing di rumah perabung empat telah ditangkap dengan lancar. Lelaki tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Warga asing tersebut merupakan pedatang tanpa izin yang memasuki Malaysia secara haram. Peralatan seperti komputer riba,pencetak,kertas dan peralatan pejabat yang lain telah dirampas oleh pihak imigresen. Mereka telah dibawa ke depo imigresen untuk proses berikutnya. Sebenarnya,lelaki yang ditahan oleh polis tersebut telah membuat kad pengenalan palsu dan menyerahkan kad-kad tersebut kepada warga asing dengan bayaran yang mahal.
Tiga bulan selepas itu,Asmady bersama-sama rakan-rakannya telah diberikan satu anugerah kerana telah menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dan telah berjaya bukan sahaja menjamin keamanan penduduk setempat,malahan keamanan dan kedamaian negara.
Pendapat:
Saya gemar akan buku ini kerana terdapatlah banyak nilai-nilai kemanusiaan yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Antara nilai tersebut termasuklah rasional,amanah,keberanian dan tidak berputus asa. Tambahan pula, peristiwa Asmady dan rakan-rakannya melaksanakan siasatan penuh dengan saspens dan telah menjadikan novel ini semakin menarik minat pembaca untuk membaca sampai ke peleraian ceritanya.
Posted at 12:59 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Odisi Tanah Kencana
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas & No. Sekolah : S4B,11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : MF HAD
Judul Buku : Odisi Tanah Kencana
Pengarang Buku : Sri Rahayu Mohd Yusop
Tahun Penerbitan/Edisi : 2007
Latar tempat : Tanah Kencana
Watak dan Perwatakan :
Raden Inu Kartapati – Seorang putera raja negeri Kuripan. Baginda ingin mencari Tuhan yang Maha Esa sehingga sanggup meninggalkan tunangannya puteri Daha,Raden Galuh Cendana Kirana.
Jerude,Kartala,Punta dan Persanta – Empat orang penakawan yang menemani Raden Inu hingga ke Pelabuhan Tua di Tanah Kencana.
Raden Galuh Cendana Kirana – Puteri Raden Inu. Ditemani oleh penakawannya Ken Sanggit yang berdendam dengan Kertala dan Ken Bayan untuk mencari Raden Inu,puteranya.
Konflik/Plot :
Kisah Odisi Tanah Kencana menceritakan peristiwa Raden Inu yang menyamar dan mengembara dengan menjadi Si Capik yang bertugas mengangkat barang untuk ayah saudara Saroja. Odisi tersebut seputar isu pencarian keagamaan iaitu menerima agama Islam sebagai anutan dan sebuah kepercayaan. Oleh sebab marah terhadap ketinggalan tunangnya,puteri Daha,Raden Galuh mengambil keputusan untuk menjejaki Raden Inu dengan ditemani penakawannya,Ken Sanggit dan Ken Bayan.
Semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Baru di Tanah Kencana, Raden Inu,Saroja dan Guruh telah diserang oleh makhluk ahli sihir Mervin angkara suruhan Ezekiel yang sedang mencari nama untuk ampuh dan berpengaruh di hadapan Raja Ferdinand. Pendek kata,pengembaraan Raden Inu dipenuhi dengan berbagai-bagai cabaran yang harus diatasi.
Pendapat :
Saya mendapati bahawa novel tersebut dipenuhi dengan nilai kemanusiaan yang diterapkan oleh penulis. Tamsilnya,nilai sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Raden Inu dalam pengembaraannya. Kisah yang menarik ini telah memupuk nilai tersebut dalam sanubari saya. Nilai tersebut akan saya jadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
Posted at 12:54 pm | Comment (0)
14th April, 2015
Azfa Hanani
Nama : Cheah Mi Chelle
Kelas dan No. sekolah : S4B(2014);11384
Guru Pembimbing : Pn Zunaida bt Zainudin
No. Panggilan Buku : –
Judul Buku : Azfa Hanani
Pengarang : Halis Azhan Mohd. Hanafiah
Watak dan Perwatakan:
Azfa Hanani – Seorang anak yatim yang kehilangan kedua-dua orang tuanya semasa dia bayi lagi. Dia juga merupakan seorang gadis yang gigih menuntut ilmu, bertanggungjawab, penyayang dan sanggup berkorban untuk orang lain. Dalam cerita ini, dia ditugaskan untuk menyamar sebagai Tengku Murni, iaitu anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
Ekran -Seorang pelajar yang bercita-cita tinggi dimana dia hendak menjadi seorang akauntan apabila dewasa kelak. Dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni yang meninggal dunia dalam kemalangan.
Rumusan:
Azfa Hanani diberi tugas menjadi seorang penyamar sebagai Tengku Murni pada permulaan novel. Pada masa yang sama anak Pak Longnya, Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluarga Pak Long lalu bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni. Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani. Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ, dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni, seperti Tengku Ellina, Suzana, Adriani, Ekran dan lain-lain. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni. Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran. Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan. Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar. Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah. Akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka. Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu. Menurut beliau, kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk. Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar. Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka. Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka. Akhirnya, Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya. Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah dan bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
Pendapat :
Saya merasakan buku ini sebuah buku yang sederhana jalan ceritanya. Namun, saya sangat menyukai jalan cerita buku ini berbanding dengan novel tingkatan satu dan dua. Saya merasai watak dalam novel ini adalah bersikap stereotaip dan protagonis. Azfa Hanani merupakan seorang yang terlalu sempurna. Oleh itu, saya mengesyorkan agar novel ini dibaca oleh semua pelajar.
Posted at 12:48 pm | Comment (0)
24th March, 2015
Misteri Pengemis Tua
Nama : | Leong Soke Yee |
Kelas & No. Sekolah : | S4A, 11250 |
Guru Pembimbing: | Cikgu Yap Kok Fen |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Misteri Pengemis Orang Tua |
Pengarang : | Noraizah Abdul Hamid |
Tahun Penerbitan : | – |
Latar Tempat: Shah Alam
Watak dan perwatakan: Zekry Hakimi
Plot: Zekry Hakimi ialah anak kesayangan Datin Suhaila. Bapanya Dato’ Hakimi telah meninggal dunia ketika Zekry berumur dua tahun. Datin Suhaila mengambil keputusan mengahwini adik iparnya agar Zekry mendapat kasih sayang seorang ayah. Selama tiga belas tahun Zekry menganggap ayah tirinya sebagai ayah kandung, namun pertemuannya dengan seorang pengemis tua di atas gunung Nuang telah menjerumuskannya ke dalam satu misteri yang berpanjangan. Sebuah kotak bersawang milik orang gajinya menambah lagi kebuntuan. Seribu satu rahsia terselindung di dalam kotak kecil itu yang bakal membongkar suatu misteri.
Pendapat: Saya mendapati bahawa cerita ini mudah difahami dan sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.
Posted at 1:28 pm | Comment (0)
26th February, 2015
She’s Never Coming Back
Name : TAN HOONG WEI
Class : S4B
School Num. : 12196
Book Call Num. : –
Book Title : She’s Never Coming Back
Author : Hans Koppel
Publication Year/(Edition) : Sphere (2012)
Setting:
Sweden
Characters:
Ylva Zetterberg- A captive held in her nieghbour’s basement. Continuously tortured and subjected to sexual abuse. She was ignorant of what she did in the past and solely regretted her wrong doings.
Mike Aetterberg- Ylva’s husband. He is frantic of Ylva’s disappearance. He soon become a suspect. He ends up with Ylva’s friend, Nour.
Sanna Zetterberg- Ylva and Mike’s only daughter. She is determined that her mother will come back one day and she worries about her even at such a small age. She ends up spending most of her time with Nour and Mike.
Summary:
When Ylva, a loving mother and wife, fails to come home from work, her husband is not initially suspicious. But as time passes he becomes frantic with worry. And by the time he finally contacts the police, he is almost hysterical. Given the mysterious circumstances of her disappearance, he becomes the number one suspect.
But what no one knows is that she’s being held hostage in the celler of the house opposite her own.
A camera is rigged against her house and Ylva can only watch her family on the screen. They cannot see her – and they most certainly cannot hear her scream…
When Ylva Zetterberg doesn’t come home from work one evening, her husband, Mike, assumes that she has gone out with some coworkers, has too much to drink and decides to stay with a friend. When she still doesn’t return the next day, he suspects that she may be involved in an affair—after all, that wouldn’t be the first time that it happened. Although Ylva’s work friend, Nour, tells Mike that Ylva has left the get-together early to take the bus home, he doesn’t really believe that. It isn’t until several days have elapsed that he really begins to worry, although he keeps reassuring their daughter, Sanna, that she will be returning soon.
The truth of what happened to Ylva is horrifying. Seeking revenge for an atrocity that Ylva and three of her friends (the “Gang of Four”) committed on their daughter over twenty years ago, a couple who move across the street from Ylva and Mike abduct her. They build a special cellar as her prison and set up a camera for her to watch the exterior of her home. They are intent on debasing her, with the husband using her as his own sexual vessel, with the ultimate plan to demoralize Ylva so thoroughly that she will commit suicide.
Reviews:
The darker side of Earth is everywhere. It is hidden at every corner, every nook and cranny. Vengeance tastes sweeter than honey itself and one crossed parent will kill for the sake of his or her child. But in this case, both the parents are the culprits. This book is mainly about vendetta. The innocent aren’t as innocent as they seem, and the guilty ones too. We should always think twice before making assumptions. And we should never be involved in crime, may it be big of small. What has been done cannot be undone. Overall, this book is a good book to read.
Posted at 9:12 am | Comments (6)
1st February, 2015
偷莎士比亚的贼
故事简介:写关于一本书
姓名: | 陈恺盈 | 班级: | K1A |
学号: | 14025 | 书号: | F GUO 国 |
书名: | 偷莎士比亚的贼 |
||
作者: | 加里布莱克伍德 | 出版年份: | 2012 |
背景故事发生在哪?请详细写出故事中的背景。 故事发生在公元1587年,伊丽莎白女王统治时期的第二十九年的柏立克小镇。 |
人物性格分析请写出故事中的三个人物及分析这三个人物的性格。 仔仔:原是个不懂分辨是非的孤儿,有一手速记的好本领。因害怕主人法肯纳,溜进剧院,用速记的方式记下莎士比亚的新剧本《哈姆雷特》。他勇敢地反抗主人,成功留在剧院做演员。
居里安: 其实是个胆大的女生,真名朱丽亚。为了做演员不惜女扮男装,因为当时戏剧里的女性角色也由男性来演。后来,她到法国去因为法国接受女演员。 白医生:他是个自私的牧师,收养了仔仔当学徒。他发明了一种简写文字——速记法,要仔仔学会后,便派仔仔到附近的郊区抄录其他牧师的布道作为己用。
|
故事结构故事有冲突与矛盾吗?请简述整个故事的开头,情节发展至结尾。 十四岁的男孩仔仔是个孤儿,也没有真正的名字,但他却有一手速记的好本领。在16世纪中的英国伦敦,剧本通常只有一部,所以必须小心上锁并由专人守护。仔仔的主人派他到环球剧院看戏,并命他以“速记法”偷取莎士比亚的新剧本《哈姆雷特》。他偷偷记下剧本的过程中突然失火了。仔仔阴差阳错的成为剧院的学徒。原本他还想完成主人的任务,但后来他渐渐喜欢上当演员,便不想回到主人身边。仔仔的主人不断骚扰威胁他,但他依然不服从。后来,他渐渐与剧院的人打成一片,留下来当演员。 |
总结故事最后的结局如何?结局是悲是喜,抑或是…… 最后的结局是喜的。仔仔成功保住了新剧本《哈姆雷特》,并脱离了残暴的主人,留在剧院当演员。在剧院里,他感受到了家的感觉,并成为剧院里真正的一份子。 |
读后感你喜欢这本书吗?为什么? 我很喜欢这本书。这部小说让我身临其境地感受到那个活生生的莎士比亚和那个古老又充满激情的英国。书中所折射出来的人性让我深深地体会到善于恶、美与丑。读了这本书,我能够认识到一个新的莎士比亚;能够徜徉在16世纪的英国;能够走进环球剧院,首映时的趣闻,一举多得。
|
Posted at 11:44 pm | Comment (0)
13th October, 2014
Papa… (akhirnya kau tewas jua!)
Nama : | Poh Zi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13233) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Papa… (akhirnya kau tewas jua!) |
Pengarang : |
Deana Yusof |
Tahun Penerbitan/ Edisi: |
– |
Edisi Murid |
Watak
Intan Julia
Konflik/plot
Pendapat
Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga
Posted at 11:56 pm | Comments (7)
11th October, 2014
KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN
Nama : | Loo Yin En |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13257) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Kanang: Cerita Seorang Pahlawan |
Pengarang : |
Maznan Noordin |
Tahun Penerbitan/ Edisi: |
2010 |
Edisi Murid |
Watak
-Kanang Anak Langkau
PLOT
Novel ini mengisahkan kehidupan iaitu Kanang Anak Langkau. Dia merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian, dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga Darjah Tiga di “Local Authority”. Selepas itu, dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin. Seterusnya pada 21 April 1960, dia telah berjaya dalam temu duga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker. Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan Rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai rekrut. Pada 1 Januari 1966, dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal. Pada bulan Mac 1973, dia berpindah ke kem Terendak Melaka, dia berkhidmat dalam Batalian Kelapan Rejimen Ranger. Di sana, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen.
Ketika menyertai Gerakan Pukat, di Hutan Tanah Hitam Perak, dia telah mendapat cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis. Akibat daripada kecederaan tersebut, dia tidak sedarkan diri dan terlantar di wad selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa Kanang tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan keberaniannya menentang pengganas komunis. Pada tahun 1981 pula, Kanang dikurniai bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkusa (SP).
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda. Pada 1 Mei 1981, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan. Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan sebagai Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Selepas bersara, dia dianugerahi ‘Bintara Bintang Sarawak’ oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.
PENDAPAT
Saya amat gemar akan cerita ini. Melalui buku ini saya berasa bangga terhadap tindakan dan sumbangan Kanang dalam menjaga kedaulatan negara daripada ancaman penjajah.
Posted at 2:01 pm | Comments (5)
11th October, 2014
6:20
Nama : | Poh Zi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13233) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | 6:20 |
Pengarang : | Siti Jasmina Ibrahim |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | – |
Edisi Murid |
Watak
Sukma
Konflik/plot
Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. Keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. Tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tetamu itu, namun apabila ibu Sukma melihat, ibunya akan marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. Mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. Sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. Nenek tua itu pernah memberitahu kepada Sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya Sukma yang boleh menyejukkannya. Kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama. Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan menyesatkan anak muda seperti mereka. Oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil suang sepi. Hal ini kerana Sukma ingin membantu rakannya Jerry keluar daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. Akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali ke rumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. Sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada budak lelaki itu, Aim. kemudian Sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. Perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. Akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. Kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. Namun ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. Akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.
Pendapat
Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang. Kita juga seharusnya tidak mempercayai perkara-perkara karut.
Posted at 1:52 pm | Comments (7)
11th October, 2014
Istana Menanti
Nama : | Poh Zi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13233) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Istana Menanti |
Pengarang : | Abdul Latip Talib |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | 2010 |
Edisi Murid |
Watak
Fadhil, Ah Seng, Ramasamy
Konflik/plot
Mengisahkan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah. Menurut Tuk Ngah, Kewujudan Istana menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke tanah melayu, Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut. Pada hari yang sesuai bertemankan Tuk Ngah, tiga bersahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak itulah Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada anak remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama. Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita pula tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau itu. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja Minangkabau yang menang dalam perlawanan kerbau. Tuk Ngah tidak masuk bersama-sama ke dalam istana kerana ingin berehat di luar istana. Mereka bertiga masuk dan melihat keunikan seni bina istana lama tersebut. Tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-ngetuk lantai, lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap dan berbau hapak.Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda dari UPM yang sudah keletihan juga terperangkap dalam terowong tersebut. Ah Seng terasa ingin membuang air besar. Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa mereka berjuang dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng juga menjadi mangsa dikerah menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta tersebut ditemui, mereka segera meninggalkan terowong. Dalam pada itu ibu bapa remaja tersebut telah berpakat mencari mrereka dan membuat laporan kepada pihak polis. Mereka beramai-ramai mendaki Gunung Datuk, namun gagal menemui remaja tersebut. Tuk Ngah yang bersembunyi dari penglihatan penjenayah itu muncul lalu memberitahu perkara sebenar. Pihak polis berjaya memerangkap penjenayah tersebut. Remaja bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira kampung dalam suatu majlis meraikan keberanian dan kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak polis menangkap penjenayah negara tersebut.
Pendapat
Saya suka jalan cerita ini kerana cerita ini telah mengajar saya bahawa kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Daripada cerita ini, saya dapat mengetahui sejarah Istana Menanti dan keistimewaan istana tersebut.
Posted at 1:46 pm | Comments (8)
11th October, 2014
Pinokio Kisah Sebuah Boneka
Nama : | Lee Wi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13222) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Pinokio Kisah Sebuah Boneka |
Pengarang : | Carlo Collodi |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | – |
– |
Watak
Pinokio
Konflik/Plot
Di suatu kota, ada sebuah toko milik kakek Gepeto pembuat boneka. “Alangkah senangnya kalau boneka manis ini menjadi seorang anak.” Setelah kakek berbisik demikian, terjadi satu keajaiban. Boneka itu berbicara dan mulai berjalan. Dengan amat gembira, boneka itu diberi nama Pinokio.
Ketika Pinokio pergi untuk membeli buku. Tetapi di tengah jalan, Rubah dan Kucing melihat keadaan itu. Mereka menyapa Pinokio dengan ramah. Mereka memberitahu Pinokio cara untuk menambah wang emas supaya papanya hidup dengan lebih senang. Pinokio dihantar oleh Rubah dan Kucing, menanam uang emasnya di bawah pohon ajaib. Ketika Pinokio mulai tidur siang. Rubah dan Kucing menggali wang emas itu dan menggantung Pinokio di pohon, setelah itu mereka pergi. Pinokio meminta bantuan selepas mengetahui dirinya tergantung di sebuah pohon. Seorang Dewi yang melihat keadaan Pinokio, mengutus burung helang untuk menolongnya. Dewa itu memberitahu Pinokio kalau dia berbohong, hidungnya akan memanjang sampai ke langit. Pinokio meminta maaf dan berjanji tidak akan berjanji lagi. Walau bagaimanapun, Pinokio telah melanggar janjinya kepada Dewi, maka Pinokio mendapat hukuman. Pinokio insaf dan berjanji akan menjadi anak yang baik. Dewi muncul dan berubah Pinokio si boneka menjadi seorang anak manusia.
Pendapat
Saya telah memperlajari bahawa kita harus patuh pada orang tua. Selain itu, kita juga haruslah patuh kepada janji dan janganlah mengamalkan sikap suka berbohong.
Posted at 1:35 pm | Comment (1)
11th October, 2014
HIKAYAT INDERAPUTERA
Nama : | Loo Yin En |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13257) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Hikayat Inderaputera |
Pengarang : |
MARIYANI SALIM |
Tahun Penerbitan/ Edisi: |
– |
Edisi Murid |
Watak
Inderaputera
Plot/Konflik:
Hikayat Indera Putera mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat yang bergelimpangan tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.
Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti.
Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.
PENDAPAT
Buku sastera ini amat menarik tumpuan saya. Buku ini mengisahkan perkara yang ajaib yang tidak akan berlaku di dunia kita. Saya telah banyak memahami tentang cerita ini, dan buku ini telah banyak membantu saya dalam pembelajaran KOMSAS.
Posted at 12:56 pm | Comment (0)
11th October, 2014
Cikgu Farid
Nama : | Lee Wi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13222) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Cikgu Farid |
Pengarang : | Nazel Hashim Mohamad |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | – |
– |
Watak
Cikgu Farid
Konflik/Plot
Kisah tentang enam orang kanak-kanak yang tercicir dari persekolahan. Kehidupan mereka yang tidak berhaluan dan terumbang-ambing itu mendapat perhatian seorang guru. Atas daya usaha dan nasihat guru itu, kanak-kanak berenam itu berpakat untuk bekerjasama mengubah kehidupan mereka. Mereka dengan gigihnya mengusahakan tanah terbiar kepunyaan guru itu, sehingga membuahkan hasil. Mereka juga mulai sedar akan kepentingan pelajaran, dan mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar.
Pendapat
Buku ini sangat berfaedah kepada remaja-remaja kini. Saya sangat suka akan buku cerita ini kerana mengajar saya tentang kepentingan pendidikan kepada pelajar.
Posted at 12:51 pm | Comment (1)
11th October, 2014
Janji Athirah
Nama : | Lee Wi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13222) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Janji Athirah |
Pengarang : | Zara Aluwi |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | – |
– |
Watak
Athirah
Konflik/Plot
Athirah, seorang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh emak dan ayah ketika usia 3 bulan. Kedua ibu bapanya berpisah akibat penceraian. Emak Athirah kemudiannya berkahwin semula dan menjalani kehidupan bersama suami barunya. Manakala ayah Athirah tidak diketahui ke mana arahnya.
Athirah ditinggalkan di bawah peliharaan nenek Singgul. Kepada nenek Singgul dia diserahkan untuk mengadu nasib. Athirah amat gemar mendengar neneknya bersyair, bergurindam dan bercerita. Dalam menjalani kehidupan hari-hari, Athirah dan nenek Singgul sama-sama melalui kehidupan serba sederhana, namun mereka bahagia. Nenek Singgul lebih mementingkan kejayaan masa depan cucunya.
Dalam pada itu, Athirah dimusuhi, dibenci dan dicemburui oleh Mak Andak, emak saudaranya. Bertambah memilukan apabila emaknya, Puan Maznah tidak mampu bertahan mengawal ledakan kebencian. Athirah menjadi tempat untuknya melepaskan geram terhadap bekas suami pertamanya. Yang pasti, Athirah akan menjadi mangsa cubitan, pialan di telinga malah sebatan rotan ke seluruh badan. Apa sahaja yang dilakukan oleh Athirah ada sahaja tidak kenanya. Begitulah kalau orang sudah membenci. Bertambah malang nasib Athirah apabila nenek Singgul meninggal dunia.
Pendapat
Buku ini amat berfaedah. Sikap Athirah yang tidak berputus asa walaupan nasib tidak menyebelahinya haruslah kita pelajari daripada kisah ini.
Posted at 12:36 pm | Comments (2)
11th October, 2014
IBU YANG KUSAYANG
Nama : | Loo Yin En |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13257) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Ibu Yang Kusayang |
Pengarang : |
Sharifah Hasnah Abdullah |
Tahun Penerbitan/ Edisi: |
2004 |
Edisi Murid |
Watak
Azlan
SINOPSIS
Azlan, pelajar tingkatan satu berasa tertekan apabila mendapat tahu bahawa emaknya akan berkahwin lagi. Untuk menunjukkan rasa protesnya itu dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal dan bersikap kurang ajar dengan emak dan mak longnya. Tindakannya itu menyebabkan emaknya berada dalam keadaan serba salah.Kemudiannya telah berlaku berbagai perkara di atas Azlan dan emaknya.
PENDAPAT
Melalui buku ini saya telah belajar tentang nilai murni kasih sayang. Buku ini mengajar kita untuk menyayangi ibu dan mengenang jasa ibu yang telah menjaga kita dari kecil.
Posted at 12:34 pm | Comment (0)
11th October, 2014
Misteri Jiran Baru
Nama : | Lee Wi Wei |
Kelas & No. Sekolah : | K2A (13222) |
Guru Pembimbing: | Haryati Binti Mohamad Isa |
No.Panggilan Buku : | – |
Judul Buku : | Misteri Jiran Baru |
Pengarang : | Ghazali Ngah Azia |
Tahun Penerbitan/ Edisi: | 2012 |
– |
Watak
Manam
Konflik/Plot
Jiran umpama saudara kita sendiri. Pada merekalah sepatutnya kita mengadu jika ditimpa masalah. Tetapi jiran Manan itu sukar didekati, malahan tidak pernah melemparkan senyuman. Manan meragui gerak-geri jirannya yang sentiasa berkaca mata hitam, berpura-pura sebagai seorang yang buta. Keraguan Manan bertambah apabila temannya, Swee Lan seolah-olah mempunyai hubungan dengan pemuda itu dan sentiasa dalam ketakutan.
Pendapat
Saya sangat suka buku ini kerana kisahnya amat menarik. Tambahan pula, penutup buku ini tidak dapat diduga dan sangat unik.
Posted at 12:32 pm | Comment (0)