5th October, 2014

Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

trp final 1

Nama Murid :  Khoo Pei Jing
Kelas :  S4A
No. Sekolah :  11045
Tajuk Penulisan :  Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan  pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
Jenis Penulisan :  Penulisan Kritis
Guru Pembimbing :  Pn. Yap Kok Fen

 

Isi tersurat :

Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan pendidik di Malaysia termasuklah merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru mampu mengimbangkan kewujudan integrasi kaum nasional bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Selain itu, kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keperibadian disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Dalam pada itu, pengurusan sekolah telah menjadi semakin kompleks sebagai akibat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Guru dalam kontek pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting dalam membentuk masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam pada itu, golongan pendidik terpaksa memikul tanggungjawab yang besar kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam akademik. Sementelahan itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Isi Tersirat :

Antara masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah termasuklah pelajar tidak menghormati guru, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan melanggar disiplin sekolah. Selain itu, guru-guru sering diperleceh oleh ibu bapa yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru juga disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Ibu bapa hanya mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata dan mengabaikan sahsiah yang baik. Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menerima hakikat bahawa anak-anak mereka telah melakukan kesalahan. Sebaliknya, mereka memarahi guru-guru yang menegur dan mendenda anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.

 

Pendapat:

Pada pendapat saya, guru harus mendepani segala cabaran yang datang dengan bijak demi kepentingan bangsa dan negara serta melestarikan pendidikan negara agar sentiasa berada dalam acuan yang cemerlang.

Posted at 5:00 am | Comments (6)


6 Comments

  1. On October 10, 2014 at 12:59 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:59 pm

    Nama: Choo Ming Hui
    Kelas: S4A
    No.Sekolah: 11208
    Pada pendapat saya, para pelajar seharusnya menghormati guru-guru dan membantu guru apabila mereka memerlukan bantuan. Pelajar juga perlu bertegur sapa dengan guru semasa mereka bertemu dengan guru.

  2. On October 10, 2014 at 1:00 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:00 pm

    Nama: Alyssa Lim Jia Wen
    Kelas: S4C
    No Sekolah: 11171
    Pada pandangan saya, guru sepatutnya bertindak adil terhadap semua pelajar dan tidak mengamalkan sikap iri hati atau pilih kasih. Guru haruslah mengenakan tindakan yang sepatutnya apabila pelajar melanggar peraturan sekolah atau melakukan sebarang kesalahan.

  3. On October 10, 2014 at 1:00 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:00 pm

    Nama: Goo Ching Wei
    Kelas: S4B
    No Sekolah: 11178
    Pada pendapat saya, guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik dan mengasuh generasi muda. Oleh hal yang demikian, guru haruslah memberi komitmen dan berdedikasi semasa menjalankan tanggungjawab mereka.

  4. On October 10, 2014 at 1:00 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 1:00 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No Sekolah: 11250
    Pada pendapat saya, guru seharusnya bersiap sedia untuk mendepani segala cabaran yang bakal dihadapi selaras dengan peredaran masa dan peningkatan dalam kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

  5. On October 10, 2014 at 9:24 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:24 pm

    Nama: Lye Yun Yun
    Kelas: S4A
    No Sekolah: 11021

    Pada pendapat saya, walaupun guru diberi hak untuk menghukum pelajar-pelajar yang telah melanggar peraturan sekolah, namun guru haruslah membuat pertimbangan yang wajar sebelum bertindak supaya tidak melukakan hati seseorang pelajar.

  6. On October 10, 2014 at 9:33 pm f4.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:33 pm

    Nama: Leong Soke Yee
    Kelas: S4A
    No. Sekolah: 11250

    Saya berpendapat bahawa guru haruslah mendepani segala cabaran yang dihadapi dengan bijaksana.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.