9th September, 2014

Dua Dunia

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  : Dua Dunia
Pengarang :

Majidah Mat Jusoh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

                  book dua dunia

Latar tempat

Belakang rumah Yazmin-Salah satu tempat Yazmin bermain.Di sinilah

Yazmin membuka “salun” dan menyebabkan jagung-jagung yang

ditanam oleh Puan Eshah layu.

Rumah Ustaz Hassan-Tempat Yazmin dan rakan-rakannya

mengaji al-Quran.

Ma’ahad Addini-Sekolah Yazmin dan rakan-rakannya.

Watak dan Perwatakan

Yazmin-Anak bongsu di rumahnya.Dia seorang gadis yang suka berangan.

Puan Eshah-Ibu Yazmin.Seorang ibu yang tabah, membesarkan

anak-anaknya dengan baik walaupun suaminya sering tiada di rumah

bagi satu tempoh yang lama.

Rokiah-Kakak Yazmin.Suka mengusik Yazmin.

Konflik/Plot

Yazmin seorang gadis yang suka berangan-angan.Dia selalu masuk

ke “dunia”keduanya. Dalam “dunia”keduanya,dia telah membuka salun,

menjadi doktor bedah,saintis dan ratu cantik dunia.Kadangkala dia

akan mendatangkan masalah ketika dia masuk ke “dunia”,

contohnya dia menyebabkan tumbuhan-tumbuhan Puan Eshah layu.

Puan Eshah sering bimbang akan keadaan Yazmin yang suka

berangan-angan itu.Yazmin berasa tidak

senang dengan lelaki yang ingin menguratnya kerana dipengaruhi

oleh ayahnya. Ayah Yazmin selalu bergaduh dengan ibunya setiap kali

ayahnya balik rumah.Oleh itu, Yazmin selalu belajar dengan

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang

cemerlang untuk mengurangkan beban ibunya.Akhirnya,Yazmin

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh.

Rumusan

Setelah belajar dengan bersungguh-sungguh,Yazmin akhirnya

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh

seperti yang diimpikannya.Ibunya sangat gembira dengan

kejayaan yang diperoleh Yazmin.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana cerita ini sangat menarik

dan telah memotivasi saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Posted at 9:53 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.