9th September, 2014

Budak Psikik Dendam Hevignas

psikik

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  :  Budak Psikik Dendam Hevignas
Pengarang :

Ashadi Zain

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

Latar tempat

Universiti Teknologi Malaysia-Sekolah Aizad dan rakan-rakannya.

Bilik Aizad-Tempat Aizad bertakafur bagi memberi cas tenaga positif pada titik cakra di seluruh tubuh badannya.

Restoran Miswari-Tempat Aizad dan rakan-rakannya bertemu sebelum pergi ke kuliah.

Watak dan Perwatakan

Aizad-Seorang remaja lelaki yang mempunyai kebolehan psikik.Dia menerima tugas yang berat iaitu perlu memusnahkan bola perak”Judgement Day”yang dimiliki Maximus.

Aini-Kawan Aizad yang juga mempunyai kebolehan psikik seperti Aizad.Selalu membantu Aizad.

Maximus-Musuh Aizad.Taksub mahu memusnahkan mana-mana negara yang dianggapnya melindungi pengganas. Maximus yang juga Hevignas sedang memburu saki baki pelatih Projek Gekozen dengan tujuan membunuh mereka.

Konflik/Plot

Sejak menyedari kebolehan psikik yang dimilikinya,Aizad semakin meminati bidang parapsikologi dan banyak membaca buku-buku mengenainya.Kali ini,Aizad menerima tugas yang berat iaitu perlu memusnahkan bola perak”Judgement Day”yang dimiliki Maximus.Bola berkenaan mampu menghapuskan manusia di bumi ini.Aizad dan Aini kini bergabung tenaga mahu memusnahkan Maximus.Akhirnya,mereka berjaya menumpaskan Maximus dan menyelamatkan manusia bumi ini.

Rumusan

Setelah Aizad menyelamatkan Jimmy,kawannya yang telah dikawal oleh Maximus,nyawa Aizad tergugat.Dia tertarik semula ke alam supraconscious dan badannya terkena cahaya berwarna merah.Cahaya tersebut telah menyelamatkannya dan juga menambahkan energi psikiknya dengan pantas.Akhirnya,Aizad telah berjaya menumpaskan Maximus.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana ceritanya sangat menarik.Saya juga telah mempelajari banyak nilai murni daripada buku ini.

Posted at 10:07 pm | Comment (0)

9th September, 2014

Gemuk Itu Menarik G.I.M

gim

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:   Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  :  Gemuk Itu Menarik G.I.M
Pengarang :

Ida Rizyani & Talhah

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

Latar tempat

Hospital-Najwa dan ayahnya melawat ibunya yang telah mengalami keguguran.

Kampung Najwa-Najwa dan ahli keluarganya pulang ke kampung mereka sempena Hari Raya.

Di bawah pokok jambu batu sekolah-Tempat Najwa dan rakan-rakannya belajar.

Watak dan Perwatakan

Najwa-Seorang gadis yang gemuk.Dia berasa rendah diri kerana selalu dihina oleh kawan-kawannya yang lain tentang bentuk badannya.

Nazri-Sepupu Najwa.Selalu mengejek dan mengusik Najwa.

Faiz-Murid baharu di kelas Najwa.Wajahnya yang tampan telah menarik minat ramai pelajar perempuan. Selalu belajar dengan Najwa dan rakan-rakannya.

Konflik/Plot

Najwa selalu diketawakan oleh rakan-rakannya kerana bentuk tubuh badannya.Dia berasa rendah diri dan selalu berasa sedih.Selepas itu,dia berazam untuk mengurangkan berat badannya.Setelah dia berjaya menjadi kurus,Najwa menjadi sangat cantik dan kawan-kawannya terperanjat terhadap perubahannya itu.Kawan-kawannya meminta maaf kepada Najwa kerana telah mengejeknya.

Rumusan

Akhirnya Najwa berjaya menguruskan berat badannya dan telah berubah mengadi gadis remaja yang cantik.Kawan-kawannya yang mentertawakannya telah meminta maaf terhadapnya.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana ceritanya sangat menarik dan telah mengajar saya tentang kepentingan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Selain itu,sikap Najwa yang tabah itu telah memotivasi saya.

Posted at 10:05 pm | Comment (0)

9th September, 2014

Dua Dunia

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  : Dua Dunia
Pengarang :

Majidah Mat Jusoh

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

                  book dua dunia

Latar tempat

Belakang rumah Yazmin-Salah satu tempat Yazmin bermain.Di sinilah

Yazmin membuka “salun” dan menyebabkan jagung-jagung yang

ditanam oleh Puan Eshah layu.

Rumah Ustaz Hassan-Tempat Yazmin dan rakan-rakannya

mengaji al-Quran.

Ma’ahad Addini-Sekolah Yazmin dan rakan-rakannya.

Watak dan Perwatakan

Yazmin-Anak bongsu di rumahnya.Dia seorang gadis yang suka berangan.

Puan Eshah-Ibu Yazmin.Seorang ibu yang tabah, membesarkan

anak-anaknya dengan baik walaupun suaminya sering tiada di rumah

bagi satu tempoh yang lama.

Rokiah-Kakak Yazmin.Suka mengusik Yazmin.

Konflik/Plot

Yazmin seorang gadis yang suka berangan-angan.Dia selalu masuk

ke “dunia”keduanya. Dalam “dunia”keduanya,dia telah membuka salun,

menjadi doktor bedah,saintis dan ratu cantik dunia.Kadangkala dia

akan mendatangkan masalah ketika dia masuk ke “dunia”,

contohnya dia menyebabkan tumbuhan-tumbuhan Puan Eshah layu.

Puan Eshah sering bimbang akan keadaan Yazmin yang suka

berangan-angan itu.Yazmin berasa tidak

senang dengan lelaki yang ingin menguratnya kerana dipengaruhi

oleh ayahnya. Ayah Yazmin selalu bergaduh dengan ibunya setiap kali

ayahnya balik rumah.Oleh itu, Yazmin selalu belajar dengan

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang

cemerlang untuk mengurangkan beban ibunya.Akhirnya,Yazmin

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh.

Rumusan

Setelah belajar dengan bersungguh-sungguh,Yazmin akhirnya

berjaya mendapat tawaran masuk sekolah asrama penuh

seperti yang diimpikannya.Ibunya sangat gembira dengan

kejayaan yang diperoleh Yazmin.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana cerita ini sangat menarik

dan telah memotivasi saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Posted at 9:53 pm | Comment (0)