3rd September, 2014

SAID PENEGUH ISLAM

IMG_0003

Nama :  Choo Ming Hui
Kelas & No. Sekolah :  S4C, 11208
Guru Pembimbing:  Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku : MF NOR C1
Judul Buku  :  Said Peneguh Islam
Pengarang :

NOR AZLIN JAPAR

Tahun Penerbitan :

2013

 

Latar Tempat : rumah Nabi Muhammad SAW

Watak : Said dan Fatimah

Konflik/Plot: Said bin Zaid daripada keluarga yang baik. Dia berkahwin dengan Fatimah al-Khattab. Sejak kecil, Said mendengar cerita daripada bapanya tentang agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Pada suatu hari, Said mendengar berita tentang agama baru itu. Dia pulang segera dan memberitahu hal itu kepada isterinya, Fatimah. Said dan Fatimah pergi ke rumah Nabi Muhammad SAW. Mereka memeluk Islam di harapan baginda. Said dan Fatimah belajar ilmu agama Islam daripada Nabi Muhammad SAW. Umar marah kepada Fatimah dan adik iparnya kerana memeluk Islam. Dia pergi ke rumah Fatimah. Ketika itu, Fatimah dan Said sedang belajar mengaji al-Quran daripada Khabbab al-Arati. Umar masuk ke dalam rumah. Khabbab berasa bimbang lalu menyembunyikan diri. “Aku dengar bacaan kamu. Aku tahu kamu sudah menganut agama Nabi Muhammad SAW” kata Umar sambil menghampiri Said. Umar memukul Said tetapi pukulan Umar terkena Fatimah. Umar berasa kasihan kepada Fatimah. “Berikan aku al-Quran. Aku ingin tahu tentang ajaran Nabi Muhammad SAW” kata Umar. Fatimah teragak-agak untuk memberi al-Quran. “Fatimah, jangan takut. Aku akan kembalikan semula selepas kubaca” kata Umar. “Sungguh indah ayat-ayat ini” puji Umar. Khabbab berkata kepada Umar, “Nabi Muhammad SAW berdoa supaya kamu menjadi penyokong baginda.” Umar bertanya kepada Khabbab boleh dia menemui baginda. Khabbab memberitahu Umar boleh menemui baginda pada bila-bila masa. Fatimah begitu gembira apabila suaminya Said tidak dihalang memeluk Islam. Dia terus menghayati dan menegakkan agama Islam.

Nilai : Rajin. Contohnya, Said dan Fatimah rajin mengaji al-Quran daripada al-Arati.

Pendapat: Sebagai ahli keluarga, semua ahli perlulah saling menghormati dan perlulah saling menyokong. Ahli keluarga juga perlu sedia memaafkan satu sama lain apabila sesiapa yang membuat kesalahan. Kita juga perlu bijak mengawal diri supaya tidak berlaku pertengkahan. Contoh di cerita atas, Umar marah Fatimah yang memeluk Islam dan hendak pukul adik iparnya, Said tetapi pukulan itu terkena Fatimah. Oleh itu, kami hendaklah bijak mengawal diri.

Posted at 12:19 pm | Comments (5)

3rd September, 2014

Sayidina Umar: Khalifah Yang Prihatin

trp 3

Nama :     Khoo Pei Jing
Kelas & No. Sekolah:     S4A, 11045
Guru Pembimbing:     Cikgu Yap Kok Fen
No.Panggilan Buku :     MF NOR C2
Judul Buku  :     Sayidina Umar: Khalifah Yang Prihatin
Pengarang :     Nor Azlin Japar
Tahun Penerbitan :     2010

Latar Tempat :

Madinah

Watak :

Sayidina Umar, Aslam, Si Ibu

Konflik/Plot: 

Apabila Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, Sayidina Umar dilantik menjadi khalifah. Baginda menerima jawatan khalifah walaupun tugas itu berat. Sayidina Umar memberitahu orang ramai bahawa beliau akan mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Beliau sentiasa bekerja keras untuk memastikan keadaan hidup rakyatnya sentiasa baik. Baginda melakukan tugas sebagai khalifah tidak kira siang dan malam. Pada suatu malam, Sayidina Umar meronda dengan pembantu baginda, Aslam. Baginda melihat cahaya api tidak jauh dari situ. Sayidina Umar dan Aslam mendapati seorang ibu sedang memasak makanan. Beberapa orang anaknya sedang menangis. Meraka menangis kerana kelaparan. Si Ibu mengadu kepada Sayidina Umar agar beliau membiarkan dia dan anak-anaknya kelaparan. Si Ibu berkata bahawa Sayidina Umar yang merupakan khalifahlah yang sepatutnya mengetahui keadaan rakyat. Si Ibu tidak tahu di hadapannya Sayidina Umar. Melihat penderitaan Si Ibu itu, beliau berasa sedih. Beliau dan pembantunya terus pergi ke Baitulmal. Mereka mengambil makanan, pakaian dan duit. Beliau memikul sendiri barang makanan itu. Beliau dna pembantunya pergi semula ke khemah Si Ibu dan menolongnya memasakkan makanan untuk anak-anaknya. Si Ibu berdoa bahawa Allah SWT memberi balasan kepada beliau dan pembantunya yang lebih layak menjadi khalifah berbanding Umar. Pada masa itu sahaja Sayidina Umar memberitahu Si Ibu tersebut bahawa beliaulah khalifah yang sedia membantu rakyat.

Pendapat:

Sebagai seorang pemimpin, kita haruslah sentiasa mengambil berat dan prihatan terhadap rakyat kita. Pada masa yang sama, kita tidak seharusnya mencontohi perbuatan Si Ibu yang menaruh tanggapan buruk terhadap pemimin negara. Kita seharusnya taat setia kepada raja dan negara. Kita haruslah sanggup mempertahankan maruah negara daripada dihina oleh kuasa asing demi menegakkan maruah bangsa Malaysia. Sementelahan itu, kita sebagai rakyat negara sepatutnya bersedia untuk hidup bersatu padu di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Sebagai rakyat negara, kita juga harus menghayati sejarah negara dengan menghargai jasa pemimpin lalu dan tokoh negara yang sanggup mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan penjajah.

 

Posted at 12:12 pm | Comments (5)