9th September, 2014

Budak Psikik Dendam Hevignas

psikik

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  :  Budak Psikik Dendam Hevignas
Pengarang :

Ashadi Zain

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

Latar tempat

Universiti Teknologi Malaysia-Sekolah Aizad dan rakan-rakannya.

Bilik Aizad-Tempat Aizad bertakafur bagi memberi cas tenaga positif pada titik cakra di seluruh tubuh badannya.

Restoran Miswari-Tempat Aizad dan rakan-rakannya bertemu sebelum pergi ke kuliah.

Watak dan Perwatakan

Aizad-Seorang remaja lelaki yang mempunyai kebolehan psikik.Dia menerima tugas yang berat iaitu perlu memusnahkan bola perak”Judgement Day”yang dimiliki Maximus.

Aini-Kawan Aizad yang juga mempunyai kebolehan psikik seperti Aizad.Selalu membantu Aizad.

Maximus-Musuh Aizad.Taksub mahu memusnahkan mana-mana negara yang dianggapnya melindungi pengganas. Maximus yang juga Hevignas sedang memburu saki baki pelatih Projek Gekozen dengan tujuan membunuh mereka.

Konflik/Plot

Sejak menyedari kebolehan psikik yang dimilikinya,Aizad semakin meminati bidang parapsikologi dan banyak membaca buku-buku mengenainya.Kali ini,Aizad menerima tugas yang berat iaitu perlu memusnahkan bola perak”Judgement Day”yang dimiliki Maximus.Bola berkenaan mampu menghapuskan manusia di bumi ini.Aizad dan Aini kini bergabung tenaga mahu memusnahkan Maximus.Akhirnya,mereka berjaya menumpaskan Maximus dan menyelamatkan manusia bumi ini.

Rumusan

Setelah Aizad menyelamatkan Jimmy,kawannya yang telah dikawal oleh Maximus,nyawa Aizad tergugat.Dia tertarik semula ke alam supraconscious dan badannya terkena cahaya berwarna merah.Cahaya tersebut telah menyelamatkannya dan juga menambahkan energi psikiknya dengan pantas.Akhirnya,Aizad telah berjaya menumpaskan Maximus.

Pendapat

Saya suka akan buku ini kerana ceritanya sangat menarik.Saya juga telah mempelajari banyak nilai murni daripada buku ini.

Posted at 10:07 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.