2nd September, 2014

Melah Melia

Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  :  Melah Melia
Pengarang :

 Ainin Naufal

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

melahmelia-240x360

Latar tempat

Kelas Tingkatan Dua A-Tempat Melah Melia dan rakan-rakannya belajar.

Rumah Melah Melia-Tempat tinggal Melah Melia dan keluarganya. Sepupunya,Rahim sering membuli Melah Melia dan Din apabila Rahim datang ke rumah Melah Melia.

Bilik Melur-Bilik asrama Melah Melia dan rakan-rakannya. Rahsia Melah Melia diketahui oleh rakan-rakannya.

Watak dan Perwatakan

Melah Melia-Seorang gadis yang pintar,dia sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Dia mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya.

Syamimi-Teman baik Melah Melia. Seorang kawan yang baik dan sentiasa menolong Melah Melia ketika dia berada dalam kesusahan.Tidak mentertawakan Melah Melia selepas mendapat tahu tentang rahsianya sebaliknya menolong Melah Melia menyimpan rahsianya.

Zarina-Senior Melah Melia. Suka membuli pelajar yang lebih muda dan lemah dengan rakannya,Animah dan Shama.

Konflik/Plot

Melah Melia seorang pelajar yang cemerlang. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam kelasnya .Dia mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya. Rahsia pertama ialah dia memerlukan bantal busuknya untuk tidur lena dan tuala busuk untuk menenangkan diri. Selain itu,setiap malam Melah Melia akan terkencing di atas tilamnya sekiranya tidak ada orang membangunkan dia pada waktu malam. Pada mulanya,dia tidak ingin tinggal di asrama kerana dia bimbang rahsianya akan terbongkar. Tetapi selepas ahli keluarganya memujuknya,Melah Melia baru bersetuju untuk pindah ke asramanya. Perkara yang dibimbang oleh Melah Melia akhirnya berlaku. Rahsianya telah diketahui oleh rakannya,tetapi rakan-rakan Melah Melia tidak memandang rendah terhadapnya. Sebaliknya,mereka tolong menyimpan rahsia Melah Melia dan mencari jalan untuk membantu Melah Melia mengatasi kelemahannya. Akhirnya,Melah Melia berjaya mengatasi kelemahannya dengan bantuan rakan-rakannya.

Rumusan

Kelemahan Melah Melia telah diatasi dengan pertolongan rakan-rakannya. Ahli keluarga Melah Melia sangat gembira selepas mengetahui bahawa Melah Melia telah berjaya mengatasi masalahnya dan menjadi lebih matang.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini telah memotivasi saya untuk menjadi seorang insan yang lebih matang dan harus berusaha untuk mengatasi kelemahan sendiri.

Posted at 6:42 pm | Comment (0)

2nd September, 2014

Impian Bintang

impian
Nama :  Ooi Ruiwei
Kelas  & No. Sekolah :  S4D,11255
Guru Pembimbing:  Cikgu Nurul Izzati
No.Panggilan Buku :  MF TEE
Judul Buku  :  Impian Bintang
Pengarang :

Firas Firzana

Tahun Penerbitan/ Edisi:

2007

Latar tempat

Studio muzik Aizat-Tempat Zafrul berlatih menyanyi.

Kolej Hang Tuah-Sekolah Zafrul dan rakan-rakannya.

Bilik berita Kolej Hang Tuah-Tempat kerja Hanis.Zafrul meminta bantuan Hanis untuk memasukkan namanya ke dalam senarai nama orang yang membuat persembahan pada malam amal.

Watak dan Perwatakan

Zafrul-Seorang remaja yang suka menyanyi dan sentiasa bermimpi untuk menjadi bintang.

Hanis-Wartawan bagi majalah Suara Kolej. Sebarang peristiwa yang berlaku di persekitaran kampus dapat diketahui oleh Hanis dalam masa yang singkat.

Aizat-Mempunyai minat yang sama dengan Zafrul. Selalu meminjamkan studio muziknya kepada Zafrul untuk berlatih menyanyi.

Konflik/Plot

Zafrul seorang remaja yang suka menyanyi. Impiannya adalah untuk menjadi seorang artis yang terkemuka. Ibu bapa Zafrul tidak menghalang Zafrul mengejar impiannya kerana Zafrul tidak mengabaikan pelajarannya. Namun begitu,selepas Zafrul menyertai kelab teater,dia menjadi sangat sibuk dan keputusannya semakin merosot. Ibu bapanya bimbang terhadap Zafrul dan cuba berbincang dengan dia. Zafrul marah terhadap ibu bapanya kerana dia sangka mereka sedang menghalang dia mengejar impiannya. Cik Maria,seorang penipu telah menjadikan Zafrul sebagai mangsanya. Zafrul telah ditipu sebanyak RM10 ribu. Selepas Zafrul mendapat tahu bahawa dia telah ditipu, dia mengamnil keputusan untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Akhirnya,Cik Maria telah diberkas. Zafrul telah insaf dan dia telah mengamnil keputusan untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajarannya.

Rumusan

Selepas Cik Maria ditangkap, Zafrul meneruskan pelajarannya seperti biasa. Terdapat sebuah syarikat rakaman telah menawarkan Zafrul untuk menjadi artis syarikat mereka, tetapi Zafrul telah menolak tawaran tersebut kerana dia ingin memberi sepenuh tumpuan dalam pelajarannya terlebih dahulu. Ibu bapanya sangat gembira dengan keputusannya.

Pendapat

Saya suka buku ini kerana buku ini telah memberi semangat kepada saya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Posted at 6:40 pm | Comment (0)