24th September, 2014

Oliver Twist

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFSIR
Judul Buku  :  Oliver Twist
Pengarang :

Wan Su

Tahun Penerbitan/ Edisi:

1994

 

Oliver Twist

Latar tempat:

Di rumah anak-anak yatim, tempat Oliver dibesarkan tetapi tidak mendapat kasih sayang dan hidup dalam penderitaan.

Watak dan Perwatakkan:

Oliver Twist, Nancy, Noah, Fagin, Mr. Bumble, Encik Sowberry,

Artful Dodger, Puan Sowberry, Monks, Encik Brownlow, Puan Maylie serta Cik Rose.

Konflik/Plot:

Seorang wanita melahirkan seorang bayi lelaki.  Bayi itu mejadi anak yatim piatu setelah dilahirkan.  Sejak itu, Oliver dibesarkan di rumah anak yatim piayu yang hanya memberi sesenduk sup sebagai makanan. Ketika Oliver meminta tambahan sedikit makanan, ia pun dianggap membangkang.  Oliver yang dianggap sebagai beban bagi desa itu, kemudian dijual kepada setiap penawar yang berharap mendapatkan uang imbalan dan seorang anak yang dapat dijadikan pesuruh.  Seterusnya, dia bekerja di rumah Encik Sowberry. Oleh sebab Encik Sowberry melayannya dengan baik, Puan Sowberry cemburuinya dan Oliver melarikan diri. Nasib buruk yang selalu menimpanya di tempat kelahirannya membawa Oliver melarikan diri menuju ke London.  Sesampainya di London, nasib Oliver tidak berubah banyak.  Dia bertemu dengan kelompok pencuri yang dipimpin oleh seorang pria bernama Fagin.  Fagin memaksa Oliver menjadi kaki tangan mereka.  Di sana dia mengenali Nancy. Saat mencuba mengikuti teman-temannya melakukan pencurian, nasib sial menimpanya kerana ia tertangkap, namun nasib baik pun mengikutinya kerana mangsa pencurian itu mengasihinya dan ada saksi yang membebaskannya dari tuduhan itu. Oliver dirawat dengan penuh kasih sayang oleh Mr. Brownlow dan Nyonya Bedwin. Oliver merasakan nikmat syurga untuk pertama kali dalam hidupnya, walau hal itupun tak berlangsung lama kerana Fagin kembali menangkapnya meski ia telah meronta meminta kebebasan.

Rumusan:

Setelah ditimpa malang dan pelbagai masalah, Encik Brownlow mengangkat Oliver sebagai anaknya.  Lelaki yang bernama Monks, rupa-rupanya ialah abang Oliver yang berlainan ibu, bernama Edward Leeford. Edward menyatakan bahawa walaupun nikah ibu bapanya berterusan, tetapi cinta antara mereka tidak pernah wujud.  Dia menyatakan bahawa ibu Oliver, Agnes dicintai oleh ayahnya.  Akhirnya Edward mencari nafkah  di Amerika Syarikat, tetapi dia ditangkap kerana berbuat jahat. Oliver juga dijaga oleh ibu saudarinya, Puan May lie dan Cik Rose.

Pendapat:

Pada pendapat saya, novel yang ditulis oleh Charles Dickens ini cuba mendedahkan bagaimana rumah anak-anak yatim melayan penghuni kanak-kanak dengan kejam.  Novel ini juga ingin memberitahu masyarakat kepentingan kewujudan kasih sayang dalam sebuah keluarga.  Akhir sekali, novel ini telah menyuarakan bisik-bisik hati seseorang anak yatim.  Mereka ingin mendapat bantuan masyarakat dan bukannya layanan yang kejam.

Posted at 9:39 am | Comments (5)


5 Comments

  1. On October 6, 2014 at 5:49 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 6, 2014 at 5:49 pm

    Nama: Chuah Wan Enn
    Kelas: K2C
    No.sekolah: 13213
    Orang yang menjadi anak yatim sungguh kesiannya kehidupannya. Kasih sayang yang mendalam sangat penting bagi anak-anak yatim. Bantuan dan layanan yang baik perlu diberi kapada mereka. Oleh itu, cerita ini sangat menarik.

  2. On October 10, 2014 at 9:52 am gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:52 am

    Nama : Tan Yun Qing
    Kelas : K2C
    No. Sekolah : 13130
    Saya suka akan cerita ini kerana cerita ini sangat menarik hatiku. Kita haruslah bersikap kasih sayang yang mendalam bagi anak-anak yatim yang sangat kesiannya kehidupan mereka. Selain itu, kita mestilah memberi bantuan kepada mereka.

  3. On October 10, 2014 at 12:49 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:49 pm

    Nama : Chan Min Mi
    Kelas : K2C
    No. Sekolah : 13002
    Cerita klasik ini mungkin ada kehebatannya. Cerita ini yang merupakan hasil karya Charles Dickens yang menarik sekali. Saya amat suka cerita ini. Saya berbelas kasihan terhadap anak yatim itu.

  4. On October 10, 2014 at 10:14 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 10:14 pm

    Nama: Khor Han Yi
    Kelas: K2B
    No. Sekolah: 13088
    Masyarakat belakangan ini hanya tahu sibuk bekerja dan turut mengabaikan keluarga. Akibatnya, anak-anak yang ketandusan kasih sayang tidak akan lagi mahu berada di dalam rumah. Masalah tersebut akan menyebabkan berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.

  5. On October 11, 2014 at 8:38 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 11, 2014 at 8:38 pm

    Nama:Jocelyn Teh Shuang Ru
    Kelas:K2C
    No.Sekolah:13217
    Saya suka membaca cerita ini. Terdapat banyak nilai murni yang harus kita amalkan dalam kehidupan. Sikap gigih, cekal serta tabah berusaha menjadi pendorong kepada para remaja kini.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.