24th September, 2014

Rumah Perabung Empat

Nama :  Ooi Xue Yi
Kelas  & No. Sekolah :  K2C, 13197
Guru Pembimbing:  Lau Siik Ngie
No.Panggilan Buku :  MFHAS
Judul Buku  :  Rumah Perabung Empat
Pengarang :

Hashim Latiff

Tahun Penerbitan/ Edisi:

 2007

 

rumah perabung empat

Latar tempat:

Kampung Asmady, tempat Asmady dan kawan-kawannya tinggal bersama-sama dan menyelesaikan misteri.

Watak dan Perwatakkan:

Asmady, Leh Hijau dan Mad Merah, Abang Rahim dan Abang Zuhdi.

Konflik/Plot:

Cuti sekolah baru sahaja bermula, Asmady dan kawan-kawannya berancang untuk jelajah desa untuk mencari species bunga-bungaan yang berbau harum.  Setelah siap menyikat bunga, Asmady berbasikal untuk menyelesai misteri yang bermain dalam fikirannya.  Abang Rhim dan Abang Zuhdi berjalan ke rumah perabung empat yang terletak di pinggir desa.

Rumusan:

Rupa-rupanya, Leh Hijau dan Mad Merah menjalankan kegiatan haram yang mendatangkan pendapatan tinggi.  Pada suatu malam, Asmady, Kang Suan Tee dan Puji berjalan menuju ke rumah besar itu.  Mereka nampak kesan tapak kaki dan kasut di kawasan rumah perabung empat.  Selang beberapa hari kemudian, Tuk Penghulu membawa remaja menunggu kedatangan sebuah kereta mewah yang berwarna hitam. Dengan bantuan pegawai penguatkuasa yang berpengalaman, Rozi, misteri itu terjawab.  Pendatang asing tanpa izin itu diserahkan kepada pihak imigresen.  Leh Hijau dan Mad Merah membuat kad pengenalan palsu kepada warga asing dengan harga dua ribu ringgit setaip keping. Kegiatan itu berjaya ditumpuskan.

Pendapat:

Pada pendapat saya, mesej dalam buku ini adalah kita haruslah bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan negara. Selain itu, kita tidak harus membantu orang lain untuk melanggar peraturan walaupun perbuatan ini mendatangkan keuntungan kerana kita juga akan didenda nanti.

Posted at 9:37 am | Comments (6)


6 Comments

  1. On October 6, 2014 at 5:56 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 6, 2014 at 5:56 pm

    Nama: Chuah Wan Enn
    Kelas: K2C
    No.sekolah: 13213
    Saya sangat suka cerita ini. Menjamin keselamatan negara kita merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kita mestilah memastikan negara kita tidak akan diancam oleh negara lain. Seterusnya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memelihara negara kita.

  2. On October 10, 2014 at 9:58 am gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 9:58 am

    Nama : Tan Yun Qing
    Kelas : K2C
    No.Sekolah : 13130
    Cerita ini menarik. Sebagai rakyat, kita haruslah menjamin keselamatan negara kita. Tambahan pula, semua pihak perlu menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan negara kita tidak diancam oleh negara lain.

  3. On October 10, 2014 at 12:53 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 10, 2014 at 12:53 pm

    Nama : Chan Min Mi
    Kelas : K2C
    No. Sekolah : 13002
    Saya amat suka watak dan perwatakkan dalam novel ini. Saya suka novel ini kerana ia bersiri misteri. Selepas membaca novel ini, saya menyedari kepentingan untuk mempertahankan tanah air. Kita harus mempertahankan negara kita kerana kita rakyat negara kita.

  4. On October 11, 2014 at 9:28 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    October 11, 2014 at 9:28 pm

    Nama: Ong Yi Jin
    Kelas: K2A
    No.Sekolah: 13091

    Saya suka jalan cerita ini kerana novel ini berbentuk misteri bersiri. Nilai kejujuran dan keihlasan yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam cerita ini menjadi contoh yang baik kepada para remaja.

  5. On October 11, 2014 at 9:33 pm f2.ppc@smjk.edu.my said:

    October 11, 2014 at 9:33 pm

    Nama: Lee Qiao Li
    Kelas: K2A
    No.Sekolah: 13118

    Jalan cerita ini telah menarik hati saya. Kita perlu berfikir tentang impaknya sebelum kita membantu orang lain. Biarlah kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

  6. On October 11, 2014 at 11:53 pm gurupss.ppc@smjk.edu.my said:

    October 11, 2014 at 11:53 pm

    Nama : Jocelyn Teh Shuang Ru
    Kelas : K2C
    No. Sekolah : 13217
    Kita harus berani untuk mempertahankan keselamatan tanah air. Saya amat suka akan cerita berseri misteri ini. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah cintai negara. Janganlah mempersiakan perjuangan datuk nenek kita.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.