30th August, 2014

Jibam

Nama: Ong Ming Sheang

Kelas: K3F

Nombor Sekolah: 12380

Penulis: Ujang

Watak: Jibam- seorang lealaki yang tinggal di kampung.

– sentiasa dibuliĀ  kerana kecacatan

– tiada ayah kandung (mati)

Plot:

Suasana kampung dan kedaifan Jibam sebagai anak kampung yang bodoh-bodoh alang sangat mengesankan. Jalan ceritanya sendiri adalah satu bonus, lain dari yang lain dan paling penting dinukil dengan baik sekali oleh penulisnya sampai seolah kita turut merasa peri perit hidup Jibam yang sering dibuli, tetapi pada masa yang sama mempunyai deria keenam yang misterius. Ceritanya melewati hidup Jibam seharian yang penuh warna warni tapi sering dibuli kawan-kawannya, abang( Kadir) dan ibu yang amat menyayanginya, juga bapak saudara yang sering memukulnya. Pengakhirannya mengungkap misteri kehilangan dan kematian ayahnya yang rupa-rupanya ada kaitan dengan bapa saudaranya sendiri.

 

 

 

 

Pendapat: Jibam adalah antara buku baik melayu. JibamĀ  juga membawa tema yang sangat menyentuh hati.Walaupun cerita yang agak pendek, namun cukup mengesankan. Sebuah cerita masyarakat melayu tipikal, tapi penceritaan yang bukan tipikal Melayu.Kisah kedaifan yang tidak pernah terdetik dalam hati anak muda sekarang. Walau bagaimanapun, saya suka watak Kadir sebagai abang yang pelindung walau sangat panas baran.

 

Posted at 6:27 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.